• Motivasi Dan DIY

    Creativity Beyond Measure

  • Tazkirah

    Sharing is Caring

  • Local Wrap

    Around Us

  • Friday Wrap

    Around The World

  • Baitul Muslim

    Kuliah Online Baitul Muslim

  • Kulinari

    Sugar, Spice and Everything Nice

DI SEBALIK TABIR PALESTINA

0 comments
Volgograd, 1 Januari 2013 - Tahun baru bagi para pelajar di Volgograd dimeriahkan dengan kehadiran Prof Madya Hasanuddin Yunus dan zaujahnya, Sharifah Mahizah bagi membawakan isu Palestin dengan lebih jelas lagi. Sebuah program yang bertajuk “Di sebalik tabir Palestina” secara eksklusifnya dianjurkan oleh AZAM Russia telah diadakan di Aktovi Zal , Hiroshima hostel yang dihadiri oleh seramai 100 orang pelajar.

Prof Madya Hasanuddin Yunus
dan zaujah, Sharifah Mahizah

Program yang dipengerusikan oleh saudara Azhari bermula pada 10 pagi dengan bacaan doa oleh Khairul Anuar dan bacaan sajak yang bertajuk “ Manusia dan Kira-kiranya ” yang dikarang sendiri oleh saudara Yusri. Pelbagai perkongsian mengenai sejarah Palestin, pengalaman semasa menganggotai misi kemanusiaan Mavi Marmara, kisah-kisah menarik yang memotivasikan dari rakyat palestin dan hakikat kekejaman tentera negara haram Israel yang tidak perlu disangsikan lagi. 


Program berakhir dengan sesi soal jawab oleh para peserta. Menjadi kenangan manis apabila Ustaz Hasanuddin dengan murah hatinya telah menaja sarapan pagi para peserta yang sepatutnya menjadi jualan untuk AZAM.

Pada akhir penyampaian, ustaz meninggalkan kami dengan satu persoalan yang seharusnya terbit dari setiap hati individu muslim; “Di mana perjuangan kita bersama Gaza??” Tepuk dada tanya iman kita. Ayuh, kita menghisab diri kita. Semoga dengan sumbangan kita walaupun sekecil zarah sebagai hujah kita di akhirat kelak. Allahu'alam.

Rasulullah SAW bersabda:“Sentiasa akan ada sekelompok dari umatku yang sentiasa berjuang bersama-sama kebenaran, mencabar dan menentang musuh-musuh mereka. Musuh-musuh mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya. Mereka tetap dalam keadaan demikian.” Maka para sahabat bertanya,”Dimanakah mereka?” Jawab Rasulullah, ” Di Baitul Maqdis dan sekitarnya”.(Riwayat Bukhari)






Read more

[Foto] Disebalik Tabir Palestina

0 comments

Disebalik Tabir Palestina
1 Januari 2013
9.30am - 12.00pm
Aktovi zal, Hiroshima Hostel, Volgograd































Read more

[Foto] Sisters Snowboarding Trip

0 comments
Sisters snowboarding trip in Moscow
2nd January 2013
Nagornaya Ski Hill (Metro Nagornaya)
































Read more

Fill Your Time [Part Two]

0 comments


Assalamualaikum, bismillahirrahmanirrahim..

“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.” 
(Al-Asr : 1 – 3)

Hampir setiap hari kita membaca surah tersebut sebagai penutup majlis, terutamanya setelah selesai berbulatan gembira bersama ahli-ahlinya yang tercinta. Ya, kita berada di dalam kerugian! Saya pasti, rata-ratanya pasti merasakan 24 jam yang ada setiap hari ini masih tidak cukup untuk menyelesaikan segala urusan yang terbenteng di depan mata. Apatah lagi bagi yang bakal menghadapi peperiksaan!

Jadi dengan izinNya ingin saya kongsikan beberapa tips untuk memaksimakan penggunaan waktu anda. Sedar atau tidak, kebanyakan waktu kita seringkali dicuri untuk mencapai satu-satu destinasi. Selama kita berada di dalam bas, keretapi, mahupun kapal terbang, apa yang boleh dilakukan untuk mengisi masa yang terluang ini? Rugilah sekiranya kita hanya memandang ke luar tingkap sahaja dengan minda yang kosong. Jom optimakan kebaikan yang bakal diperolehi daripada perjalanan kita!

1. Membaca AlQuran
Sama ada membaca naskhah alQuran, mahupun melalui software di dalam gadget canggih anda seperti iPhone, iPad mahupun Samsung tab, pastinya penuh dengan keberkatan dan redhaNya.

2. Menghafaz surah pilihan
Inilah caranya untuk mencuri masa dengan ideal! Bawalah buku hafazan kecil, mahupun MP3 surah pilihan yang telah di‘set’ untuk bermain berulangkali(replay) dan teruskan usaha untuk menghafaz kalamNya yang indah.

3. Mengulangkaji nota ringkas
Sediakanlah nota poket yang kreatif dan berwarna warni bagi meningkatkan minat anda untuk mengulangkaji!

4. Mendengar MP3
Antara MP3 pilihan yang boleh dimasukkan di dalam ‘playlist’ anda termasuklah MP3 bacaan alQuran, nasyid, mahupun ceramah-ceramah ilmiah.

5. Menonton video ilmiah
Inilah kelebihan bagi sesiapa yang mempunyai telefon pintar! Amat mudah untuk mencari video-video yang bagus dengan menggunakan internet, mahupun menonton video yang telah sedia ada.

6. Mentadabbur alam.
Langit yang biru, burung-burung yang berkicauan, semuanya adalah tanda-tanda kebesaranNya. Ambillah masa sebentar untuk menginsafinya, dan berzikir mengingatiNya.

7. Merancang perjalanan aktiviti harian
Mungkin anda seorang yang berjawatan dan mempunyai pelbagai amanah untuk diselesaikan? Rancanglah hari anda dan buatlah jadual ringkas agar setiap saat yang bakal dilalui tidak menjadi sia-sia dan banyak perkara akan dapat diselesaikan dengan kadar yang segera.

8. Mencatat idea-idea menarik(brainstorming)
Memerlukan idea menarik untuk aktiviti bulatan gembira yang seterusnya? Inilah masanya untuk memerah otak dan kreativiti anda. Jangan lupa untuk catat idea menarik anda di alam buku nota anda untuk tindakan seterusnya apabila anda telah sampai ke destinasi nanti.

9. Membalas panggilan atau sms
Khas untuk sesiapa yang mempunyai ramai kenalan, iniliah masanya untuk bertukar-tukar khabar sambil mengeratkan ikatan silaturrahim!

Semestinya, senarai aktiviti yang boleh mengisi masa lapang anda di dalam perjalanan yang jauh itu tidak berhenti setakat itu sahaja! Jadilah lebih kreatif, sekiranya anda berjaulah secara berkumpulan, libatkan semua untuk menghasilkan aktiviti yang lebih menarik, seperti pop kuiz sirah, dan sebagainya. Semoga perjalanan anda yang mendatang bakal terisi dengan aktiviti-aktiviti yang penuh dengan kebaikan dan rahmat daripadaNya!

Oh, jangan lupa amalkan doa keluar rumah dan doa menaiki kenderaan juga ya!

Doa Keluar Rumah
"Dengan nama Allah aku bertawakkal kepadaNya dan tiada daya serta upaya kecuali dengan keizinan Allah".


Selamat beramal!
Wallahua’lam.


Read more

Kuliah Baitul Muslim

0 comments

assalamualaikum wrt..
insyaAllah kuliah online Baitul Muslim sedang berlangsung:

Kuliah Family Du'at Blueprint / Ketaqwaan Jundiy bersama Ummuatifah ( 9.30-11.30 p.m waktu Msia)

Boleh add id berikut ;
Paltalk : moderator_kuliah
Skype : a.moderator.kuliah

selamat mendengar!  :)


Read more

EXAM..TAWAKAL..EXAM..TAWAKAL..

0 comments

EXAM..TAWAKAL..EXAM..TAWAKAL..

Bismillahirrahmanirrahim..

Tawakal merupakan salah satu cara yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya dalam mereka mencari jalan dalam mencapai sesuatu. Tawakal ini adalah satu elemen yang penting dalam kehidupan seorang Muslim.

Allah SWT berfirman,
".... Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya, dan barangsiapa yang berTAWAKAL kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan) Nya, sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki) Nya, sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu".
(At Thalaq, 65: 2-3)

Apa itu tawakal??
Dari segi bahasa, perkataan tawakal itu berasal dari kata 'wakalah', yang bererti mewakilkan urusan kepada pihak lain. Dari segi syaraknya, ia bermaksud: Kepercayaan hati kepada wakil satu-satunya, iaitu Allah SWT.Dengan kata lainnya, tawakal itu ialah kita serahkan secara sepenuhnya kepada Allah tentang natijahnya/hasilnya, setelah kita berusaha bersungguh-sungguh  dan berdoa kepadaNya.

So,apa significant nya tawakal ni???
Dalam kehidupan kita, kita perlu ada perasaan: 1. takut dan 2. Harap. Dan tawakal itu merupakan salah satu manifestasi kita dalam menyatakan pengharapan kepada Allah SWT.
Ibnu Taimiyah pernah berkata, hubungan antara kita dengan Allah adalah umpama seperti seekor burung, di mana takut merupakan sebelah sayap burung itu, dan sebelah lagi sayapnya adalah harap.

Perasaan takut dan harap ini amat penting dalam hidup seorang Muslim.
Dengan ada perasaan takut kepada Allah, seseorang hamba tidak akan melakukan sesuatu yang dilarang olehNya disebabkan takut akan seksaNya yang bakal menimpa mereka yang melanggar laranganNya. Begitu juga dengan perasaan berharap, kerana dengan adanya sifat pengharapan kepada Allah, maka seseorang itu tidak akan penat dan berputus asa untuk melakukan apa yang disukai olehNyA.

Maka antara kedua-dua sayap takut dan harap itu, badan kepada burung itu adalah CINTA kepada Allah. Maka dengannya burung itu dapat terbang tinggi, tanpa ada sebarang ikatan yang membataskannya ke mana sahaja, dan  dapat terbang menuju kepada Allah SWT.
Begitu juga dengan kita. Kita datang sini kan sebab nak studi. Tanya balik diri, sebab apa kita studi? Adakah semata-mata kerana sponsor hantar kita ke sini untuk studi? Adakah sebab kita dihantar ke Russia untuk studi sebab mak ayah kita hantar ke sini dengan harapan yang besar? Adakah kita ke sini studi sebab kita nak masa depan yang cerah, dapat pekerjaan yang bagus, gaji yang besar??

Semua sebab itu memanglah sangat baik. Tapi kalau kita letak tujuan atau sebab kita datang ke sini dengan satu tujuan yang lebih besar, iaitu kita studi bersungguh-sungguh sebab kita tahu Allah suka orang yang bersungguh-sungguh berusaha (studi kan kena bersungguh2 berusaha), maka itu lebih baik di sisi Allah SWT. Maka kita studi ini, kita akan jadikan satu manifestasi KECINTAAN kita kepada Allah SWT supaya kita mendapat keredhaanNya.

Seperti dalam ayat Al Quran, surah Al-Ankabut, (29:69) yang bermaksud:
"Dan orang-orang yang berjihad (berusaha) untuk (mencari keredhaan) Kami, akan benar-benar Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik".

So, ada orang berkata, kalau macam tu kita bertawakal je lah? Tak payah la penat-penat berusaha?
Dalam pendapat ahli Sunnah Wal Jamaah, dalam melakukan sesuatu, kita perlulah berusaha/berikhtiar dahulu, dan kemudian barulah kita bertawakal. Sebab ia berbalik kepada soal qada' dan qadar, iaitu rukun Iman kita yang keenam. Qada' dan qadar adalah kita percaya bahawa setiap apa yang telah, sedang atau akan berlaku semuanya telah ditentukan oleh Allah.
Kemudian adalah orang bertanya, kalau semuanya dah ditentukan oleh Allah, maka buat apa lagi nak berusaha?
Analoginya.. Kalau kita lapar, kita takkan jadi kenyang kalau kita just fikir utk kenyang tanpa kita buat sesuatu...Dan tiba2 aje kita kenyang!(tak  semudah itu). Tapi kita kena cari makanan, masukkan dalam mulut, kunyah-kunyah, dan telan dan kemudiannya dihadam oleh sistem penghadaman kita, barulah  rasa kenyang. So, perlulah ada usaha.

Tapi tak semestinya natijah/hasil yang kita tuju itu kita dapat. Kadang-kala apa yang kita nak tu kita tak dapat.
Allah sebenarnya menilai kita bukan atas natijah apa yang kita dapat, tapi apa yang kita usahakan.
Dan oleh sebab itulah kita kena bertawakal, supaya apa sahaja natijah/hasil yang kita dapat nanti, itu adalah terbaik untuk kita, dan kita redha kepadaNya terhadap apa juga yang mendatang.

"..dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." 
(Al-Baqarah, 2: 216)

So, tawakal itu adalah sangat penting dalam kehidupan kita, bukan sahaja ketika kita nak exam, tetapi sepanjang masa, sama ada ketika susah mahupun senang, ketika miskin mahupun kaya. Sebab apa? Sebab kita tak nak jadi orang yang melampaui batas.

"Dan apabila manusia ditimpa bahaya, dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk ataupun berdiri. Akan tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalan yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan". (Yunus, 10:12)

So, kita sama-sama berdoa pada setiap masa dan ketika, tambah-tambah lagi bila dah dekat dengan exam. Kita berusaha bersungguh-sungguh keranaNya, dan kita bertawakal bersungguh-sungguh kepadaNya.

Konklusinya, kalau kita rasa down dalam studi, atau rasa studi kita susah, ketahuilah bahawa setiap kesusahan ada kesenangannya
"Oleh itu, setiap kesusahan akan disertai kesenangan. Setiap kesusahan akan disertai kesenangan. Kemudian apabila selesai (daripada sesuatu amalan), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha. Dan kepada Tuhanmu sahajalah tempat engkau bermohon." (Al- Insyirah, 94: 5-8)

Dengan ini, kita sama-sama berdoa moga Allah memberi hidayah dan keberkatan dalam usaha kita, terutama dalam kita menghadapi exam yang bakal menjelma. Moga dipermudahkan olehNya juga.

Selamat menghadapi exam!!
Semoga sama-sama cemerlang..

Wallahu'alam.


Read more

Ahlan wa sahlan 2013, Sayonara Jahiliyyah 2012

0 comments


Bismillahirahmanirahim..

Masa berlalu , persis angin pantai yang bertiup.
kadang-kadang anginnya bertiup kencang,
kencang sehingga kita tidak sempat untuk bersedia menghadapinya,
akibatnya, kita terbang mengikut arus angin yang deras itu.
kadang-kadang angin pantai juga bertiup lembut,
lembutnya sehingga mampu menghilangkan resah dihati,
lembutnya juga terkesan pada hati yang keras!
ya, Grand Canyon pun tersengam indah kerana angin.







Duhai teman sekalian,   

Tidak lama lagi kita akan melihat hari yang baru, suasana yang baru. Dimana setiap kali helaian baru diselak, insyaAllah kita akan menghadapi perkara-perkara baru. Di saat ini kita akan teruji dari setiap segi, fizikal, mental mahupun akhlak. Tidak yakin dengan kenyataan ini? Ibaratkan diri anda seperti sebiji oren mandarin. Ya, sebiji! Bukan seulas. Jika dikopak kulitnya, kita akan memperoleh berberapa ulas oren mandarin. Setiap ulas itu, adalah setiap aspek ujian tadi. Seulas untuk fizikal, seulas untuk mental, seulas untuk keperibadian dan etc. kemudian datang ujian yang menyerang oren mandarin tadi. Ujian yang datang tidak menyerang seulas-seulas oren tadi, tetapi meyerangnya secara menyeluruh. Jika kuatnya daya tahan kepada ujian itu maka oren itu mungkin akan selamat.

"Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya)" [Al-Furqan :20]

             Masyarakat kita pada tahun lalu diserang dengan pelbagai isu. Cuba kita ingatkan kembali apa yang telah terjadi, kerana ini adalah sejarah dan sejarah yang dilupai mungkin akan menyengat kembali. Anak tinggalkan emak di hotel, isu perlaksanaan hukum hudud, BERSIH dan macam-macam lagi. Mungkin ada yang telah lupa dengan hal-hal yang pernah berlaku ini. Ingat kembali kesan-kesan daripada isu yang telah terjadi ini. Pelbagai kontroversi timbul, pelbagai kenyataan dikeluarkan sehingga ada bertumpahan darah. Masyarakat kita diuji teman. Namun, apa yang telah kita laksanakan? Mana hasil usaha kita? Berita lalu, jika diambil seperti angin yang lalu sahaja, ibarat melihat grand canyon persis tanah tandus sahaja. Perhatikan kembali sejarah islam kita dahulu. Bangkit kita kerana APA! Jatuhnya kita kerana APA! Jika pemerintah Abbasiyah tidak leka dengan harta, tidak lupa cara hidup islam yang sebenar, insyaAllah islam masih dipuncak kegemilangannya. Jatuhnya islam kini, siapa yang mahu bangkitkan ia kembali? Tanyakan hal ini pada diri anda sendiri. Bercakap dengan hati anda sendiri. Apa pendirian KAMU? Naik gerabak membangkitkan islam kembali, atau mahu biarkan ia terlepas?

Duhai teman,
Yakinlah, sesungguhnya masyarakat kita masih lagi sakit. Ujian yang menimpa pada mereka, telah menular. Menjadi wabak. Menjadi kanser. Mampu membunuh.



Yakinlah teman,
ubatnya tidak dijual di farmasi yang berdekatan mahupun yang jauh. Ubatnya perlu dicari. Perlu dibina. Perlu dibentuk.

Yakinlah duhai teman,
ubatnya ialah islam di dalam diri. Binalah islam didalam dirimu. Maka biarlah ubat itu merawat segala-galanya.

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn 'Umar ibn al-Khatthab ( رضي الله عنهما ) beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
lslam itu terbina atas lima perkara: Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah, Mendirikan sembahyang,mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke baitulLah dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan.

Teman,
Biarlah tahun 2012, menjadi nostalgia. Jadikan ia sebagai langkah baru untuk perubahan. Thomas Alva Edison perlukan lebih dari 1000 kegagalan hanya mahu meberikan cahaya kepada dunia. Bukalah helaian baru di dalam buku anda. Bukalah kerana Allah, insyaAllah Allah membantumu.
InsyaAllah 2013 menjadi tahun yang lebih bermakna buat anda.

Allahu a’lam.

Dengan keazaman kita bermula. insya Allah. 






Read more