• Motivasi Dan DIY

    Creativity Beyond Measure

  • Tazkirah

    Sharing is Caring

  • Local Wrap

    Around Us

  • Friday Wrap

    Around The World

  • Baitul Muslim

    Kuliah Online Baitul Muslim

  • Kulinari

    Sugar, Spice and Everything Nice

Qidra

4 comments
Salam semua,


Seiringan dengan bulan Palestin, Team Kulinari membawakan kepada anda resepi dari timur tengah , terutamanya dari Palestin untuk menghayati kehidupan warga Palestin dari segenap sudut, termasuk dari periuk mereka.


Makanan Palestin biasanya terbahagi mengikut kawasan , seperti daerah Galilee terkenal dengan Kubbi-campuran daging kambing dengan rempah kemudian disaluti dengan bulgur(sejenis tepung) kemudian dibakar. 


Sementara di Tebing Barat dan Gaza lebih popular dengan Maqluba ataupun nasi terbalik. 


Selain daripada nasi dan daging kambing masakan Palestin juga mempunyai pelbagai jenis sup atupun stew.Jenis masakan ini menjadi pilihan kerana walauun dengan daging yang sedikit tetapi satu keluarga yag besar dapat merasainya.


Jadi hari ini, suka saya berkongsi satu resepi dari Gaza yang digelar Qidra ataupun almond stew













Bahan-bahan:



saffron

  • 4 susu makan mentega
  • 900g daging-dipotong dadu
  • 4 biji bawang-dicincang
  • 4 ulas bawang putih- diketuk
  • 2 sudu teh garam(secukup rasa)
  • 1 sudu teh lada hitam
  • ½ sudu teh serbuk halia
  • ½ sudu teh serbuk kulit kayu manis
  • 1/8 sudu teh saffron( saya tak letak sebab x de hihi
  • 1 cawan kacang badam- dicincang
  • 2 ½ cawan air
  • ½ cawan daun ketumbar-dicincang
  • ½ cawan daus pasli(daun sup)-dicincang



Cara-cara :



  1. Cairkan mentega didalam periuk, kemudian tambah daging,bawang,garam,halia,kulit kayu manis dan saffron. Kacau sebati selama 10 minit. 
  2. Selepas itu, tambah air sebelum ditutup dan dimasak dengan api sederhana selama 50 minit atau sehingga daging hampir menjadi lembut. 
  3. Jika perlu tambah air dari masa ke semasa.
  4. Masukkan daun sup dan daun ketumbar. 
  5. Reneh seketika selama 10-25 minit atau sehingga daging lembut. Jika anda masukan lebih kuah, boleh tambah sedikit air.
  6. Siap. Boleh dihidangkan dengan nasi putih ataupin kentang penyet.



wallahua'alam.
p/s : esok merupakan Hari Nakba. Ayuh, tingkatkan keperihatinan kita terhadap saudara kita di Palestine!!





Read more

Apabila Eropah bertemu Islam di Kazan, Russia

2 comments

Bismilahirrahmannirrahim.
Assalammualaikum

Kazan. Satu nama yang tidak asing lagi. Namanya sentiasa meniti di bibir pelajar-pelajar Malaysia  yang berada di Russia. Kazan adalah bandar terbesar di Tatarstan dan memiliki  jumlah penduduk antara terpadat di Russia dan ia juga merupakan bandaraya ketiga Russia selepas Moscow dan St.Peterburg. Kazan terletak antara dua sungai Volga dan Kazanka.

Alhamdullilah pada cuti musim panas tahun lepas, saya dan teman-teman berkesempatan berkunjung ke Kazan  sementara menanti waktu untuk kembali ke tanah air tercinta.
Daripada Nizhny Novgorod kami bertolak ke Kazan menggunakan train. Kami memilih untuk menaiki train malam dan  tiba di stesen keretapi  Kazan seawal 6 pagi.



Destinasi pertama yang kami tuju ialah Kazan Kremlin. Di sinilah terletaknya masjid Qol Sharif Колшәриф мәчете.


Cuaca yang damai. Dipagi yang hening kami disambut oleh kicauan burung-burung lincah berterbangan  mengelilingi  langit Kazan.

Rasa kagum menyelinap saat mata  menghadap  masjid Qol Sharif.  Hati rasa tenang. Setenang warna biru yang menghampar di setiap kubah. SubahanAllah memuji kebesaran dan kekuasaanNYA . Akal menerewang. Teringat kembali kalimat dalam surah As-Saff ayat lapan.

“Mereka hendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, tetapi Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya meskipun orang-orang kafir membencinya (61:8)”

Umum  telah mengetahui semasa pemerintahan Kesatuan Soviet Union masyarakat Islam di Kazan telah dilarang sama- sekali daripada mempraktikkan Islam.  Fahaman komunis cuba diserapkan  untuk menggantikan akidah masayarakat Islam.  Benarlah sunatullah alam usai gelap  akan menjelang siang.  Siapa duga kini Kazan memiliki masjid terbesar di Russia.

Masjid Qol Sharif dianggap sebagai salah satu simbol terpenting dari keinginan Tatar untuk merdeka dan bebas. Selain Masjid Qol Sharif terdapat juga banyak bangunan pentadbiran dan muzium dengan seni bina yang menarik  dan unik terletak di kawasan kremlin.




Seterusnya perjalanan diteruskan menyelusuri Baumana Street. Berkonsepkan mirip Arbat street Moscow. Sepanjang lalulan ini terdapat banyak kedai-kedai yang menjual barangan cenderamata dengan harga yang berpatutan.

Istimewanya Bandar Kazan, hanya dengan murujuk peta yang disediakan Alhamdullilah perjalanan kami amat mudah kerana kebanyakan tempat-tempat menarik (tourist attraction) walking distance sahaja.


Pendapat peribadi jika berkelapangan waktu sebaiknya berkunjunglah ke Kazan pada musim panas kerana antara salah satu tarikan Kazan adalah dengan mempunyai fountain yang banyak dan sangat cantik





Air itu sifatnya menenangkan maka tidak hairan ramai orang bersantai di kawasan fountain . Percikan air dapat menerbitkan senyum menyegarkan tubuh yang  lelah setelah sekian lama berjemur di bawah terik matahari. Kepada puteri-puteri lilin jangan lupa menyediakan payung  semasa berkunjung ke sini hehehe.Bagai dua rupa yang berbeza , semestinya sewaktu musim sejuk kawasan ini kosong menjadi dataran tumpukkan salji. Sekitar kawasan fountain sangat meriah penjual aiskrim berada di mana-mana.

Kami meneruskan perjalanan berziarah ke  Masjid al-marjani. Masjid al-marjani mula dibina pada tahun 1767. Berhadapan dengan masjid ini terdapat kedai yang menjual barangan bercirikan islam seperti pakaian, buku-buku, tasbih dan lain-lain.


Memandangkan perjalanan kami hanya sehari (tidak bermalam) kami memutuskan untuk  menghabiskan masa yang berbaki dengan menikmati  pemandangan kawasan sekitar.


Menurut pemerhatian saya Kazan adalah bandar yang hidup, aman dan damai. Dihuni oleh pelbagai bangsa  dan agama dengan penggunaan bahasa yang berbeza. Majority penduduknya dapat berbahasa Russia.
 Jujurnya masih ada banyak tempat menarik belum sempat untuk kami kunjungi. InsyaAllah ini akan menjadi pemangkin  kepada kami untuk bertandang lagi ke sini.

Masa untuk berangkat pulang.


Buah tangan terbaik daripada Allah sepanjang berada di sini saya pelajari satu hal, masyarakat Kazan tidak jemu mengimarahkan masjid. Kagum menerpa jiwa saat azan zuhur dilaungkan berbondong-bondong pemuda mengerjakan solat berjemaah. Ucapan salam kedengaran bertebaran di mana-mana. Syiar Islam diaplikasikan tanpa malu atau ragu. Senyum dan salam berbalas, hati terpesona terpaut walau  baru pertama kali bersua. Benarlah kita umat bersaudara, disatukan dengan Iman. Tanpa Iman, jadilah ia saudara pada kata nama. Tidak dapat dirasa dengan hati, kering lantas terasing.

Berjalanlah dengan mata hati dan ilmu di dada. InsyaAllah akan lebih bermakna. Pasanglah niat sebanyak- banyaknya agar kita menjadi orang yang beruntung. Semoga Allah berkati setiap perjalanan kita J



Read more

FRIDAY WRAP ( MEI 6 - MEI 11 )

0 comments
Dengan Nama Allah Maha Pemurah Maha Penyayang.
Selawat dan salam atas junjungan besar Rasulullah SAW.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Azam Russia membawakan sorotan beberapa berita dunia minggu ini.



TOKYO - Seorang terbunuh apabila puting beliung melanda bandar Tsukuba di timur laut Jepun semalam manakala puluhan lagi mengalami kecederaan.
Sejumlah bangunan dan rumah musnah dalam kejadian itu yang berlaku 60 kilometer dari Tokyo.
Bandar Tsukuba itu merupakan sebuah pusat sains yang menempatkan beberapa institut akademik dan penyelidikan.
Bagaimanapun, puting beliung itu melanda di kawasan kediaman penduduk.
Mangsa yang terbunuh itu merupakan seorang remaja yang berusia 14 tahun.
Menurut Pusat Perubatan Tsukuba, dia mati selepas mengalami kecederaan.
Lebih 30 orang cedera dengan sepuluh daripadanya dirawat di hospital, kata beberapa pegawai bomba.
Stesen televisyen NHK menunjukkan imej sejumlah rumah tidak mempunyai bumbung.
Kira-kira 200 buah rumah dilaporkan rosak.
Kira-kira 24,000 kediaman tidak mendapat bekalan elektrik.
Kejadian puting beliung jarang berlaku di kawasan Tokyo.


INDONESIA - Pesawat buatan Russia, Sukhoi Superjet telah terhempas di Indonesia pada Rabu lepas.
Pesawat itu dikatakan melanggar tebing sebuah gunung curam yang terletak luar Jakarta.

Pada mulanya pesawat itu hilang dari skrin radar dalam satu demonstrasi penerbangan untuk menjual model pesawat itu kepada Indonesia. Dalam penerbangan itu, terdapat 48 orang kesemuanya, lapan kru dari Russia, manakala 40 lagi kebanyakannya rakyat Indonesia.

Lagi berita di sini. 



DAMSYIK, Syria - Seramai 55 orang terbunuh dalam dua serangan pengebom berani mati yang menggegarkan ibu kota Syria di sini semalam.
Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan memberitahu, cebisan badan manusia bertaburan di beberapa jalan raya manakala banyak kenderaan turut rosak.
Menurut kementerian berkenaan, serangan kali ini adalah yang terburuk sejak kebangkitan rakyat menentang pemerintahan Presiden Bashar Al-Assad.Kebangkitan menentang kepimpinan Bashar bermula sejak 14 bulan lalu.
Letupan berkembar itu memusnahkan bahagian hadapan sebuah bangunan perisikan tentera yang menjadi sasaran serangan itu.Menurut kenyataan yang sama, lebih 370 orang cedera dalam letupan tersebut dan ia melibatkan bahan letupan seberat 1,000 kilogram.
Beberapa saksi memberitahu, letupan pertama menarik perhatian orang ramai yang berada di tempat kejadian.Satu lagi letupan kuat berlaku beberapa saat kemudian.Setakat ini, belum ada pihak yang mengaku bertanggung jawab melancarkan serangan itu.




Di Palestin, terdapat sekurang-kurangnya 1500 orang membantah dihadapan penjara di Tebing Barat menandakan sokongan terhadap tahanan-tahanan yang mengadakan mogok lapar.
Setakat ini terdapat 10 orang telah dimasukkan ke hospital, dan dua lagi dalam keadaan kritikal selepas berpuasa selama 70 hari.
Berikut terdapat beberapa foto menunjukkan solidariti rakyat Palestin terhadap tahan-tahanan.

Untuk melihat lebih banyak foto dan mengetahui info-info lain berkenaan solidariti ini, bolehlah lawati laman web ini.

Sekian saja laporan untuk minggu ini. Semoga dapat dimanfaatkan oleh kita semua.
Assalamualaikum.







Read more

Jihad: Theirs and Ours

0 comments

Bismillahirahmanirahim
To put it simply, jihad means struggle. Jihad fi sabil Allah, striving in the way of God. It is an important essential aspect of life. To live itself is a jihad.
Palestine-Israel Issue
You have a house. You share it with a friend. But after a while, your friend kicks you out of your own home and claims it as his own. How would you feel after that?
The same analogy can be applied to the Palestinians. They shared their land with the Jewish, and Zionist made plans to snatch the land and claimed it as Israel. Throughout history, they migrated other Jews and finally when they are in a big number, seized the houses of Palestinians and forced them to leave. On 15th May, Nakbah Day, Israel is officially formed on Palestinian land, leaving many Palestinian refugees without homes.
The Palestine-Israel issue is not a fresh headline out of the newspaper as this war has been prolonged since the British invaded Palestine. Palestinians struggled to claim back their land. Every day, they are faced with hardships, difficulties, to make a living and also facing violence from the Zionist. We see pictures of children with guns pointed to their heads, bulldozers crashing people’s homes and others that clearly show a violation of humanism.
[credit]
These Muslims struggled to even live, not sure of even the chance to open their eyes to a new day. Yet always filled with hope, always optimistic, securing their faith to Allah the All-Knower of all their fate.
And their Lord responded to them, "Never will I allow to be lost the work of [any] worker among you, whether male or female; you are of one another. So those who emigrated or were evicted from their homes or were harmed in My cause or fought or were killed - I will surely remove from them their misdeeds, and I will surely admit them to gardens beneath which rivers flow as reward from Allah , and Allah has with Him the best reward." (3:195)
With their trials, Allah promised Jannah.
Paradise
Getting into one of the most prestigious university, recognized by the world is not an easy matter. How many Malaysians managed to make their way to Oxford? Not anyone can enter Oxford as they wish; only those fulfilling their high requirements are chosen.
Every Muslims’ dream is to gain Allah’s love and live forever in Heaven.
If Oxford is that hard to enter, imagine what would be the price of Jannah?
Reflecting the deeds you have done in 15 years, 20 years, 30 or 40 years of living, can you be sure that you deserved the beautiful Heaven, in luscious green with flowing rivers.
Or do you think that you will enter Paradise while such [trial] has not yet come to you as came to those who passed on before you? They were touched by poverty and hardship and were shaken until [even their] messenger and those who believed with him said,"When is the help of Allah ?" Unquestionably, the help of Allah is near. (2;214)
Do the people think that they will be left to say, "We believe" and they will not be tried? (29;2)
Their trials vs ours
A Palestinian boy, who lost his family and home to the Zionist, everyday facing fear of his life, but mentally and physically prepared to fight back. What a big trial thrusted upon him.
To compare with our own life, eating, sleeping, praying 5 times a day, taking care of our parents, studying, working...
The boy gave out all efforts, struggled hard and will be promised Paradise. But for us? With our mere struggles, how can we be given the same privilege and reward?
About Ikhlas
Ikhlas, or sincerity, purity of intention, is easy to spell out yet the burden of carrying it and trying to fulfil it weighs a lot. To be ikhlas is to do something purely for Allah. Not expecting any rewards and doing it out of pure pleasure. Every day, you will be faced with this dilemma. Was I sincere in praying? Did I study because of Allah or because exams are just around the corner? How about something as simple as bathing? Did I bathe because of Allah? Everything should be done for Allah yet how many percent of your daily activities are you sure that you did purely because of Him?
Ikhlas can come in many stages, before you do something, while doing it and also afterwards, when you make a reflection of what you did and took lessons from it. The best is to be ikhlas in all stages, but it is not an easy thing to do. Syaitan is always whispering and your heart could sway at any time, taking away that sincerity also either before, during or after doing something. Always istighfar and renew your niat.
To be ikhlas also means whole-heartedly doing it for the sake of Allah. And giving out whole-heartedly requires love for Allah.
Gaining Allah’s love
A loves B. To gain B’s love, A tries hard to get B’s attention, doing what B likes, wearing B’s favourite color. A also gives presents in effort to make B pay attention to A. A declares to the whole world that A loves B very much.
To raise Allah’s love, always try to get his attention, do what He likes, be His sibghah.
[Our Sibghah (religion) is] the Sibghah (Religion) of Allah (Islam) and which Sibghah (religion) can be better than Allah's? And we are His worshippers. (2;138)
To be His sibghah is like pouring water into a shaped container. We shape ourselves to Allah’s container. Like handling a remote control to Allah to do whatever He pleases. When He says pray, we pray. When He says make infaq, we do so. When He says cover your aurat, we cover up.
To do everything because of him and be ikhlas in doing it, that is our real jihad.
-hitamputih-


Read more

MIMC

0 comments
MIMC 2012

Buat julung-julung kalinya pihak MSA Volgograd 2011/2012 mengambil langkah untuk menganjurkan Malaysian Inter-Batch Medical Contest (MIMC) pada 7 Mei yang lalu.

Pertandingan ini yang berkonsepkan MIRC, di mana setiap batch perlu menghantar wakil untuk menyertai aktivit-aktiviti yang disediakan bagi memastikan kejuaraan batch masing-masing. Seiring dengan temanya iaitu " Medical Contest" MIMC bertujuan untuk mengasah , menambah dan menguji pengetahuan serta skills para pelajar perubatan VSMU. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mewujudkan persaingan sihat serta mewujudkan perpaduan dalam kalangan pelajar berbilang kaum dan bangsa.

Antara aktivit-aktiviti yang dipertandingkan ialah Homosapien's planet, Slide&Stain, MediCare, General surgery, I'm a specialist, Spot Diagnosis of general medicine, MCQ , First Aid dan Physical Examination. Selain itu, terdapat juga aktiviti tambahan seperti menjawab soalan-soalan yang disediakan bagi menyumbang mata kepada batch.

Suasana ketika pertandingan berlangsung sangat meriah dengan para peserta memerah fikiran untuk menjawab serta penonton yang tidak putus-putus memberikan sokongan. Juara ditentukan berdasarkan markah tertinggi yang berjaya dikumpul dan tahniah diucapkan kepada batch 6th year sebagai juara, 5th year naib juara dan 3rd year di tempat ketiga. Besar harapan dari pihak MSA Volgograd untuk menjadikan MIMC sebagai program tahunan.











Read more

Family Day

1 comments
MESSP'S FAMILY DAY


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,

Tanggal 7 Mei 2012 telah berlangsungnya suatu majlis yang dinamakan BBQ MESSP atau Family Day MESSP yang bertempat di Park Aleksandr, Prospekt Stachek, St Petersburg. Majlis seperti ini adalah program tahunan dalam kalendar MESSP. BBQ telah bermula seawal pukul 9 pagi. Antara makanan yang disediakan adalah ayam, daging, sate dan sosej. Pelbagai pencuci mulut juga telah siap dibawa dari rumah lagi. Cuaca yang agak sejuk & berangin tidak menghalang pelajar- pelajar untuk meneruskan majlis.

Setelah masak, mereka telah dihidangkan dengan makanan yg telah siap. Usai makan, majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah. Selain itu, acara teka - teki diadakan untuk memeriahkan majlis. Majlis diteruskan dengan ucapan dari pelajar tahun akhir, Norlin & Izzul. Diharap mereka akan berjaya setelah menghabiskan pelajaran di sini. Majlis di akhiri dengan mengambil gambar beramai-ramai. 

Dengan berlangsungnya majlis ini, diharap silaturahim yang dijalin antara pelajar-pelajar di sini akan lebih erat lagi. Tahniah diucapkan buat pihak MESSP dalam menganjurkan BBQ atau Family Day ini. Wallahualam.





Read more

Family Day

0 comments
FAMILY DAY AZAM RUSSIA

“Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat”-Al-Hujurat:10.
Alhamdulillah setinggi-tinggi syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, pada tanggal 1 Mei 2012  Family Day AZAM Russia telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Sekalung penghargaan diucapkan kepada pihak AZAM Russia di atas pelaksanaan program ini.

MOSCOW
Family Day telah berlangsung Kompleks Sukan Russian State Medical University atau lebih dikenali sebagai M2 Sportzal. Bermula seawal 10.30 pagi, pendaftaran bagi setiap peserta telah dilakukan. Usai pendaftaran aktiviti-aktiviti telah berlangsung secara berasingan antara muslimin dan muslimat.
Aktiviti muslimin bermula sedikit lewat atas sedikit masalah teknikal. Bagi mengisi masa terluang tersebut, telah berlangsung sedikit permainan taaruf yang telah dikelolakan oleh saudara Ilham bin Muntari. Selesai permainan tersebut, peserta terus diberi taklimat untuk aktiviti seterusnya iaitu aktiviti “Perlumbaan Yang Menakjubkan” atau lebih dikenali dengan “The Amazing Race”. Perlumbaan melibatkan 5 checkpoint yakni Telefon Berkarat (dengan menggunakan lukisan), Talian Hayat, Faktor Yang Menakutkan, Sungai Berapi, dan Ketenangan. Perlumbaan bukan menetapkan islam sebagai tema, malah meletakkan isu-isu semasa seperti Arab Spring sebagai sebahagian cabaran atau klu dalam menjayakan perlumbaan ini. Ia adalah sedikit sebanyak memberikan sedikit tarbiyyah kepada peserta itu sendiri. Perlumbaan berakhir dengan membuat kolaj sepertimana yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Selesai slot Perlumbaan Yang Menakjubkan, para peserta diminta untuk mengambil wudhu’ bagi melaksanakan solat berjemaah Zuhur. Selesai solat jemaah, majlis diteruskan dengan sesi perkongsian yang diberikan oleh saudara Hazrul Hazwan berkisarkan kepentingan ukhuwah dalam islam itu sendiri. Majlis diteruskan dengan upacara penutup yang dirasmikan oleh Setiausaha Pertama bahagian Hal Ehwal Pelajar Malaysia ke Persekutuan Russia, En. Wan Azizam Wan Salleh. Diakhiri dengan penyampaian hadiah di mana kumpulan Umar Abdul Aziz telah merangkul tempat kedua, manakala kumpulan Bersih bagi tempat pertama bagi kategori muslimin.
Sebagai mana di pihak ikhwah, para akhawat juga memulakan aktiviti sedikit lewat atas kerana beberapa masalah teknikal.  Bagi tidak membuang masa, acara dimulakan dengan permainan taaruf. Para akhawat dibahagikan kepada 8 kumpulan menurut warna riben yang diberikan semasa pendaftaran. Sebelum memulakan aktiviti “The Amazing Race”, para akhawat memanaskan badan menerusi senam seni. Terdapat  5 “checkpoint” yang disediakan menurut nama-nama negara Arab Spring, iaitu Tunisia, Libya, Egypt, Syria dan Palestine. Dan antara tugasan-tugasan yang menarik untuk checkpoint-checkpoint tersebut adalah mencari klu yang tersembunyi, relay meredah jalan yang sempit seterusnya melipat 10 helai baju dan memastikan ia tidak tumbang,  Menghafaz dan mentasmik ayat 49:10 dan selepas itu menghabiskan buah grapefruit, Russian mustard atau jus tomato, “Draw Something”, dan melukis bendera. Mereka juga diberikan peta untuk memudahkan proses pencarian dan sebiji telur sebagai barang amanah.
Disamping pelajar muslimah sekitar Moscow, sambutan Family Day ini turut dimeriahkan dengan kehadiran staf-staf dan keluarga-keluarga kedutaan. Dan kerana adanya kanak-kanak bersama-sama, pihak Azam telah menyediakan “Kids Corner” agar mereka turut merasa semangat cintakan saudara-saudara di negara-negara Arab Spring .












VOLGOGRAD
Program ini telah diadakan di sebuah “dacha” milik university yang terletak berdekatan Krasnoslobodsk. Tepat pkul 9 pagi,2 biji bas yang dijanjikan untuk membawa lebih 120 orang peserta yang terdiri daripada muslimin dan muslimah Volgograd telah tiba dan perjalanan mengambil masa hampir satu jam ke destinasi yang dijanjikan.
Majlis dimulakan dengan ucapan perasmian oleh ketua projek, mohd nadzrul shah. Setelah majlis pembukaan, ikhwah dan akhowat mengambil tempat bagi memulakan aktiviti masing-masing.Aktiviti yang dijalankan berupa mini explorace di sekitar kawasan dacha yang sangat luas. Sebagai permulaan untuk pembahagian kumpulan, setiap peserta mendapat sehelai kertas yang tertulis nama sejenis buah dan hanya boleh menggunakan bahasa isyarat untuk mencari buah yang sama. Terdapat 8 kumpulan kecil yang terdiri dari manggis, lemon, durian, rambutan, strawberry, tembikai, pisang dan kelapa yang kemudiannya bergabung markah menjadi hanya 4 kumpulan besar.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah "get my hulla", "sweet trust", "hanger hockey" dan juga "volley birds". Di setiap checkpoint, setiap kumpulan buah perlu mengumpulkan kad berwarna biru yang terbanyak untuk menjadi juara
 Majlis diteruskan dengan solat zohor berjemaah dan makan tengahari yang telah disediakan khas oleh urusetia majlis. Antara juadah yang menanti adalah ayam panggang,gulai kambing aqiqah(sempena kelahiran mujahid pasangan ramdan dan aida) dan cupcake khas dari chef terkemuka Volgo . Ketika semua pelajar menjamu selera majlis diteruskan dengan forum bertajuk “Bila baju kurung bertemu baju melayu’. Forum disampaikan oleh sepasangan suami isteri , Ahmed bin kamaruzaman dan zaujahnya.Nurul yaqin Mohd Nor . Forum berkisarkan pengalaman mereka sebagai suami isteri ketika masih belajar. Pelbagai ilmu dan pesanan yang berguna telah disampaikan oleh ahli panel yang telah membuka mata pelajar tentang kebaikan dan tanggungjawab semasa mendirikan rumah tangga Muslim.
Majlis tamat tepat pukul 4 petang . semua pelajar selamat tiba ke rumah masing-masing pada pukul 5 petang. Meskipun keletihan, masing-masing pulang dengan tersenyum bersama memori indah yang tak mungkin dilupakan.



NIZHNY NOVGORAD
Nizhny Novgorod, 30 April - Alhamdulillah wa syukur lillah, sambutan Hari Keluarga di Nizhny pada tahun ini disambut dengan cerianya sang matahari memancarkan sinarnya. Hari Keluarga di Nizhniy tahun ini disambut pada 30 april, bermula pada jam 8.30 pagi. Setelah semua orang berkumpul, Hari Keluarga dimulakan dengan bacaan doa oleh Hafizuddin dan diteruskan pula dengan senaman J-Robic (campuran aerobic dan tarian zapin) diketuai oleh Amir Hamzah dan konco-konconya. Selesai beriadhah, muslimin dan muslimah bergerak ke kawasan barbeku masing-masing.
Kaum lelaki masing-masing telah dibahagikan kepada 5 kumpulan kecil dan dibekalkan dengan Ayam mentah , Ikan dan Arang oleh penganjur. Setiap kumpulan akan bertanding antara satu sama lain dalam permainan tradisional antaranya Galah Panjang, Baling Selipar , Kuiz dan Ular-ular. Semua yang hadir telah menunjukkan kerjasama dan semangat kekeluargaan yang mantap seterusnya menjadikan Hari Keluarga berjalan dengan lancar dan meriah.
Untuk muslimah, setelah memulakan bara api untuk barbeku, mereka bermain beberapa games seperti Keba-Bom, Hajarul Aswad, Ossom, dan Ikat Kaki. Semua peserta daripada kumpulan masing-masing bersemangat bermain untuk menang. Tidak ketinggalan juga kepada koordinator aktiviti, saudari Fatin Hanani Che Juha dan Anis Farah Zulkifli yang tidak menang tangan mengawal keadaan. Setelah itu, semua peserta kembali ke kawasan berbeku untuk menikmati juadah masing-masing.
Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah. setiap peserta menerima hadiah yang berupa cawan yang sangat cantik dan kepuasaan nyata terparpar disetiap wajah peserta.


Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur dan semua yang terlibat menjayakan sebuah program yang menghiburkan disamping menerapkan nilai islami yang sebenar dalam diri pelajar-pelajar.




Read more