Kelebihan Puasa di Bulan Ramadhan.

0 comments
 





Sejak dahulu hingga kini , wanita hanya dipandang dari segi kecantikan fizikal sahaja. Di seluruh pelusuk dunia sering sahaja dianjurkan pertandingan yang khusus untuk wanita di mana kecantikan serta keindahan diri mereka menjadi sumber ukuran yang utama. Kebiasaannya wanita yang menjuarai pertandingan ini adalah wanita yang berpenampilan menarik dan lain lagi.
 
Realiti inilah yang berbeza dari segi pandangan Islam. Darjat kaum wanita sangat tinggi di sisi Islam. Oleh yang demikian, wanita yang terbaik tidak wajar dinilai melalui ciri fizikal sahaja malah dari segi rohani juga perlu diambil kira. Setiap wanita yang solehah wajib beriman kepada Allah dan taat kepada perintah serta laranganNya. Perbezaan mereka di hadapan Allah adalah kerana ketakwaan mereka terhadap Allah. Firman Allah yang bermaksud :-
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (QS. al-Hujurat [49]: 13).
Sebagai seorang wanita perasaan ingin tampil cantik dan menarik adalah satu naluri yang biasa kerana wanita memang sinonim dengan kecantikan. Kecantikan tidak hanya untuk manusia sahaja tetapi kepada segala sesuatu di alam semesta ini. Selain itu, kecantikan juga boleh dinilai dari sifat manusia melalui akhlak serta tutur katanya yang indah. Islam adalah agama yang menyeru pada kecantikan dan keindahan. Dimana kecantikan itu berupa kecantikan maknawi yaitu kecantikan berupa jiwa, akhlak, sifat dan sikap. Seperti pada hadits Rasulullah berikut :-

Sesungguhnya ALLAH tidak melihat kepada bentuk rupa dan harta kalian, tetapi dia melihat hati dan amal kalian.” (HR.Muslim,Ahmad dan Ibnu Majah)



Dalam Hadits lain, Rasulullah mengatakan bahwa wanita solehah adalah sebaik-baik perhiasan dunia. Dari Amr ibnu ra :-

“Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasannya adalah wanita solehah.” (HR.Muslim,Ibnu Majah dan An-Nasai)

Terdapat pelbagai cara yang boleh kita lakukan untuk menjadi wanita muslimah yang cantik dari segi pandangan Islam. Berikut adalah cara-cara yang boleh kita lakukan :-

1. Menjadikan ghadul bashar (menundukkan pandangan) sebagai eyeliner bagi mata. In sha Allah pandangan serta pemikiran kita akan lebih meluas.
2. Menggunakan lipstick kejujuran dan kebenaran (alhaq) pada setiap tutur kata yang keluar dari bibir. In sha Allah senyuman yang terukir dari bibir akan kelihatan lebih manis dan disenangi.
3. Menggunakan compact powder yang berasaskan malu serta kesopanan. In sha Allah kesederhanaan luaran yang istiqamah akan menyejukkan setiap mata yang memandang.
4. Sentiasalah menggunakan sabun istighfar dalam kehidupan seharian anda. In sha Allah , kotoran dosa dan kesalahan yang dilakukan dapat dibersihkan daripada diri anda.
5. Manjakanlah rambut anda dengan hijab yang sentiasa melindungi rambut anda daripada menjadi mangsa kerakusan insan yang terlepas daripada tambatan keimanannya.
6. Sarungkanlah kedua-dua belah tangan dengan bracelet sedekah dan jari-jemari dengan cincin ukhuwah. In sha Allah kelak akan dipertemukan dengan insan soleh yang nilainya melebihi segunung emas permata.
7. Alunkanlah kemerduan dan kesyahduan suara dengan tilawah Al-Quran dan zikrullah. In sha Allah berkat kekhusyukan dan penghayatan, halawatul iman dapat dirasai sebagaimana lidah merasai kemanisan makanan.
8. Luruskanlah postur badan dengan ketulusan melakukan senaman gym lima kali sehari yakni menunaikan solat dan beribadah kepada Allah. In sha Allah , Dia tidak akan mensia-siakan keikhlasan kalian dalam mencari keredhaanNya.

In sha Allah semoga kita sama-sama mendapat tempat pada pandangan Allah bukan pada pandangan manusia semata-mata dengan menjadi muslimah tercantik serta terbaik dari segi Islam.




Post a Comment