Yusra menatap keputusan peperiksaannya. Jelas tergambar
kekecewaan di raut wajahnya. “Allah, apa aku nak cakap dengan ibu ni.” Yusra
menekup wajahnya. Bercucuran air matanya jatuh menandakan empangannya sudah
pecah. Keputusannya kali ini benar- benar jatuh. “Ibu..” gumamnya dalam
tangisan. Hanya nama itu yang meniti dibibirnya.
Ting..Ting..Ting..
Bertubi tubi aplikasi WhatsAppnya masuk.
“Adik Yusra"..
Dia hanya sekadar endah tak endah. “Dah la penipu.” Yusra mencampakkan telefonnya ke atas katil.
___________________________________________________________________________________
“Hurm dah sebulan Yusra tak datang usrah “, keluh Raihan.“Ada pergi lawat dia?? WhatsApp??” Anisah cuba beri solusi. “Sudah, hampir setiap minggu nak ziarah dia. Tapi dia cakap
dia takde dalam bilik. WhatsApp pun acuh tidak acuh dia reply. Sejak bukak sem
ni nampak dia makin nak menjauh dari usrah. Masjid pun dia dah jarang pergi.”
keluh Raihan lagi. Nada suaranya kian rendah seperti sudah putus asa dengan
adik usrahnya yang seorang ini.
“Kau jangan putus asa. Ok cuba kau ingat last dia layan
whatsApp kau?” tanya Anisah. Anisah memang agak sempoi dikalangan
rakan-rakannya. Namun apabila masuk bab ummah atau gerak kerja dia orang
pertama yang akan ke hadapan.
“Hmm.. before dia dapat result. Hah sejak tu dia mana nak
layan dah. Love kiss pon dia da tak reply.” ujar Raihan. “Cer kau kasi emoticon
buah kiwi ke, buah cempedak ke .Barulah ada kelainan sikit. Ni love kiss kau, aku pon bosan “
Anisah buat muka. Cuba mengusik rakannya. Raihan tertawa. Mujur ada Anisah, walaupun lawaknya adakala
hambar, tapi boleh juga mencuit hatinya.
___________________________________________________________________________________
“Yusra !!!” Raihan
melambai dari jauh. Senang sekali hatinya hari ini Yusra sudi bertemu
dengannya. Buah tangan untuk adik usrahnya itu tidak dilupa. Beg plastik berisi
coklat Cadburry Hazelnut dijinjing bersama.
“Kak Raihan.” Yusra
menarik senyum segaris. Sudah lama tidak berjumpa dengan akak usrahnya.
Tekadnya sudah meninggi. Mungkin hari ini terakhir kalinya dia akan bermesra
lagi dengan kak Raihan. Walau apa pun yang berlaku, dia nekad untuk tinggalkan
usrah. Raihan duduk di sebelah Yusra. Pemandangan mereka menghadap ke
luar tingkap sambil melihat salji yang sedang turun membaluti bumi. “Nah akak
bawakan favourite coklat Yusra. Rindu kat adik akak sorang ni”. Raihan menghulurkan
bungkusan plastik berisi coklat.
“Owh terima kasih akak”. Yusra mengambil bungkusan tersebut.
Dibukanya bungkusan coklat Cadbury untuk dikongsi bersama Raihan. “Lama sangat tak jumpa Yusra. Kawan-kawan usrah yang lain
pon rindu”. Raihan memulakan bicara. Yusra hanya diam membisu. Mencari kekuatan disegenap sudut.
Coklat Cadbury yang dibuka tadi satu bar di hulur kepada Raihan.
“Akak, Yusra nak keluar dari usrah. Yusra rasa cukup sampai
sini sahaja sumbangan Yusra.” Luah juga apa yang terbuku di hati Yusra selama
ini. Bar Cadbury yang baru sahaja mahu singgah ke mulut Raihan
terhenti. Berkerut muka Raihan. Dikiranya Yusra hanya mahu untuk menjauh seketika sahaja. Tapi apabila
mahu keluar dari usrah pasti ada sesuatu yang tidak kena. Terdiam Raihan seketika.
Cuba mencari solusi yang terbaik untuk adik usrahnya. “Bismillah, Ya Allah
bantu diri ini dan hati yang juga aku bawa ini. Moga jauh dari hasutan nafsu
dan syaitan”. Monolog Raihan berdoa meminta Allah pandu setiap tutur katanya.
Diam kak Raihan membuatkan Yusra serba salah. “Akak ,
maafkan Yusra. Yusra dah tak tahan lagi. Meeting, dakwah, usrah membuatkan
fokus Yusra untuk study terganggu. And I think because of all those things,
result Yusra jatuh akak. Kak Raihan pernah cakap dulu kalau kita tolong agama
Allah, Allah akan tolong kita. Tapi Yusra tak nampak hasil pengorbanan Yusra
selama ni.” ungkap Yusra.
Ye itu yang sering berlegar legar di fikirannya. Dia
begitu pegang pada kata-kata Raihan. Dia harap dengan pengorbanannya, Allah
akan membantunya dalam peperiksaannya.Yusra menundukkan kepalanya. Bersiap sedia dengan segala
tembakan nasihat dan pujukan daripada kak Raihan. Tapi dia tekad juga untuk
lari dari kelompok itu. Bar coklat ditangan segera diletakkan ditepi bungkusan
plastik oleh Raihan.
“Sayang, masa awak SPM dulu ada tidak ibu awak janji untuk
berikan apa sahaja keingingan awak kalau awak dapat keputusan cemerlang?” lembut
Raihan bertanya. “Hurm ada. Ibu kata macam tulah, ibu akan berikan apa yang
saya inginkan.” balas Yusra. “Jadi awak dapat apa yang awak inginkan?”
“Dapat, siap ibu kata lagi hadiah ni yang paling terbaik
dari ibu.”
“Begitulah juga Allah. Dia Maha Kaya, dan Allah amat
berpegang pada janji. Jika kita bantu agama Allah, Allah pasti akan bantu kita.
Bantu kita untuk masuk ke syurgaNya. Itu hadiah yang paling terbaik yang Allah
ingin berikan pada hambaNya yang berusaha dan taat akan perintahnya di dunia.
Yusra, Allah tidak kedekut. Takkan la Allah nak berikan hadiah result cemerlang
yang hanya sementara untuk Yusra sahaja padahal Dia boleh beri istana dekat
Yusra nanti di syurga kan?”
Raihan memandang wajah Yusra. Tangannya memegang
erat bahu anak usrahnya.
“Tapi kak Raihan, kenapa yang lain tu tak tolong agama Allah
pun, mereka masih dapat keputusan cemerlang?”soal Yusra. “Yusra terlalu melihat satu nikmat sahaja iaitu result. Yusra,
setiap orang ada rezekinya masing-masing. Mungkin Yusra tidak dapat keputusan
cemerlang, tapi Allah mudahkan Yusra dapat kerja, bantu keluarga dan
sebagainya. Ingat, rezeki tu semua di tangan Allah, apa yang tertulis itu
adalah takdir dan semua nikmat itu adalah ujian, ujian juga adalah ujian tahu.”
balas Raihan.
“Dalam usrah, dakwah, tarbiyah semua cabang ini membantu
kita untuk bina diri kita jadi seorang ikon mukmin untuk Islam. Kalau Yusra
tarik diri, macam mana Yusra nak rasa nikmat beragama Islam dan nikmat untuk
kenal Allah? Macam mana Yusra nak sampaikan kepada orang yang bukan Islam
tentang cantiknya Islam tu sendiri kalau Yusra tidak beramal untuk Islam?” persoalan
dilontarkan. Namun soalan itu hanya sekadar satu strategi untuk Yusra berfikir.
Yusra terdiam. Sepertinya tiada hujah yang ingin
dilontarkan. Kata-katanya mati. Segala alasan yang dibina tadi hanyut dalam
ungkapan lembut kak Raihan.
“Kadang-kadang tanda Allah cinta kepada seseorang tu ialah apabila
Allah biarkan hatinya hancur berkali kali sampai dia rasa tiada harapan lagi
dia di dunia ini dan itu akan menyebabkan dia hanya bergantung harap pada Allah
sahaja.
- Syed Qutb.-
“Itulah cinta Yusra, cinta bila kita bergantung segala qada’
dan qadar kita hanya pada Allah. Bersangka baiklah.” Raihan masih cuba
meyakinkan Yusra. Yusra hanya memandang. Rasa malu yang teramat sangat. Bukan
pada Raihan tapi pada Allah. Tika itu dia sedar yang di betul-betul sedang
berburuk sangka dengan Allah.
“Akak, bila next usrah ohsem kita?” Yusra memandang Raihan. Dan
soalan itu tanda Raihan sudah berjaya memujuk hatinya. Tetapi bagi Raihan,
Allah yang memegang hati Yusra agar kembali menyintai jalanNya , namun kali ini
lebih berbentuk cinta kepadaNya.
Post a Comment