Jom ! Jadi Driver Terbaik .

0 comments








Sayu rasanya hati ini saat membaca berita di media massa tentang masalah ummat islam di negara sendiri. Hati ini rasa seperti dikoyak koyak, kemudian dicincang halus lalu diblender dengan kuasa laju. Memang tiada serpihan yang tinggal. Dari politik yang pincang dari dalam, ke ekonomi negara yang semakin tidak stabil, ditambah pula dengan masalah sosial yang semakin menjadi-jadi di kalangan remaja membuatkan niat di hati untuk pulang berkhidmat kepada negara menjadi goyah. Takut dan sedih untuk hidup dalam negara sendiri. Ya, itu lah perasaan yang tepat menggambarkan keadaan saya sekarang. Mana tak nya, yang terlibat dengan isu-isu yang sering bermain sekarang ini kebanyakannya tidak dapat lari dari bangsa melayu, Islam pula tu. Dari bangsa dan agamaku sendiri!

Aduss, malunya. Bagaimana Islam bisa nampak indah di mata masyarakat luar jika beginilah akhlak kita si penganutnya??

Di sini, saya sama sekali tidak berniat untuk membuka satu persatu pekung, masalah atau jenayah yang telah dilakukan. Dengan sekali tekan di mana-mana pautan berita kalian sendiri dapat menyaksikan betapa nazaknya ummat kita kala ini.

Fitrahnya, Islam itu indah kerana kesyumulan ajarannya yang bukan sekadar kefahaman beragama tetapi juga sebuah gaya hidup yang lengkap (Way of Life).
Firman Allah swt :
"Wahai orang yang beriman, masuklah ke dalam islam secara keseluruhan"
(Al baqarah 2:208)

"Keseluruhan" di sini bukan bermaksud sekadar kita menyapu jem di permukaan roti tersebut. Tetapi ia dapat dianalogikan seperti kita merendamkan sekeping roti ke dalam kuah kari, maka kuah kari itu meresapi ke segenap lapisan roti tersebut.

Tetapi realitinya, kita dapat lihat saudara kita sekarang hanya menyandarkan Islam pada nama sahaja. Langsung tidak meresapi ke dalam jiwa mereka, nak terzahir ke perbuatan jauh sekali. Akhlak umat Islam itu sendiri tidak lagi menggambarkan akhlak al-Quran seperti ditunjukkan Nabi. Bahkan kita inilah yang dikecam sebagai pencemar agama dengan akhlak-akhlak jahiliyyah kita.

Memang benarlah kata Kak Elyana dalam bait lagunya tak tercapai akalmu..
"Mudahnya merosakkan dari membina, mencemarkan dari memulia,
tak menghirau dari mengendah.." :)

  
Kerana akhlak Islam itu cerminan aqidah islam maka disebabkan itulah ianya tidak boleh dientengkan sesuka hati. Jom kita ke skop yang lebih dekat dengan kita, sejauh mana kita memaknai akhlak seorang muslim dari aspek pelajar. 


 

Adakah kita seorang yang terawal atau terakhir ke kelas?
Adakah kita seorang yang aktif atau pasif di dalam kelas?
Adakah kita seorang penelaah ilmu atau hanya penagih ilmu dari guru?
Adakah hari-hari kita disulami dengan husnuzon atau perbuatan ghibah kepada guru sendiri?
Kalian sendiri ada jawapannya.

Jom kita tengok analogi kereta. Sebuah kereta ferrari merah yang segak bergaya tetapi jika dipandu oleh seorang yang tidak mempunyai skill dan pengalaman yang baik maka pemanduannya akan selalu terpesong dari trek perjalanan.

Begitu juga dengan Islam, sebuah agama yang sangat indah dan ohsem tetapi jika dibawa oleh seorang yang tidak berakhlak Islamiyah maka tercemarlah keindahan Islam secara keseluruhannya.
Benar, sebaik-baik driver adalah Nabi Muhammad SAW. Sehingga baginda sendiri dipuji Allah dalam al-Quran ,“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah SAW itu suri teladan yang baik bagimu.” (Q.S Al-Ahzab:21). InsyaAllah kita sebagai umat baginda juga perlu berusaha untuk mencontohi akhlak baginda kerana kita kan pewaris tugas baginda Nabi SAW.

Kata orang, import lah Islam ke dalam diri kita dahulu, maka mudahlah kita meng-eksport Islam itu kepada orang lain. Jom kita sama sama memperbaiki diri menjadi driver terbaik untuk Islam supaya Islam itu nampak indah bukan rendah.


Post a Comment

NUGET EXPRESS TANPA MSG

2 comments
Assalamualaikum dan happy weekend semua!
Semoga para pembaca semua sihat sejahtera sentiasa.  
Untuk kali ini, kami dari team lifestyle nak berkongsi sikit dengan satu resepi yang confirm pembaca semua excited nak cuba!
Agak-agaknyakan, 
bila duduk kat Russia bumi Soviet ni pernah tak teringin nak makan sosej
(колбаса),  nugget , bebola ayam atau pun segala macam makanan 
express di pasaran yang memang sah-sah  sedap (вкусно)??
 
Mesti ada ni, konfirm! Alang-alang tak dapat nak beli, apa kata jom kita buat sendiri. 
Lagi  bersih,halal  diyakini, dan yang pastinya jimat!
 
 
 
“ Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih),  
darah (yang keluar mengalir), daging babi  (termasuk semuanya), 
binatang –binatang yang disembelih bukan kerana Allah , yang mati tercekik, 
mati dipukul , mati jatuh dari tempat yang tinggi , mati ditanduk, 
mati dimakan binatang buas kecuali yang sempat kamu sembelih 
( sebelum habis nyawanya ) dan yang disembelih atas nama berhala........”
(al maidah:3)

Jadi, antara bahan yang diperlukan untuk sediakan Nuget ini mudah sahaja:
Ayam fillet (2 fillet, dipotong kepada beberapa bahagian sederhana)
Bawang Putih (2-3 ulas)
Tepung gandum (sedikit sahaja)
Lada hitam
Garam
Bread crumb
Telur


Cara-cara:
      Di dalam blender masukkan fillet ayam yang telah dipotong bersama bawang putih dan lada hitam, sedikit garam . Tambahkan sedikit air ,agak2 boleh blend .

Kemudian, campurkan bahan  yang telah diblend ke dalam satu bekas bersama sedikit tepung. Konsistency campuran sederhana.

      Tambahkan bread crumb ke dalam campuran (sukatan 1/3 dari campuran)

      Bentukkannya mengikut kegemaran anda.
           Salutkan bersama bread crumb, telur dan bread crumb kembali.
      Gorengkan menggunakan api yang sederhana panas


Siap!! Ini hasilnya! Saya sudah mencuba, pembaca bila lagi??




(picture credit to : YOU.co.za)


2 comments

Post a Comment

Kelebihan Puasa di Bulan Ramadhan.

0 comments
 





Sejak dahulu hingga kini , wanita hanya dipandang dari segi kecantikan fizikal sahaja. Di seluruh pelusuk dunia sering sahaja dianjurkan pertandingan yang khusus untuk wanita di mana kecantikan serta keindahan diri mereka menjadi sumber ukuran yang utama. Kebiasaannya wanita yang menjuarai pertandingan ini adalah wanita yang berpenampilan menarik dan lain lagi.
 
Realiti inilah yang berbeza dari segi pandangan Islam. Darjat kaum wanita sangat tinggi di sisi Islam. Oleh yang demikian, wanita yang terbaik tidak wajar dinilai melalui ciri fizikal sahaja malah dari segi rohani juga perlu diambil kira. Setiap wanita yang solehah wajib beriman kepada Allah dan taat kepada perintah serta laranganNya. Perbezaan mereka di hadapan Allah adalah kerana ketakwaan mereka terhadap Allah. Firman Allah yang bermaksud :-
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (QS. al-Hujurat [49]: 13).
Sebagai seorang wanita perasaan ingin tampil cantik dan menarik adalah satu naluri yang biasa kerana wanita memang sinonim dengan kecantikan. Kecantikan tidak hanya untuk manusia sahaja tetapi kepada segala sesuatu di alam semesta ini. Selain itu, kecantikan juga boleh dinilai dari sifat manusia melalui akhlak serta tutur katanya yang indah. Islam adalah agama yang menyeru pada kecantikan dan keindahan. Dimana kecantikan itu berupa kecantikan maknawi yaitu kecantikan berupa jiwa, akhlak, sifat dan sikap. Seperti pada hadits Rasulullah berikut :-

Sesungguhnya ALLAH tidak melihat kepada bentuk rupa dan harta kalian, tetapi dia melihat hati dan amal kalian.” (HR.Muslim,Ahmad dan Ibnu Majah)



Dalam Hadits lain, Rasulullah mengatakan bahwa wanita solehah adalah sebaik-baik perhiasan dunia. Dari Amr ibnu ra :-

“Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasannya adalah wanita solehah.” (HR.Muslim,Ibnu Majah dan An-Nasai)

Terdapat pelbagai cara yang boleh kita lakukan untuk menjadi wanita muslimah yang cantik dari segi pandangan Islam. Berikut adalah cara-cara yang boleh kita lakukan :-

1. Menjadikan ghadul bashar (menundukkan pandangan) sebagai eyeliner bagi mata. In sha Allah pandangan serta pemikiran kita akan lebih meluas.
2. Menggunakan lipstick kejujuran dan kebenaran (alhaq) pada setiap tutur kata yang keluar dari bibir. In sha Allah senyuman yang terukir dari bibir akan kelihatan lebih manis dan disenangi.
3. Menggunakan compact powder yang berasaskan malu serta kesopanan. In sha Allah kesederhanaan luaran yang istiqamah akan menyejukkan setiap mata yang memandang.
4. Sentiasalah menggunakan sabun istighfar dalam kehidupan seharian anda. In sha Allah , kotoran dosa dan kesalahan yang dilakukan dapat dibersihkan daripada diri anda.
5. Manjakanlah rambut anda dengan hijab yang sentiasa melindungi rambut anda daripada menjadi mangsa kerakusan insan yang terlepas daripada tambatan keimanannya.
6. Sarungkanlah kedua-dua belah tangan dengan bracelet sedekah dan jari-jemari dengan cincin ukhuwah. In sha Allah kelak akan dipertemukan dengan insan soleh yang nilainya melebihi segunung emas permata.
7. Alunkanlah kemerduan dan kesyahduan suara dengan tilawah Al-Quran dan zikrullah. In sha Allah berkat kekhusyukan dan penghayatan, halawatul iman dapat dirasai sebagaimana lidah merasai kemanisan makanan.
8. Luruskanlah postur badan dengan ketulusan melakukan senaman gym lima kali sehari yakni menunaikan solat dan beribadah kepada Allah. In sha Allah , Dia tidak akan mensia-siakan keikhlasan kalian dalam mencari keredhaanNya.

In sha Allah semoga kita sama-sama mendapat tempat pada pandangan Allah bukan pada pandangan manusia semata-mata dengan menjadi muslimah tercantik serta terbaik dari segi Islam.




Post a Comment