Sesudah Kesulitan Ada Kemudahan !

0 comments


Assalamualaikum w.b.t. dan salam akhir sem !

Bila mana kita sebut tentang akhir sem, maka ‘winter exam’ antara perkara yang akan terlintas di benak fikiran. Atau sebenarnya ‘winter break’ yang lebih dekat di hati ?*senyum* . Boleh juga, tak salah :). Namun, tanggungjawab sebagai muslim yang belajar perlulah dilaksanakan  dengan sebaiknya terlebih dahulu.

All the best !
Di sini, ingin saya imbau kembali satu kisah kekasih. Pencipta kita, Nabi Muhammad s.a.w . Kisah ini berkisarkan perjalanan hijrah Rasullulah ke Taif. Setelah Rasulullah menerima tentangan dan seksaan yang pahit dari kaum Quraisy maka baginda telah cuba keluar dari Makkah merantau ke Ta’if untuk mencari perlindungan dan sokongan dari suku kaum qabilah Thaqif dan semoga mereka akan menerima baik apa yang telah diturunkan Allah kepadanya.

Ketika Rasulullah sampai di Ta’if, baginda telah mengemukakan hasratnya kepada ketua-ketua puak Thaqif. Tapi malangnya sebaik sahaja Rasulullah menyeru mereka, seruannya ditolak mentah—mentah bahkan mereka bertindak penuh kekerasan dan makian yang bertalu-talu. Dengan itu Rasulullah bangun mengundur diri dari Ta’if dan meminta supaya mereka merahsiakan perkara ini dari Quraisy tetapi harapan baginda itu tidak diindahkan.

Tidak memadai setakat itu malah ada di antara mereka hamba abdi, khadam dan anak nakal bani Thaqif melontar baginda dengan anak-anak batu hingga luka-luka kedua belah kaki baginda yang mulia itu. Zaid bin Al-Harithah yang mengiringi baginda kesan cuba melindungi Rasulullah dari serangan dan lontaran anak-anak nakal itu hingga luka beberapa tempat di kepalanya. [Tabaqat Al-Kabiro oleh Ibn Sa’id]

Dengan keadaan sedemikian akhimya baginda sampai ke sebuah dusun yang dimiliki oleh Atabah bin Rabi’ah di mana anak-anak tadi sudah tidak mengikuti baginda lagi. Di dusun itu Rasulullah berhenti di bawah pokok anggur di mana dua orang anak lelaki Rabi’ah melihat baginda. Di situlah Rasulullah menengadah berdoa:

“Wahai Tuhanku Dikau sahajalah tempat ku mengadu kelemahan tenagaku dan kurang bicaraku, kehinaanku di mata ramai, wahai Tuhan yang Maha Pengasih Dikaulah Tuhan mereka-mereka yang lemah, Dikaulah Tuhanku kepada siapakah Dikau akan serah daku ini? Kepada mereka yang jauh yang bencikan daku atau kepada seteru yang Kau berikan kuasa ke atasku? Andai kata tidak ada sebarang kemurkaanmu ke atas ku maka tidak akan ku pedulikan, tetapi kemaafan dan kurniaan Kau lebih luas untukku. Aku berselindung dengan cahaya zat-Mu yang menyinari segala kegelapan dan yang memberi manfaat dunia dan akhirat (aku berselindung dengan-Nya) dan kemarahan-Nya ke atas ku dan kemurkaan-Mu, Dikau sahaja yang menegur sepuasnya. Dan tidak ada helah bicara dan tenaga hanyalah dengan Dikau sahaja.”


Pengajaran dan renungan dari segi dakwah yang dapat kita lihat adalah segala pancaroba yang merintangi jalan perjuangan Rasulullah khususnya dugaan semasa ke Ta’if merupakan sebahagian dari dugaan perjuangan tabligh dan dakwah. Kedatangan dan kebangkitan Rasulullah bukan sahaja menyampaikan aqidah kepercayaan yang benar kepada dunia dan alam sejagat dari soal ibadat, akhlak susila, dan muamalat namun antara tugasnya juga ialah menyampaikan kepada kaum muslimin bahawa mereka mesti bersabar ketika menjalankan tugas—tugas dan menerangkan kepada umat Islam secara praktikal tentang sabar yang sangat-sangat dituntut oleh Allah Sub hanahu Wata’ala: 

Yang bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di— perbatasan negerimu.)”.
 (Surah Ali-Imran: 3:200)

Oleh yang demikian, jika kita cuba adaptasikan kisah Rasulullah dalam kehidupan seharian kita, lebih-lebih lagi dalam menghadapi peperiksaan yang akan datang, doa adalah antara senjata utama kita. Rasulullah adalah kekasih Allah, seorang hamba yang cukup hebat, namun pergantungannya pada Allah juga sangat hebat.

Siapakah kita jika di banding dengan Rasulullah ?Malah, siapakah kita tanpa bantuan Allah Yang Maha Mendengar,Yang Maha Pengasih . Sungguh, pada Dialah tempat kita bergantung harap setelah kita peruntukkan usaha yang sehabis baik yang dapat dan mampu kita lakukan insyaAllah.


Post a Comment