MOSCOW || NADWAH KHIDMAH DAN KEPIMPINAN AKTIVIS AZAM MOSCOW

0 comments

MOSCOW, 13 Dis - Pada 13 Disember 2015 yang lalu, telah diadakan sebuah program nadwah yang mengumpulkan seramai 35 orang aktivis AZAM Moscow.

AKTIVIS AZAM MOSCOW

Berpandukan sebuah modul ‘Keilmuan-Khidmah-Kepimpinan’, para aktivis telah dibahagikan kepada 5 kumpulan dengan disertakan case study berkenaan isu dunia yang berkait rapat dengan tema “Khidmah dan Kepimpinan”. Antaranya adalah isu pengangguran dan gelandangan, isu mangsa pelarian Syria, isu kemahasiswaan, masalah amanah dan integriti dalam pengurusan dan krisis kepimpinan dalam kalangan mahasiswa.
Para pembentang diberikan masa selama 30 minit untuk mengemukakan pandangan dan pendapat berpandukan kepada hasil kajian dan fakta, dan disusuli sesi soal jawab antara para pembentang dengan barisan aktivis yang lain.
Diharapkan program nadwah ini mampu memberikan kesedaran kepada barisan aktivis AZAM Moscow untuk lebih cakna isu semasa disamping menanam semangat jiwa khidmah dan mengasah bakat kepimpinan yang ada dalam diri.
Semoga segala ilmu yang dikongsi bersama itu mampu kekal dan berkembang menjadi ladang yang subur untuk diri, masyarakat dan negara Malaysia yang kita cintai.
Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit. (14: 24)
Pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat. (14: 25)
“Dengan KeAZAMan Kita Bermula!”










Post a Comment