RESEPI YOGURT HOMEMADE YANG SIHAT UNTUK DIRI

0 comments
RESEPI HOMEMADE YOGURT YANG SIHAT(DIET WAY)
BAHAN-BAHAN:
















1)      Susu Segar
2)      Yogurt Semulajadi
3)      Bekas tahan panas/mangkuk
4)      Rice cooker/steamer
5)      Kain tebal(untuk tutup mangkuk)


masukkan susu dalam periuk untuk dipanaskan…


panaskan susu guna api perlahan…kacau perlahan lahan,panaskan sampai naik buih2 kecik di permukaan susu,bila nak naik buih2 kecik terus tutup api…


 masukkan susu dalam mangkuk.. hati2 ya panas ni..













tunggu susu suam2 sebelum masukkan yogurt,suhu susu dalam 43-45 darjah celcius.. baru bleh masukkan yogurt…kalau masukkan yogurt masa susu terlalu panas nanti bakteria mati,kalau sejuk plak nanti bakteria tak aktif…kalau nak tepat suhu 43-45 darjah boleh gunakan temometer, tak guna temometer pun takpe, just agak2 je..celup jari dalam susu(basuh tangan dulu na),kalau jari tak rasa melecur tapi masih panas kira dah ok dah tu…jangan sampai susu sejuk tau…kalau lambat sangat nak tunggu susu suam,boleh rendam  balang dalam air paip,bagi cepat sikit penurunan suhu…jangan rendam lama2 sangat,nnti sejuk terus plak

bila suhu dah ok boleh la masukkan yogurt. guna dalam 4-5 sudu besar yogurt untuk 1 litre susu,lepas masukkan yogurt tu kacau perlahan lahan…yogurt mesti pada suhu bilik tau,baru dia tak terkejut bila kita masukkan dalam susu suam tu.  sebelum masak susu tu keluarkan siap2 yogurt dari peti ais bagi dia hilang sejuk.

lepas masukkan yogurt, tutup mangkuk rapat2,pastu balut dengan tuala atau kain tebal…balut lawa2,kemas2 supaya suhu tak keluar dan susu tu kekal suam. simpan dalam ni 12 jam. ada orang buat 7-8 jam saja. jangan kacau dah susu tu , jangan buka,jangan goncang2,jangan kacau2.



P/S: Nak tahu yogurt tu dah ok ke tak, dia jadi ketul2..
MASA UNTUK HIAS YOGURT YANG DAH SIAP IKUT TASTE MASING2. TAPI KALI NI NAK BUAT YOGURT DENGAN STRAWBERRY LAYER. J
BAHAN-BAHAN:













1)      SERBUK KOKO
2)      Strawberry
3)      Yogurt homemade yang dah siap



Hias-hias strawberry and serbuk koko by layer.. Last2 akan jadi macam ni.. hehe~ Siap dah dan boleh enjoy


Post a Comment

Sesudah Kesulitan Ada Kemudahan !

0 comments


Assalamualaikum w.b.t. dan salam akhir sem !

Bila mana kita sebut tentang akhir sem, maka ‘winter exam’ antara perkara yang akan terlintas di benak fikiran. Atau sebenarnya ‘winter break’ yang lebih dekat di hati ?*senyum* . Boleh juga, tak salah :). Namun, tanggungjawab sebagai muslim yang belajar perlulah dilaksanakan  dengan sebaiknya terlebih dahulu.

All the best !
Di sini, ingin saya imbau kembali satu kisah kekasih. Pencipta kita, Nabi Muhammad s.a.w . Kisah ini berkisarkan perjalanan hijrah Rasullulah ke Taif. Setelah Rasulullah menerima tentangan dan seksaan yang pahit dari kaum Quraisy maka baginda telah cuba keluar dari Makkah merantau ke Ta’if untuk mencari perlindungan dan sokongan dari suku kaum qabilah Thaqif dan semoga mereka akan menerima baik apa yang telah diturunkan Allah kepadanya.

Ketika Rasulullah sampai di Ta’if, baginda telah mengemukakan hasratnya kepada ketua-ketua puak Thaqif. Tapi malangnya sebaik sahaja Rasulullah menyeru mereka, seruannya ditolak mentah—mentah bahkan mereka bertindak penuh kekerasan dan makian yang bertalu-talu. Dengan itu Rasulullah bangun mengundur diri dari Ta’if dan meminta supaya mereka merahsiakan perkara ini dari Quraisy tetapi harapan baginda itu tidak diindahkan.

Tidak memadai setakat itu malah ada di antara mereka hamba abdi, khadam dan anak nakal bani Thaqif melontar baginda dengan anak-anak batu hingga luka-luka kedua belah kaki baginda yang mulia itu. Zaid bin Al-Harithah yang mengiringi baginda kesan cuba melindungi Rasulullah dari serangan dan lontaran anak-anak nakal itu hingga luka beberapa tempat di kepalanya. [Tabaqat Al-Kabiro oleh Ibn Sa’id]

Dengan keadaan sedemikian akhimya baginda sampai ke sebuah dusun yang dimiliki oleh Atabah bin Rabi’ah di mana anak-anak tadi sudah tidak mengikuti baginda lagi. Di dusun itu Rasulullah berhenti di bawah pokok anggur di mana dua orang anak lelaki Rabi’ah melihat baginda. Di situlah Rasulullah menengadah berdoa:

“Wahai Tuhanku Dikau sahajalah tempat ku mengadu kelemahan tenagaku dan kurang bicaraku, kehinaanku di mata ramai, wahai Tuhan yang Maha Pengasih Dikaulah Tuhan mereka-mereka yang lemah, Dikaulah Tuhanku kepada siapakah Dikau akan serah daku ini? Kepada mereka yang jauh yang bencikan daku atau kepada seteru yang Kau berikan kuasa ke atasku? Andai kata tidak ada sebarang kemurkaanmu ke atas ku maka tidak akan ku pedulikan, tetapi kemaafan dan kurniaan Kau lebih luas untukku. Aku berselindung dengan cahaya zat-Mu yang menyinari segala kegelapan dan yang memberi manfaat dunia dan akhirat (aku berselindung dengan-Nya) dan kemarahan-Nya ke atas ku dan kemurkaan-Mu, Dikau sahaja yang menegur sepuasnya. Dan tidak ada helah bicara dan tenaga hanyalah dengan Dikau sahaja.”


Pengajaran dan renungan dari segi dakwah yang dapat kita lihat adalah segala pancaroba yang merintangi jalan perjuangan Rasulullah khususnya dugaan semasa ke Ta’if merupakan sebahagian dari dugaan perjuangan tabligh dan dakwah. Kedatangan dan kebangkitan Rasulullah bukan sahaja menyampaikan aqidah kepercayaan yang benar kepada dunia dan alam sejagat dari soal ibadat, akhlak susila, dan muamalat namun antara tugasnya juga ialah menyampaikan kepada kaum muslimin bahawa mereka mesti bersabar ketika menjalankan tugas—tugas dan menerangkan kepada umat Islam secara praktikal tentang sabar yang sangat-sangat dituntut oleh Allah Sub hanahu Wata’ala: 

Yang bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di— perbatasan negerimu.)”.
 (Surah Ali-Imran: 3:200)

Oleh yang demikian, jika kita cuba adaptasikan kisah Rasulullah dalam kehidupan seharian kita, lebih-lebih lagi dalam menghadapi peperiksaan yang akan datang, doa adalah antara senjata utama kita. Rasulullah adalah kekasih Allah, seorang hamba yang cukup hebat, namun pergantungannya pada Allah juga sangat hebat.

Siapakah kita jika di banding dengan Rasulullah ?Malah, siapakah kita tanpa bantuan Allah Yang Maha Mendengar,Yang Maha Pengasih . Sungguh, pada Dialah tempat kita bergantung harap setelah kita peruntukkan usaha yang sehabis baik yang dapat dan mampu kita lakukan insyaAllah.


Post a Comment

MOSCOW || NADWAH KHIDMAH DAN KEPIMPINAN AKTIVIS AZAM MOSCOW

0 comments

MOSCOW, 13 Dis - Pada 13 Disember 2015 yang lalu, telah diadakan sebuah program nadwah yang mengumpulkan seramai 35 orang aktivis AZAM Moscow.

AKTIVIS AZAM MOSCOW

Berpandukan sebuah modul ‘Keilmuan-Khidmah-Kepimpinan’, para aktivis telah dibahagikan kepada 5 kumpulan dengan disertakan case study berkenaan isu dunia yang berkait rapat dengan tema “Khidmah dan Kepimpinan”. Antaranya adalah isu pengangguran dan gelandangan, isu mangsa pelarian Syria, isu kemahasiswaan, masalah amanah dan integriti dalam pengurusan dan krisis kepimpinan dalam kalangan mahasiswa.
Para pembentang diberikan masa selama 30 minit untuk mengemukakan pandangan dan pendapat berpandukan kepada hasil kajian dan fakta, dan disusuli sesi soal jawab antara para pembentang dengan barisan aktivis yang lain.
Diharapkan program nadwah ini mampu memberikan kesedaran kepada barisan aktivis AZAM Moscow untuk lebih cakna isu semasa disamping menanam semangat jiwa khidmah dan mengasah bakat kepimpinan yang ada dalam diri.
Semoga segala ilmu yang dikongsi bersama itu mampu kekal dan berkembang menjadi ladang yang subur untuk diri, masyarakat dan negara Malaysia yang kita cintai.
Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit. (14: 24)
Pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat. (14: 25)
“Dengan KeAZAMan Kita Bermula!”










Post a Comment

Di Manakah Engkau Saat Ini?

0 comments






Saat diri asyik dengan kedinginan angin mencengkam tulang, menghirup segar secawan teh di teratak nan mewah, menikmati pemandangan ,ditemani salji tak berpergian, sudahkah kau mensyukuri nikmat kurnian Tuhan?

“ Amir, khusyuk betul aku tengok kau tatap skrin ‘smartphone’ kau, ada apa-apa berita menarik ke dekat FB tu?” soal Ikram penasaran.

“ Ni, aku tengah tengok poster Aqsa Syarif tentang sumbangan untuk penduduk Palestin, Syria dan Iraq. Menarik poster keluaran kali ni. Aku paling suka ayat dekat poster tu, memang tersentuh hati kalau baca, ‘Winter Relief, Stories in the cold, worth to be told’. ’Cool’ kan ayat dia,” balas Amir penuh bersemangat.

“Best, best,best. Tapi aku nak tanya soalan lagi menarik ni. Cuti ‘winter’ ni kau pergi mana? Aku ingat nak pergi London. Macam seronok je, aku tengok orang pergi sana. Macam-macam dah aku fikir nak buat bila sampai sana. Kau tak pergi mana-mana ke?” soal Ikram tersenyum lebar membayangkan cuti yang akan tiba tidak lama lagi.

“Aku tak pergi mana-mana rasanya.Nak simpan duit sikit kali ni. Banyak betul duit kau. Hehe. Kalau macam tu, apa kata kau guna sikit duit kau, untuk bagi sumbangan dekat orang-orang ni? “ jawab Amir tersengih-sengih menghulurkan telefonnya kepada Ikram.

Setelah melihat poster yang tertera di skrin telefon Amir, Ikram membalas,
“Tak cukup nanti duit aku. Lagipun, macam banyak je, aku perlu bagi sumbangan bila dia buat pakej macam ni. Satu pakej RM 100, satu lagi RM 500. Kalau RM5 ke, RM 10 ke, ok juga. Duit RM 100 ni, kalau aku ambil pakej untuk melawat mana-mana tempat dekat London, banyak tempat boleh aku masuk, lagi seronok aku nak pergi bercuti,” balas Amir selamba.

“ Bro, aku tak nafikan, memang seronok pergi jalan-jalan. Tapi satu perkara aku nak bagitahu, keseronokan yang sebenar adalah, bila kau mampu berkongsi kesenangan, kegembiraan yang kau ada dengan orang lain, lebih-lebih lagi orang yang memerlukan macam diorang ni. Kau akan rasa seronok bila bercuti,tapi seronok tu sekejap , kau akan rasa waktu tu je. 

Kalau kau beri keseronokan dekat diorang, kegembiraan tu berkekalan, kau akan rasa gembira bila tengok diorang hargai dan guna sebaik-baiknya hasil pemberian penyumbang-penyumbang ni, dan yang paling penting, besar pahala yang kau akan dapat, ganjaran dekat akhirat lagi,” ungkap Amir dengan nada lembut dan penuh bersahaja, walaupun panjang lebar dia memberi nasihat kepada rakan karibnya itu.

“Aku tak faham dengan kau ni. Kau letak minyak pengasih apa dekat aku, sampai aku selalu nak dengar cakap dan tersentuh dengan percakapan kau? “ balas Ikram dengan gurauan.
“ Betul cakap kau. Aku setuju.Siapa lagi nak bantu diorang, kalau bukan kita sebagai saudara seagama dengan mereka, tapi aku macam tak cukup duit je sekarang, ”sambung Ikram.

“Apa kata kita kongsi duit untuk bagi sumbangan ni? Aku bagi ¾, dan kau bagi ¼ daripada jumlah RM 100  ni, ok tak idea aku?” ucap Amir sambil tersenyum melihat Ikram yang kelihatan bersalah terpampang di raut wajahnya. “ Bagus betul idea kau Amir. Tapi, ok ke kalau aku bagi sumbangan banyak tu je? Macam sikitlah pulak,” balas Ikram tidak keruan.

“ Tiada masalah bro, yang penting kau bersungguh-sungguh nak beri sumbangan dekat mereka, perasaan nak memberi yang ada dalam hati kau sekarang ni yang penting, bukan nilai yang kau bagi, bak kata orang,’ berilah dengan seikhlas hati’.Kau betul-betul nak bagikan, bukan sebab akukan? Hehe,” soal Amir sempat mengusik kawannya itu.

Betul lah ni, kalau sebab engkau, baik aku tak payah bagi, tak ada rasa nikmat memberi nanti. Aku pun nak jadi orang yang suka memberi, supaya aku antara golongan yang dicintai Allah, bukan kau je,” jawab Ikram membalas kembali usikan Amir dengan gurauan.

“Aku minta maaf bro, kalau kata-kata aku tadi, buat kau terasa,” ungkap Amir.
“Apa gunanya kawan kalau tak saling nasihat menasihati antara satu sama lain. Cakap nak masuk syurga sama-sama.Kau tegur je aku ni, kalau ada mana-mana yang silap, aku ok je bro,” ucap Ikram tersenyum.

“ Kau memang kawan baik akulah, Ikram. Jom, hari ni aku belanja kau makan”,balas Amir keriangan. “ Jom, orang kata rezeki jangan ditolak,” jawab Ikram sambil mengatur langkah mengiringi Amir menuju ke kedai makan kegemaran mereka.

Kehidupan diri kita yang diserikan dengan beribu nikmat, buat kita lupa untuk berpaling seketika dari tempat duduk yang penuh selesa, memandang dunia luar sana yang penuh mencabar. Pernahkah kita membayangkan, andai kata diri ini berada di tempat mereka? Sudahkah kita menilai sejauh manakah tahap hati nurani saat ini?

Celik mata, buka fikiran, pasakkan hati, cakna dengan keadaan mereka. Ambil beratlah dengan keadaan di sekeliling. Bukankah kita telah diingatkan, untuk tidak hanya sibuk meninggikan menara sendiri, tapi buatlah jambatan yang menghubung menara bersama?

Jangan kita lupa,insan di luar sana adalah saudara kita. Saudara yang mengharapkan belas ihsan untuk membela nasib mereka.Tidak tersentuhkah hati kecil kita, untuk mengambil tahu keadaan mereka?

Jika tidak mampu menyumbangkan wang dan harta untuk mereka, sebarkanlah berita mengenai keadaan mereka kepada insan  lain, mana tahu mereka boleh membantu dan jika kita juga tidak mempunyai waktu berbuat demikian, ingatkan diri kita untuk sentiasa mendoakan kesejahteraan,keamanan dan kebahagiaan buat mereka.

Jadilah insan yang gemar memberi, selagi kita mampu. InshaAllah manfaatnya akan kembali kepada kitaa sama ada di dunia atau akhirat. ^_^






Ingatlah Saudaraku,

Daripada Abu Hurairah r.a daripada Nabi SAW, baginda bersabda:

“ Barang siapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan  dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah  nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan akhirat. Barangsiapa yang menutup ke’aiban seorang Muslim, nescaya Allah menutup ke’aibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa menolong seorang hamba selama mana hamba itu menolong saudaranya. Sesiapa yang melalui jalan untuk mencari ilmu, Allah akan memudahkan baginya satu jalan ke syurga. Sesuatu kaum (kelompok manusia) tidaklah berkumpul di satu rumah (masjid) daripada  rumah-rumah Allah, sambil membaca Al Quran, saling memperbetulkan bacaan dan memahami kandungannya, kecuali as Sakinah (satu makhluk Allah yang terdapat rahmat dan ketenangan,serta ditemani para malaikat) akan turun kepada mereka dan mereka diselubungi rahmat. Mereka juga dilinkungi oleh para malaikat,serta dipuji dan disebut oleh Allah di kalangan (para malaikat) yang ada di sisiNya. Sesiapa yang diperlahankan oleh amalannya(kerana amalan yang sedikit) dia tidak dipercepatkan oleh keturunannya( keturunan tidak akan diangkat darjatnya).”


Hadis diriwayatkan oleh Al Imam Muslim
 ( Hadis 36,hadis 40 Imam Nawawi)




Post a Comment