Berbeza Itu Keindahan, Berusahalah.

0 comments
Assalamualaikum wbt.
Semua orang tak sama.
Ada yang dilahirkan hebat dalam matematik seperti Adi Putra , dikurniakan bakat dalam membuat video dan iklan seperti Yasmin Ahmad, ada yang Allah kurniakan suara lunak yang amat mengasyikkan seperti Faizal Tahir.  Ada juga manusia yang mempunyai kehebatan dalam menguasai pelbagai bahasa, handal berdebat dan berkebolehan merungkapkan perkara kompleks seperti Prof. Tariq Ramadan.
Tidak kurang juga ada insan yang hebat dalam pelajaran walaupun tidak perlu ‘struggle’ dan berjaga malam dan ada juga insan yang memang sangat pandai memasak walaupun menggunakan bahan-bahan asasi sahaja. Pokoknya Allah menjadikan manusia itu tidak sama. Masing-masing dikurniakan kehebatan dalam bidang yang berbeza-beza supaya saling mengenali dan supaya setiap insan merendahkan diri terhadap kekurangannya dan berbakti terhadap orang lain dengan kehebatan dan kelebihan yang Allah berikan padanya.
 Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan berlain-lainan bahasamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui. (QS. 30:22)
Semua orang adalah hebat.
Alangkah kucar kacir jika semua orang menyukai wanita yang cerah, maka siapa pula yang akan mengahwini wanita berkulit gelap? Alangkah kelam kabut dunia jika semua orang ingin menjadi doktor, dan berkelayakan untuk menjadi doktor maka siapa pula yang akan berbakti menjadi jururawat, pemandu ambulans, pekerja sanitari dan "dietician". Produk Apple digila-gilakan kerana ia dibandingkan dengan product-product yang lain. Kualitinya sukar dibuktikan jika semua syarikat menawarkan kualiti dan "design" yang sama.
Alangkah tidak seimbang sekiranya semua manusia itu kaya, maka tiada siapa yang akan mahu berkerja  dek kekayaan yang tidak perlu diusahakan dan konsep zakat, sedekah sudah tidak releven. Berkecamuklah dunia jika semua insan ingin menjadi pemimpin. Maka bakat  kepimpinan tidak dikurnakan kepada semua orang, jika tidak, siapa pula yang akan dipimpin? Oleh itu Allah menciptakan kita dengan perbezaan keupayaan supaya dunia ini seimbang. Berbekalkan kehebatan dan kekurangan masing-masing kita merasa lebih harmoni dan sukar untuk angkuh.
 Salahnya dunia apabila mengukur manusia menggunakan skala yang sama. Sedangkan kita sendiri adalah manusia yang mempunyai kebolehan yang berbeza. Mana mungkin kejayaan seorang ibu yang mempunyai anak yang ramai, tanggungjawab yang besar serta mempunyai masalah kewangan boleh disamakan dengan kejayaan seorang wanita muda yang bujang dari keluarga yang kaya yang beroleh setiap sudut keperluan pembelajaran walaupun mereka berjaya dalam peperiksaan yang sama.
Mana mungkin seseorang yang buta dan pandai membaca tulisan Braille pada umur 7 tahun adalah sama kebijaksaannya dengan budak celik yang baru tahu membaca pada umur 7 tahun. Mereka tidak sama.
 Sudah tentu anak kelahiran Britain dan kelahiran Malaysia mempunyai keupayaan yang berbeza jika bertutur dalam Bahasa Inggeris.
Adakah manusia itu adil, melihat kejayaan ibu dan wanita bujang adalah sama? Kebolehan membaca budak buta dan budak celik adalah sama? Dan semua manusia yang pandai bertutur Bahasa Inggeris adalah manusia yang hebat?
Sudah tentu tidak.
[kredit]
"If you judge a fish by its ability to climb a tree, it will live its whole life believing that it is stupid." - Albert Einstein
 Peperiksaan semakin hampir.
 Sudah tentu pada saat ini semua pelajar terutama di Rusia dan seantaro dunia sedang bergelut dengan peperiksaan. Untuk berjaya dengan cemerlang ada yang menampal formula-formula di dinding-dinding kamar dan bilik belajar masing-masing. Malah ada juga yang menampal formula "prescription" di bilik mandi. Semuanya adalah ikhtiar supaya mudah manghafal, untuk kegunaan peperiksaan. Kopi mula menjadi minuman wajib setiap hari. Facebook sudah jarang dibuka dan surat-surat elektronik sudah tidak dibaca.
Kepada yang berusaha teruskan berusaha. Memang kewajiban seorang pelajar adalah mencari kecemerlangan dalam peperiksaan. Namun bagi seorang mu'min yang terpelajar dan sedang belajar setelah Allah mentaqdirkan sesuatu untuk kita, seorang mu’min itu harus sangat bersyukur dan berlapang dada. Itulah konsep taqwa dan tawakal.
Kejayaan dalam peperiksaan itu bukanlah segala-galanya.
Kejayaan hari ini bukan selamanya.Ia bahkan, merupakan satu malapetaka jika kejayaan itu membawa kapada keangkuhan dan kejauhan dari kesedaran berTuhan.
Kegagalan pada hari ni bukan bererti kegagalan dalam hidup selamanya. Kegagalan itu adalah apabila gagal membaca hikmah Allah.
 Sudah tentu monyet lebih hebat memanjat pokok berbanding ikan. Oleh itu ikan tidak perlu gusar kerana laut terbentang begitu luas untuknya.
 "My friends passed all exams with excellence while I passed some exams and failed in some. Now my friends are programmers and workers at Apple Co Ltd and I am the owner of Apple company." –Steve Jobs

-alla-


Post a Comment