Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum.
Adalah diketahui umum - ramai dalam kalangan kita di Russia pada ketika ini sudah (atau akan) pulang ke Malaysia sempena Cuti Musim Panas 2012.
Bercuti Musim Panas - bukanlah bermaksud anda bercuti dari menjadi seorang 'hamba'.
Tidak sekali-kali.
Momentum perlu dikekalkan.
Penulisan kali ini akan berkongsikan dengan kita semua Lima Perkara yang mudah,tapi boleh kita laksanakan sepanjang berada di Malaysia nanti,untuk mendekatkan diri kepada-Nya :
1) Solat Berjemaah di Masjid.Adalah malang tatkala banyak Masjid terdapat di Malaysia,tapi kita memilih untuk tidak memakmurkannya.
2) Sentiasa membaca Al-Quran - biar sesibuk mana pun kita - paling kurang satu ayat sehari.
3) Jangan keluar bersama Rakan sehingga terlalu Lewat Malam sehingga tertinggal Subuh.Adalah difahami andai kita ingin berjumpa dengan Sahabat yang sudah lama tidak ditemui.Tapi,jika perjumpaan itu menyebabkan kita tertinggal Solat Subuh,apakah maksudnya?
4) Membantu Ibu Bapa di Rumah.Kadangkala,perbuatan kita yang kecil seperti membantu Ibu Bapa di rumah inilah yang bakal membantu kita di Akhirat kelak jika dilakukan dengan Ikhlas.
5) Menderma di Badan-Badan Kebajikan/Masjid.Kebanyakan dari kita adalah Pelajar Biasiswa - jadi apa salahnya duit itu kita gunakan untuk beramal?
Itu sahaja untuk kali ini.
Hidup ini singkat sahaja.
Gunakanlah ia sebaik mungkin.
Assalamualaikum dan Selamat Beramal.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment