• Motivasi Dan DIY

    Creativity Beyond Measure

  • Tazkirah

    Sharing is Caring

  • Local Wrap

    Around Us

  • Friday Wrap

    Around The World

  • Baitul Muslim

    Kuliah Online Baitul Muslim

  • Kulinari

    Sugar, Spice and Everything Nice

Project 700

0 comments
Assalamualaikum wrt.

Dengan izin Allah, AZAM Russia sekali lagi akan menaja keluarga angkat di Palestin selama setahun bermula September 2013 sehingga Jun 2014, di bawah program kelolaan Aqsa Syarif. Tajaan ini bernilai RM 1925 sebulan bagi satu keluarga dan penajaan ini akan berlangsung selama setahun penuh.

(Klik di sini untuk brochure daripada Aqsa Syarif)


InsyaAllah, kami ingin mengajak anda bersama-sama untuk turut serta menyumbang kepada keluarga angkat tersebut selama setahun penuh di bawah program "Project 700" kami! Mengambil inspirasi dari surah al-Baqarah, 2:261: -

Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.

Kami akan membuka UNLIMITED unit tajaan, yang setiap satu unit bernilai RM7 sebulan, dan diikat pada 80 rubles sebulan. Kita akan menaja sebanyak mungkin keluarga bergantung pada jumlah unit yg ditaja oleh anda semua!

Wakil kami terdapat di lokaliti-lokaliti utama AZAM iaitu: -

  1. Moscow: Ashrul Affiq, Nur Syafiqah Darman Shah
  2. St. Petersburg: Muhammad Azri b. Aminuddin, 
  3. Volgograd: Mohamad Azhari b. Ruslam, Nasyrah Muhammad Nasir
  4. Nizhniy Novgorod: Muhammad Faaez b. Hamid, Nurul Amirah bt. Mohd. Noor
  5. Kursk: Norelizan Dawi

 Flow perjalanan wang anda adalah seperti berikut: -

  1. Wakil-wakil kami akan mengutip wang daripada anda sebelum 5hb setiap bulan.
  2. Wang tersebut akan dihantar kepada akaun bank AZAM pusat setiap bulan.
  3. AZAM pusat akan membank-in wang tersebut kepada Aqsa Syarif pada 15hb setiap bulan.
  4. Aqsa Syarif akan menguruskan wang tersebut untuk dihantar kepada keluarga angkat kita.

Kami akan berusaha sedaya-upaya untuk memastikan setiap sen sumbangan anda sampai ke sana. Kami ingin memohon maaf in advance andai sepanjang pengurusan, terdapat kelemahan-kelemahan yang di luar kapasiti kami terutamanya dalam aspek 'currency exchange'.

Anda boleh memilih untuk menaja seberapa banyak unit yang anda mampu, dari sekecil-kecil 1 unit sebulan (RM 7 = 80 rubles) sehingga sebesar-besar 20 unit sebulan (RM 140 = 1600 rubles). Tiada limitasi untuk jumlah unit yang anda inginkan!

Anda juga boleh memilih sama ada untuk melakukan transaksi secara online banking (dalam mata wang RM) atau secara tunai (dalam mata wang rubles). (Pengecualian untuk lokaliti Kursk iaitu option yang ada hanyalah transaksi secara tunai (dalam mata wang rubles)

Syarat-syarat penyertaan: -

  1. P700 terbuka kepada mana-mana jantina, bangsa atau agama selagi anda berada di bumi Rusia sehingga Jun 2014.
  2. Mampu memberi komitmen untuk menyerahkan duit kepada wakil-wakil kami pada SETIAP bulan selama SETAHUN.


Langkah-langkah untuk menyertai program ini :

  1. Pasang niat lillahi ta'ala dan berjanji pada diri sendiri untuk komited.
  2. Penyertaan secara langsung boleh dibuat di program RSSR 2013 dan dibuka sepanjang program RSSR.
  3. Penyertaan secara online DIBUKA sehingga 17 OGOS 2013. Klik link ini : https://docs.google.com/forms/d/10ajtyUHZK3IDq6gU_8d4DFntB0EtjaI7nr5tje4noxg/viewform
  4. Wakil-wakil kami akan menghubungi anda sesegera mungkin untuk memberi makluman tentang pembayaran pertama (untuk bulan September 2013) dan pembayaran untuk bulan-bulan seterusnya.



Read more

RSSR '13: Booklet

0 comments
Assalamualaikum wrt..

Sudah hampir dua minggu cuti musim panas bermula. Apa khabar anda semua? Apa khabar iman? Moga baik-baik sahaja. Kami, dari Komiti RSSR 2013 berharap masa lapang anda semua sentiasa diisi dengan perkara yang berfaedah.


“Tidak akan bergeser kedua kaki anak Adam di hari kiamat dari sisi Rabb-Nya, hingga dia ditanya tentang lima perkara (iaitu): tentang umurnya untuk apa ia habiskan, tentang masa mudanya untuk apa ia gunakan, tentang hartanya dari mana ia dapatkan, dan dalam hal apa (hartanya tersebut) ia belanjakan serta apa saja yang telah ia amalkan dari ilmu yang dimilikinya.” (HR Tirmidzi)

Tanpa kita sedar, Program RSSR bakal menjelang tak lama lagi! Tapi sebelum itu, apa yang perlu dilakukan?
  1. Download booklet program: Booklet mengandungi maklumat-maklumat penting tentang program.
  2. Confirmkan kehadiran di sini selewat-lewatnya pada 21 Julai 2013.
Jika ada apa-apa soalan, jangan segan untuk bertanya. :) Akhir sekali, kami dari Komiti RSSR 2013 berharap agar bulan Ramadhan kali ini, lebih bermakna dan penuh maghfirah daripada Ramadhan sebelum ini.

InsyaAllah jumpa di Hulu Langat nanti! :)


Read more

Ahlan Wasahlan

2 comments
Bismillahirrahmanirrahim..

Patah tumbuh hilang berganti; para pelajar tahun akhir yang telah menghabiskan perjuangan menuntut ilmu selama 6 tahun sudah mula pulang ke tanah air dan kekosongan itu kini bakal diganti dengan pelajar-pelajar baru yang bakal meneruskan kisah perjuangan mereka pula di bumi Russia ini. Sebagai persediaan awal untuk kehidupan sehari – hari di bumi salju ini, pihak AZAM Russia telah menyediakan senarai kelengkapan yang boleh dijadikan rujukan. Semoga menjadi modal insan yang hebat di bumi Russia.

Moscow Kremlin


Klik di sini.

Jika ada apa-apa soalan, bolehlah diajukan di sini. InsyaAllah kami akan cuba membantu.

Wallahua'lam..


Read more

Majlis Graduasi 2013

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim…

Volgograd - Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah berkatNya, pada 25 Jun 2013 satu program tahunan, Majlis Graduasi telah berlangsung dengan jayanya. Program yang bertempat di Dewan Utama ini dianjurkan oleh pihak Volgograd State Medical University. Majlis bermula pada pukul 4 petang.



Majlis dimulakan dengan tayangan video yang berkisar tentang Russia dan negara-negara pelajar yang belajar di universiti ini. Antaranya ialah negara Malaysia, India, China, Africa, Jordan, Georgia dan Pakistan. Apabila skrin menayangkan video mengenai sesebuah negara, semua pelajar dari negara tersebut dikehendaki berdiri bagi menunjukkan tanda hormat. Kemudian majlis diteruskan dengan pemberian ijazah kepada semua pelajar yang telah berjaya menamatkan pengajian selama 6 tahun di sini.

Majlis diserikan dengan bacaan ikrar yang diketuai oleh Dekan Pelajar Antarabangsa, Dr. Emilyanov Dmitri Nikalaevich dan ucapan oleh Naib Canselor, Dr. Alexander A. Spasov. Beliau berpesan supaya terus berusaha untuk menimba ilmu kerana hari graduasi ini bukanlah penanda berakhiranya sebuah perjuangan tetapi ianya adalah permulaan kepada sebuah alam pekerjaan yang berpakejkan seribu satu mehnah. Tidak ketinggalan, ucapan yang begitu bersemangat dari wakil pelajar memeriahkan lagi suasana di dalam dewan.

Usai sahaja acara di dalam dewan, sesi penggambaran berlangsung di sekitar kawasan universiti bersama dengan para pensyarah, ahli keluarga serta rakan seperjuangan yang turut hadir dalam meraikan kejayaan para pelajar tahun 6 sebagai lipatan memori terindah dalam kamus hidup sebagai seorang pelajar. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pelajar yang kini memegang amanah dan tanggungjawab sebagai seorang doktor dalam berkhidmat kepada agama, masyarakat dan negara.


“Apabila kamu tidak tahan penatnya belajar, kamu akan menanggung peritnya kebodohan”- Imam Syafie.


Wallahu'alam.


Read more

Tips: Belajar mengahadapi peperiksaan dan mengejar redha Ilahi

0 comments
Assalamualaikum wrt 

Mudah-mudahan musim peperiksaan ini bukan saja menambah ilmu di dada, tetapi juga iman dan taqwa. Peperiksaan duniawi ini merupakan salah satu bentuk ujian dari Allah untuk menguji keterikatan kita dengan iman dan nafsu.

Di sini kami membawa tips-tips yang in sha Allah dapat membantu anda menghadapi dunia peperiksaan sebagai satu ibadat kepada Allah.



1. Betulkan niat.

Kita belajar bukanlah semata-mata demi mendapatkan markah yang baik di mata manusia. Tetapi demi mendapat markah yang baik di sisi Allah. Redha Allah lah yang menjadi hala tuju setiap pendakian kita. Kerana setiap yang diniatkan demi Allah dikira sebagai satu ibadat.

Allah begitu cintakan hamba-hambaNya yang menuntut ilmu.



2. Tidak membazir masa walau seminit.

Masa merupakan makhluk Allah yang tak pernah berhenti. Dan setiap detik hidup ini tak boleh diganti semula. Oleh itu, setiap detik perlu digunakan untuk berusaha sekeras-kerasnya. Allah menegaskan kepentingan menjaga masa dalam Surah Al-'Asr,
"Demi masa. Sungguh, manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." 

3. Berpagi-pagian.

Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran. Pupuk semangat belajar di awal pagi biar pun tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap proses menuntut ilmu, dan membolehkan kita mulakan hari dengan lebih baik.

4. Selangi dengan Al-Quran
Membaca terlalu lama akan menjadikan kita letih. Cara terbaik menghilangkan rasa letih ialah dengan membaca Al-Quran. Bacaan Al-Quran di waktu ini akan menjadikan hati kita lebih tenang, di samping melengkapkan Mutabaah Amal harian kita.

5. Buat nota ringkas
Nota ringkas dapat bantu kita merujuk kembali apa yang telah dibaca dengan lebih cepat dan mudah. Ia dapat meningkatkan kuasa ingatan kita. Dengan adanya nota ringkas juga, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.

6. Rajin bertanya
Dekatkan diri dengan senior dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab setiap kemusykilan. Biar pun sudah faham, kita masih boleh bertanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan kita. 

7.  Belajar dengan cara sendiri
Jangan bandingkan diri dengan pelajar lain. Setiap dari kita ada rentak belajarnya sendiri yang sesuai dengan diri masing-masing. Bandingan hanya akan menjadikan kita tertekan dan hilang semangat. Teruskan berusaha sampai ke penghujungnya.

8. Doa dan tawakal
Doa dan tawakal bukan sahaja setelah siap berusaha, bahkan sepanjang kita berusaha. Yakin bahawa setiap yang berlaku adalah atas sebaik-baik rancangan dari sebaik-baik Perancang.



 "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"

-Belajar demi mengejar redha Ilahi-



Read more

Minta PadaNya

0 comments

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wrt...


Ujian.

Peperiksaan.

Saya percaya ramai antara kita yang sedang, akan ataupun sudah menduduki peperiksaan sekarang. Dan saban hari kita memikirkan, bagaimana bisa aku lulus dengan cemerlang gemilang terbilang dalam ujian-ujian ini?

Ujian dunia
Dengan pengumuman tarikh peperiksaan yang bakal menjelma, hati kita pasti kan terdetik sekelumit perasaan risau, gundah gulana akan ketidak sediaan diri untuk menghadapi ujian yang bakal menjelma itu kan? Lantas kita menyusun jadual, mempersiapkan diri sehabis baik untuk menghadapi arus yang mendatang. Maka berhempas pulaslah kita membanting tulang empat kerat demi mengejar markah yang cemerlang.

Pejam celik pejam celik hari yang dinanti pun tiba.

Duduk berasingan dengan rakan-rakan lain, sementara professor-professor kita semuanya duduk di hadapan, memerhati cuma. Kita tidak dibenarkan bertanya, berbincang, meminta bantuan kepada sesiapa pun, hanya menggunakan akal sendiri untuk menyelesaikan permasalahan yang tercoret di atas kertas yang diberikan.

Susah kan ujian dunia?

Ujian Dia
Akan tetapi ujian yang didatangkan olehNYA kepada kita, jugak susah, tapi tidaklah sesusah ujian dunia sebenarnya.
Allah sebagai pemberi ujian tidaklah membiarkan kita terkontang kanting menghadapi ujian yang Dia timpakan pada kita itu seorang diri. Malah Allah sendiri menyuruh agar hambaNya meminta bantuan dan ihsan daripadaNya agar dipermudah segala urusan.

“dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan solat…” (2:45)

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka sesungguhnya Aku dekat. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. “ (2:186)


Allah, dengan segala kasih sayangNya, senantiasa ada di sisi kita. Cuma kita yang alpa sahaja seringkali lupa untuk meminta padaNya di kala ujian itu menimpa.

Sering sahaja kita mengintai pintu-pintu lain untuk menyelesaikan masalah dan ujian yang sedang dihadapi sedangkan Dia sentiasa menanti rintihan kita untuk meminta bantuan daripadaNya.
Silap kita, selalu sahaja mendahulukan makhluk dalam meminta bantuan, dan menjadikan khaliq yakni Allah sebagai pintu terakhir tatkala buntu tak jumpa jalan keluar.

Mintalah sebanyak-banyaknya daripada Allah

Sempena musim peperiksaan yang sedang kita semua hadapi, sukalah saya hendak memberi pesan agar kita senantiasa meminta padaNya. Tiap apa yang kita hadapi hari ini, Allah turunkan pada kita dengan asbab agar kita meminta dan merintih, kembali ke pangkuanNya untuk mencari jalan penyelesaian.

-Inspired by talk of Yasmin Mogahed, “Jewels of The Qur'an
-Inspirations From Those Nearest to Allah”


http://www.youtube.com/watch?v=SdFGAo_zETE

Wallahu a’lam





Read more

KULIAH ONLINE BAITUL MUSLIM

0 comments
Assalamualaikum wrt
Kuliah online bersama UmmuAtifah pada minggu ini 

Kuliah BM Fasa 1
Tarikh: 18 Jun 2013 (Selasa)
Masa: 9.30pm - 11.30pm (waktu Malaysia)

Boleh add id berikut :
Paltalk : moderator_kuliah
Skype : a.moderator.kuliah

InsyaAllah, tajuk yang akan dikongsikan pada sesi kuliah BM pada minggu ini : Ubudiyyah sepenuh hati abid Allah s.w.t sebagai persediaan ruhiyyah sebagai pemimpin dan pengurus rumahtangga suami du'at cemerlang di sisi Allah s.w.t.

Jangan lupa juga temujanji untuk hari khamis ini bagi :

2. Kuliah "Charting Your Family Du'at Blueprint"/ Model Ketaqwaan Jundiy
Tarikh : 20 Jun 2013 (Khamis)
Masa: 9.30pm - 11.30pm (waktu Malaysia)



sedikit sedutan dari kuliah lepas mungkin?

Amal Mizan

Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Aisyah ra bahawa ia berkata, "Apabila teringat sahaja Neraka aku menangis. Terlihat oleh Rasulullah lalu baginda bertanya, "Mengapa kamu menangis ?". Aku menjawab, "Aku teringat Neraka ! Maka aku menangis. Apakah kelak baginda akan mengingati keluargamu ? ". Baginda bersabda, "Ditiga tempat, tiada siapa pun yang akan mengingat kepada sesiapa. Ketika amalannya sedang ditimbang, sesiapa pun tidak akan mengingati sesiapa sehingga dia tahu kedudukan timbangan amalnya sama ada berat atau pun ringan. Ketika buku catitan amalnya dilayangkan (kepadanya), sesiapa pun tidak akan mengingati sesiapa sehingga dia mengatahui bahawa ia telah menangkap buku itu dengan tangan kanan atau tangan kiri atau dari belakang punggungnya. Dan ketika sedang meniti jembatan sirat Neraka Jahanam, sesiapa pun tidak akan mengingati sesiapa setelah dia berjaya melepasinya ".…



berminat?boleh tekan pautan di bawah untuk pembacaan lanjut :

http://kuliahbm.blogspot.ru/2013/06/amal-mizan.html


sekian,selamat beramal,salam wrt :)


Read more