• Motivasi Dan DIY

    Creativity Beyond Measure

  • Tazkirah

    Sharing is Caring

  • Local Wrap

    Around Us

  • Friday Wrap

    Around The World

  • Baitul Muslim

    Kuliah Online Baitul Muslim

  • Kulinari

    Sugar, Spice and Everything Nice

Ahlan Wasahlan

2 comments
Bismillahirrahmanirrahim..

Patah tumbuh hilang berganti; para pelajar tahun akhir yang telah menghabiskan perjuangan menuntut ilmu selama 6 tahun sudah mula pulang ke tanah air dan kekosongan itu kini bakal diganti dengan pelajar-pelajar baru yang bakal meneruskan kisah perjuangan mereka pula di bumi Russia ini. Sebagai persediaan awal untuk kehidupan sehari – hari di bumi salju ini, pihak AZAM Russia telah menyediakan senarai kelengkapan yang boleh dijadikan rujukan. Semoga menjadi modal insan yang hebat di bumi Russia.

Moscow Kremlin


Klik di sini.

Jika ada apa-apa soalan, bolehlah diajukan di sini. InsyaAllah kami akan cuba membantu.

Wallahua'lam..


Read more

Majlis Graduasi 2013

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim…

Volgograd - Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah berkatNya, pada 25 Jun 2013 satu program tahunan, Majlis Graduasi telah berlangsung dengan jayanya. Program yang bertempat di Dewan Utama ini dianjurkan oleh pihak Volgograd State Medical University. Majlis bermula pada pukul 4 petang.



Majlis dimulakan dengan tayangan video yang berkisar tentang Russia dan negara-negara pelajar yang belajar di universiti ini. Antaranya ialah negara Malaysia, India, China, Africa, Jordan, Georgia dan Pakistan. Apabila skrin menayangkan video mengenai sesebuah negara, semua pelajar dari negara tersebut dikehendaki berdiri bagi menunjukkan tanda hormat. Kemudian majlis diteruskan dengan pemberian ijazah kepada semua pelajar yang telah berjaya menamatkan pengajian selama 6 tahun di sini.

Majlis diserikan dengan bacaan ikrar yang diketuai oleh Dekan Pelajar Antarabangsa, Dr. Emilyanov Dmitri Nikalaevich dan ucapan oleh Naib Canselor, Dr. Alexander A. Spasov. Beliau berpesan supaya terus berusaha untuk menimba ilmu kerana hari graduasi ini bukanlah penanda berakhiranya sebuah perjuangan tetapi ianya adalah permulaan kepada sebuah alam pekerjaan yang berpakejkan seribu satu mehnah. Tidak ketinggalan, ucapan yang begitu bersemangat dari wakil pelajar memeriahkan lagi suasana di dalam dewan.

Usai sahaja acara di dalam dewan, sesi penggambaran berlangsung di sekitar kawasan universiti bersama dengan para pensyarah, ahli keluarga serta rakan seperjuangan yang turut hadir dalam meraikan kejayaan para pelajar tahun 6 sebagai lipatan memori terindah dalam kamus hidup sebagai seorang pelajar. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pelajar yang kini memegang amanah dan tanggungjawab sebagai seorang doktor dalam berkhidmat kepada agama, masyarakat dan negara.


“Apabila kamu tidak tahan penatnya belajar, kamu akan menanggung peritnya kebodohan”- Imam Syafie.


Wallahu'alam.


Read more

Tips: Belajar mengahadapi peperiksaan dan mengejar redha Ilahi

0 comments
Assalamualaikum wrt 

Mudah-mudahan musim peperiksaan ini bukan saja menambah ilmu di dada, tetapi juga iman dan taqwa. Peperiksaan duniawi ini merupakan salah satu bentuk ujian dari Allah untuk menguji keterikatan kita dengan iman dan nafsu.

Di sini kami membawa tips-tips yang in sha Allah dapat membantu anda menghadapi dunia peperiksaan sebagai satu ibadat kepada Allah.



1. Betulkan niat.

Kita belajar bukanlah semata-mata demi mendapatkan markah yang baik di mata manusia. Tetapi demi mendapat markah yang baik di sisi Allah. Redha Allah lah yang menjadi hala tuju setiap pendakian kita. Kerana setiap yang diniatkan demi Allah dikira sebagai satu ibadat.

Allah begitu cintakan hamba-hambaNya yang menuntut ilmu.



2. Tidak membazir masa walau seminit.

Masa merupakan makhluk Allah yang tak pernah berhenti. Dan setiap detik hidup ini tak boleh diganti semula. Oleh itu, setiap detik perlu digunakan untuk berusaha sekeras-kerasnya. Allah menegaskan kepentingan menjaga masa dalam Surah Al-'Asr,
"Demi masa. Sungguh, manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." 

3. Berpagi-pagian.

Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran. Pupuk semangat belajar di awal pagi biar pun tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap proses menuntut ilmu, dan membolehkan kita mulakan hari dengan lebih baik.

4. Selangi dengan Al-Quran
Membaca terlalu lama akan menjadikan kita letih. Cara terbaik menghilangkan rasa letih ialah dengan membaca Al-Quran. Bacaan Al-Quran di waktu ini akan menjadikan hati kita lebih tenang, di samping melengkapkan Mutabaah Amal harian kita.

5. Buat nota ringkas
Nota ringkas dapat bantu kita merujuk kembali apa yang telah dibaca dengan lebih cepat dan mudah. Ia dapat meningkatkan kuasa ingatan kita. Dengan adanya nota ringkas juga, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.

6. Rajin bertanya
Dekatkan diri dengan senior dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab setiap kemusykilan. Biar pun sudah faham, kita masih boleh bertanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan kita. 

7.  Belajar dengan cara sendiri
Jangan bandingkan diri dengan pelajar lain. Setiap dari kita ada rentak belajarnya sendiri yang sesuai dengan diri masing-masing. Bandingan hanya akan menjadikan kita tertekan dan hilang semangat. Teruskan berusaha sampai ke penghujungnya.

8. Doa dan tawakal
Doa dan tawakal bukan sahaja setelah siap berusaha, bahkan sepanjang kita berusaha. Yakin bahawa setiap yang berlaku adalah atas sebaik-baik rancangan dari sebaik-baik Perancang.



 "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"

-Belajar demi mengejar redha Ilahi-



Read more

Minta PadaNya

0 comments

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wrt...


Ujian.

Peperiksaan.

Saya percaya ramai antara kita yang sedang, akan ataupun sudah menduduki peperiksaan sekarang. Dan saban hari kita memikirkan, bagaimana bisa aku lulus dengan cemerlang gemilang terbilang dalam ujian-ujian ini?

Ujian dunia
Dengan pengumuman tarikh peperiksaan yang bakal menjelma, hati kita pasti kan terdetik sekelumit perasaan risau, gundah gulana akan ketidak sediaan diri untuk menghadapi ujian yang bakal menjelma itu kan? Lantas kita menyusun jadual, mempersiapkan diri sehabis baik untuk menghadapi arus yang mendatang. Maka berhempas pulaslah kita membanting tulang empat kerat demi mengejar markah yang cemerlang.

Pejam celik pejam celik hari yang dinanti pun tiba.

Duduk berasingan dengan rakan-rakan lain, sementara professor-professor kita semuanya duduk di hadapan, memerhati cuma. Kita tidak dibenarkan bertanya, berbincang, meminta bantuan kepada sesiapa pun, hanya menggunakan akal sendiri untuk menyelesaikan permasalahan yang tercoret di atas kertas yang diberikan.

Susah kan ujian dunia?

Ujian Dia
Akan tetapi ujian yang didatangkan olehNYA kepada kita, jugak susah, tapi tidaklah sesusah ujian dunia sebenarnya.
Allah sebagai pemberi ujian tidaklah membiarkan kita terkontang kanting menghadapi ujian yang Dia timpakan pada kita itu seorang diri. Malah Allah sendiri menyuruh agar hambaNya meminta bantuan dan ihsan daripadaNya agar dipermudah segala urusan.

“dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan solat…” (2:45)

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka sesungguhnya Aku dekat. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. “ (2:186)


Allah, dengan segala kasih sayangNya, senantiasa ada di sisi kita. Cuma kita yang alpa sahaja seringkali lupa untuk meminta padaNya di kala ujian itu menimpa.

Sering sahaja kita mengintai pintu-pintu lain untuk menyelesaikan masalah dan ujian yang sedang dihadapi sedangkan Dia sentiasa menanti rintihan kita untuk meminta bantuan daripadaNya.
Silap kita, selalu sahaja mendahulukan makhluk dalam meminta bantuan, dan menjadikan khaliq yakni Allah sebagai pintu terakhir tatkala buntu tak jumpa jalan keluar.

Mintalah sebanyak-banyaknya daripada Allah

Sempena musim peperiksaan yang sedang kita semua hadapi, sukalah saya hendak memberi pesan agar kita senantiasa meminta padaNya. Tiap apa yang kita hadapi hari ini, Allah turunkan pada kita dengan asbab agar kita meminta dan merintih, kembali ke pangkuanNya untuk mencari jalan penyelesaian.

-Inspired by talk of Yasmin Mogahed, “Jewels of The Qur'an
-Inspirations From Those Nearest to Allah”


http://www.youtube.com/watch?v=SdFGAo_zETE

Wallahu a’lam





Read more

KULIAH ONLINE BAITUL MUSLIM

0 comments
Assalamualaikum wrt
Kuliah online bersama UmmuAtifah pada minggu ini 

Kuliah BM Fasa 1
Tarikh: 18 Jun 2013 (Selasa)
Masa: 9.30pm - 11.30pm (waktu Malaysia)

Boleh add id berikut :
Paltalk : moderator_kuliah
Skype : a.moderator.kuliah

InsyaAllah, tajuk yang akan dikongsikan pada sesi kuliah BM pada minggu ini : Ubudiyyah sepenuh hati abid Allah s.w.t sebagai persediaan ruhiyyah sebagai pemimpin dan pengurus rumahtangga suami du'at cemerlang di sisi Allah s.w.t.

Jangan lupa juga temujanji untuk hari khamis ini bagi :

2. Kuliah "Charting Your Family Du'at Blueprint"/ Model Ketaqwaan Jundiy
Tarikh : 20 Jun 2013 (Khamis)
Masa: 9.30pm - 11.30pm (waktu Malaysia)



sedikit sedutan dari kuliah lepas mungkin?

Amal Mizan

Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Aisyah ra bahawa ia berkata, "Apabila teringat sahaja Neraka aku menangis. Terlihat oleh Rasulullah lalu baginda bertanya, "Mengapa kamu menangis ?". Aku menjawab, "Aku teringat Neraka ! Maka aku menangis. Apakah kelak baginda akan mengingati keluargamu ? ". Baginda bersabda, "Ditiga tempat, tiada siapa pun yang akan mengingat kepada sesiapa. Ketika amalannya sedang ditimbang, sesiapa pun tidak akan mengingati sesiapa sehingga dia tahu kedudukan timbangan amalnya sama ada berat atau pun ringan. Ketika buku catitan amalnya dilayangkan (kepadanya), sesiapa pun tidak akan mengingati sesiapa sehingga dia mengatahui bahawa ia telah menangkap buku itu dengan tangan kanan atau tangan kiri atau dari belakang punggungnya. Dan ketika sedang meniti jembatan sirat Neraka Jahanam, sesiapa pun tidak akan mengingati sesiapa setelah dia berjaya melepasinya ".…



berminat?boleh tekan pautan di bawah untuk pembacaan lanjut :

http://kuliahbm.blogspot.ru/2013/06/amal-mizan.html


sekian,selamat beramal,salam wrt :)


Read more

Examination

0 comments
Assalamualaikum wbt.

Bismillahirrahmanirrahim.

Banyaknya kena baca. Arghhh! [Kredit]
Buku-buku,nota-nota dah bertimbun di atas meja,musim peperiksaan dah datang!
Apabila di musim peperiksaan ini,masing-masing tumpukan perhatian untuk mengulangkaji pelajaran(exercise) bagi menjawab peperiksaan dengan jayanya dan untuk meng'upgrade'kan diri kepada tahap yang seterusnya.Mari kita ucapkan tahniah kepada diri masing-masing kerana mempunyai semangat untuk berdaya usaha demi mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan dan untuk menjamin masa depan yang cerah.

Kadang-kadang,kita tidak perasan, apabila tiba sahaja musim "exam", sedikit sebanyak,ibadah kita kepada Allah terjejas.Jom 'check'semula dan banyakkan membaharui atau mentajdid niat kita.Hubungan dengan Maha Pencipta haruslah kita jaga.Ibadah wajib perlulah dijaga dan tidak sengaja dilewat-lewatkan.

Amalan membaca al-Quran, berzikir, berdoa, solat-solat sunat bukanlah untuk kita kurangkan di musim peperiksaan sebagai alasan tidak mempunyai masa.Padahal,segala ilmu yang kita cari ini, hanyalah milik Allah.Kepada siapa lagi kita meminta ilmu ini jika bukan kepada Allah?

Di musim peperiksaan inilah hati dan jiwa menjadi "nervous", tidak tenang, dan resah.Kepada siapa lagi kita memohon ketenangan hati jika bukan kepada Allah? Di musim peperiksaan inilah jua kita mengharapkan untuk menghafal segala info dengan senang dan cepat.Kepada siapa lagi kita minta untuk menerangkan hati dan akal jika bukan pada Allah? Apabila terlalu fokus terhadap peperiksaan, kita terlupa tanggungjawab kita dengan orang-orang di sekeliling kerana terlalu asyik dengan persediaan untuk menghadapinya.Kita terlupa untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang saudara muslim kepada saudara muslim yang lain.Sebagai contoh,masing-masing sibuk melakukan kerja sendiri tanpa bertegur siapa,mahupun senyum.

Kita haruslah mencari keberkatan Allah itu sendiri dengan menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia kerana keberkatan Allah itulah yang menjamin kehidupan kita kelak.Segala amalan kita sekarang yang menentukan keberkatan yang akan kita dapat.Jika kita mencari dunia itu sendiri,maka kita akan dapat dunia.Tetapi kalau kita mencari akhirat itu sendiri,maka kita akan dapat kedua-duanya iaitu dunia dan akhirat.

Jom kita tengok firman Allah SWT :

“Mereka diliputi kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia... (QS Ali Imran [3]:112)

Memang agak sukar, tetapi apabila kita memulakan selangkah ke hadapan, insyaAllah Allah akan bersama-sama kita jika niat kita ikhlas keranaNya.Semoga usaha yang kita curahkan untuk menggapai ilmu bagi menjawab peperiksaan bukanlah hanya setakat untuk menjawab peperiksaan sahaja,tetapi ilmu yang kita sudah perolehi itu dapat kita manfaatkan kepada orang lain dan mendapat keberkatan Allah sepanjang hayat kita.

Apabila teringat "EXAM", mari kita ingat semula formula yang kita boleh ambil dari perkataan EXAM ini sendiri supaya kita lagi "alert".

EXAM [Kredit]
'EX' untuk exercises, mari kita banyakkan latihan dan ulangkaji.

'A' untuk Allah,jangan pernah kurangkan ibadah anda akan tetapi ayuh kita tingkatkan amal ibadah kita.

'M' untuk manusia,mari kita menjadi saudara muslim yang mengambil berat akan saudaranya yang lain tidak kira di masa sibuk ataupun lapang.

All the best for exam!! Jom kita berusaha,berdoa dan bertawakal pada Allah yang Maha Memelihara (Ya Muhaimin). :)

Wallahu'alam.


Read more

Kembali Ke Pangkal Jalan

0 comments
Bismillahirahmanirahim.

Sempena bulan peperiksaan ini, mari kita sama-sama mentajdid (memperbaharui) niat kita. Yup, untuk apa kita menjalani peperiksaan dan membakar usaha yang bersungguh-sungguh demi kejayaan dalam peperiksaan. "Well, stab your chest, see your heart and ask it." 

Untuk apa kita bersusah-payah, berpenat-lelah dalam kehidupan seharian kita. Adakah ianya hanya sekadar untuk menuntut ilmu dimana menjadi kefarduan ke atas kita? Adakah ianya untuk memuaskan hati ibu bapa kita yang mengharapkan pencapaian yang terbaik dari kita yang bergelar anak ini? Atau kita tidak pernah terfikir ataupun tidak pasti dengan niat kita?

Tak tahu tujuan? [Kredit]
Jadi, jika kita tidak mengetahui dengan jelas untuk apa dan demi siapa kita bekerja maka saya rasa pekerjaan tersebut boleh menjadi perkara yang sia-sia. Kerana bagi saya niat ibarat matlamat kita. Dan jika kita tiada matlamat, untuk apa kita melaksanakannya? Hanya untuk suka-suka dan mengisi masa lapang? Dan mereka yang melaksanakan pekerjaan “sebegitu” mengingatkan saya tentang kata-kata Syed Qutb :

“Aku telah hidup di bawah bayangan Al-Quran dan di sana aku melihat jahilliyah berkecemuk di muka bumi ini dan aku melihat minat dan cita-cita penduduk-penduduk dunia ini amat kecil dan kerdil, aku melihat pemuja-pemuja jahilliyah itu berbangga-bangga dengan ilmu pengetahuan yang ada pada mereka, iaitu ilmu pengetahuan kanak-kanak, kefahaman dan pemikiran kanak-kanak, minat dan cita-cita kanak-kanak sama seperti pandangan seorang tua kepada mainan kanak-kanak, percubaan kanak-kanak dan keteloran lidah kanak-kanak.”

Sesungguhnya Baginda Rasulullah s.a.w telah mengingatkan kita tentang niat dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan.Dalam Hadis 1, karangan Imam Nawawi :

“Sesungguhnya segala amalan itu tidak lain tergantung pada niat; dan sesungguhnya tiap-tiap orang tidak lain apa yang diniatkannya. Barangsiapa hijrahnya menuju (keridhaan) Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya itu ke arah (keridhaan) Allah dan rasul-Nya. Barangsiapa hijrahnya karena (harta atau kemegahan) dunia yang dia harapkan, atau karena seorang wanita yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya itu ke arah yang ditujunya.”

Tajdid niat sama-sama jom. [Kredit]
Jadi untuk apakan kita niatkan dalam usaha kita untuk kejayaan ini? Yup, usaha kita dalam mendapatkan keputusan yang cemerlang. Jujurnya, ramai yang mengaku setiap apa yang mereka niatkan adalah kerana Allah. Haah, siapa yang tidak mahu menyelam sambil minum air. Lebih-lebih lagi time bulan puasa. Erk?

Alangkah indahnya apa yang kita niatkan itu merefleksikan perbuatan kita. Niat tidak pernah menghalalkan cara. Jika apa yang kita niatkan itu kerana Allah, maka usaha kita juga perlu mengikut jalan ke arah keredhaan Allah. Mana mungkin ada keberkatan jika kejayaan yang kita akan kecapi nanti katanya mahu digunakan di jalan Allah sedangkan usaha kita dalam mengecapi kejayaan itu berbaur dengan perkara-perkara yang tidak diredhai dan diberkati Allah. Jangan dicari manusia di sebelah kanan atau kiri anda. Cuba cari di mana diri anda sebenarnya. Anda begitu yakin dengan kekuasaan Allah tetapi tatkala diuji dengan peperiksaan sahaja, kita sudah mula rasa takut, gelabah dan sebagainya walaupun rata-rata antara kita sudah tahu soalan ramalan yang bakal keluar. Allah. Ini belum ujian yang lebih berat lagi. Gulp.

Betapa pentingnya usaha kita dalam mengejar keredhaan Allah sama pentingnya usaha kita dalam mengejar kejayaan itu sendiri. Dengan keredhaan Allah, ianya mampu menenangkan hati yang gusar, meluaskan akal yang dangkal dan mengembirakan hati yang terluka biarpun kejayaan tersebut kita gagal untuk memperolehinya. Siapa yang tidak gembira, biarpun tidak dapat kejayaan sekurang-kurangnya kita dapat keredhaan Allah. Betul tak?

Semuanya telah tertulis.Berusahalah. [Kredit]
Jom, kita sama-sama mentajdidkan niat kita kerana Allah dan mudah-mudahan usaha kita juga mengikut jalan yang diredhai oleh Allah. Bukankah Allah berkata, jika kita menolong di jalan Allah, maka Allah akan menolong kita.Jadi, jangan gusar dan gentar sahabatku sekalian, kitakan ada Allah. Senyum.

Wallahu’alam. Selamat berjaya.


Read more