• Motivasi Dan DIY

    Creativity Beyond Measure

  • Tazkirah

    Sharing is Caring

  • Local Wrap

    Around Us

  • Friday Wrap

    Around The World

  • Baitul Muslim

    Kuliah Online Baitul Muslim

  • Kulinari

    Sugar, Spice and Everything Nice

APA ADA PADA - I LOVE YOU SO?

0 comments









Assalamualaikum wbt to dearest readers ;
Kali ini jom kita sama-sama menghayati satu lagu yang tidak asing lagi ,
 yang seringkali menjadi halwa telinga kita semua.
(or maybe it’s just me?eheh) 

But no doubt, bukan sekadar rentaknya yang mengasyikkan, malah jika dihayati setiap bait lirik itu sebenarnya mengajar kita sesuatu as for example: erti cinta. Krik krik. 

Jom kita extract one by one. Just not to miss any meaningful  points!

I pray to God
My heart, soul, and body
Every single day of my life
With every breath I solemnly promise
To try to live my life for you

From the introduction of the songs itself, kita boleh dapat satu point, which is - Doa. Mintak pada Tuhan, setiap apa yang kita punya, ataupun setiap apa yang dipinjamkan kepada kita ini akan kita gunakan untuk mencintai Dia. Hanya Dia. Dengan nikmat setiap nafas itu, pastikan tidak ada maksiat yang terselit. Mintak, dengan doa, kepada Dia.

O Allah, You did revive my soul
And shone Your light into my heart
So pleasing You is now my only goal
Oh I love You so
I love You so

Revive jika diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu , membawa maksud memulihkan, menyedarkan. Jadi tahulah kita bahawa yang berkuasa mengembalikan kita kepada fitrah suci kita hanyalah Allah. Dia akan menyembuhkan atau memulihkan jiwa yang sakit atau tenat kerana dunia dan akan menyirami hati serta jiwa dengan nur-Nya. Orang berbudi, kita berbahasa, kata-kata yang cukup sinonim dengan kita sejak dari zaman nenek moyang ketuanan Melayu lagi. Maksudnya, bila dah sebati kata-kata ini, jadi adatlah apabila mendapat sesuatu kebaikan, dibalas pula dengan kebaikan.

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat,
 "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi"…
(al-Baqarah:30)

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu."
(az-Zariyat:56)


Now I know how it’s like
To have a precious love in my life
Now I know how it feels
To finally be at peace inside
I wish that everybody knew
How amazing it feels to love You
I wish that everyone could see
How Your love has set me free
Set me free and made me strong

Dengan cinta yang sebenar, kita membebaskan diri dari belenggu dunia yang menyempitkan. 
Jiwa akan sentiasa tenang dan istilah jiwa kacau tidak akan muncul dalam kamus kehidupan kita sehari-hari. Bila ketenangan itu milik kita, automatically akan timbul perasaan untuk berkongsi dan menyebarkan ketenangan itu. Kerana ia tidak mungkin diterjemahkan di dalam kata-kata, tapi hanya dengan merasainya, kita akan faham erti bahagia yang sebenar.  Tak salah kan kalau kita cuba untuk berkongsi rasa bahagia itu bersama? Bagaimana? Haa.. ingat lagi sabda Baginda SAW ? 

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً”  
 "Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat."

 Kalau kita jumpa orang atau kawan-kawan yang masih hanyut dan tercari-cari erti cinta, tak salah kalau kita cuba kenalkan dia dengan Cinta Allah ni kan?  Now or Never! 


 



O Allah, I’m forever grateful to You
Whatever I say could never be enough
You gave me strength to overcome my uncertainties
And stand firm against all the odds

Bila cinta itu diletakkan di tempat yang sepatutnya, lahirlah insan-insan yang jiwanya sentiasa bersyukur kepada Rabb nya. Setiap mehnah dunia tidak lagi menjadi kelemahan diri, malah penguat untuk terus melangkah. Like keep going!  All the uncertainties , all the so-called tribulations of life is nothing but just a piece of cake! It sounds so unrealistic but who knows? Once Allah said 
كن فيكون”, miracle can happen in just a blink of eye.

My love, my life, my days, my nights, my wealth, my prayers – all for You
And I swear that I will never put anyone or anything before You
My love, my life, my days, my nights, my wealth, my prayers – all for You

Jom belajar dari lirik lagu ini. Belajar mengubah kebiasaan menjadi luar biasa. Jika sebelum ini mendengar lagu mungkin membawa kita hanyut dengan cinta dunia yang entah ke mana, mari belajar melalui lirik lagu menuju makna yang sebenarnya. Bolehlah mula menapis lagu-lagu cinta yang menari-nari masuk ke rongga telinga. Semoga ada manfaatnya!
Wallahu’alam. 

 Credit : Maher Zain- I Love You So. 








Read more

MOSCOW | Debat PiDZA 2.0

0 comments

Bismillahirrahmanirrahim.


Assalamualaikum w.b.t



Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada Kelab Umno Moscow (Kumosc) dengan kerjasama Kedutaan Besar Malaysia dan Badan Perhubungan Negara Russia kerana telah berjaya menganjurkan satu Pertandingan Debat Piala Dato Zainol Abidin (PiDZA) 2.0 pada 21 dan 22 February 2015 bertempat di Kedutaan Besar Malaysia dan diketuai oleh saudara Izzat Nazri selaku pengarah projek.Alhamdulilah pertandingan yang dianjurkan telah berlangsung dengan begitu lancar.








Pertandingan ini melibatkan 6 pasukan daripada 5 buah universiti iaitu I.M sechenov First Moscow State Medical University ( MSMU ), Russian National Research Medical University ( RNRMU ), Kursk State Medical University, Nizhny Novgorod State Medical Academy dan Moscow Aviation Institute (MAI ). Namun hanya 4 pasukan yang layak mara ke peringkat separuh akhir seterusnya ke peringkat akhir bagi merebut gelaran juara PiDZA 2015. Pendebatan ini dijalankan dalam Bahasa Melayu mengikut gaya Perdebatan ala-Parlimen Malaysia dan setiap pusingan debat terdiri daripada pasukan kerajaan (pencadang) dan pihak pembangkang.





Usul yang diperdebatkan pada peringkat akhir ialah Demi kemakmuran negara:Akta hasutan perlu dikekalkan.Juara Debat ini telah dimenangi oleh pasukan dari Moscow Aviation Institute (MAI) dengan membawa pulang piala pusingan buat julung kalinya. Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Melalui program ini, bakat- bakat para pelajar perubatan dan pelajar kejuruteraan dapat dicungkilkan.Moga Kumosc terus maju jaya.



Wallhu'alam.


Read more

Salad Crabstick

0 comments
Assalamualaikum w.b.t

Resepi mudah & tidak memerlukan banyak masa. Salad ini boleh dimakan begitu sahaja atau makan dengan roti. Salad ini juga sesuai untuk dimakan sewaktu berbulatan gembira atau di bawa sebagai hidangan semasa majlis hari jadi kawan-kawan. Selamat mencuba..




Bahan-bahannya
1. Crabstick
2. Telur rebus
3. Timun
4. Jagung
5. Mayonis
6. Lada hitam
7. Gula
8. Garam

 Cara-caranya
1. Hancurkan telur rebus di dalam bekas.
2. Potong Crabstick mengikut citarasa anda.
3. Potong timun. Pastikan bahagian tengah timun dibuang.
4. Tapis jagung dari dalam tin.
5. Campurkan semua bahan di atas.
6. Masukkan mayonis.
7. Akhir sekali masukkan garam, gula & lada hitam mengikut cita rasa anda.


Selamat mencuba..


Read more

RESEPI AYAM PERCIK PALING MUDAH

0 comments



Bahan-bahan :
2 ketul ayam
1 mangkuk santan
5 tangkai cili kering
1 batang serai
2 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
Halia sebesar ibu jari

Cara Membuat:
      1.    Perap ayam dengan sedikit kunyit dan sedikit garam dalam 15 minit.
2.    Sementara itu, blend cili kering, serai, bawang dan halia. Panaskan periuk dan tumis bahan yg dikisar dengan api yang perlahan. Kemudian masukkan santan. Masukkan sedikit garam dan lada hitam secukup rasa. Okay. Kuah dah siap!

3.    Panaskan kuali yang leper. Masukkan sedikit sahaja minyak untuk grill ayam sehingga masak.

4. Apabila ayam sudah masak, buang minyak yang berlebihan daripada kuali. Kemudian masukkan kuah ke dalam kuali yang mengandungi ayam. Tunggu sehingga kuah itu diserap oleh ayam. Dah siap! Bolehlah makan~



Selamat Mencuba J


Read more

Tazkirah: Penyakit Wahan?

1 comments
WAHAN.

Buntu. Sesak. Lemas.
Aku tenggelam dalam lautan dunia. 
Ditarik-tarik terus ke dasar bumi. 
Graviti menjadi musuhku.
Lepaskan. Bebaskan. 
Aku butuh senafas udara. STAT.

Cinta dunia. 
Cinta si dia yang sering aku dambakan. 
Umur yang panjang bak pinta Firaun.
Harta yang melimpah seperti Qarun. 
Populariti di kaca mata dunia.
Lemas dan terus lemas.

Aku takut. 
Bukan. Belum tiba waktunya lagi.
Aku tidak bersedia lagi wahai Izrail.
Amalku. Aku belum yakin dengannya. 
Dosaku. Setinggi banjaran Himalaya.

Aku perlukan sepasang tangan. 
Untuk menarik tubuh ini,
Dari terus hanyut dibawa arus dunia.

Aku perlukan satu tolakan kesedaran.
Biar jatuh sekarang, bukan terlena selamanya.
Agar bangkitku kuat, tidak selemah dahulu.

Aku perlukan redha Sang Pencipta. 
Untuk terus kukuh di bumi penuh dugaan,
Tanpa terjerumus dalam pasir jerlus sekali lagi.

Kini aku hargai sedetik masa.
Senafas udara, sekawan ukhuwah.
Kerana aku mula faham, 
Dunia itu letaknya di tangan bukannya di hati.
Terima Kasih ya Allah. 
Moga aku istiqamah.

Hadis Rasulullah tentang penyakit wahan.
Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; 
"Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". 

Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?

Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit wahan"

Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" 

Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati". 
(H.R. Abu Daud)

Wallahu'alam.




Read more

FRIDAY WRAP 24-30/01/2015

0 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Friday Wrap kembali membawakan berita-berita global buat para pembaca sekalian....


PENGGANAS ASIA TENGGARA PALING DIKEHENDAKI DILAPORKAN TERBUNUH DI SELATAN FILIPINA

Isnin, 26 Jan 2015




















MANILA – Pengganas warga Malaysia paling dikehendaki Asia Tenggara, Zulkifli Abdhir atau dikenali sebagai Marwan dilaporkan terbunuh dalam pertempuran antara polis komando Unit Tindakan Khas Filipina (SAF) dengan Pejuang Kebebasan Islam Bangsamoro (BIFF).

Marwan dan juga seorang lagi pengganas, Basit Usman, didakwa terbunuh dalam pertempuran yang tercetus berhampiran dengan bandar Mamasapono di Maguindanao di selatan Filipina. Kedua-duanya merupakan pakar dalam pembuatan bom dan terlibat dalam gerakan Jemaah Islamiyah.

Berdasarkan kenyataan Von al-Haq, ketua ketenteraan Barisan Kebebasan Islam Moro (MILF) yang merupakan subunit kepada BIFF, pertempuran tercetus apabila komando SAF menyerbu markas MILF berhampiran Mamasapono selepas mendapat maklumat bahawa Marwan berada di situ.

“Mereka juga mahu menangkap Basit Usman,” kata al-Haq.
Disebabkan penglibatan Marwan dalam beberapa siri keganasan, Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) menawarkan ganjaran sebanyak USD 5 juta (RM 18 juta) kepada mana-mana pihak yang berjaya membawa kepada penangkapan Marwan.

Operasi ini turut mengorbankan kira-kira 43 orang polis komando Filipina untuk menangkap 2 orang pengganas.

LATARBELAKANG ZULKIFLI ABDHIR (MARWAN)

Marwan dilahirkan di Muar, Johor pada 1966. Ibunya, Aminah Abdul Aziz tinggal di Kampung Jeram Masjid, Bakri, Muar, Johor.

Beliau pernah belajar di Sekolah Datuk Abdul Razak ,Seremban dari 1979 hingga 1983 .Sejak itu dia sering memperkatakan mengenai peperangan di Afghanistan yang baru bermula apabila Rusia menawan negara itu pada 1981 dan mahu menjadi pejuang jihad dan mahu pergi ke Afghanistan dan berjuang bersama Mujahidin. Beliau turut mengikuti perkembangan berita pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin di khemah pelarian Sabra dan Shatila di Lubnan oleh militia Kristian yang bersekutu dengan Israel pada 1982.

Marwan melanjutkan pengajian kejuruteraan di Amerika Syarikat. Dalam surat-suratnya ke Malaysia, beliau sering membincangkan soal-soal jihad. Dia menjadi seorang jurutera di sebuah syarikat telekomunikasi mudah alih di Kuala Lumpur dan menyewa rumah di Seksyen 19 Shah Alam, Selangor. Dia bertanggungjawab menyelenggara peralatan telekomunikasi. Rumah sewanya menjadi markas untuk membincangkan peperangan jihad bersama rakan-rakan yang berminat. Ada di antaranya pernah berjuang di Afghanistan. Beliau berhajat menghantar mereka berjihad di Chechnya dan Bosnia.

Sebelum bekerja, dia pernah pergi ke Afghanistan dan menjadi penembak curi bersama kumpulan Mujahidin yang dipimpin oleh Gulbbudin Hekmatyar ketika penaklukan Soviet di Afghanistan. Gulbbudin Hekmatyar pernah datang ke Malaysia dan membuka pejabat perwakilan di Kuala Lumpur. Zulkifli bertindak sebagai penyelenggara peralatan telekomunikasi serta bertindak sebagai ahli unit pemusnah bom. Jerangkap samar yang dipasang oleh tentera Russia biasanya akan digunakan semula anggota Mujahidin selepas dimatikan oleh beliau.







PEJUANG CHECHEN KECEWA DENGAN IS
Selasa, 27 Jan 2015


















GROZNY – “Tiada sesiapa pun patut mati demi wang dan kepentingan pihak yang lain,” kata seorang pejuang Chechen yang berhenti berjuang untuk kumpulan Islamic State (IS).

S. Mohammed, 25 tahun adalah seorang daripada rakyat Chechen yang pergi berjuang di Syria pada musim panas yang lepas. Beliau mendapat motivasi untuk pergi berjuang selepas menonton video tentang keadaan rakyat di Syria.

“Di Internet, saya terjumpa sebuah video yang memaparkan kanak-kanak dan wanita disakiti. Kesakitan dan tangisan mereka tidak patut dibiarkan begitu sahaja. Saya lihat keluarga saya hidup bahagia – tidak kelaparan, tidak kesejukan, mempunyai pakaian. Jadi, saya memutuskan untuk pergi membantu mereka yang sangat memerlukan,” kata Mohammed. Mohammed sebelum ini memberitahu keluarganya bahawa beliau ingin menyambung pelajaran di Mesir.
Menurut Mohammed lagi, selepas beberapa bulan berjuang di Syria, beliau menyedari bahawa realiti di sana tidak sama seperti yang beliau gambarkan.

“Sudah semestinya terdapat individu yang berjuang demi keimanan mereka. Namun perjuangan ini bukannya suatu perjuangan yang suci. Mengelar leher orang di hadapan kamera, itu bukannya jihad! Sepanjang 5 bulan saya di sana, saya tidak pernah terjumpa wanita yang menderita atau kanak-kanak yang mati. Ramai pejuang seperti saya pergi ke sana, meninggalkan rumah untuk membantu mereka,” kata Mohamed.

Mohammed menafikan penglibatan beliau dalam sebarang pembunuhan sepanjang 5 bulan berada di sana. Beliau hanya menghabiskan masa di kem latihan, dan dalam masa sebulan mereka dibayar sebanyak 50 dolar.

Mohamed turut berkata,”Saya pergi berjuang bukan kerana wang. Saya mahu mati. Namun sekarang saya sedar bahawa pengorbanan ini adalah sia-sia, ia bukanlah peperangan yang sama seperti yang kita gambarkan. IS berperang menentang Amerika tetapi dalam masa yang sama mereka turut menjual minyak kepada mereka.




IKAN LUT CAHAYA HIDUP DI BAWAH LAPISAN AIS ANTARTIKA DITEMUI
Selasa, 27 Jan 2015




















ANTARTIKA – Selepas menggerudi menembusi Ross Ice Shelf di Antartika, saintis menemui mikrob, krustasia, dan beberapa jenis ikan aneh yang mampu hidup di dalam air yang dilitupi ais setebal 740 meter.

Sepanjang beberapa dekad yang lalu, saintis menyangka bahawa tiada sebarang hidupan yang mampu bertahan hidup di bawah lapisan tebal ais Antartika. Kedalaman air di bawah lapisan ais tersebut adalah kira-kira 10 meter, manakala suhunya pula di bawah paras takat beku.

Penemuan terbaru ini membuktikan bahawa terdapat hidupan yang mampu hidup dalam keadaan ekstrim di Antartika. Antara hidupan yang dijumpai adalah ikan bermata besar disebabkan tinggal dalam keadaan yang gelap, berwarna oren dan hitam, tetapi ikan terbesar yang dijumpai adalah ikan berkulit lut cahaya yang membolehkan organ dalaman mereka dilihat dengan mata kasar.

Kajian ini adalah hasil kolaborasi 40 orang saintis yang menamakan projek mereka sebagai Whillans Ice Stream Subglacial Access Research Drilling (WISSARD).

Mereka menggunakan gerudi air panas untuk menebuk lubang menembusi lapisan ais setebal 740m dan menghantar robot kawalan jauh melalui lubang ini yang dilengkapi dengan kamera. Robot tersebut membekalkan para saintis dengan maklumat berdasarkan imej dan video tentang hidupan di bawah ais tersebut.

Saintis menyatakan bahawa ikan lut cahaya ini tergolong dalam suborder Notothenioidei.
Gabungan haba dan tekanan geothermal serta pergerakan lapisan ais di atas membuatkan air di bawah lapisan ais ini bersuhu kira-kira -2 darjah celcius. Ikan-ikan ini mampu hidup dalam air bersuhu -2 darjah celcius kerana mempunyai beberapa adaptasi seperti glycoprotein antibeku yang menghalang cecair badan mereka daripada membeku.

Kulit lut cahaya pula adalah disebabkan kehilangan hemoglobin, protein yang membuatkan darah kelihatan berwarna merah.



KIM JONG-UN SAHKAN LAWATAN BELIAU KE RUSSIA
Rabu, 28 Jan 2015























(Reuters) – Pemimpin tertinggi Korea Utara mengesahkan lawatan beliau ke Russia pada 9 Mei tahun ini. Beliau akan turut serta dalam sambutan Hari Kemenangan (День Победы) memperingati kemenangan Soviet ke atas Jerman semasa Perang Dunia Ke-2.

Ini merupakan lawatan pertama beliau semenjak pengambilan kuasa pada 2011 menggantikan bapanya, Kim Jong-Il yang mati mengejut.

Kira-kira 20 orang pemimpin negara telah mengesahkan kehadiran mereka ke sambutan tersebut. Korea Utara dan Russia bercadang untuk mengukuhkan hubungan diplomatik.
Hubungan Korea Utara dengan China, pula telah menjadi hambar sejak Kim mengambil alih pemerintahan. Pada tahun 2013, beliau tidak mengendahkan amaran antarabangsa dan sekatan PBB untuk menjalankan ujian nuklear ketiga.

"China tidak yakin bahawa Kim Jong-Un akan bersetuju untuk menghentikan ujian nuklearnya sebelum sidang kemuncak yang akan datang.”

China dan Rusia kedua-duanya mengundi dalam Majlis Keselamatan PBB bagi menyekat ujian nuklear dan peluru berpandu Korea Utara.

Rusia bercadang untuk memulakan projek pengangkutan gas asli bersama-sama Korea Utara dengan harapan untuk meningkatkan pengeksportan gas asli ke Asia

Rusia meraikan ulang tahun kemenangan setiap tahun pada 9 Mei.






Read more