• Motivasi Dan DIY

    Creativity Beyond Measure

  • Tazkirah

    Sharing is Caring

  • Local Wrap

    Around Us

  • Friday Wrap

    Around The World

  • Baitul Muslim

    Kuliah Online Baitul Muslim

  • Kulinari

    Sugar, Spice and Everything Nice

AYUH KENAL SEJARAH RUSSIA!!

0 comments

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


The one who does not remember history is bound to live through it again.
                          - George Santayana –



Ayuh kenal sejarah Russia !
InshaAllah pada post kali ini , team Local Wrap akan berkongsi sedikit info mengenai beberapa muzium yang berada di setiap lokaliti .

-St Petersburg.-
“ State Hermitage Museum”

 

Muzium ini adalah muzium seni dan kebudayaan di St Petersburg. Ianya merupakan muzium paling besar dan tertua di dunia. Pelbagai koleksi gambar dan barangan sejarah yang terdapat dalam muzium ini termasuk koleksi lukisan terbesar di dunia.
Muzium ini terbahagi kepada 6 bangunan utama, akan tetapi hanya 5 bahagian sahaja ang terbuka kepada orang ramai iaitu Winter Palace, Small Hermitage, Old Hermitage, New Hermitage dan Hermitage Theatre.

Tiket masuk bagi pelancong luar lebih mahal dikenakan berbanding warganegara Russia. Walau bagaimanpun, tiket masuk percuma boleh didapati pada setiap hari khamis minggu pertama pada setiap bulan dan tiket masuk percuma pada setiap hari kepada para pelajar dan kanak-kanak. Untuk pengetahuan anda, muzium ini ditutup pada setiap hari Isnin.

Anda boleh menikmati pemandangan lukisan yang menarik di sini seperti seni lukis Russia, German, British, Perancis, Mesir dan banyak lagi. Jika anda berkunjung ke St Petersburg, tidak sempurnalah kunjungan anda sekiranya anda tidak melawat ke muzium ini. Jadi, pastikan muzium ini termasuk dalam checklist anda! ;)

Waktu operasi : 10:30-18:00 setiap hari kecuali Hari Rabu pada jam 10:30-21:00 (TUTUP : HARI ISNIN)
Bayaran Masuk : 400rub, 350rub, FREE



-Nizhny Novgorod-
“Muzium Kremlin”

 

Mari sama-sama kita singkap sejarah Kremlin Nizhny Novgorod. Kremlin ini menjadi salah satu simbol terkenal bagi mereka yang ingin melawat Nizhny. Ia terdiri daripada 13 menara dan terletak di Ploshad Minina.

Ingin tahu mengenai sejarah Kremlin? Ayuh kita tinjau Muzium Kremlin. Dengan hanya bayaran 60rb, orang ramai berpeluang berjalan sejauh 3km untuk mengelilingi Kremlin dan menikmati pemandangan sekitarnya serta mengunjungi muzium .

Di dalam muzium ini, terdapat sejarah mengenai Nizhny Novgorod, replika Kremlin, replika kapal perang, kisah pemimpin terawal dan artifak peninggalan pemimpin terdahulu. Tingkat 2 muzium ini pula menyediakan pameran mengenai cendawan. Menurut pekerja muzium, pameran ini merupakan pameran berkala dan akan berubah setiap tahun.

Waktu operasi : 10:00-20:00
Bayaran Masuk : 60rub

-Volgorad-
MUZIUM PANORAMA ‘STALINGRAD BATTLE’

 

Muzium Panorama adalah antara muzium utama di Volgograd yang menceritakan tentang sejarah bandar ini. Ianya terkenal dengan lukisan kanvas 360 darjah, bersaiz 16-120m yang memberi gambaran tentang situasi tegang ketika berlakunya Stalingrad Battle dahulu. Lukisan ini telah mengambil masa lebih 20 tahun untuk siap dan merupakan gabungan tenaga 7 orang pelukis. Selain itu, terdapat juga pameran-pameran tinggalan perang, koleksi-koleksi dokumen, poster, gambar dan lain-lain.

Muzium ini juga terletak berdekatan dengan monumen ‘Dom Pavlova’ (rumah yang bertahan selama 58 hari dalam rintangan terhadap pihak Jerman, diambil namanya daripada Sgt. Yakov Pavlov), tinggalan Grudinin Mills (bangunan yang masih berdiri selepas pengeboman Stalingrad) dan tugu Lenin.

Tiket berharga 200 ruble, harga pelajar: 100 ruble. Anda juga boleh menyewa audio guide yang berharga 100 ruble atau menempah tour guide untuk mengetahui sejarah Stalingrad dengan lebih teliti.

Waktu Beroperasi:  Setiap Hari 10:00-18:00 (TUTUP: HARI ISNIN)
 Khamis 10:00-21:00 1 April – 31 Oktober / 13:00-21:00 1 November -31 Mac
Bayaran Masuk: 200rub / pelajar 100rub

-Moscow-
“Museum of Cosmonautics”


Pada 4 Oktober 1964, sebuah tugu ‘Penakluk Angkasa’ telah didirikan di Prospekt Mira di Moscow yang direka bersama oleh arkitek Michail Barsh dan Andrey Kolchin, dan pengukir Andrey Faydish-Krandiyevskiy.

Pada 28 September 1967, kerajaan Soviet telah memutuskan untuk memulakan penubuhan muzium ini di kaki mercu tanda Penakluk Angkasa sebagai memperingati serta menghargai pencapaian negara dalam penerokaan angkasa lepas.

Muzium ini mula dibuka kepada orang ramai pada 10 April 1981 sempena ulangtahun ke-20 penerbangan pertama ke angkasa yang dipandu manusia.

Terdapat pelbagai jenis pameran yang tersedia antaranya mengenai kajian bulan dan planet-planet system solar,sejarah dan budaya angkasa lepas , ruang angkasa dan bermacam-macam lagi . Sekurang-kurangnya 1 jam masa untuk menghabiskan lawatan di muzium ini. Jom kenal ruang angkasa kita . InshaAllah, boleh kita taddabur alam sekaligus kenal dengan Pencipta kita.

Waktu Beroperasi: 10:00-1900. (Hari Khamis 10:00-21:00) TUTUP : Hari Isnin
Bayaran Masuk: 200rub , percuma untuk pelajar yang pamerkan kad pelajar.



Apa lagi?? Jom pergi muzium !!! Jangan lupa bawa kad pelajar untuk dapatkan diskaun.hehe


SELAMAT MENGENAL SEJARAH !!
MOGA MOGA DAPAT MUHASABAH !! :)


Read more

KOMIK - MENUNTUT ILMU KERANA ALLAH

0 comments

Assalamualaikum w.b.t.

              Begitu jauh kaki melangkah demi mencari secebis ilmu.Begitu banyak benda yang dikorbankan untuk memiliki segulung ijazah.Bukan sahaja duit,malah masa bersama orang tersayang,keselesaan bilik tidur di rumah,keenakan masakan ibunda tercinta,kehangatan pelukan dari ayah yang dikasihi dan pelbagai lagi nikmat dunia yang kita tinggalkan di tanah air.Jika diikutkan perasaan,pasti ada sahaja antara mujahid dan mujahidah ini yang berputus asa di tengah jalan dan pulang ke tanah air.

               Namun,apakah yang membuatkan mereka terus kekal di jalan ini.Di bumi yang begitu asing bagi mereka.Jawapannya adalah niat.Ya,niat mereka yang datang ke sini adalah kerana Allah.Mana mungkin mereka berputus asa di tengah jalan,bila mereka sedar yang Ar Rahman itu selalu melimpahkan mereka dengan rahmatnya yang melimpah ruah. Mana mungkin "repeat paper" membuatkan semangat menuntut ilmu mereka lemah,bila mereka yakin yang Ar Rab itu akan selalu memandu dan memimpin mereka ke arah kejayaan dan kebenaran. Mana mungkin kesulitan dalam mununtut ilmu itu membuatkan mereka menjadi malas untuk berusaha,bila mereka tahu yang tujuan asal mereka diciptakan adalah untuk beribadah dan menjadi khalifah.

              walaupun kita telah hampir sampai ke penghujung semester ini,namun masih belum terlambat untuk kita membetulkan semula niat kita dalam menuntut ilmu.Tiada salahnya memasang niat-niat kecil menuntut ilmu itu,untuk menaikkan taraf hidup,supaya masyarakat memandang tinggi pada diri kita,supaya mendapat pekerjaan yang diidam-idam kan,namun haruslah niat yang paling utama itu adalah kerana Allah swt.Semoga apabila kita menuntut ilmu itu,bukan sahaja ilmu yang akan kita dapat untuk meraih dunia,malah memperolehi jua bekalan pahala yang akan dapat membantu kita untuk meraih syurga Allah kelak.Insyaallah.

"Pelajarilah ilmu,kerana mempelajarinya kerana Allah adalah khasyah,menuntutnya adalah ibadah,mempelajarinya adalah tasbih,mencarinya adalah jihad,mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahui adalah shadaqah,menyerahkan kepada ahlinya adalah taqarrub.Ilmu adalah teman dalam kesendirian dan sahabat dalam kesunyian.
-Muadz bin Jabal radhiyallahu'anhu-



قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لاَ يَعْلَمُونَ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الأَلْبَابِ
"Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran." (Az-Zumar:9)

Wallahualam.



Read more

HOMEMADE PIZZA IN 4 EASY STEPS

0 comments
Assalamualaikum wbt.



Homemade Pizza Recipe Checklist
For Dough :
3 cups flour
1 cup warm water
2 tablespoons olive oil
1 teaspoons dry yeast
1 teaspoons salt
1 teaspoons sugar
For Sauce :
Tomato Sauce
Garlic powder
Oregano
Salt
Pepper
Onions (and other spices to your liking)
For Toppings :
Sausage
Cheese
(Whatever toppings you desire)


Step by Step Guide                                                                       

1.    Make the base :                               
Add warm water into a bowl. Then add one teaspoon of dry yeast. Wait for 5 minutes.
Then add flour, olive oil, salt, and sugar. All you have to do is mix this up until it begins to form a ball. In the end, you want a ball of dough that’s just barely sticky, but not sticky enough to actually leave any residue on your hands. If it’s not sticky at all, add a tablespoon of water and mix it some more. If it’s too sticky, add a tablespoon or two of flour and mix some more. Once you have the ball, knead it a bit with your hands
Pat some oil on the outside of the dough ball (to keep it from sticking) and wrap the bowl with plastic. Let it rest for 1 hour or so.

2.    Make the Sauce
Pour tomato sauce in a bowl. Add a teaspoon of garlic powder, half a teaspoon of oregano, half a teaspoon of salt, a quarter teaspoon of pepper, onions and other spices to your liking. Add some of everything you like, stir it, taste it.
Leave to stand at room temperature while you get on with shaping the base.
3.    Roll Out the Dough
After the dough rise, give it a quick knead. On a floured surface, roll out the dough into a large round, using a rolling pin (you can also use your fingers). Lift the round onto a floured baking sheet.
4.    Assembling and Baking the Pizza
Smooth sauce over bases with the back of a spoon.
Add sausages
Scatter with cheese and drizzle with olive oil.
Bake pizza in the oven at 400 F for about 15 minutes until crisp.
That’s All.
Selamat Mencuba J





Read more

Masihkah Ada Harapan?

0 comments

Bismilllahirahmanirahim

          

  “Bang, apa pandangan abang pasal hal ini?”tanya Z kepada aku sambil menunjukkan sesuatu dari skrin telefon bimbitnya.

“Puffff.. hahaha.” Aku tersedak  sekejap. Mana tidaknya, aku tengah minum teh tarik 1 Malaysia tiba-tiba video pasal ‘Miss Pondan” si Z tunjukkan dekat aku. Dengan cepatnya aku terus meleretkan senyuman kepada Z dan terus bertanya, “ Hurmm, apa masalahnya dengan video ini?”

“Yela, ini masalah besar. Takkan abang tidak tahu pasal berita transgender menang kes di mahkamah tu. Ini satu kegilaan yang tidak boleh diterima. Jauh dari norma masyarakat. Sesuatu yang songsang di sisi agama kita.” luah hati Z dekat aku.

“Personally, abang rasa hal ini juga satu perkara yang tidak mengejutkan. . Biarpun video ini tidak keluar atau kes transgender tersebut tidak menang di mahkamah atas dasar GID tersebut, mereka masih lagi akan bersikap demikian. Kalau dah hati nak jadi sebegitu , mereka akan pakai juga. Tak begitu ?” aku cuba menjawab persoalan tersebut.

“Ini yang saya risaukan abang. Kalau hal ini tidak dibendung awal-awal parah Malaysia. Rosak anak  bangsa kita.” kata si Z.

“Inilah yang kita cuba lakukan sekarang!”aku menjawab dengan senyuman yang menyentuh telinga.

“Errrr, apa yang kita buat sekarang? Mengopi?” si Z cuba berseloroh sambil menghirup kopi jantan yang aku belanja.

Haha.. bukanlah, tapi tarbiyah ini. Dengan usrah, daurah serta program-program yang membaiki hati ini.” sambil aku cuba tunjukkan lokasi hati di dada si Z.

“Cuba kita tengok balik. Apakah punca mereka jadi begitu. Kita boleh berkata, mereka hidup di suasana yang pelik. Dulu pernah diperkosa oleh ayah mahupun senior sekolah dulu. Pernah merasai diri meminati lelaki. Merasai diri itu lebih ke arah wanita sebab mak ayah nak sangat anak perempuan dan sebagainya. Akan tetapi, kita jangan lupa sumber kehidupan manusia ialah hatinya atau inner side. Tanpa ia, kita boleh jadi robot yang tiada emosi. Kesan hati ini memang hebat. Rosaknya hati, maka rosaklah perwatakkan kita sebagai manusia. Baikknya hati, maka baiklah perwatakannya.” Aku cuba menjelaskan.

“Kalau sebegitu rupa jadinya, adakah mereka masih ada harapan?”soal si Z dengan kekecewaan.

“…..” aku tidak mampu memberi jawapan. Senyap sendirian.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Begitulah secebis pengalaman aku, mendengar luahan manusia. Tapi ada benarnya, masihkah mereka itu ada harapan. InsyaAllah inilah ruang untuk aku menjawab persoalan si Z.

            Sesungguhnya berimannya manusia itu hanyalah keimanan kepada Allah dan Rasul-Nya. Dipandu oleh Al-Quran sebagai sumber rujukan utama dan kemudiannya diikuti As Sunnah, yakni amalan atau tingkah laku kekasih-Nya, Rasullulah SAW. Apabila kita bercakap pasal keimanan, maka ia perlu percaya dengan apa yang telah disampaikan bersandarkan kepada kedua-dua sumber ini. Apabila kita sudah percaya, maka datanglah kepatuhan kepada arahan Allah dan Rasul-Nya. Analogi yang mudah. Kenapa kita melazimkan diri kita dengan memakan panadol apabila sakit kepala atau  kenapa kita suka sangat makan bakso biarpun perut sudah kekenyangan? Kerana kita sudah percaya dan yakin yang bakso itu sedap biarpun perut sudah penuh manakala panadol itu mampu menyembuhkan sakit kepala kita ini.
           
            Maka, dengan ini saya mahu mengajak kita semua yakin yang Allah itu Maha Pengampun. Yang Allah itu Maha Penerima Taubat. Allah itu Ar Rahman (Maha Pengasih) dan Ar Rahim (Maha Penyayang). Allah berfirman,

Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. (81:10)

Dimanakah silapnya?
           
            Dalam kejadian sebegini mahupun sebarang pantang larang yang kita langgar, kita boleh menudung jari kemana arah sekalipun. Tudinglah ia pada ibubapa, guru yang tidak pandai mengajar mahupun kepada kawan-kawan yang jahat. Kutuklah atau kejilah mereka yang menyebabkan kita menjadi orang yang melanggar perintah Allah akan tetapi perintah Allah mudah sahaja dalam hal ini.
Bertaubat. Bertaubat. Dan teruskan bertaubat.

Taubat.

            Pasti akan timbul persoalan pada diri kita, taubat itu macam mana? Macam buat cheese cake atau bentuknya macam CUPPA?
           
            Maka, taubat itu adalah satu jalan kita untuk memohon keampunan daripadanya. Ianya tidak memerlukan kita untuk bangun pukul 3-4 pagi ,melaksanakan solat sunat taubat, baca surah taubah, dan menangis bagaikan bayi yang baru lahir. Bukan saya mahu mengatakan amalan ini salah, tapi inilah amalan bagi mereka yang sudah tidak terkesan dengan amalan taubah yang ringkas dan mudah. Jika anda merasakan diri itu masih melaksanakan dosa yang sama berulang-ulang kali biarpun sudah berpuluh-puluh kali menyatakan hasrat untuk berubah dan meninggalkan kejahatan ini, maka buatlah amalan yang hardcore tadi. Semoga dilembutkan hati dan dipermudahkan jalan anda.

Taubat yang ringkas

            Apa yang dimaksudkan dengan taubat yang ringkas. Ini antara langkah-langkah yang boleh diambil, mudah-mudahan memberi kesan :

          1.  menyesali akan kesalahan yang dilakukan
          2.  beristigfar sebanyak yang mungkin
          3.  menjauhi diri dari kejahatan tersebut
          4.  mengingati Allah selalu
          5.  menggantikan masa yang selalu dilakukan untuk kejahatan dengan sesuatu perkara yang                      baik
          6.  tanam ikrar dan berjanji pada diri

          
           Ini adalah langkah pertama yang perlu kita lakukan. Teruskan menyesali perbuatan anda tersebut biarpun berulang ratusan kali. Anggaplah sesalan adalah satu nikmat yang Allah berikan kepada kita supaya kita ini selalu mengingatiNya. Memetik hikmah dari kata-kata Saidina Ali r.a yang lebih kurang macam ini;

“ Aku tidak takut diri ini ditimpa ujian tetapi aku takut diri ini tidak ditimpa ujian. Kerana aku takut yang Allah lupa pada diriku.”

Maka anggaplah ujian itu satu rahmat dari Tuhan kepada kita yang jahil ini.


             Banyakkan beristigfar. Ia bukan kalimah kerana menyesali sesuatu ataupun memohon keampunan dari Allah, akan tetapi ianya juga satu kalimah tayibbah (baik) dan zikir untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Allah s.w.t berfirman,

Selain dari itu hendaklah kamu bertolak turun dari (Arafah) tempat bertolaknya orang ramai, dan beristighfarlah kamu kepada Allah (dengan memohon ampun), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (2: 199)


             Kita cuba berhenti merokok, maka jauhkan diri dari tempat merokok, kawan yang merokok dan kedai yang ada jual rokok. Kita cuba berhenti ber’couple’, maka jauhilah diri dari ‘couple’ dan orang yang ber’couple’ juga. Bak kata pramugari “ pakailah topeng oksigen anda dahulu sebelum membantu orang lain.” Kalau tidak mampu menjauhi juga, maka berhijrahlah sejauh yang mungkin. Ambillah hikmah dari kisah pembunuh 100 orang yang mahu bertaubat.


             Latih diri untuk selalu mengingati Allah. Lazimkan lidah dengan zikrullah. Penuhi diri dengan aktiviti yang selalu membangkitkan iman dan perkara yang dapat mendekatkan diri dengan Allah. Allah menguji kita kerana Dia mahu mengingatkan kita akan kesalahan kita sebagai tanda kasih dan sayang-Nya kepada kita sebagai hamba. Dia tidak mahu kasih sayang ini hanya ada di dunia yang sementara, tapi berkekalan di syurga sana. Kasih sayang siapa lagi yang kita dambakan kalau bukan kasih sayang kepada Allah.


             Ini juga penting. Kejahatan yang mahu ditinggalkan perlu digantikan dengan kebaikan yang baru. Jika tidak, anda pasti akan melaksanakan kejahatan yang lebih teruk dari itu. Jika dulu kita selalu lepak di kaki lima dengan rokok, maka lepaklah di surau dengan Al-Quran di mulut. Jika dulu kita selalu dating dengan awek dekat kedai makan, maka datinglah dengan adik beradik atau keluarga di shopping complex. Jauh dari keluarga, tidak ada surau dekat kawasan anda? Maka ikutlah saranan dari Allah ini,

"Tetapi sesiapa yang berbuat salah, kemudian ia mengubahnya dengan melakukan kebaikan sesudah berbuat salah, maka sesungguhnya Aku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (27: 11)


Allah berfirman,

'Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.' (3: 159)

           Apabila kita sudah nekad, maka bertawakal kepada Allah. Selalu berikrar dengan diri kita untuk berada di jalan yang betul. Beritahu kepada kawan-kawan akan hasrat kita yang mahu membina harapan baru. Ubah realiti kita dengan mereka. Jika mereka kawan yang baik, pasti mereka akan menolong kita.

Masihkah ada harapan?

           Menjawab persoalan si Z, masihkah ada harapan bagi kita? Maka jawapannya ialah 'ya'.
 Masih terbuka luas. Mereka yang beriman, menganggapkan dunia ini ibarat check in hotel.
 Kita perlu mengikut peraturan hotel dan tidak boleh buat sesuka hati kita dekat bilik hotel tersebut. Akibatnya kita akan dikenakan denda apabila kita check out nanti. Maka gunakanlah kesempatan kita berada di hotel ini untuk memohon keampunan atas kesilapan dan memperbaiki kesilapan kia yang lalu. Kita tidak tahu selama mana kita mampu berada di hotel ini, maka bersiap siagakan diri. Sediakan payung sebelum hujan.
Waallahualam.


Read more

Complete Blood Count (CBC)

0 comments
Assalamualaikum wbt


CBC Why is it important?
1.Because it is the easiest, cheapest, and fastest way of evaluating the general condition of our body.
2.It helps to suspect any related disorders and if needed, to undergo further specific test.



      1)    WBC (white blood cell) leukocyte count
           1. Increase: leucocytosis, agranulocytosis (neu), absolutely lymphocytosis (lym)
    Causes: infection, inflammation, certain type leukemia
2. Decrease: leucopenia, neutropenia (neu), lymphopenia (lym)
     Causes: effect of certain drugs, bone marrow diseases, enlarged spleen

2) RBC (red blood cell) erythrocyte count
                 1.    Increase: erythrocytosis (reactive/tumor)
             Causes: reactive in case of bleeding, hypoxia (COPD), hyperactivity of bone marrow, post-phlebotomy, altitude sickness, dehydration, tumor:myeloproliferative disorder, renal cell carcinoma
                  2.    Decrease: anemia
                 Causes: iron deficiency, vitamin B12 deficiency, chronic disease: cancer, HIV/AIDS, chronic inflammatory disease: Crohn’s disease, rheumatoid arthritis, kidney failure, bone marrow disability (aplastic anemia) due to infection, drugs and autoimmune diseases, leukaemia, myelodysplasia or myelofibrosis, multiple myeloma, lymphoma, increase of blood hemolysis, congenital disease: sickle- cell anemia, thalassemia  
  
      3)    Hematocrit (Hct)
      it shows how much of the total blood volume in the body consists of red blood cells.
            Hemoglobin (Hgb)
            Function: transport oxygen and carbon dioxide from and to the lungs
        1.    Increase: lung diseases, living at high altitude, excessive production by bone marrow
        2.    Decrease: anemia- nutritional deficiency(iron, vitamin B), blood loss, increase cellular destruction/lysis, failure of blood production in bone marrow

     4)    Mean corpuscular volume (MCV)
     it shows the average volume of red blood cells. It helps to diagnose cause of anemia.
    1.    Increase: anemia associated with deficiency of vitamin B12 or folate, ineffective production in bone marrow
    2.    Decrease: iron deficiency anemia

     5)    Mean corpuscular hemoglobin (MCH)
     it shows the average amount of hemoglobin in the typical red blood cell.

     6)    Red cell distribution width (RDW or RCDW)
     get an idea of the shape and size of red blood cells. In this case, “width” refers to a measurement of distribution, not the size of the cells. Liver disease, anemia, nutritional deficiencies, and a number of health conditions could cause high or low RDW results.

     7)    Platelet count
     function: blood clotting, prevent bleeding
     1.    Increase: bleeding, cigarette smoking, excessive production by bone marrow
      2.    Decrease: premature destruction state (immune thrombocytopenia), acute blood loss,drug effects(heparin), infection with sepsis, hypersplenomegaly, bone marrow failure (leukemia , myelofibrosis)

     8)    Mean Platelet Volume (MPV)
     shows average size of platelets.
     1.    Increase: larger platelet - heart attack or stroke.
     2.    Decrease: smaller platelets - bleeding disorder.


Wallahua’lam..


Read more

SIRI KISAH NYOL DAN RAKAN-RAKAN

0 comments


  Assalamualaikum wrt.

           Dengan rasa penuh syukur, kini AZAMedia dengan bangganya membawakan slot baru untuk pembaca setia blog AZAMedia,iaitu slot "Komik". Rasanya kita tidak asing dengan komik dan siapa saja pernah membaca komik, buku cetakan kecik bergambar yang memuatkan kisah-kisah menarik seperti pertualangan,cerita anak-anak sidek,dan sebagainya.Baca komik menawarkan sebuah pengalaman lebih dari sekadar membaca buku biasa.
         Kegiatan baca komik itu sebenarnya sangat dianjurkan terutama kepada anak-anak muda.Manfaat nyata baca komik adalah si anak jadi lebih kreatif dalam berpikir .Baca komik juga mampu merangsang minat membaca kerana dengan disuakan bacaan bergambar,remaja akan tertarik membaca isinya.Kerap membaca komik juga bermanfaat bagi otak agar tidak mudah lupa.Ketika membaca, otak akan bekerja keras,saraf-saraf dalam otak akan terus bekembang dan mengingat setiap kata yang tertulis dalam komik.
             Oleh itu,diharapkan dengan wujudnya slot baru ini,akan dapat meningkatkan minat membaca dalam diri masing-masing.Inshaallah.


KEPENTINGAN ILMU DAN FUNGSI MAHASISWA


**Klik untuk besarkan


AZAM BARU A.K.A. MAAL HIJRAH


**Klik untuk besarkan


HARI ASYURA


**Klik untuk besarkan

Selamat membaca(n_n)


Read more