• Motivasi Dan DIY

    Creativity Beyond Measure

  • Tazkirah

    Sharing is Caring

  • Local Wrap

    Around Us

  • Friday Wrap

    Around The World

  • Baitul Muslim

    Kuliah Online Baitul Muslim

  • Kulinari

    Sugar, Spice and Everything Nice

Ku Milik Mu.

0 comments

“My love, my life, my days, my nights, my wealth, my prayers, all for You”
Inilah sebaris kata yang pasti terngiang-ngiang di telinga para peminat artis terkenal, Maher Zain. Sebaris kata yang diambil dari lagu berjudul ‘I Love You So’ atau dalam versi Bahasa Melayunya, ‘Ku Milik Mu’. Sebuah lagu yang pasti mengusik hati-hati yang sedang mencari definisi cinta sebenar. Lagu yang mungkin juga mendodoi jiwa-jiwa yang sudah menemukan damai di hati. 
Entry kali ini bukanlah untuk mengupas lagu ini secara lanjut, namun mahu memetik persoalan cinta yang terkandung disebaliknya. Satu persoalan yang mampu membuatkan mata yang terkatup layu menjadi celik dan segar bugar. Ramai yang berkata cinta itu subjektif, cinta itu universal, cinta itu semacam itu dan semacam ini. Jadi sudahkah anda menemukan definisi cinta sebenar? Dan seringkali juga diungkapkan bahawa cinta itu buta. Eh, bagaimana pula cinta itu boleh jadi buta? Ya, cinta memang boleh menjadikan seseorang itu buta. Sifat cinta yang buta melulu itu dimiliki oleh mereka yang lemah iman. Itulah mereka yang terlalu mudah tunduk pada hawa nafsu dan kesenangan dunia. Mereka yang dalam golongan ini sering merasakan diri mereka 'istighna' atau 'carefree'. Mereka merasakan diri mereka sudah cukup memiliki kesenangan dunia sehingga tak dapat merasakan kekuasaan Sang Pencipta ke atas diri mereka, lalu menjadi terlalu mudah bagi mereka untuk tunduk pada hawa nafsu dan kesenangan hidup di dunia yang sementara. 
Tetapi bagaimana pula dengan cinta orang yang beriman, apakah cinta mereka juga buta? Seorang mukmin yang sejati itu, cintanya juga buta tetapi bukanlah bersifat buta melulu. Ya, cinta seorang mukmin itu memang buta apabila dia mula merasakan dirinya dimiliki sepenuhnya oleh Sang Pencipta. Apabila dia membutakan dirinya dengan mengenepikan neraca pandangan manusia sekeliling demi mendahulukan neraca pandangan Allah swt. Seorang mukmin yang sejati itu akan sentiasa meletakkan rasa taqwa sebagai parameter untuk dia melakukan sesuatu amalan sehingga sanggup berkorban apa sahaja demi mencapai redha Ilahi.
"...kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum, Dia mencintai mereka dan mereka pun mencintaiNya, dan bersikap lemah lembut terhadap orang-orang yang beriman, tetapi bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah yang diberikanNya kepada siapa yang Dia kehendaki..." (Al-Maidah, 5:54)
Itulah hadiah dari Allah untuk orang-orang yang beriman. Mereka merasakan betapa damainya mencintai Allah dan orang-orang yang beriman bersama-sama mereka. Dan apabila datang pula suatu keadaan dimana keimanan mereka dikecam, mereka akan sanggup berkorban apa sahaja demi mempertahankannya dan demi mencapai redha Ilahi. 
Itulah cinta mukmin yang sejati. Cintanya buta mengejar syurga sebagai destinasi yang terakhir. Itulah bukti kecintaan yang tidak berbelah bahagi kepada Sang Pemilik.
"...Adapun orang-orang yang beriman sangat besar cintanya kepada Allah..." (Al-Baqarah, 2:165)
Seorang mukmin yang sejati akan sentiasa merasa dirinya dimiliki sepenuhnya oleh Allah swt. Bayangkan, tanpa rasa dimiliki oleh Allah swt, pemilik sekalian alam, tidak mungkin Sumayyah binti Khaiyat sanggup membiarkan dirinya dihina dan diseksa oleh Abu Jahal sedangkan dia tahu bahawa dirinya sedang menempah maut. Namun maut yang ditempah di jalan Allah adalah hadiah terbesar keislaman dan keimanan dirinya. Dia bertegas mempertahankan keimanan sekalipun dipaksa kembali ke agama nenek moyangnya sehinggalah Abu Jahal memaki dan menghina dengan sesungguh hati lalu menghujam tombak ke perut Sumayyah hingga menembusi punggungnya. Itulah saat gugurnya syuhada pertama dalam sejarah Islam. Begitu juga dengan kisah Bilal bin Rabbah, kerana rasa dimiliki oleh Allah sepenuhnya, Bilal tidak lekang menyebut “Ahadun Ahad” apabila dirinya dipaksa memuji Latta dan ‘Uzza oleh Umayyah bin Khalaf sehingga dirinya dijemur di bawah terik panas mentari dengan bebanan batu yang berat diletakkan di dadanya. Tidak sedikitpun keimanannya goyah dek seksaan bertubi-tubi sebegitu. Tanpa rasa dimiliki oleh Sang Pemilik, tidak mungkin juga Mus’ab bin Umair sanggup berkata kepada ibunya yang sedang mogok dan mengugut untuk mengancam dirinya disebabkan anak kesayangannya menerima cahaya Islam, “wahai ibuku, jika kamu memiliki 100 nyawa dan sekalipun nyawa itu keluar satu per satu, saya tidak akan meninggalkan agama ini. Dan jika tidak ada rasa dimiliki oleh Yang Maha Kuasa di dalam hati Rasulullah saw dan para sahabat dahulu, tidak mungkin juga kita akan mengecapi nikmat iman dan islam sehingga ke saat ini.
Wahai jiwa-jiwa yang mengakui kasih dan cinta pada Sang Pencipta, bangkitlah dari lamunan dunia yang sementara. Wahai jiwa-jiwa yang dalam setiap solat, berikrar melalui doa iftitah,
“...Inna solati wanusuki wamahyaya wamamati lillahi rabbil alamiin “ (‘...Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah, Tuhan seluruh alam”, al-An’am, 6:162),
Bangkitlah dan buktikanlah kecintaan itu. Kerana sesungguhnya seorang mukmin yang sejati itu akan mempersembahkan seluruh hidupnya buat Allah swt sebagai bukti kecintaan pada-Nya. 
Andai kita cinta pada kecantikan manusia, ketahuilah kecantikan itu akan lupus dimamah usia. Andai kita cinta pada harta dan kesenangan dunia, ketahuilah bahawa itu semua sementara. Namun, andai cinta kita pada Allah tiada tolok bandingannya, maka ketahuilah itulah saham yang akan membawa kita ke syurga. 
Selamat mencari definisi cintamu yang sebenar.
Kupersembahkan hidupku untukMu, ku milik Mu, Ya Allah!
p/s: lagu Ku Milik Mu oleh Maher Zain ini didedikasikan khas buat semua yang membaca entry ini. Ayuh sama-sama kita hayati.






Read more

Ramen Burger

0 comments

Assalammualaikum.

             Team Kulinari Azam pada kali akan berkongsi dengan anda satu resepi yang istimewa. Pernahkah anda mendengar Burger Ramen? Burger Ramen telah dicipta oleh seorang chef berketurunan Jepun-Amerika, Keizo Shimamoto. Beliau pada mulanya hanyalah seorang pekerja sektor kewangan di sebuah syarikat di Amerika. Beliau kemudiannya meletak jawatan dan berpindah ke Jepun untuk belajar membuat mi ramen dan seterusnya berhasrat untuk membuka perniagaan sendiri. Saat burger ramen diperkenalkan di New York, orang ramai berpusu-pusu untuk merasai keenakan rasa burger ramen ciptaannya. Kini, 150 unit burger terjual dalam masa hanya 20 minit.

            Sudah tentu anda juga ingin merasa makanan ‘epic’ ciptaan Keizo Shimamoto ini. Resepi yang disediakan ini telah diubah sedikit daripada resepi asalnya. Anda juga boleh mengubah resepi ini mengikut cita rasa masing-masing.

Bahan-bahan :-
                =>Bahan-bahan untuk bun ramen
                        - 2 bungkus mi ramen atau mi segera
                        - 2 biji telur
                   
                 =>Bahan-bahan untuk inti burger
                        - Daging ayam atau daging lembu cincang (mengikut cita rasa anda)
                        - Kicap manis
                        - Minyak bijan
                        - Bawang
                        - Garam
                        
                 =>Bahan-bahan lain
                        - Kobis cina atau daun salad

Cara-cara membuat:-
                 
                 Bun Ramen
                        - Rebus mi ramen sehingga lembut dan tuskan.
                        - Pecah sebiji telur dan gaulkan bersama mi. Pastikan keseluruhan mi tersebut digaulkan sebati dengan telur. Tambah telur jika perlu.
                       - Sediakan mangkuk seperti di bawah untuk membantu anda membentuk bun ramen.


                      - Masukkan mi ke dalam mangkuk tersebut dan bungkus mi tersebut dengan plastik pembalut. Pastikan mi dibungkus dengan rapi supaya mi tidak terkeluar.
                      - Ulang langkah untuk bungkusan ramen yang kedua.
                      - Masukkan ke dalam peti sejuk selama lebih kurang 30 ke 40 minit.
                      - Selepas 30 minit, goreng ramen sehingga masak.
              
              Inti Burger
                      - Dadukan bawang dan gaulkan semua bahan sehingga sebati.
                      - Bentukkan inti burger mengikut saiz bun ramen yang telah dibuat.
                      - Goreng sehingga masak.

             Cara hidangan
Hidangkan seperti hidangan burger biasa. Boleh disajikan bersama sos kegemaran, mayonis.


Selamat mencuba.


Read more

Tiramisu

0 comments
Assalamualaikum teman-teman seperjuangan, musafir lalu dibumi soviet ini yang tak pernah lekang menggodek ilmu bagi dibawa pulang bersama rindu.

Bagaimana imanmu?
Bagaimana jiwamu?
Bagaimana akalmu?

Moga semua dalam rahmat Allah.

Nampak gayanya cuti winter bakal berakhir, medan perang ilmu yang dibiarkan sepi seketika bakal bergoncang lagi. Tiada kata cukup dalam mencari ilmu baik ilmu didunia apatah lagi ilmu untuk dibawa ke alam yang kekal selamaya. Sesungguhnya semua itu dari Allah, semoga setiap detik bersengkang mata menuntut ilmu itu adalah kerana-Nya inshaAllah.

Bukan main panjang mukaddimah nya.

Pada kali ini selari dengan permulaan semester baru, team kulinari Azam akan berkongsi resipi dessert yang sangat digemari ramai bagi menemani malam-malam anda. Tak perlu susah-susah beli kat luar, buat sendiri lagi jimat dan sedap.

Jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan.

-Mixer
-Kek Sponge (50-60rub) / lady’s finger ( 70-80rub)

-Whipping cream/ slivki (pastikan 30% keatas ) *guna dalam 250ml

-Serbuk koko
-Cream cheese
-Serbuk nescafe dan esen vanila
-Air untuk bancuh nescafe.. *bancuh tanpa gula ye
-Setengah cawan gula kastor

Cara-cara nak buat tiramisu:
1.   Putarkan whipping cream /slivki sehingga kembang.Ingat ye jangan terlebih putar. Kalau terlebih putar slivki tu akan berketul-ketul nanti.
2.   Campurkan cream cheese bersama ½ cawan gula dan 1 sudu kecil esen vanila (kalau tak nak letak esen vanila pun ok) kedalam slivki tadi dan gaulkan sehingga sebati.

3.   Selepas itu bancuhkan air Nescafe/ coffee tanpa gula.
4.   Kemudian celupkan kek sponge/lady’s finger biscuit ke dalam air coffee tersebut (rendam dalam kadar 5 saat sahaja, jangan terlalu lama nanti biskut atau kek akan terlampau basah) kemudian susun didalam bekas.
5.   Tuangkan adunan cream cheese dan slivki tadi keatas kek/lady’s finger.
6.   Taburkan sedikit serbuk koko keatas lapisan tadi.
7.   Ulang langkah 4 hingga 6 sehingga selesai.

8.   Biarkan tiramisu di dalam peti sejuk semalaman. Tiramisu anda siap untuk dimakan.
Oh ye buat tiramisu dalam cawan pun comel .

Style it your way and don’t forget to give some to your friends.

Selamat mencuba .


Read more

THIS IS NOT A LOVE STORY.

0 comments



Cinta manusia itu komplikasi. Cliché.


Penuh makna tersirat dan rahsia. Penuh harapan yang kadang-kadang tak akan terlaksana. Pasangan manusia yang berkongsi rasa cinta, selalunya menyimpankan sesuatu hasrat atau keinginan, tapi didiamkan di dalam hati, menanti, menunggu, agar pasangan masing-masing mampu merungkai hasratnya itu tanpa perlu dijelaskan dengan terang.

Mungkin kerana itu, kita sebutkan cinta itu sifatnya gila, ajaib.

Sekarang, ada rasa mual tak?

Kita berlatih dan berusaha menjadi ahli silap mata. Meneka-neka apa yang terkandung dalam hati orang itu. Kalau mengena, dunia ini terasa begitu indah. Kalau terjolok yang salah, meletus gunung berapi, dunia terasa seperti neraka. Ini gila.

Cinta manusia penuh makna tersirat, sering berahsia, ruang perkongsian yang kecil dan hanya menyinari satu sudut dunia, menjalar di dalam hati orang-orang yang tertentu.

Cinta tuhan lain sekali.


Tidak seperti kita, tidak pernah sekali pun Dia berahsia tentang keinginan-Nya, tentang hasrat-Nya, tentang harapan-Nya kepada kita.Dia sentiasa jelas, terang, tidak tersirat di sana sini. Betapa Dia mencintai kita, kerana itu Dia tidak mengambil risiko untuk mengelirukan kita dengan berahsia cara bagaimana memburu cinta-Nya. Dia memudahkan kita. Bagaimana menjadi ibadurrahman? 17 cara Dia bentangkan di pengakhiran surotul Furqan. Bagaimana menjadi orang yang beriman? cuba baca permulaan surotul Mu'minun. Bagaimana menjadi orang yang tidak rugi? cuba tengok surotul Asr yang seringkali meniti bibir di penghujung majlis-majlis ilmu.

Cinta tuhan lain sekali.


Tidak seperti kita, kita tamakkan itu yang namanya cinta. Menuntut 100% rasa cinta dari orang itu. Kita selalu lupa, apa yang ada di sekeliling kita ini, tak pernah kita milikinya secara hakiki. tapi Tuhan tidak begitu. kerana Dia terlalu mencintai kita, Dia membenarkan kita, mengasihi, berkongsi kasih sesama makhluk! hablum minallah hablum minannas, menurut al-Baqarah. Padahal, selayaknya, Dia pemilik mutlak denyutan jantung.


Cinta tuhan itu lain sekali. Ia jelas, terang, memudahkan, tidak menyusahkan, begitu luas dan penuh perkongsian malah tercapah di seluruh sudut dunia, menjalar di dalam hati setiap hamba-Nya.

Dan itulahTuhan, mengajarkan makna dan acuan cinta yang sepatutnya.

“Janji tuhan, satu hari nanti pasti di sisi Dia juga tempat kita semua”

We know that He loves us, lets be in love with Him

Terus jatuh hati, confirm.




Wallahua'lam


Read more

FRIDAY WRAP (31 JAN 2014 - 7 FEB 2014)

0 comments
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Friday Wrap kembali lagi pada minggu ini dengan berita-berita terkini dari seluruh dunia.


Putin rasmi Olimpik Musim Sejuk Sochi 
2014/02/08 

SOCHI: Olimpik Musim Sejuk Sochi yang dianggarkan menelan belanja AS$50 bilion sehingga mencetuskan kontroversi politik dan kebimbangan keselamatan dibuka dengan rasmi, hari ini. 

Pembukaan rasmi upacara pembukaan gilang-gemilang temasya yang berlangsung sehingga 23 Februari itu dilakukan President Russia, Vladimir Putin, yang menjadi tokoh membawa temasya berprestij di lokasi peranginan menghadap Laut Hitam. 

“Saya mengisytiharkan temasya Olimpik dibuka," kata Putin di depan penonton. 

Presiden Jawatankuasa Antarabangsa Olimpik, Thomas Bach dalam ucapannya sebelum itu memberi amaran agar ahli politik jangan lagi mencampur-adukkan penganjuran temasya sukan itu. 

“Olimpik adalah soal membina jambatan untuk membawa orang ramai bersatu. Mereka (ahli politik) tidak sepatutnya membina tembok penghalang kepada mereka. Ia (Olimpik) adalah kesatuan dan semangat kemanusiaan," katanya. – AFP 


Denggi 9 Negeri Naik 100 peratus
2014/02/08 

10,712 kes dicatat sehingga 6 Februari 

PETALING JAYA : Sembilan negeri mencatatkan peningkatan kes denggi melebihi 100 peratus bagi tempoh Januari hingga 6 Februari lalu, berbanding tempoh sama tahun lalu sehingga ia dilihat sangat membimbangkan kepada negara. 

Negeri terbabit ialah Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, Johor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan, Pulau Pinang dan Terengganu. 

Rekod Kementerian Kesihatan menunjukkan peningkatan drastik iaitu 10,712 kes dan 19 kematian dilaporkan berbanding 2,836 kes dan lapan kematian bagi tempoh sama tahun lalu. 

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata peningkatan ini amat membimbangkan dan perlu ditangani semua pihak supaya wabak tidak merebak. 

Ambil langkah serius

“Tahun lalu lima negeri yang mempunyai kes kematian iaitu Johor, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sabah. Tahun ini, jumlah kes kematian akibat denggi naik mendadak membabitkan hampir semua negeri,” katanya selepas mengadakan lawatan mengejut di lokasi paling teruk terjejas akibat wabak denggi di Mentari Court, di sini semalam. 

Dr Subramaniam berkata pihaknya menggesa kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil langkah serius dalam menangani masalah denggi yang semakin merebak. 

Menurutnya, setakat ini 164,000 premis diperiksa dengan 859 kompaun bernilai RM429,500 dikeluarkan. 

Di Johor Bahru, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat, berkata Jabatan Kesihatan Johor dan pihak berkuasa tempatan (PBT) menjalankan program berterusan termasuk gotong-royong dan kempen kesedaran bagi mengelak penularan denggi. 

“Tidak wajar pihak berkuasa dipersalahkan apabila berlakunya peningkatan kes demam denggi. Pembabitan masyarakat juga perlu dalam usaha mencegah dan mengawal denggi,” katanya, semalam. 


Rejim Zionis dakwa menahan rangkaian Hamas di OJ
2014/02/04

ISRAEL : Pihak berkuasa penempatan Israel telah membenarkan penerbitan satu laporan berita pada malam Selasa yang lalu, mengenai penahanan beberapa warga Jerusalem atas tuduhan penglibatan mereka dalam rangkaian gerakan Hamas. 

Menurut laporan sumber akhbar Hebrew itu, setakat ini di Jerusalem, ‘Sharbak’ Israel telah menahan 16 orang aktivis politik kerana membentuk kumpulan rangkaian yang dikaitkan dengan Hamas dan dipercayai kumpulan tersebut merupakan satu infrastruktur penting kepada gerakan Hamas. 

Sumber tersebut menambah, ahli-ahli kumpulan tersebut berusaha untuk mengukuhkan pengaruh Hamas di kalangan penduduk Jerusalem timur dan kawasan berdekatan dengan Masjid Aqsa. Turut dilaporkan antara mereka yang ditahan adalah beberapa orang bekas banduan termasuklah dua adik beradik lelaki. 


2 Pasar Raya Besar Dibuka di Khemah Pelarian Syria 
2014/02/07

AMMAN : Sebanyak dua pasar raya besar dibuka di kawasan khemah pelarian Syria di Jordan, semalam. 

Kedua-dua pasar raya itu dibuka di khemah pelarian Zaatari yang terletak kira-kira 13 kilometer dari sempadan Jordan dan Syria. 

Pembukaan pasar raya itu membolehkan kira-kira 100,000 pelarian Syria yang ditempatkan di situ untuk membeli barangan, sekali gus mengembalikan semula kehidupan normal kepada mereka. 

Pembukaan pasar raya itu disambut baik oleh Program Makanan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (WFP) kerana ia merupakan satu cara untuk mengagihkan barangan catuan. 

Setiap pelarian akan diberikan baucar bernilai 18 dinar Jordan (RM83) setiap bulan bagi membolehkan mereka membeli barangan makanan, selain barangan catuan. 

Sebuah daripada pasar raya itu, Safeway Jordan, dimiliki sebuah syarikat milik Kuwait, Sultan Centre. 

Dalam tempoh beberapa minggu lagi, WFP difahamkan akan mengurangkan komoditi makanan di pusat itu dan menaikkan nilai baucer secara berperingkat-peringkat sehingga khemah berkenaan dibantu sepenuhnya menerusi baucer makanan bernilai 24 dinar Jordan (RM112) setiap orang, sebulan. 

Sebanyak AS$500,000 (RM1.6 juta) diperlukan untuk membiayai kos makanan di khemah pelarian itu setiap hari dengan setengah juta keping roti dan 4.2 juta liter air diedarkan setiap hari. 

PBB, semalam menyambut baik gencatan senjata yang dicapai di bandar Homs bagi membolehkan penduduk di situ dipindahkan dan bantuan kemanusiaan diagih-agihkan kepada mereka. 

''PBB dan badan-badan kemanusiaan mempunyai bekalan makanan, perubatan dan barangan keperluan asas lain untuk dihantar segera kepada penduduk di Homs, sementara menunggu 'lampu hijau' diberikan,'' kata jurucakap PBB, Farhan Haq dalam satu kenyataan. - AGENSI/REUTERS 


Pertubuhan Antarabangsa Bela Rohingya didakwa Berat Sebelah 
2014/02/05

YANGON : Kira-kira 3,000 penduduk tempatan membanjiri jalan-jalan di Sittwe, di negeri Rakhine, barat Myanmar, kelmarin bagi menunjukkan sokongan kepada pasukan polis serta mengadakan bantahan terhadap etnik Rohingya dan pertubuhan antarabangsa yang memihak kepada masyarakat Islam itu. 

Bantahan itu diketuai kumpulan Rakhine Social Network dan disertai penduduk yang menuntut supaya kumpulan etnik itu tidak diberi hak mengundi serta mendesak pengunduran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan agensi antarabangsa lain daripada kawasan itu. 

Selain itu, mereka turut meminta supaya anggota polis dibenarkan untuk menggunakan kekerasan dalam keadaan kecemasan. 

"Kami mahu anggota polis diberi senjata canggih supaya mereka boleh mempertahankan diri dengan lebih berkesan. Kami juga menuntut supaya pihak polis diberi kuasa untuk melepaskan tembakan mengikut budi bicara mereka," kata seorang penganjur bantahan, Nyo Aye. 

Kumpulan itu turut mendesak supaya badan-badan antarabangsa diusir keluar dari Rakhine atas dakwaan berat sebelah dan lebih memihak kepada etnik Rohingya untuk bantuan kemanusiaan berbanding penduduk tempatan lain. 

Namun begitu, ketika dihubungi, Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) dan Doctors Without Borders (MSF) enggan mengulas tentang perkara tersebut. 

Aye berkata, bantahan itu mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan dan turut diadakan di bahagian lain dalam negeri berkenaan, termasuk Mrauk-U, Kyauktaw, Minbya dan Maungdaw. 

Dalam pada itu, beberapa sumber memberitahu, berpuluh-puluh keluarga etnik Rohingya di Sittwe telah meninggalkan kediaman mereka untuk mengelakkan sebarang kejadian ganas. 

Bulan lalu, PBB mengumumkan tentang penemuan bukti kukuh berhubung pembunuhan 48 lelaki, wanita dan kanak-kanak daripada etnik Rohingya di perkampungan Duchira Dan oleh kumpulan pelampau Buddha, manakala seorang anggota polis turut dilaporkan dibunuh. 

Kejadian itu menyebabkan ramai penduduk Rohingya berada dalam ketakutan dan sedang menimbang sama ada untuk meninggalkan Rakhine atau menghantar ahli keluarga ke tempat lain sekiranya keganasan berulang. – AGENSI 


Kempen Pulau Produk Israel Berkesan 
2014/02/07

NEW YORK : Kempen memulaukan produk Israel ternyata memberi kesan buruk ke atas rejim Zionis itu, apabila seorang pemimpin tertinggi Yahudi Amerika mendakwa tindakan tersebut merupakan cabaran terbesar yang dihadapi sekutu kuat Amerika Syarikat (AS) itu. 

Cabaran berkenaan disuarakan oleh Timbalan Ketua Eksekutif Persidangan Persatuan Utama Yahudi Amerika, Malcolm Hoenlein yang meminta kerajaan Barat bekerjasama bagi menentang kempen tersebut. 

"Israel dan sekutunya perlu menentang kempen boikot tersebut yang dikenali sebagai BDS dengan cara yang paling berkesan," katanya. 

Israel berdepan kempen boikot yang dilancarkan secara meluas di seluruh dunia termasuk perniagaan di Eropah yang menentang tindakan rejim Zionis itu membina penempatan haram Yahudi di wilayah Palestin. 

Dua institusi perbankan terbesar di Eropah turut memulaukan urusan kewangan dengan syarikat Israel berhubung isu yang sama. 

Malah Kesatuan Eropah menyekat dana dan bantuan yang disalurkan kepada entiti Israel, selain Persatuan Kajian Amerika mengambil langkah sama atas kekejaman rejim Zionis ke atas rakyat Palestin. 

Ekoran kempen pemulauan secara meluas itu, Israel terpaksa mengadakan mesyuarat Kabinet pada minggu depan bagi mengatasi masalah berkenaan. 

Kempen itu mendapat sambutan, selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kebanyakan negara mengecam tindakan Israel meneruskan pembinaan penempatan haram Yahudi di wilayah Palestin walaupun mendapat tentangan antarabangsa. 

Kekejaman rejim Zionis Israel menyekat ekonomi dan kehidupan rakyat Palestin di Genting Gaza sejak 2007 turut mendapat kecaman dunia yang menyifatkan tindakan Israel itu melanggar hak asasi manusia. – AGENSI 


3 Letupan Bom Gegar Kaherah 
2014/02/06

KAHERAH: Tiga letupan bom menggegarkan ibu negara Mesir, menyebabkan sekurang-kurangnya lima orang terbunuh semalam, ketika rakyat negara itu bersiap sedia memperingati ulang tahun ketiga kebangkitan rakyat pada 2011. 

Dalam serangan pertama, penyerang memandu kereta dipenuhi bom merempuh pagar besi yang mengelilingi bangunan direktorat keselamatan di Kaherah kira-kira jam 6.15 pagi waktu tempatan, mengorbankan empat orang dan mencederakan lebih 70 lagi, kata pegawai polis dan kementerian kesihatan. 

Beberapa jam kemudian, peranti kecil, dihidupkan berhampiran kenderaan polis berdekatan stesen metro, meragut satu nyawa, menurut kementerian kesihatan.Ia diikuti dengan letupan ketiga di luar balai polis di jalan raya menuju ke piramid Giza. 

Serangan berlaku sehari sebelum polis ditempatkan di seluruh Kaherah menjelang ulang tahun ketiga kebangkitan menumbangkan bekas diktator Hosni Mubarak, dengan pergerakan Islam menggesa bantahan besar-besaran menentang rejim baharu. 

Saksi pengeboman di ibu pejabat polis berkata, kereta dipenuhi jerangkap samar merempuh pagar besi di sekeliling bangunan. 

“Saya berada di tingkat tiga, dengan ketua keselamatan. Kereta merempuh pagar dan letupan kedengaran,” kata anggota polis, Mahmud Mushref. 

Letupan menyebabkan kawah besar di tanah dan asap memenuhi bandar raya itu, kata wartawan AFP. 

“Kenderaan itu cuba hampir dengan bangunan tetapi dihentikan di pintu pagar. Angka korban kecil berbanding saiz letupan,” kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Hany Abdel Latif. 

Tidak ramai berada di jalan raya kerana penduduk lelaki menunaikan solat Jumaat. Televisyen melaporkan penyiasat menemui mayat suspek pengebom bunuh diri. 

Saksi yang tinggal di pangsapuri kira-kira 200 meter dari bangunan polis berkata beliau terbangun akibat letupan itu. 

Polis pencegah rusuhan menghalang beratus orang, sebahagian daripadanya melaungkan slogan mengecam Ikhwanul Muslimin. Penyerang meningkatkan serangan sejak tentera menyingkirkan Presiden Mohamed Morsi Julai lalu. – AFP


Wallahualam.


Sekian sahaja Friday Wrap untuk minggu ini.  Terima Kasih.




Read more

LETS.. FROM EARBUDS TO SPEAKERS !

0 comments

Assalamualaikum wrt dear readers. How was your recent winter holiday? Must be cool right? Anyhow, may those moments cherish your ukhuwwah among fillah’s friends and strengthen our faith to Allah by creating lots of beautiful and tranquil sceneries all over the world. Subhanallah.

InshaAllah today we will be sharing one idea of creating speakers, which in our opinion, very economical, less time needed, and useful, of course!

[Credit]
 http://www.doityourself.com/stry/from-earbuds-to-speakers


Things needed :

1. 4 polystyrene or plastic cups.

2. Hot glue gun of plastic glue.

3. One pair of used earbuds.

4. Scissors.

How to?

1. First of all, set your hot glue gun ready because it will take a lil bit time to heat up. Or you can simply use       plastic glue. (plastic glue no need to heat up haa)

[Credit]
 http://ecahabu.blogspot.com/2012/02/safety-lock-hendak-seribu-daya.html

2. Then, we have to make holes to 2 of our cups. Use a pencil to make a small hole at the cup center. Take        scissors, and snip your small holes into small X.

3. Gently push one of your earbuds through the "X" in one of your cups. Once the bud is through the "X" and      inside the cup, position the flaps back into place. Lightly pull back on the wire so that the back of the bud      is positioned against the bottom of the inside of the cup, and the top of the bud is facing out toward the          cup opening. Use your tape to secure the wire into place on the outside of the bottom of the cup. When        you have the first earbud properly positioned, push the second earbud through the "X" in the other cup.          Secure the wire with tape.

4. Create stands for your speaker with the second set of cups. Turn the cups upside down and place them          onto your surface. Apply a small amount of hot glue to the bottom of the cup. Carefully place one of your       homemade speakers onto the glued section of the cup. Hold it in place for about ten seconds. Apply glue       to the bottom of the second cup and position the other speaker into place. Hold it for about ten seconds        as well. This will ensure that the cup adheres to the glue.

[Credit]
http://www.newmodellersshop.co.uk/deluxe_materials.htm

5. If you do not have any disposable cups on hand, you can create the speakers with some thick paper.             Take a piece of 8X10 inch paper and fold it in half so that it is 8X4 inches in size. Cut the folded paper         into a semicircle. Unfold the paper and cut along the folded line so that you have two half-circle shapes.         Form the shape into a cone, leaving a small hole at the point. Secure the cone shape with tape. Gently           push one of your earbuds through the hole. Lightly pull on the wire so that the bud is positioned against the      paper. Tape the wire to the outside of the cone. Follow the same steps with the second earbud. Lay your     new speakers on your counter top.

6. Connect your earbuds to your device and turn the volume to the highest level possible.

Try it and let us know how it helps you! : )

Till we meet again, inshaAllah, thank you.


Read more

Allah is The True Love

0 comments
“I feel frustrated with you…”
“I feel annoyed…”
“I feel hurt…”

[credit to]

Assalamualaikum wrt. May Allah bless each seconds, hours, and days of us breathing in his air.

You might have felt this way in any case. Feeling of being deceived, regretful or all sorts of those feelings. It is probably impossible to find a human being who does not love. It’s the nature of a human. We love people for the qualities that we see, for how we are being treated, for the good deeds they do and other things that successfully catch our inner-self. But then, we forget something. We are too busy focusing on our love to somebody or to someone, and we expect more beyond their capabilities despite of their temporary nature. And that’s the reason why we might feel frustrated, abandoned and inadequate.

If we put together all the reasons why we love other people or things, and then apply it to Allah (swt), we should see that truly it is Him that deserves our love. The first thing Prophet Muhammad (saw) said to the people of Madinah, “O people! Love Allah with all of your hearts for what He has given you from blessings…”. The greatest love should be to Him and not anyone else.

The heart will not find complete happiness except by loving Allah and by striving towards what is dear to Him.

Look at around us. Who is the one who giving us the needs in life? Think for a while and answer it in your own heart. Aren't we ashamed of ourselves? We expect more from Him, but what did we do to please Him? I’m always being told that if I start loving Allah truly, then everything else in my life will fall into place, and I think it’s true.

This dun’ya describes the success as being wealthy, having good status or marry a person we love whether he is not fit for us or take us away from Allah. But in reality, it is not a real success by attaining this dun’ya. You still can be successful whether you have nothing, no wealth, status, or love of a special person . The criteria of success are what Allah has defined for us. And it is clearly stated that;

“Everyone who is striving for Allah, who loves for sake of Allah and do good deeds just for Him and leave everything which displeased Him or forbidden, is having real success”.
 
[credit to]
Yes, it is the real success with everybody can be one.

We all know we cannot depend on anyone or anything in this world. Know that, we always have what we need when we don’t have what we want. We need Allah s.w.t and the best thing is, He is always there for us no matter what. No need to hope for people as we can only get disappointment. 

That is why we should not love people or things more than Allah (swt), because love tends to mean preference. We do things for them because we know that they will appreciate/like it. And when we prefer others over Allah (swt), or make them equal to Allah (swt), that is when we find difficulty because we are putting our hope in something finite and fallible. 

“And among the people are those who take other than Allah as equals to Him. They love them as they should love Allah. But those who believe are stronger in love for Allah...” (al-Baqarah:165)

Thus, we should remind ourselves. There is no one who loves us more than Allah, and He is our true love. And remember that life can never be smooth. In order for a person to make a change in his/her heart, it usually begins with a fall. So, do not curse the fall. Let's rise up and become better, wiser, more God-conscious and more spiritually purified in order to strive for His love and aiming towards Jannah! Bismillah...




Read more