PARTY? MAKE IT DONE IN A PRODUCTIVE MUSLIMAH WAY!

0 comments

kredit

Assalamualaikum wrt sidang pembaca sekalian.

InshaAllah pada entri kali ini, penulis akan berkongsi tips bagaimana menjadikan sesuatu parti atau gathering itu, produktif dan bermanfaat, yakni di dalam cara yang diredhai Allah inshaAllah.


“Berkata Ibnu Abas r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Apabila hamba-Ku mengingati-Ku sendirian, Aku pun akan mengingatinya sendirian. Dan apabila dia mengingati-Ku di hadapan khalayak ramai, nescaya Aku akan mengingatinya pula di khalayak yang lebih baik daripada khalayak ramai yang dia mengingati-Ku.” (Riwayat Thabrani)”





Meraikan Mac sebagai bulan si Hawa, artikel ini bakal diolah mengikut kesesuaian parti para muslimah. ^_^

Rahsia parti yang produktif


              1. Menganjurkan parti yang bertemakan Islam.

Haa bila anda dah set up je idea nak buat gathering, terus juga setkan temanya. Dan tema tu biarlah bermanfaat untuk anda dan rakan-rakan. Kalau dah kering idea pula, ajaklah mereka untuk berganding bahu memerah fikiran juga. Tanya mereka, samada berminat atau punya apa-apa idea untuk topik yang bakal dibincangkan nanti, sama ada tentang ayat al-Quran atau hadis mahupun sirah. Boleh juga minta mereka carikan ayat al-Quran yang bersesuaian untuk dijadikan topik perbincangan.

              2. Pastikan ia adalah parti potluck!

Part yang ni paling penting! Takdelah nanti si penganjur penat sorang-sorang dan akhirnya tak dapat dah nak meraikan tetamu semaksima mungkin sebab dah terlalu letih. Dan semua tetamu pun at least, bolehlah dari awal lagi betulkan niat berparti kerana Allah sebab dah mula masak awal-awal lagi kan. Tambahan lagi, kalau semua orang pun bawa makanan, bervariasilah jenis makanan yang ada. Pepatah kata, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Eheh. Macam-macam rasa, macam-macam resipi pun dapat dikongsi. Yang penting, jimat belanja, Allah pun suka! :D



kredit
                3. Fun for kids!

Mungkin ada dari kalangan anda, yang sudah punyai anak. Terbit alasan “tak sesuai lah pergi parti nanti anak merengek nak balik, buat susah aje”. Jangan! Jangan jadikan ini alasan. Makanya, pentinglah untuk penganjur mengatasi masalah ini, mungkin boleh sediakan satu ruang untuk kanak-kanak bermain dan berkumpul dengan rakan sebaya, barulah mereka pun tak bosan. Dan satu lagi yang penting, biasakan mereka dengan gathering yang penuh ilmiah ini, agar suatu hari, mereka pun menganjurkan parti-parti muslimah seperti ini, di samping dah diterapkan kecintaan kepada Allah melalui tema parti. Hehe.

kredit
               4. Jalankan parti di rumah rakan perempuan anda yang sedang sakit atau yang kurang upaya.


Let them enjoy too! Iyalah dah la kawan tu sakit tak berupaya, kalau kita anjur gathering, mereka tak leh take part, mesti mereka sedih kan? Maka, apa kata, anjurkan perkumpulan tu kat rumah mereka, tetapi perlu disiplin lah, perlu kemaskan rumah mereka, makanan dibawa, pendek kata tanpa menyusahkan mereka. InshaAllah dapat menggembirakan hati mereka dan yang penting mungkin boleh memberi makanan hati kepada mereka, memandangkan mestilah mereka hanya jarang-jarang menyertai bulatan gembira kerana keterbatasan tersebut. Sharing is caring!Jangan lupa doakan kesihatan mereka juga.


               5. Parti produktif menyambut kelahiran ahli baru atau pengantin baru.

Sudah menjadi adat kita, menganjurkan kenduri kecil-kecilan setelah mendapat ahli baru dalam keluarga. Pada waktu inilah kita boleh mengambil peluang untuk berkongsi ayat-ayat al-Quran yang boleh memberi pencerahan bagaimana mahu menjadi seorang ibu atau isteri yang produktif. InshaAllah akan ada ilmu baru yang bakal dapat walaupun dah bertahun menjadi ibu atau berumahtangga. Yang menarik juga, untuk kita buat kompilasi hadis dan ayat al-quran yang berkaitan dan bukukan untuk dijadikan hadiah kepada ibu baru atau pengantin baru tersebut. Mereka pasti sukakan nya!

               6. Productive surprise party !

Cara yang terbaik untuk menghabiskan waktu petang secara produktif! Tak semua benda perlu dirancang dengan rapi pada awalnya, kadang-kadang cara sebegini lebih membawa makna dan keseronokan. Ajak rakan anda untuk berpiknik secara kecil-kecilan dan ya, kongsilah hadis yang anda terkesan atau lebih mudah, dengan adanya kecanggihan teknologi komunikasi pada hari ini, just simply play the video on Youtube. InshaAllah tersangatlah akan mengeratkan ukhuwwah dan, menggunakan masa dengan sangat produktif!


Sekian sahaja perkongsian dari penulis pada entri kali ini, sangat simple dan mudah, mungkin hanya ditunggu untuk diamalkan. Sangat sesuai juga dengan musim bunga yang bakal menjengah. Semoga dengan cara ini, ukhuwwah yang dikatakan fillah itu menjadi lagi erat inshaAllah. Moga Allah redha.

Assalamualaikum wrt :)



Post a Comment