Family Day

1 comments
MESSP'S FAMILY DAY


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,

Tanggal 7 Mei 2012 telah berlangsungnya suatu majlis yang dinamakan BBQ MESSP atau Family Day MESSP yang bertempat di Park Aleksandr, Prospekt Stachek, St Petersburg. Majlis seperti ini adalah program tahunan dalam kalendar MESSP. BBQ telah bermula seawal pukul 9 pagi. Antara makanan yang disediakan adalah ayam, daging, sate dan sosej. Pelbagai pencuci mulut juga telah siap dibawa dari rumah lagi. Cuaca yang agak sejuk & berangin tidak menghalang pelajar- pelajar untuk meneruskan majlis.

Setelah masak, mereka telah dihidangkan dengan makanan yg telah siap. Usai makan, majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah. Selain itu, acara teka - teki diadakan untuk memeriahkan majlis. Majlis diteruskan dengan ucapan dari pelajar tahun akhir, Norlin & Izzul. Diharap mereka akan berjaya setelah menghabiskan pelajaran di sini. Majlis di akhiri dengan mengambil gambar beramai-ramai. 

Dengan berlangsungnya majlis ini, diharap silaturahim yang dijalin antara pelajar-pelajar di sini akan lebih erat lagi. Tahniah diucapkan buat pihak MESSP dalam menganjurkan BBQ atau Family Day ini. Wallahualam.





1 comment: