Education in Palestine

0 comments


 Palestinian children attend their first day of class in over a month inside a tent beside the ruins of their destroyed school in the southern Gaza Strip town of Rafah.
 (Wissam Nassar, Maan Images)

 "I like to come to school, we come to school so that we don't go out [on the demonstrations]". 
11-year old Palestinian boy, Balata Refugee Camp.

"When I ask the students if they are afraid or worried, they say no … In the last three weeks, we have worked hard to focus the students on their education, and not over emphasize the events. Now the children want to learn, although it is still difficult for them to concentrate in this situation because they, like the teachers, are upset, distracted and tired. But we are lucky here, because we are not in the center of the city where the funerals are. When the children hear the funerals, they become very upset and can't concentrate, and many of the boys want to join the funeral. In that situation it is very difficult to continue the education process." Palestinian teacher in Khan Younis, Gaza.

Bismillahirrahmannirrahim.

Pendidikan merupakan satu medium yang penting untuk membangunkan sesuatu ummah. Ilmu memiliki kedudukan yang tinggi dalam agama Islam kita sendiri. Ayat al-Quran pertama yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w...

"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia Telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."

Mungkin kita selalu memikirkan tentang betapa susahnya pembelajaran dan pendidikan yang kita hadapi sekarang. Betapa banyaknya silibus yang perlu diulangkaji, betapa banyaknya nota-nota ringkas yang belum disiapkan, betapa sedikitnya masa yang tinggal untuk menghadapi peperiksaan. 

Tetapi dalam masa yang sama, terfikirkah kita tentang pendidikan saudara-saudara kita di Palestin? Apakah bentuk perjuangan dalam pendidikan yang mereka hadapi sama seperti kita? Atau apa yang kita hadapi lebih susah daripada mereka memandangkan bidang yang kita ambil bukanlah calang-calang bidang? Dan akhirnya menjadikan kita hanya pandang sebelah mata pada perjuangan mereka dalam pendidikan? Janganlah begitu saudara-saudaraku. Marilah kita mencakna isu palestin ini sedikit sebanyak dalam kehidupan seharian kita.

A Palestinian elementary school student salvages books from the ruins of the Khalil Al-Nubani school, which was destroyed by Israeli artillery attacks in Gaza City. (Wissam Nassar, Maan Images)

Semenjak dari perleluasan kuasa Israel di bumi Palestin pada tahun 1948, penduduk tempatan menghadapi masalah dari pelbagai aspek seperti masalah kemiskinan akibat sekatan keperluan harian mereka, masalah untuk mendapat bantuan perubatan, dan untuk kanak-kanak kecil dan beliawan Palestin, mereka menghadapi masalah untuk mendapatkan pengajian yang sempurna dan sekatan untuk ke sekolah dan institusi pengajian.

Kanak-kanak dicederakan dan dibunuh, mereka menghadapi masalah untuk tidur dan mimpi ngeri, ketakutan yang sering melanda diri mereka tatkala mereka keluar mahupun tinggal di dalam rumah, kepenatan dan kurang fokus dalam pembelajaran. 

"By the beginning of November 2000, one study noted that shelling and shooting, much of which happened at night, had damaged 431 houses. A study of 217 calls made to a new hotline for parents and care-givers of children aged 5-16 reported 41 cases of bedwetting, 19 cases of loss of appetite and vomiting, 43 cases of sleeplessness, nightmares and fear of the dark, 14 cases of continuous crying, stubbornness, and extreme nervousness, and 70 cases of children insisting on sleeping in their parents' room. Teachers have noted exhaustion and diminished attention spans in classrooms"

Pendidikan di Palestin semenjak tahun 2000 adalah di bawah UNRWA (United Nations Relief & Work Agency). Ada juga bantuan dari sektor bukan kerajaan, bantuan dari Mesir dan Jordan, dan dari Palestin sendiri (Palestinian Authorities, PA). Tetapi masalah yang dihadapi oleh Palestin masih sama. Jumlah sekolah yang tidak mencukupi untuk jumlah populasi kanak-kanak negara ini. 

Tempat pengajian yang dibina sejak dahulu banyak termusnah semenjak serangan Intifada pertama. Pada tahun 2000, seramai 865 540 pelajar sekolah rendah dan menengah mendaftarkan diri di bawah UNRWA (29%) dan di bawah PA (68%). Sistem pendidikan yang diseragamkan telah ditetapkan di setiap sekolah dan telah menggantikan pelbagai sistem dari Mesir dan Jordan sebelum ini. 

"A survey of children attitudes to public spending show that EDUCATION is their first priority"

Kajian pada tahun tersebut menunjukkan penduduk Palestin perlu membayar $20 setiap bulan untuk pengajian anak-anak mereka. Namun begitu, pendidikan merupakan perkara yang penting bagi mereka sendiri dan ibu bapa berusaha mencari wang untuk menghantar anak mereka ke sekolah. 

Walaupun begitu, dengan penutupan dan curfew yang ditetapkan oleh tentera Israel terhadap penduduk Palestin hari ini, kanak-kanak di palestin telah menghadapi masalah untuk mendapatkan pendidikan. Pada 14 November 2000, dicatatkan seramai 20 000 pelajar tidak dapat hadir ke sekolah kerana tekanan dari pihak Israel dan ketakutan kanak-kanak ini terhadap kekejaman tentera Israel. Ibu bapa pula berpendapat bahawa anak-anak mereka lebih selamat di rumah. Banyak sekolah juga dilaporkan telah tutup dari beroperasi.

" Children less likely have papers and pens, or pocket money. Some of them came to school with empty stomach"

Statistik pelanggaran yang dilakukan oleh Israel dalam bidang pendidikan semenjak 28 September 2000 hingga 31 Mac 2007:

Jumlah
keterangan
no
1189 Pelajar dan mahasiswa, 330 diantaranya adalah anak-anak
Pelajar dan mahasiswa yang ditangkap
1.
107 guru dan karyawan
Guru dan karyawan di lembaga pendidikan tinggi
2.
1.125 sekolah dan yayasan perguruan tinggi
Sekolah yang ditutup akibat serangan Israel
3.
12 sekolah dan universiti
Sekolah dan universiti yang ditutup atas perintah militer
4.
359 sekolah, pusat pendidikan dan pengajaran dan universiti
Yayasan pendidikan dan pengajaran yang terancam roboh
5.
43 sekolah
Sekolah yang beralih fungsi menjadi barak militerٍ
6.
870 syahid
Para syuhada dari kalangan guru, siswa, mahasiswa dan pegawai
7.

Hardworking, yet Palestinian Children Face Huge Educational Obstacles


A Palestinian teacher escorts school children during an Israeli military operation in the village of Al-Yamoun, near the West Bank city Jenin, December 20, 2005. 

Palestinian Muslim worshipers gather for Friday prayers outside of the Al-Taqwa mosque in Gaza City, which was destroyed during Israel's attacks. (Wissam Nassar, Maan Images)


Perjuangan mereka adalah jauh lebih mencabar daripada kita. Bangunlah saudara-saudaraku dari comfort zone kita ini, dan berusahalah untuk memberi yang terbaik dalam apa jua perjuangan yang kita hadapi sekarang. Mana tahu, satu hari nanti kita diberi peluang untuk membantu saudara kita nun jauh di sana. Sudah bersediakah kita pada waktu itu?

Wallahu'alam.


Post a Comment