Russia Winter Gathering 2011

1 comments

Assalammualaikum wbt

Program Jaulah Syitawiyah (Winter Gathering atau pun зимний отпуск (dalam bahasa Rusia) kali ini telah diadakan di Russia. Program yang berlangsung pada 28hb Januari sehingga 30hb Januari telah mengumpulkan seramai hampir 50 pelajar dari lima lokaliti yang berbeza iaitu Moscow, St Petersburg, Nizhny Novgorad, Volgograd dan Kursk. Kesemua daripada mereka yang menyertai Winter Gathering ini terdiri daripada pelajar-pelajar yang mengambil bidang perubatan dan Kejuruteraan.

Winter Gathering yang diadakan pada setiap tahun ini memberi peluang kepada mereka untuk berehat dan menenangkan fikiran setelah mengharungi minggu-minggu peperiksaan di samping menambah kefahaman dalam ad-deen dan berpeluang untuk merasai kelazatan dan manisnya ukhuwah sesama saudara seakidah.


Pelbagai aktiviti telah dijalankan (seperti yang dipaparkan dalam video di atas). Antaranya ialah Taaruf Game, di mana para pelajar dikehendaki memperkenalkan diri melalui pantun. Aktiviti ini ternyata menambahkan keunikan dalam winter gathering kali ini. Walaupun kesemua mereka adalah pelajar aliran sains, namun masih mempunyai bakat dan kreativiti masing-masing dalam menyampaikan pantun ketika memperkenalkan diri masing-masing. Aktiviti luar juga tidak kurang hebatnya. Dalam keadaan suhu yang ekstrim, masih lagi tergambar keceriaan pada wajah mereka dalam aktiviti meluncur (snow game yang dijalankan. Aktiviti lain yang turut dijalankan adalah makan bersama-sama dalam satu dulang, sesi sharing and caring.

Meskipun aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang Зимний отпуск berbentuk games tetapi aspek kerohanian tidak diabaikan.

Pembaca pasti tertanya-tanya mengapa winter gathering kali ini dinamakan зимний отпуск?

Зимний bermaksud winter @ musim sejuk, manakala отпуск membawa maksud cuti pendek. Dari segi bahasa отпуск terdiri daripada dua patah perkataan yang berbeza iaitu от membawa maksud from @ dari dan пуск membawa maksud start @ mula. Jadi jika digabungkan от dan пуск akan memberi maksud from the beginning atau dari mula / titik mula.

Зимний отпуск memberi pengharapan kepada para peserta agar para peserta dapat meneruskan perjuangan mereka di bumi soviet yang sentiasa menguji ketahanan fizikal mahupun mental. Harungilah cabaran tersebut dengan niat yang jelas dan ikhlas kerana Allah insyaAllah.


Akhir kata, serangkap pantun buat pembaca sekalian.

Jauh mata memandang ,
yang terpandang hanyalah salji,
Indahnya ukhwah disandang,
Disandang hanyalah pada Ilahi.

Jazakumullahu khairan katheera



1 comment: