Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, kita dipanjangkan umur untuk menjalani Ramadhan, merayakan hari raya (tahun ni, alhamdulillah ramai merasa beraya dengan keluarga : ) dan memulakan sesi akademi 2011/2012. Ada yang akan menyambung pelajaran di Russia, dan ada juga yang BAKAL memulakan pembelajaran di Russia.
InsyaAllah kali ini kita akan buat checklist senarai "things-to-bring/do" untuk membantu adik-adik kita yang akan terbang merentasi benua menuju tanah Soviet - Russia. Barangkali, tulisan penulis agak terhad kerana bersandar pada pengalaman individual, maka kami mengalu-alukan anda - para pembaca untuk menambah/menolak/mencadangkan/membangkang mana yang perlu.
Things-to-do / things-to-bring
1. Pakaian.
- kuantiti : bergantung kepada individu seperti adakah anda cepat merasa bosan dengan baju yang sama (jika ya, bawa lebih), adakah anda malas untuk basuh baju atau hantar ke dobi (jika ya, bawa lebih) dan faktor-faktor lain
- jenis-jenis pakaian : pakaian untuk keluar/ke kelas, pakaian formal/kebangsaan untuk majlis-majlis rasmi, pakaian indoor/duduk di rumah (buat tidur, buat memasak), pakaian musim sejuk (pakaian untuk menghadapi cuaca extreme digalakkan untuk beli di russia sahaja. ketika fly, bawa yang simple-simple sahaja dan long john / thermal wear)
- shopping pakaian : boleh dibeli pada bila-bila masa. di russia juga terdapat 'discount centers' yang menawarkan barangan-barangan seperti Nike, Reebok, Adidas etc pada harga berpatutan. selain itu, lazimnya, barang-barang dijual dengan potongan harga pada winter sale yang bermula lebih kurang pada bulan disember.
- ciri-ciri pakaian : menutup aurat, tidak ketat, tidak singkat, tidak jarang. dengan mematuhi garis panduan pemakaian islami, anda boleh solat di mana-mana ceruk russia (terutamanya ketika kelas dan ketika keluar jalan-jalan atau shopping) tanpa memerlukan pakaian solat anda seperti telekung. anda hanya perlu ambil wuduk/tayamum, menghadap kiblat dan ya, SOLAT! (:
2. Dokumentasi
- gambar : sebahagian penaja ada menggariskan berpuluh-puluh keping gambar saiz pasport non-glossy. kedengaran agak tak munasabah. tapi, insyaAllah dengan bekalan gambar sebanyak itu, anda boleh berurusan dengan pihak-pihak berkaitan (seperti pejabat dekan dsb) untuk beberapa tahun tanpa perlu mengambil gambar baru! non-glossy diperlukan kerana kertasnya lebih kesat dan sebarang cop yang ditempek di atas gambar tidak mudah tertanggal.
- surat sijil segala bagai : memandangkan setiap tahun, polisinya dan keadaannya berbeza-beza, penulis tidak berani untuk menulis tentang hal ini. penulis menasihatkan bakal-bakal pelajar untuk merujuk sendiri kepada pegawai penaja/ejen anda.
- nostrification (a process of granting recognition to a degree from a foreign university) : selalunya, untuk bakal-bakal pelajar baru, pihak penaja / ejen ada turut terlibat dalam menyelesaikan urusan ini. anda boleh bertanya mereka tentang progress nostrification anda. untuk pelajar-pelajar di Sechenov's First Moscow State Medical Universty, anda boleh melayari website persatuan pelajar untuk mengetahui dengan lebih lanjut.(klik sini)
3. Urusan bank (pengalaman penulis terhad pada penggunaan Maybank)
- akaun bank : rujuk penaja anda berkenaan akaun bank di russia. lazimnya, untuk pelajar MARA, elaun akan di-bank-in ke dalam akaun Maybank. di russia, anda boleh mengeluarkan duit menggunakan kad ATM maybank anda.
- kad ATM maybank : untuk mengeluarkan wang anda di mana-mana mesin ATM di luar negara (baik di russia, germany, egypt dsb) kad ATM maybank anda perlulah diactivekan. (1) pergi ke mana-mana mesin ATM maybank di MALAYSIA. (2) pada screen, tekan other options sehingga anda bertemu menu <PLUS activation> (3) aktifkan, dan kad bank anda sedia digunakan di mana-mana mesin ATM di seluruh dunia! selamat berjimat :)
- maybank2u : khidmat ini membolehkan anda melakukan urusan bank secara online seperti melihat baki dalam akaun anda, elaun sudah masuk belum dan memindahkan wang ke akaun lain. untuk tujuan ini, penulis secara peribadi lebih prefer untuk pergi ke mana-mana cawangan maybank dan berjumpa dengan pegawai untuk mengaktifkan khidmat ini yang melibatkan signing up as first time user, pendaftaran nombor telefon dan request TAC.
4. Ubat-ubatan & kesihatan
- sekiranya anda menghidap penyakit-penyakit kronik seperti asma, migraine, alahan dan lain-lain; rujuk doktor anda untuk mendapatkan 'nasihat terakhir' sebelum berlepas. dapatkan bekalan ubatan sebelum berlepas ke rusia. Pastikan anda tahu ubat-ubat yang diberi oleh doctor agar mudah untuk anda membelinya di Russia nanti.
- elakkan jatuh sakit di rusia.
5. Peralatan elektrik
- periuk nasi elektrik adalah antara perkara penting untuk dibawa. untuk memudahkan, anda boleh berpakat dgn beberapa orang kawan untuk share periuk di sana nanti
- adapter (penting & sangat bernilai)! di sana, plugnya 2 pin, manakala barang-barang elektrik dari malaysia (periuk nasi, laptop, charger, hairdryer) adalah 3 pin. anda tak perlu bersusah payah membeli adapter yang fancy-fancy harga puluh-puluh ringgit. cukuplah yang simple-simple. [pengalaman terakhir penulis membeli adapter adalah di mydin. penulis beli banyak-banyak terus :) ]
6. Makanan
- keperluan makanan dari malaysia adalah berbeza mengikut selera anda dan kepakaran anda memasak (lazimnya, waktu awal-awal fly ramai orang akan membawa perencah nasi goreng dan brahim's.. tapi lama kelamaan, bila makin terel memasak, dah tak bawak perencah nasi goreng.)
- berikut adalah antara makanan-makanan yang mungkin sedikit sebanyak membantu anda untuk memilih makanan yang akan dibawa ke sana nanti

- perencah nasi goreng (sesuai untuk beginner dalam bidang masakan, sesuai untuk dimasak ketika masa-masa kecemasan seperti ketika musim sibuk exam)
- brahim's (seperti di atas)
- ikan bilis (seperti di atas)
- megi (seperti di atas, dan juga kerana megi malaysia berganda jauh lebih sedap dari di russia)
- santan serbuk (bersifat lebih ringan berbanding santan cecair. sangat sesuai digunakan ketika merindui masakan malaysia yang berlemak seperti kari, kurma, nasi lemak, rendang dsb.. jika santan habis, anda boleh menggantikan dengan susu yang banyak terdapat di rusia)
- serbuk cili / cili kering (untuk memedaskan masakan, sangat perlu untuk membuat sambal)
- serbuk rempah seperti rempah kari, kurma, sup etc (tak perlu bawa banyak-banyak. lazimnya, memang susah nak habis kalau bawa 1 paket besar. digalakkan untuk share bersama kawan-kawan)
- perencah tomyam
- asam jawa / asam keping (di rusia tiada)
- condiments spt kicap & sos cili (di rusia, sukar dijumpai dan tak sesedap malaysia. untuk sos cili, boleh cari yang dijual dalam plastik dan untuk kicap, boleh ditransfer ke dalam botol plastik. ini dapat mengurangkan berat luggage)
- bahan-bahan basah yang dirasakan perlu bergantung pada keperluan, kepakaran dan kehendak individu. yang sukar dijumpai di rusia adalah cili api, daun kari, daun pandan, daun limau purut, serai. (untuk bahan basah ini, pastikan semuanya tidak lembap, disimpan dalam bungkusan yang kemas dan sebaik tiba di hostel di rusia nanti, segera simpan dalam ruang beku peti sejuk untuk memastikan tahan lama)
- lain-lain seperti belacan, tepung goreng KFC, ajinomoto dan sebagainya
- jangan risau jika anda belum mahir memasak. insyaAllah di rusia, anda ada banyak peluang untuk try & error. :)
- jangan risau andai anda merasakan makanan yang anda bawa tidak cukup. bergembiralah dengan yang sedikit. allah itu ar-razzaq.
7. Alatan pembelajaran
- sebagai permulaan, anda digalakka membawa alat-alat tulis yang asas. sediakan juga buku-buku catatan..
- buku teks akan disediakan oleh pihak universiti
8. Keperluan beribadah
- ini adalah antara keperluan yang perlu untuk merantau jauh ke tempat orang. di rusia, tiada ibu bapa, ustaz-ustaz atau guru agama. yang ada hanyalah sesama kita. jadi persiapkan diri kita dalam kesemua aspek untuk menjadi Muslim 24-7.
- al-quran beserta terjemahan. mengapa perlu terjemahan? agar anda dapat memahami isi kandungan al-quran itu. lebih molek, jika al-quran itu bersaiz mini. mudah dan ringan dibaca di mana-mana seperti ketika commuting ke kelas-kelas. al-quran terjemahan yang bersaiz mini kini terdapat banyak di pasaran dengan beraneka macam design :)
- buku zikir amalan harian. lazimnya, adalah ma'thurat. buku2 islami yang lain.
- sejadah.
- pakaian berkaitan. selain pakaian berkaitan seperti telekung, kopiah, kain pelikat; pastikan pakaian harian anda menepati ciri-ciri yang membolehkannya untuk dibawa solat.
- kompas penunjuk kiblat
- soft copy / apps - lengkapi laptop, mobile phone & gadget-gadget anda dengan apps berkaitan seperti islamic finder (waktu solat & azan), penunjuk kiblat, senarai Emulsifier yang haram, e-books buku-buku islami, mp3 al-quran + lagu-lagu kerohanian dan sebagainya
9. Kesediaan minda & jiwa
- berdoa agar Allah memberkati jalan hidup anda ini dan sentiasa menetapkan diri kita dalam keimanan
- set-kan dalam minda dan jiwa anda - kenapa aku ke russia? innamal 'amalu bin niyat..
- mantapkan pengetahuan anda tentang islam sedalam mungkin sebelum ke sana. juga, anda boleh mengambil peluang ini untuk belajar lebih dalam tentang keindahan, praktikaliti dan fleksibiliti islam seperti ketika bagaimana untuk solat ketika bermusafir, ketika dalam kapal terbang, ketika musim sejuk dan sebagainya.
- hubungi teman-teman & saudara-mara. minta mereka doakan pemergian anda.
- dalami adab-adab bermusafir. antaranya, solat sunat musafir ketika dalam perjalanan
- dan, expect the unexpected.. ada banyak perkara yang Allah takdirkan untuk kita di russia nanti! ;)
'Allahu'alam.. Harap membantu.. :)
Post a Comment