• Motivasi Dan DIY

    Creativity Beyond Measure

  • Tazkirah

    Sharing is Caring

  • Local Wrap

    Around Us

  • Friday Wrap

    Around The World

  • Baitul Muslim

    Kuliah Online Baitul Muslim

  • Kulinari

    Sugar, Spice and Everything Nice

MOSCOW | MEDICAL SYMPOSIUM 2014

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wrt

Alhamdulillah,alhamdulillah alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan kurniaNya program Medical Symposium 2014 berjaya diadakan bertempat di Kedutaan Besar Malaysia,Moscow. Program ini dianjurkan oleh Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM) dengan kolaberasi bersama Azam Russia dan MARA.

Program yang berlangsung selama dua hari ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar mengenai sistem perubatan di Russia dan juga sistem di Malaysia serta sedikit perkongsian menarik daripada doktor-doktor yang diterbangkan khas daripada Malaysia. 

Antara doktor yang hadir bagi memeriahkan program ini ialah Prof. Dr. Abdul Latiff Mohamed  iaitu Dekan Fakulti perubatan di CUCMS, Dr. Mohd Hazreen bin Abdul Rashid ( Pegawai Perubatan Jabatan Psikiatri Hospital Sultanah Aminah), Dr. Siti Illiana binti Mohamad ( Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Mahmoodiah,Johor bharu), Dr. Mawaddah binti Abdul Malik ( Pegawai Perubatan Jabatan Kesihatan Negeri johor,Bahagian Penyakit bukan Berjangkit) dan juga Dr. Mohd Hilmi Afandi ( Pegawai Perubatan Hospital Sultan Ismail,Johor Bharu ).

Program ini mempunyai 7 slot iaitu : The Doctor or Just Another Doctor,Untwisting the Tale of Housemanship, What the Future Looks Like for Us, Russian vs Malaysian: Benefitting from Both System, Clerking and Presenting for Dummies, Current Health Controversies dan slot terakhir ialah perkongsian kehidupan sebagai seorang doktor graduan daripada Russia serta sesi soal jawab. 

Program yang bermula pada pukul 2  ini dimulakan dengan slot pertama daripada Prof. Dr Latiff Mohamed. Dalam slot ini beliau memberi sedikit perkongsian mengenai kehidupan sebagai housemanship. Antara nasihat beliau ialah berazamlah untuk menghabiskan housemanship di hospital yang kita mampu untuk bertahan dan bukanlah mencari hospital yang sibuk hingga akhirnya kita jua yang kecundang. 

Seterusnya slot ke 2 disampaikan oleh Dr. Hazreen. Dalam slot ini beliau memberi pendedahan tentang sistem hospital di malaysia yang terdiri daripada 2 sistem iaitu yang menggunakan sistem berkomputer di mana semua data disimpan di dalam komputer dan juga sistem tidak berkomputer. Walaupun terdapat perbezaan sistem di sesetengah hospital, namun masing-masing ada kelebihannya tersendiri. Antara kata-kata semangat daripada beliau ialah dalam kehidupan ini jika kita berhenti melakukan sesuatu,kita yang akan rugi kerana orang lain tidak pernah fikirkan tentang diri kita. Jadi,teruslah melangkah jangan pernah berhenti kerana kejayaan itu memerlukan usaha daripada setiap individu. 

Slot ke 3 pula disampaikan oleh Dr. Mawaddah yang memberi pendedahan tentang keperibadian seorang doktor. Seorang doktor itu perlulah mempunyai perilaku yang baik, kemahiran yang tinggi dan juga luas ilmu pengetahuan. Beliau juga berkongsi mengenai hadis rasulullah s.a.w iaitu :

(.. Dan sebaik baik manusia ialah orang yang bermanfaat bagi manusia lain :HR Tabrani dan Daruquthni )

Maka, jadilah doktor yang bermanfaat untuk ummah, bukan sahaja yang mampu merawat penyakit,namun dapat merawat hati yang rosak.

Bagi slot 4 telah disampaikan oleh Dr Illiana. Slot ini memberi pendedahan tentang kelebihan sistem di Russia dan juga sistem di Malaysia. Walaupun terdapat perbezaan antara kedua sistem ini,namun ia bukan alasan untuk kita berputus asa, ambillah perbezaan ini sebagai cabaran dan carilah penyelesaian untuk menguasai kedua-dua sistem ini. 

Slot seterusnya, Dr. helmi berkongsi serba sedikit mengenai demam denggi iaitu antara salah satu penyakit yang berleluasa di Malaysia kini. Slot terakhir ialah slot perkongsian dan juga sesi soal jawab.

Program ini diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati kepada para penceramah jemputan. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada para tetamu jemputan kerana sanggup meluangkan masa bersama bagi berkongsi ilmu kepada pelajar di Russia. Moga-moga perkongsian ini dapat memberi semangat kepada para pelajar untuk terus melangkah jauh dan membaiki persepsi masyarakat mengenai pelajar perubatan Russia. Sesungguhnya tiada yang mustahil dalam hidup ini,maka berusahalah untuk melakar kejayaan. 

Akhir kata, semoga usaha yang dilakukan ini diredhai Allah dan semoga semangat ini berterusan dan mampu untuk mengubah setiap pelajar menjadi lebih baik. Sesungguhnya dunia ini amat memerlukan doktor untuk merawat ummah, maka bangkitlah bakal-bakal doktor kerana kini ramai pesakit yang sedang tenat yang memerlukan rawatan daripada anda semua. 

Wallahualam
















Read more

FRIDAY WRAP (9 MEI 2014 - 15 MEI 2014)

0 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu kembali dalam segmen Friday Wrap pada minggu ini dengan memaparkan berita-berita semasa dunia.


Selidik Kekerasan Terhadap Umat Islam, ICC Kirim pasukan penyiasat Ke Afrika Tengah
Jumaat,9/5/2014


BANGUI - Sebuah pasukan dari Pengadilan Penjenayahan Antarabangsa (ICC) telah tiba di Republik Afrika Tengah (CAR) untuk menyelidiki kejahatan yang dilakukan di negara itu.

Penyidik ​​dari ICC tiba di ibukota, Bangui, pada hari Kamis untuk mulai menyelidiki kekerasan yang terjadi terutama yang menimpa umat Islam. Tim ICC akan menyelidiki kemungkinan kejahatan perang oleh anggota milisi Kristen.

"Kejahatan serius telah dilakukan sejak 2012 di Afrika Tengah," kata ketua ICC, Amadi Bah, 

"pejabat saya telah mengkaji banyak laporan yang meneliti tindakan jenayah ekstrem yang dilakukan," kata kepala bagian penuntut umum, Fatou Bensouda.

Ratusan bahkan ada yang menyebut hingga ribuan orang telah meninggal dan lebih dari empat juta orang mengungsi dalam kekerasan di seluruh Afrika Tengah dalam beberapa bulan terakhir.

Pasukan penjaga perdamaian Prancis dan Afrika diterjunkan di Afrika Tengah, tetapi mereka tidak mampu menghentikan kekerasan dan bahkan dalam beberapa kesempatan dituduh turut membantu membunuh umat Islam


Rumah-rumah Dibakar Setelah Penduduk Muslim Kosongkan Desa Pasca Pembunuhan
Jumaat, 9/5/2014


DELHI - Beberapa rumah di Assam, di India dibakar oleh orang tak dikenali. Demikian laporan polisi menyusul serangan terbaru di daerah penduduk Muslim yang tewas dalam pembantaian pekan lalu.  Rusuhan pada Rabu malam terjadi menjelang akhir pemilihan nasional yang berpanjangan, yang telah meningkatkan perpecahan etnik dan agama di beberapa bahagian India.

Posisi Bharatiya Janata Party (BJP), dikatakan akan muncul sebagai parti terbesar dalam pemilihan yang berakhir minggu depan, telah sangat mengutuk kekerasan dan menyalahkan Parti Kongres, yang menguasai Assam dan memimpin pemerintahan nasional.

Tapi calon perdana menteri, BJP, Narendra Modi, juga sering mengungkapkan rasa benci terutama tuduhan imigrasi haram oleh umat Islam dari Bangladesh.

Setidaknya 43 orang maut di Assam oleh militan suku Bodo dalam tiga pembantaian pekan lalu. Mereka diyakini melakukan serangan karena umat Islam di sana memilih parti yang berbeza.

Menteri utama Assam, Tarun Gogoi, mengatakan kepada wartawan bahawa jumlah mangsa yang terkorban mencapai 43 orang. Seramai 11 orang dilaporkan masih hilang. Gogoi mengatakan 15 anak, berusia antara delapan bulan dan 14 tahun, telah menjadi yatim piatu kerana pertumpahan darah.


Hujan lebat landa Makkah
Sabtu, 10/5/2014

RIYADH, ARAB SAUDI - Sekurang-kurangnya dua maut dan puluhan yang lain cedera apabila hujan lebat melanda Makkah dan Hail, kelmarin.Memetik laporan Arab News, banjir itu juga menyebabkan ratusan kenderaan rosak dan ribuan jemaah umrah terkandas di Masjidil Haram selepas solat Maghrib hingga tengah malam.

Jurucakap Pertahanan Awam Hail Nafea Alyan Al-Makhalaf berkata, beberapa kenderaan terbalik ketika cuba menyeberangi Al- Khafj Valley dengan seorang daripada maut akibat lemas selepas terperangkap di dalam kenderaan tersebut.

Di Makkah, jurucakap Pertahanan Awam Saleh Al- Alyani melaporkan seorang warga Afrika terbunuh di daerah Mansour apabila dihempap pokok.“Bilik operasi menerima 1,356 panggilan kecemasan selepas sebuah bilik operasi khas ditubuhkan untuk memantau keadaan dan menyelaras bantuan serta melakukan usaha menyelamat termasuk di kawasan Sharayah, Aziziyah, Misfalah dan Otaibiah ,” katanya.

Menurutnya, sebanyak 23 helikopter 23 dan 16 pasukan penyelamat dikerah untuk operasi kecemasan.

“Kami berada dalam keadaan siap siaga terutama ketika jemaah umrah melakukan Tawaf dalam hujan lebat dan petir,” katanya.

Beliau berkata, Lebuh Raya Jeddah-Makkah ditutup sementara waktu akibat banjir dan Lebuh Raya ke Riyadh berhampiran Gunung Hada juga ditutup sebagai langkah berjaga-jaga.Seorang petugas di Masjidil Haram berkata, kawasan King Abdulaziz Gate yang sebelum ini popular sebagai tempat berehat untuk jemaah kelihatan kosong


Syria: Puluhan mati di Syria letupan di sempadan berhampiran Turki
Selasa, 13/5/2014


YAMAN - Satu serangan berlansung di timur Yaman membunuh enam orang pada hari Isnin, sumber puak berkata, dalam serbuan itu yang pertama sejak tentera melancarkan serangan terhadap golongan ini bulan lepas. Pesawat tanpa pemandu mensasarkan kenderaan yang membawa "Ahli-ahli al-Qaeda" berhampiran Al-Husun​​, sebuah kampung di wilayah Marib. 

Amerika Syarikat adalah satu-satunya negara pesawat yang beroperasi lebih Yaman, tetapi pegawai-pegawai AS jarang mengakui serangan yang dilakukan.Tentera Yaman telah melancarkan serangan besar pada 29 April terhadap kubu kuat al-Qaeda di Semenanjung Arab, di tiga wilayah di selatan dan timur. Serangan ini didahului oleh satu gelombang serangan AS yang mengorbankan puluhan suspek al-Qaeda dan beberapa orang awam bulan lalu di kawasan-kawasan selatan dan tengah. 


Lombong arang meletup, lebih 200 maut
Rabu, 14/5/2014


SOMA, TURKI - Sebuah lombong arang batu bawah tanah di Manisa, barat Turki meletup semalam, menyebabkan angka kematian meningkat kepada 201 orang setakat ini manakala ratusan yang lain dikatakan masih terperangkap.

Menteri Tenaga Turki, Taner Yildiz berkata, sejumlah 787 pelombong berada di kawasan lombong bawah tanah semasa kejadian berlaku dan pasukan penyelamat hanya mampu berjaya membawa keluar sebahagian daripada jumlah tersebut.

Sementara itu, sumber dari pasukan penyelamat berkata, pihaknya kini sedang bertungkus lumus untuk sampai ke ruang di mana pelombong terperangkap.

“Letupan dipercayai berpunca daripada sebuah transformer elektrik yang rosak dan berlaku sekitar 1230 waktu GMT.

“Terdapat satu ruang di dalam lombong terbabit yang dapat membantu usaha menyelamat, bagaimanapun laluan kedua tertimbus dengan sejumlah pelombong dipercayai terperangkap dan buat masa ini, pasukan bomba cuba membekalkan udara segar ke dalam terowong yang dilaporkan sedalam dua kilometer dari permukaan,” katanya kepada AFP.

Dalam pada itu, Kementerian Keselamatan Buruh dan Sosial Turki mengesahkan lombong terbabit telah diperiksa pada 17 Mac lalu dan didapati mematuhi segala peraturan yang ditetapkan.Turki pernah mengalami kemalangan letupan lombong arang batu pada 1992 yang menyaksikan 263 pelombong maut di Zonguldak.


Landasan kereta api Sungai Golok dibom
Khamis, 15/5/2014


NARATHIWAT, THAILAND - Dua landasan kereta api di sebuah jambatan di sempadan Sungai Golok, selatan Thailand dibom awal pagi semalam.Ketua Stesen Sungai Golok Alawi Uma berkata, kejadian itu menyebabkan perkhidmatan kereta api ke bandar di sempadan Sungai Golok tergendala untuk tiga hari bagi kerja-kerja pembaikan.

“Bom itu meletup di sebuah jambatan kereta api di kampung Ban Bukeh daerah Cho Airong dan satu lagi di kampung Ban Huru Pareh di Tanyongmas daerah Rangae kira-kira jam 4 pagi. Sehingga kini tiada laporan kematian atau kecederaan dilaporkan,” katanya.Menurutnya, semua kereta api dari kedua-dua hala di Sungai Golok dihentikan. Perkhidmatan ini menjejaskan 1,500 penumpang,” katanya.

Polis tempatan melaporkan, bahan letupan itu disumbat dalam tong gas dan diletupkan dengan menggunakan isyarat kawalan jauh radio.“Buat masa ini perkhidmatan kereta api hanya beroperasi hingga ke stesen Tanyongmas sahaja,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri sementara Thailand Niwatthamrong Boonsongphaisan akan bertemu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menetapkan tarikh Pilihan Raya.Niwatthamrong berkata, tarikh terdahulu 20 Julai tidak boleh dimuktamadkan selepas penyingkiran bekas Perdana Menteri Yingluck Shinawatra. “Keputusan tarikh terbaharu ini juga perlu mendapat persetujuan raja,” katanya.


Palestin mohon Fifa sekat Israel
Khamis, 15/5/2014


SWEIMEH, PALESTIN - Palestin menggesa perwakilan Kongres Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) mengenakan sekatan ke atas Israel yang disifatkan sebagai negara pembuli.

Presiden Persekutuan Bola Sepak Palestin, Jibril Rajoub berkata, hubungan dua negara jiran Timur Tengah itu mengeruh selepas penangkapan terbaharu pemain bola sepak Palestin dan insiden dua pemainnya ditembak Februari lalu.

Menurut Reuters, pasukan petugas yang ditubuhkan Presiden Fifa Sepp Blatter, tahun lalu, wakil dari Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (Uefa), Gabungan Eropah Israel, Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) dan gabungan Asia Palestin gagal melaksanakan perubahan terhadap isu kebebasan dan akses untuk atlit Palestin.

"Sejak Kongres Mauritius ditubuhkan, sehingga kini Israel masih tidak beri kerjasama untuk mengelakkan insiden itu," katanya.


Mina henti operasi NGO
Jumaat, 16/52014

JEDDAH, ARAB SAUDI - Jawatankuasa Agung Haji merancang memberhentikan semua operasi pertubuhan agensi bukan kerajaan (NGO) di Mina yang selama ini berfungsi untuk menyelaraskan jemaah haji.

Menteri Dalam Negeri, Putera Mohammad bin Naif berkata, perkara itu dibuat bagi menjamin keselesaan jutaan jemaah. “Jawatan kuasa bersetuju memasang lampu di lebuh raya Al- Hijrah yang menghubungkan Makkah dan Madinah serta memasang penyaman udara di khemah di Mina.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan melaporkan, lima lagi kematian terbaru akibat wabak Mers sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan yang maut mencecah 157 orang.


Tentara Israel Tembak Mati 2 Warga Palestin Saat Peringatan Nakba
Jumaat,16/5/2014


TEBING BARAT - Pasukan Israel menembak mati dua warga Palestina selama aksi protes pada hari Kamis yang memperingati hari "Nakba", peringatan tahunan yang orang Palestina istilahkan terhadap bencana pengusiran mereka ketika Israel didirikan. 

Muhammad Abu Thahr, 22 tahun, dan Nadim Nuwara, 17 tahun, keduanya ditembak di jantungnya, di luar Penjara Ofer Israel dekat kota Ramallah di Tepi Barat yang diduduki. 

Pasukan Israel menggunakan gas air mata dan peluru untuk membubarkan demonstran Palestina yang berkumpul di pos pemeriksaan Qalandiya di Ramallah. Pemberontakan juga berlaku di kota Bethlehem di Tepi Barat antara demonstrasi Palestina dan pasukan Israel. Sekitar dua ratus demonstrasi melambaikan bendera dan melemparkan batu ke arah penjara, menandai peringatan ke-66 dari "Nakba," ketika banyak warga Palestina melarikan diri atau diusir dari kota-kota dan desa-desa mereka selama perang Israel pada tahun 1948.


Sekian sahaja untuk minggu ini.  Moga bermanfaat!

 "Dan, mereka yang bersungguh-sungguh berbuat di jalan Allah, maka pasti Kami akan tunjukkan jalan-jalan (kebaikan)" 
(Al-Ankabut: 69)
#manjaddawajadda


Read more

15 Mei: Hari Nakba.

0 comments

Nakba means “Catastrophe” in Arabic. It refers to the destruction of Palestinian society in 1948 when approximately 750,000 Palestinians fled or were forced into exile by Israeli troops. Because the Palestinians were not Jewish, their presence and predominant ownership of the land were obstacles to the creation of a Jewish state. Their exodus, or Nakba, was already nearly half-complete by May 1948, when Israel declared its independence and the Arab states entered the fray. 
Many Zionist leaders in Palestine openly favored “transfer” of the indigenous Palestinian population. Zionist forces used clashes that erupted as the British Mandate of Palestine came to an end in 1947-48 to rid as much of the land of its Palestinian inhabitants as possible. By the end of 1948, approximately 750,000 Palestinians - three-quarters of the Palestinian population - fled in panic or were forcibly expelled. It is estimated that more than 50 percent fled under direct military assault. Others fled in panic as news of massacres - more than 100 civilians in the village of Deir Yassin and 200 in Tantura — spread. 
Zionist forces depopulated more than 450 Palestinian towns and villages, most of which were demolished to prevent the return of the refugees. (Figures of the number of towns and villages destroyed and depopulated vary. The Israeli daily Haaretz reports 530 lost villages.) These comprised three-quarters of the Palestinian villages inside the areas held by Israeli forces after the end of the war. The newly established Israeli government confiscated refugees’ land and properties and turned them over to Jewish immigrants. Although Jews owned only about seven percent of the land in Palestine and constituted about 33 percent of the population, Israel was established on 78 percent of Palestine.Source: IMEU
[kredit]

“The fish,
Even in the fisherman's net,
Still carries,
The smell of the sea.” ― Mourid Barghouti

Hari Nakba, hari kecelakaan yang ditanda pada 15 mei. Hari dimana selepas sahaja Israel mengisytiharkan kemerdekaan mereka pada tahun 1948 keatas tanah haram Palestin. Konsekuensinya mewujudkan krisis pelarian Palestin. Dua pertiga daripada penduduk Palestin dipaksa untuk keluar dari tanah air mereka menjelang tahun 1948. Hampir 50% telah dihalau secara ketenteraan dan selebihnya melarikan diri kerana ura-ura berita pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan tentera Yahudi diperkampungan Palestin; Deir Yassin dan Tantura.

Ratusan kampung dan bandar Palestin telah musnah disodok tentera Yahudi. Lebih daripada 450 bandar-bandar dan kampung-kampung telah dikosong dimana sebahagian besar daripada nya telah dirobohkan. Harta dan barang hak milik rakyat palestin diambil sewenang-wenangnya oleh tentera Yahudi. Kerajaan baru yang ditubuhkan Israel telah merampas tanah pelarian dan harta benda milik rakyat palestin tanpa ingin memberi peluang kepada rakyat Palestin kembali kerumah masing-masing.

Satu daripada imam muda dari Palestin, Syeikh Ra'im Khalid Abdullah pernah berkongsi kisah semasa beliau dijemput hadir ke Malaysia pada bulan ramadhan yang lepas. Beliau menceritakan bahawa rakyat Palestin sekitar Masjidil Al-Aqsa dihalau oleh zionis Israel dengan hanya diberi 2 option: Pertama, penduduk kediaman merobohkan rumah mereka sendiri; ataupun kedua, Israel membayar 7000 USD kepada penduduk untuk mereka memberi kebenaran zionis merobohkan rumah mereka. Tidakkah lebih menyedihkan bila keduanya masih menyebabkan hilangnya tempat tinggal ditanah air sendiri?

Pada hari ini terdapat berjuta pelarian yang tersebar diseluruh dunia. 4.4 juta pelarian Palestin yang berdaftar dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan anggaran sekurang-kurangnya 1 juta yang masih belum berdaftar. Keadilan dalam menyelesaikan hak pelarian adalah penting untuk tujuan keamanan. Tambahan lagi, hak ini diiktiraf diperingkat antarabangsa dan jelas diakui seperti di Kemboja, Rwanda, Croatia, Bosnia-Herzegovina, Guatemala, Ireland Utara, Kosovo, Sierra Leone, Burundi dan Darfur. Hak ini walaupun telah diperakui untuk rakyat Palestin oleh PBB dalam Resolusi 194 tahun 1948, Israel masih tidak membenarkan rakyat Palestin untuk kembali. Atas alasan apa?



Masih ingat suasana gembira di Palestin dalam menanggapi hasil keputusan yang dilakukan oleh PBB pada tanggal 29 November 2012 mengenai status kedudukan Palestin sebagai suatu negara telah di akui. Hasil ini menjadikan Palestin sebagai negara pengamat non anggota PBB yang sah. Dalam mencapai hasilnya, diadakan pemungutan suara mengenai setuju atau tidaknya Palestin disahkan sebagai negara pengamat non anggota. Hasilnya mendapat dukungan dari 138 negara, 41 negara tidak memberikan suara dan 9 negara yang tidak setuju iaitu AS, Israel, Kanada, Republik Ceko, Panama, Kepulauan Marshal, Federasi Mikronesia, Nauru dan Palau. Tiadakah tindakan solid?

“Palestine belongs to the Arabs in the same sense that England belongs to the English or France to the French. It is wrong and inhuman to impose the Jews on the Arabs... Surely it would be a crime against humanity to reduce the proud Arabs so that Palestine can be restored to the Jews partly or wholly as their national home”
― Mahatma Gandhi

A graphic description of genocide. FB.com/Israelwc

Bila mana humanity is overcome by majesty. Walaupun begitu pengakhirannya mahkamah dunia sementara, jangan lupa masih ada Mahkamah Agung diakhirat kelak. Sebagai seorang muslim yang beriman kepada rukun iman yang pertama pasti yakin bahawa suatu hari pasti tertegaknya agama Allah, pasti kembalinya rakyat Palestin kepada tanah airnya, pasti dan pasti yakin pada janji Allah! Allah berfirman,

“Sesungguhnya orang-orang kafir itu merencanakan tipu daya yang jahat dengan sebenar-benarnya. Dan Akupun membuat rencana (pula) dengan sebenar-benarnya. Kerana itu beri tangguhlah orang-orang kafir itu, beri tangguhlah mereka barang sebentar.” (Ath-Thariq: 15-17)

"Sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan. Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintahNya, walaupun yang demikian dibenci oleh orang-orang yang melakukan dosa". (Yunus: 81-82)

“Sesungguhnya orang-orang yang berkata, ‘Tuhan kami adalah Allah’, kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat-malaikat akan turun kepada mereka (dengan berkata), ‘Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu bersedih hati dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) syurga yang telah dijanjikan kepadamu”  (Fussilat: 30)

“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan melaksanakan urusan (yang dikehendakinya). Sesungguhnya Dia telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (At-Talaq: 2-3)

"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;" (Al-Baqarah: 2)

"Dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang yang beriman." (Ar-Rum: 47)

Tiada kata yang dapat dilafazkan dengan kata-kata apabila Dia memberi sesuatu yang kita sendiri tidak pernah menyangka. Tidak pernah terfikir, tidak pernah bermimpi apatah lagi terlintas di hati. Baik mahupun buruk, ada tujuanNya yang lebih mengetahui. Betapa kurniaanNya terasa nikmat tidak terkata, maka diri terus sujud mengagungkan kebesaran kuasa Ilahi.. Sesungguhnya, janji Allah adalah pasti, buat hati yang terus meyakini tanpa rasa ragu-ragu walau sedikit pun!

Ucapan di atas bukanlah sebuah retorik. Ayuh buat apa yang 'tangan' termampu.
"Bila mana kemenangan itu semakin hampir maka semakin bertambahlah ujian dan mehnah, sehingga apabila muslimin itu sampai ke satu tahap ujian yang paling berat dalam hidup. Maka pasti datanglah pertolongan Allah pada satu masa keadaan yang tidak disangka-sangka oleh orang muslimin walaupun orang-orang kafir." [Pakar sejarah dan pemikir Islam Dr Raghib As-Sarjani]




Read more

SECRET OWL MAIL

0 comments


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t

AZAM Online Shop proudly bring to you:



SECRET OWL MAIL (pre-graduation dedication)

Graduation season is once again upon us. Cherish all those memories that happened this year — the good, bad, but definitely unforgettable.
HOW? Give them some thought of love by making their last moments in Russia, the happiest one!

SECRET OWL MAIL service:
> 1 rose with greeting card - 100 rub
> 3 fererro rocher chocolate with greeting card - 100 rub
> 1 rose and 3 fererro rocher chocolate with greeting card - 180 rub

The best part is, you can dedicate to whoever and wherever they are; Moscow, Nizhny Novgorod or Volgograd.
Yayy! Don't miss the chance, folks!

Wait no more, fill in the form !
The link of the form as stated below.

order will be closed on 20/5/2014, payment before 31/5/2014.

Any inquiry & payment to: -
1) Moscow: FB Nur Afiqah Mohd Zin (whatsapp +601125419500)
2) Volgograd: FB Wardah Hanim Andari (whatsapp +60145680405)
3) Nizhniy Novgorod: FB Nadiah Nasharuddin (whatssap +79307081023)

Brought to you by AZAM Russia.

p/s: Can only be dedicated to the final year students.

https://docs.google.com/forms/d/1gNxzy32Y2YfVTAxrUBznXnlvK0-7lRp9gNMmTPobeX8/viewform

For more information, click:
https://www.facebook.com/AzamOnlineShop


Read more

FRIDAY WRAP ( 3 MEI 2014 - 9 MEI 2014)

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

AZAM Russia kembali lagi pada minggu ini membawakan berita-berita terkini dari seluruh dunia.



Pelajar Al-Azhar disingkir 

6 Mei 2014 

KAHERAH, MESIR - Puluhan pelajar Universiti Al-Azhar disingkir kerana terlibat dalam protes anti kerajaan.

Agensi berita Mena melaporkan, kebanyakkan pelajar kemasukan sesi Ogos tahun lalu itu merupakan penyokong tegar bekas Presiden Mohammed Mursi.

Presiden universiti, Osama El-Abd berkata, siasatan membuktikan kesemua pelajar itumengambil bahagian dalam aktiviti yang melanggar peraturan universiti.

“Seramai 36 daripada mereka adalah pelajar wanita dari cawangan universiti di bandar Delta Nil di Zagazig,” katanya.

Februari lalu, Presiden sementara Adly Mansour meminda undang-undang membenarkan ketua universiti untuk mengusir pelajar yang terlibat dalam rusuhan.

Menurut laporan Al Ahram, sebanyak 25 pelajar universiti berkenaan telah diusir sejak Mac lalu namun kumpulan akademik berpendapat, polis sengaja menahan mereka tanpa bukti dan menuduh mereka terlibat dengan aktiviti rusuhan. 



Mahkamah terima pencalonan Assad 

6 Mei 2014 


DAMSYIK, SYRIA - Mahkamah Syria kelmarin memaklumkan telah menerima permintaan daripada Presiden Bashar al-Assad dan dua calon untuk dicalonkan dalam pilihan raya presiden bulan depan.

Bagaimanapun, ia tidak mungkin menimbulkan ancaman kepada pencabar Assad di mana penentang dan pemberontak antarabangsa yang berjuang untuk menggulingkan beliau menyifatkannya sebagai sandiwara.

Menurut perlembagaan, calon perlu mendapat sokongan daripada 35 ahli parlimen pro-Assad.

Jurucakap mahkamah Majid Khadra berkata, beberapa hari lalu Mahkamah Perlembagaan Syria menerima permintaan pencalonan daripada Assad, Hassan Abdallah dan ahli parlimen Maher Abdel-Hafiz Hajjar.

"Bagi permintaan yang ditolak, mereka mempunyai hak untuk membuat rayuan kepada mahkamah pada 5 hingga 7 Mei," katanya kepad Reuters. 



Bashar gesa tingkat kerjasama 

5 Mei 2014 


DAMSYIK, SYRIA - Presiden Syria, Bashar al-Assad, kelmarin menggesa badan kerajaan untuk memberikan bantuan kemanusiaan di zon konflik.

Bashar mengeluarkan kenyataan itu selepas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon mendakwa jutaan penduduk masih belum menerima bantuan.

"Kementerian perlu bekerjasama dengan badan bantuan bagi membolehkan ia dihantar pada waktu ditetapkan," katanya kepada AFP.

Bashar mula menggesa kerajaan bertindak selepas Ketua Misi Kemanusiaan PBB, Valerie Amos mendakwa, Resolusi 2139 yang menuntut semua pihak di Syria membenarkan bantuan kemanusiaan dihantar ke negara itu gagal dilaksanakan.

Sebelum ini, pakar undang-undang antarabangsa juga menggesa PBB mengambil tindakan segera menghantar bantuan kemanusiaan dari Jordan dan Turki melalui sempadan.

Bagaimanapun, rejim Bashar hingga kini didakwa masih menyekat sebarang usaha itu dan kenyataan baharunya tidak memberi sebarang petunjuk dasar itu telah berubah. 



PBB pantau guna drone 

5 Mei 2014 


BANGUI, REPUBLIK AFRIKA TENGAH - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan ia sedang mempertimbangkan untuk menggunakan drone tidak bersenjata bagi memantau keganasan etnik di Republik Afrika Tengah.

Setiausaha Agung Operasi Pengaman PBB, Herve Ladsous berkata kepada Press TV, alat seperti itu amat sesuai digunakan di negara bergolak terbabit.

Difahamkan, pengumuman itu dibuat selepas agensi tersebut merancang menghantar 12,000 anggota pengaman bagi melindungi penduduk Islam yang menjadi mangsa kumpulan militia Kristian, anti-Balaka di Bangui.

Rabu lalu, tentera Kesatuan Eropah (EU) mengambil alih kawalan keselamatan di lapangan terbang utama di Bangui selepas satu pertiga daripada 4.6 juta penduduk meninggalkan rumah mereka berikutan konflik semakin meruncing.

Ketika ini, kira-kira 7,000 tentera Kesatuan Afrika dan Perancis ditempatkan di Republik Afrika Tengah sejak insiden keganasan etnik tercetus pada Mac tahun lalu. 



Lagi 102 pro Mursi dipenjara 10 tahun 

5 Mei 2014 


KAHERAH, MESIR - Sebuah mahkamah Mesir menjatuhi hukuman 10 tahun penjara terhadap 102 penyokong Presiden yang digulingkan Mohammad Mursi kerana mencetuskan keganasan dan memiliki senjata api haram.

Media melaporkan, kesemua mereka yang juga ahli Ikhwanul Muslim kekal berada di bawah pengawasan polis selama lima tahun selepas hukuman penjara itu.

Kesemua mereka bersalah mencetuskan protes mega hingga membawa kepada rampasan kuasa tentera Julai tahun lalu.

Isnin lalu, mahkamah sama menjatuhi hukuman mati terhadap 680 penyokong pro Mursi dan keputusan terbabit telah mencetuskan bantahan di peringkat antarabangsa.

Bulan lalu, sebanyak 130 penyokong pemimpin itu juga berhadapan hukuman mati selepas dituduh mendalangi pemberontakan 2011 yang membawa kepada penyingkiran bekas presiden Hosni Mubarak.

Dalam perkembangan berasingan, kaji selidik Baseera di bawah program Yahdoth fi Misr menunjukkan, bekas ketua tentera Abdel- Fattah Al-Sisi meraih 72 peratus undian popular berbanding pesaingnya, Hamdeen Sabahi dengan 2 peratus, 22 peratus masih belum memilih, tiga peratus enggan memberi respons dan satu peratus berhasrat membatalkan undian mereka.

Keputusan kaji selidik turut menunjukkan, sebanyak 85 peratus responden memutuskan untuk mengundi, 10 peratus tidak dan 5 peratus belum membuat keputusan.

Menurut laporan Al Ahram, keputusan terbabit adalah petunjuk penting sebelum pilihan raya presiden dijadualkan 26 dan 27 Mei ini. 



Al-Sisi, Hamdeen mula berkempen, pancing undi 

4 Mei 2014 


KAHERAH, MESIR - Dua calon yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Presiden Mesir mula berkempen, semalam sebagai usaha untuk meraih sokongan rakyat sebelum proses pemilihan tersebut berlangsung pada 26 dan 27 Mei depan.

Bekas ketua tentera, Abdel Fattah al-Sisi turut menghantar mesej menerusi akaun Twitter miliknya @AlsisiOfficial yang berbunyi "Saya menggesa seluruh rakyat Mesir supaya bekerjasama kerana negara ini adalah tanggungjawab semua."

Poster kempen juga telah digantung di sekitar Kaherah dan kebanyakannya memaparkan al-Sisi sebagai orang kuat untuk memerangi keganasan yang semakin meningkat sejak bekas Presiden Mohammed Mursi digulingkan, Julai lalu.

Difahamkan, hashtag rasmi untuk kempen al-Sisi yang mempunyai kira-kira 90,000 pengikut di Twitter adalah #Mesir sentiasa aman makmur, menurut Al-Arabiya.

Sementara itu, saingan utama bekas pemimpin tentera tersebut yang merupakan calon dari parti berhaluan kiri, Hamdeen Sabahi turut giat mengadakan kempen menerusi laman blog mikro berkenaan dengan hashtag #Impian akan diteruskan. 

Menerusi akaun rasmi beliau @SabahyCampaign, Hamdeen berjanji untuk mengembangkan perniagaan kecil, meningkatkan taraf hidup rakyat terutamanya penduduk di kawasan setinggan dan menaikkan kadar gaji minimum kepada AS$171 (RM558). 

Beliau yang kini mempunyai lebih 101,000 pengikut di Twitter turut menghantar mesej berbunyi "Dalam usaha untuk bebas dari sebarang penindasan, keadilan perlu disuarakan dengan lantang."

Rabu lalu, pemimpin popular kumpulan pembangkang itu bertindak membentangkan program pilihan raya beliau selain memperkenalkan slogan "Keadilan sosial, demokrasi dan kebebasan negara' dalam satu sidang media di Kaherah. 



Pemerintah Mesir disifatkan sebagai kejam 

5 Mei 2014 


PETALING JAYA - Menteri Penerangan Kabinet Presiden Morsi, Dr Salah Abdul Maqsoud menyifatkan tindakan Mesir yang menjatuhkan hukuman mati ke atas 683 penyokong Ikhwanul Muslimin dan Mursi sebagai suatu bentuk kezaliman dan kekejaman secara besar-besaran.

Menurutnya, keputusan yang dibuat oleh pihak hakim menunjukkan bahawa mahkamah tersebut berlaku tidak adil kepada para penyokong Mursi dan Ikhwanul Muslimin.

"Hakim perbicaraan dalam sebuah mahkamah di Minya telah mengambil keputusan sebulat suara kurang dari 20 minit untuk menjatuhkan hukuman mati ke atas pengikut Ikhwanul Muslimin dan Mursi, ianya satu bentuk kezaliman dan tidak adil," ulasnya ketika ditemui di sidang media di sini hari ini.

Beliau dalam pada itu turut menafikan dakwaan pihaknya mengarah sebuah stesen televisyen ditutup atas niat menyekat kebebasan pihak media dalam melaporkan pergolakan yang sedang berlaku di negara tersebut.

Menurutnya, stesen televisyen tersebut diarah tutup selama sebulan kerana tidak mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak media sendiri.

Beliau dalam pada itu turut menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah menyekat kebebasan media dalam melaporkan pemberitaan dan perkembangan semasa di Mesir. 



Palestin sertai lima perjanjian global 

4 Mei 2014 

GENEVA, SWITZERLAND - Palestin, secara rasmi, kelmarin menyertai lima perjanjian global yang melarang diskriminasi kaum dan melindungi hak wanita, kanak-kanak serta golongan kurang upaya.

Jurucakap pejabat hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Rupert Colville berkata, langkah itu dibuat susulan daripada deklarasi Palestin yang dikemukakan kepada Setiausaha Agung PBB pada 2 April lalu.

"Ia merujuk kepada tujuh perjanjian hak asasi manusia dan protokol utama ke arah usaha untuk melindungi penduduk di wilayah terbabit," katanya dipetik AFP. 

Menurutnya lagi, Palestin akan menyertai satu lagi perjanjian yang melindungi kanak-kanak di zon konflik pada Rabu ini.

Difahamkan, pengumuman itu adalah sebahagian daripada keputusan sebelah pihak yang diambil Palestin selepas rundingan damai bersama Israel gagal, minggu lalu. 



Al-Sisi mahu 'hapuskan' Ikhwanul Muslimin 

7 Mei 2014 


KAHERAH, MESIR - Bekas Ketua Tentera Mesir, Abdel Fattah al-Sisi, kelmarin dengan angkuh menyatakan bahawa beliau akan 'menghapuskan' Ikhwanul Muslimin jika dilantik sebagai presiden baharu negara itu.

Al-Sisi membuat kenyataan tersebut ketika diwawancara sebuah stesen televisyen sempena kempen pilihan raya yang sedang rancak berlangsung.

Beliau turut membuat tuduhan melulu dengan mendakwa gerakan itu sebagai dalang kempen pengeboman dan keganasan di Mesir.

Menurutnya, gerakan itu kononnya menggunakan pelbagai nama kumpulan bersenjata untuk mengaburi mata pihak berkuasa ketika melancarkan serangan.

Al-Sisi turut mendedahkan beliau nyaris menjadi sasaran cubaan bunuh, namun bekas pemimpin tentera itu enggan memberikan butiran lanjut mengenainya, laporan dipetik dari Al-Jazeera. 



Zionis halang penduduk Palestin masuk Al-Aqsa

8 Mei 2014 


BAITULMAQDIS - Rejim Zionis bertindak menghalang penduduk Palestin memasuki perkarangan Masjid Al-Aqsar, ketika sambutan hari kemerdekaan Israel ke-66 di timur Baitulmaqdis.

Ketua Pengarah Hal Ehwal Al-Aqsa Azzam al-Khatib berkata, Israel melarang umat Islam berusia bawah 50 tahun memasuki masjid itu.

"Akibatnya, puluhan penduduk terpaksa menunaikan solat di pintu utama masjid berkenaan," katanya dipetik PIC

Sementara itu, pasukan perubatan Palestin melaporkan, dua ditahan dan 15 cedera selepas polis anti rusuhan Israel menggunakan gas pemedih mata bagi meleraikan tunjuk perasaan di perkarangan masjid itu.

Ketegangan memuncak di kawasan berkenaan ketika hari cuti umum susulan penduduk Palestin bimbang kemungkinan penganut Yahudi cuba memasuki masjid Al-Aqsa untuk bersembahyang. 



Tentera tidak perintah Mesir 

8 Mei 2014 

KAHERAH, MESIR - Bekas Ketua Tentera Mesir yang juga calon presiden Abdel Fattah Al-Sisi mendakwa tentera tidak akan memerintah negara itu jika beliau memenangi pilihan raya presiden yang dijadualkan 26 dan 27 Mei ini.

Al-Sisi mengeluarkan kenyataan itu ketika meningkatkan kempen pilihan raya dalam usaha melobi media tempatan dan antarabangsa.

“Tentera tidak akan berperanan atau berkuasa jika saya menjadi presiden. Ia tidak akan berlaku sungguh pun pernah terjadi sejak 30 tahun lalu,” katanya.

Menurutnya, misi tentera juga akan dihadkan sekadar melindungi dan membantu pembangunan sosial negara.

“Saya tidak akan melibatkan tentera dalam politik, jika saya memegang tampuk pimpinan negara,” katanya, dipetik dari laporan Al Ahram.

Kini, penduduk Mesir menganggap Al-Sisi sebagai ‘penyelamat’ dari pergerakan tentera jika beliau menjadi Presiden Mesir. 



Saudi tangguh langkah kuarantin pesakit Mers 

9 Mei 2014 


RIYADH, ARAB SAUDI - Jabatan Hal Ehwal Kesihatan Jeddah menangguhkan langkah mengasingkan pesakit Sindrom Pernafasan Timur Tengah (Mers) di Kompleks Perubatan Raja Abdullah (KAMC).

Ketua jabatan, Dr Sami Badawood memaklumkan, tindakan itu akan dilanjutkan sehingga satu perjanjian dicapai bersama kompleks terbabit.

"Buat sementara waktu, penghidap virus diasingkan di Hospital Besar Raja Fahd (KFH), di mana 36 bilik yang disediakan," katanya dipetik Al-Arabiya

Kira-kira dua minggu lalu, pemangku Menteri Kesihatan Arab Saudi Adel Fakeih memberitahu penghidap virus korona tersebut akan ditempatkan di KAMC untuk mendapatkan rawatan lebih baik. 



Malaysia destinasi terbaik pelancongan halal 

7 Mei 2014 


KUALA LUMPUR - Malaysia menduduki tempat pertama dalam senarai 10 destinasi terbaik dunia dari segi pelancongan halal, menurut laporan portal pelancongan Islam 'Crescentrating.Travel and Tourismeguides'.

Pilihan itu dibuat berdasarkan kesesuaian destinasi dan keperluan percutian keluarga, kemudahan dan perkhidmatan untuk pelancong Islam, selain inisiatif pemasaran dan promosi untuk destinasi percutian keluarga.

Negara yang berada di tempat kedua ialah Emiriah Arab Bersatu diikuti Turki, Indonesia, Arab Saudi, Maghribi dan Jordan.

Qatar, Tunisia dan Mesir pula masing-masing di tempat kelapan, kesembilan dan ke-10. – Bernama 



Beratus tahanan Palestin mogok lapar 

9 Mei 2014

BAITULMUQADIS - Beratus-ratus tahanan Palestin di Israel mengadakan mogok lapar selama sehari semalam sebagai sokongan terhadap rakan-rakan mereka yang telah berpuasa selama dua minggu bagi membantah tindakan rejim Zionis memenjarakan mereka tanpa perbicaraan. 

"Sekurang-kurangnya seramai 90 orang telah berpuasa sejak dua minggu lalu. Hari ini beratus-ratus tahanan lain telah menyertai mogok itu selama sehari," kata jurucakap wanita Perkhidmatan Penjara Israel, Sivan Weizman. 

Menteri Penjara Palestin, Issa Qaraqe berkata, sekitar 120 tahanan pentadbiran mengadakan mogok lapar tersebut sehingga permohonan mereka untuk mendapatkan hak untuk dibicarakan dipatuhi. - AFP 



Tetapkan Hukum Islam, Aktivis Dan Tokoh Barat Menyeru Boikot Brunei Darussalam 

9 Mei 2014 

BANDAR SRI BEGAWAN - Penetapan hukum Islam di Brunei Darussalam oleh Sultan Hassanal Bolkiah pada 1 Mei lalu menghadapi ancaman serius dari tokoh-tokoh di Barat, dan Amerika .  Mereka turut menyeru untuk memboikot jaringan hotel mewah yang di miliki oleh Sultan. 

Dalam siarannya, BBC memberikan alasan bahawa kempen boikot berkait rapat dengan keputusan kerajaan Brunei melaksanakan hukum hudud. 

Sejumlah organisasi  antarabangsa seperti Human Rights Watch dan PBB telah mengkritik keputusan Brunei untuk melaksanakan undang-undang Islam.

Dari sekitar 400 ribu orang penduduk Brunei, seramai 13% beragama Buddha, 10% beragama Kristian dan selebihnya menganut Islam.


Sekian sahaja berita untuk minggu ini.  Semoga bermanfaat!


.."Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.."
(al maidah : 2)




Read more

Tips Membuat Kek Keju

0 comments

Assamualaikum w.b.t,

Bagaimana mendapatkan kek keju yang sedap dan menyelerakan pada pandangan pertama? Berikut adalah beberapa prinsip untuk membantu anda memahami kek keju.

#Prinsip 1
Kek keju ialah sejenis kastad, bukan kek. Sebagai kastad, ia sepatutnya tebal dan kaya berkrim. Sebagaimana kastad, kek keju bergantung kepada protien di dalam telur untuk memberikan strukturnya. Protiennya mula membentuk apabila suhu mencecah 160 darjah. Jika ia terlebih bakar, kastad akan menjadi kering.

#Prinsip 2
Pembakaran yang lama dan perlahan memberikan suhu dalaman yang sekata. Jangan bakar lebih dari 350 darjah. Sebaiknya gunakan acuan berwarna gelap untuk menyerap haba.

#Prinsip 3
Jangan terlebih bakar kek anda. Kebanyakan kek keju terlebih bakar lalu menjadi kering dan tidak berkrim. Kek keju yang terlebih bakar akan merekah. Untuk menentukan jika ia masak pada kadar sepatutnya, bahagian atas kek harus ’bergoyang’ tetapi bahagian tengahnya kelihatan lembut. Jika bahagian atasnya tidak `bergoyang’ dan kek berwarna keemasan, menandakan kek sudah terlebih masak. Jangan cucuk pisau atau penculik gigi ke dalam kek. Ini akan menyebabkan kerekahan.

#Prinsip 4
Pukul krim keju hingga lembut dan sekata. Lebih senang untuk membuat adunan krim keju jika dimulakan dengan melembutkan krim keju. Ambil krim keju dari peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam sebelum diadun.

#Prinsip 5
Campurkan bahan-bahan kepada krim keju. Jangan adunkannya. Jika udara memasuki adunan, kek keju akan kembang apabila dibakar tetapi kecut apabila ia sejuk. Rekahan juga mungkin terjadi.

#Prinsip 6
Kastad adalah lembut dan senang cair. Untuk memberi lebih tekstur kepada kek keju, tambahkan 1 atau 2 sudu besar tepung jagung atau tepung.

#Prinsip 7
Tekstur kek keju bergantung kepada telur. Adunan harus mengandungi telur yang mencukupi.

#Prinsip 8
Kek keju lebih mudah dikeluarkan dari acuan setelah dibiarkan sejuk sebentar. Biar selama 10 minit. Jika terlalu lama, kek mungkin mula melekat kepada acuan dan merekah. Acuan yang tidak melekat bukan sahaja memudahkan proses mengeluarkan kek, malah mengelakkan dari kek merekah.

Semoga tips ini bermanfaat dan tiada lagi masalah dengan kek keju anda.InshaAllah.

Wallahualam.
[kredit: http://cakecrumbsbeachsand.com/wp-content/uploads/2012/08/Strawberry-cheesecake6-001-650x433.jpg]



Read more

Kerana apa kita bekerja?

1 comments


Sedar tak sedar, tarikh istimewa 1 Mei sudah lebih kurang seminggu berlalu. Kenapa ianya istimewa? Mungkinkah kerana hampir semua golongan bekerja mendapat kerehatan sejenak daripada kesibukkan kerja yang menjadi rutin harian yang hampir sama sepanjang tahun? Bagi saya(hamba hina yang menulis entry kali ini) sendiri, perkara yang pertama hadir di minda tatkala hampir menjelang bulan Mei adalah persoalan "cuti ke 1 Mei nanti?", sekiranya 1 Mei jatuh pada hari bekerja. Tidak pernah terdetik pula sebelum ini untuk memaknai sejarah asal usul hari pekerja yang juga dikenali sebagai hari buruh ini. Alhamdulillah, untuk cuti hari buruh tahun ini, saya dan beberapa rakan diberi peluang oleh Allah swt untuk berjaulah kecil-kecilan di sebuah daerah di luar moscow selama beberapa hari. Rupa-rupanya jaulah kali ini menjadi titik tolak yang membuatkan saya berfikir dengan lebih mendalam tentang peri pentingnya memaknai maksud "bekerja" dalam kehidupan. Ingin berkongsi sedikit info, hari buruh ini sebenarnya bertitik tolak daripada peristiwa di mana sekumpulan pekerja di Australia mengadakan mogok pada sekitar tahun 1800-an untuk meminta hak bekerja selama 8 jam sehari serta hak-hak lain yang menyantuni kriteria seorang pekerja yang bergelar manusia. Entry kali ini bukanlah untuk mengupas lebih lanjut tentang sejarah hari buruh, namun lebih kepada ingin meneliti dan menjiwai ruh sebenar seorang 'pekerja'.

Bila mengupas cerita tentang pekerjaan, pasti ada bermacam-macam kisah dan pengalaman menarik yang akan dikongsi oleh mereka yang sudah merasai berada di alam ini. Namun, skop dan jenis pekerjaan juga sangat luas jika ingin dikupas satu per satu. Bagi kebanyakkan daripada kita yang berada di bumi Soviet(termasuk saya), sedar tak sedar tugas sebagai seorang pelajar juga adalah satu bentuk pekerjaan. Daripada awal menjejakkan kaki ke bumi Soviet dan bergelar pelajar perubatan mahupun pelajar kejuruteraan, saya pasti rata-rata kita sudah banyak mendengar pesanan-pesanan daripada seniors terutamanya yang sudah bekerja, tentang liku-liku kehidupan apabila menjejakkan kaki ke alam pekerjaan. Pesanan khidmat masyarakat seperti, "enjoy your life as a student, nanti dah kerja tak free dah" atau "nanti awak rasa la sendiri time housemenship nanti, asyik kena marah je" dan pesanan yang sewaktu dengannya, seolah-olah sudah lali di telinga. Saya tertanya-tanya kenapa agaknya hal sedemikian bisa berlaku? Lalu saya menemukan jawapan iaitu kemungkinan besarnya adalah kerana manusia yang bergelar pekerja itu sebdiri tidak menjiwai sepenuhnya tujuan kenapa dia bekerja, untuk apa dia bekerja dan lebih parah lagi kerana dia tidak tahu kerana siapa sebenarnya dia bekerja, sehinggakan pekerjaan yang dilakukan itu menjadi rutin harian biasa yang memenatkan bahkan ada juga yang sekadar mengikut tradisi semata. Bukankah Allah swt telah berfirman dalam Surah Al-Mulk, ayat 2 yang bermaksud:

"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)"

Ya! Tujuan sebenar kita bekerja adalah untuk diuji amal kita setelah kembali kepada Allah swt. Dan untuk menghasilkan mutu pekerjaan yang unggul, seorang mukmin itu harus yakin bahawa dia bekerja untuk dan kerana Allah swt semata-mata. Barulah segala kepenatan dan tekanan bekerja tidak lagi dirasakan menjadi satu bebanan, sebaliknya menjadi motivasi ke arah mengejar syurgaNya. Seorang mukmin itu perlu memiliki dua elemen asas yang paling utama dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan iaitu niat yang lurus, serta bekerja dengan penuh rasa taqwa dan ihsan. Elemen ini akan melahirkan rasa takut dalam diri seorang mukmin itu untuk melakukan perkara yang dilarang oleh Allah swt kerana merasa diri dan perbuatannya senantiasa diperhatikan oleh Allah swt. Atas sebab inilah dia mampu menjaga kualiti dan mutu pekerjaannya. Sesuai dengan firman Allah swt dalam surah At-Taubah, ayat 105 yang bermaksud;

"Dan katakanlah (Wahai Muhammad): "Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan."


Seringkali juga kita terlalu memberi fokus kepada teknikaliti dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan sehinggakan kita tidak dapat merasai ruh melakukan pekerjaan itu. Sebab itulah banyak berlaku peristiwa seperti "orang atasan suka memarahi orang bawahan" atau "perbezaan pendapat sehingga mampu mencetus pergaduhan besar, rasa iri dan sebagainya". Hal ini disebabkan oleh kurangnya keterikatan ruh dengan Allah swt sehingga kita merasa terbeban dengan bebanan tugasan yang diberi lalu melempiaskan bebanan dalam bentuk kemarahan, stress dan sebagainya kepada orang di sekeliling kita. Sebab itulah seorang mukmin itu harus sentiasa terikat dan berhubung dengan Allah swt untuk menimba kekuatan yang akan digunakan sepanjang bekerja bersama-sama dengan orang-orang di sekeliling mereka demi mencipta suasana kerja yang harmoni. Hakikatnya, seorang mukmin itu tidak akan merasa penat dalam melaksanakan tugasannya kerana dia bekerja dengan menggunkan ruh dan hatinya, bukanlah jasad semata-mata. Ayuh luruskan kembali niat kita dan marilah memaknai setiap pekerjaan yang kita lakukan samada kecil mahupun besar dengan meletakkan Allah swt sebagai parameter pelaksanaan. Kerana yang memberi balasan terbaik itu bukanlah majikan kita ataupun siapa-siapa yang ada disekeliling kita tetapi ianya datang dari Allah Yang Maha Kaya, maka haruslah kerana Allah kita bekerja!

"Dibandingkan dengan kepenatan badan, kita lebih perlukan perlindungan Allah dari kepenatan hati. Sebab hati akan merasa lelah oleh kerasnya usaha mencari rezeki dan tercurahnya seluruh perhatian kepadanya. Akibatnya, hati terbebani oleh itu semua..

Hati hanya mampu menjadi lapang dan istirehat ketika ia bersandar kepada Allah swt. Hati orang yang bertawakal kepada Allah tidak akan merasa berat dan penat kerana Dia yang membawakan beban untuknya. Allah berfirman, "siapa yang bertawakal kepada Allah, Dia akan mencukupinya"

[Ibnu Athaillah as-Sakandari]





Read more