• Motivasi Dan DIY

    Creativity Beyond Measure

  • Tazkirah

    Sharing is Caring

  • Local Wrap

    Around Us

  • Friday Wrap

    Around The World

  • Baitul Muslim

    Kuliah Online Baitul Muslim

  • Kulinari

    Sugar, Spice and Everything Nice

Pirogov's Malaysian Intervasity Games (PMIG) III

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

13 April 2014- Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya sukan tahunan PMIG 2014 telah berakhir dengan jayanya. 

Temasya sukan yang berlangsung selama 3 hari iaitu pada 11,12 dan 13 april 2014 telah diadakan di RNRMU, Moscow, Russia sebagai tuan rumah pada tahun ini. Program ini diadakan seawal pagi dan dihadiri oleh para peserta daripada lokaliti Nizhny Novgorad, St. Petersburg, Volgograd, Kursk dan juga Moscow.

Antara sukan yang dipertandingkan ialah bola baling, badminton, bola jaring, bola keranjang, frisbee dan juga futsal. Tahniah diucapkan kepada RNRMU kerana berjaya meraih juara keseluruhan bagi temasya sukan kali ini. Syabas juga diucapkan kepada para peserta kerana berjaya menujukkan bakat yang terpendam dan semangat kesukanan yang tinggi.

Alhamdulillah, disamping dapat memenuhi muwasofat tarbiyah iaitu qawiyyul jismi,sukan tahunan kali ini juga dapat membina hubungan persaudaraan antara perserta daripada lokaliti yang berbeza. 

Akhir kata, kami pihak Azam russia ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang terlibat yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga bagi memeriahkan dan melancarkan sukan tahunan ini. Moga-moga ukhuwah yang terjalin dalam PMIG ini tidak berhenti disini sahaja.

"Sesungguhnya sukan itu juga satu ibadah, tetapi dalam bersukan perlulah menjaga tatasusilanya agar permainan itu diredhai Allah. Jika kita mempunyai semangat yang tinggi dalam bersukan, moga-moga kita mempunyai semangat yang tinggi juga dalam berdakwah!"

Wallhua'lam.










Read more

CERGAS JASMANI, JUGA CERDAS EMOSI!

0 comments

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, selesai sudah PMIG 2014 pada ahad yang lepas, di mana semua atlet telah mempamerkan semangat dan skill yang mantap ketika berentap untuk meraih pingat kemenangan. Cergas dan lincah sekali! Namun, dengan berakhirnya temasya sukan tahunan di bumi Rusia ini, tibalah masanya untuk kita kembali ke medan perjuangan berbentuk ilmiah pula.

Bercakap mengenai sukan, seringkali kita mengaitkannya dengan kecergasan. Cergas tubuh badan. Tetapi bukankah manusia itu dibentuk bukan sahaja terdiri daripada komponen jasmani, tetapi juga daripada komponen emosi dan pemikiran?

Cukupkah andai kita hanya sihat, cergas dan kuat daripada sudut jasmani, tanpa mengendahkan kesihatan dan kecerdasan emosi? Mampukah individu seperti ini mengharungi kehidupan yang sudah pastinya penuh dengan pelbagai cabaran dan rintangan, pergolakan jiwa dan permainan perasaan? Belum lagi melihat kepada tekanan perasaan yang bakal dihadapi dalam era pekerjaan nanti.

Aduhai…

(credits: http://www.bubblynotes.com/2013/09/cara-menjaga-kesihatan-emosi.html)


KELEBIHAN MEMILIKI EMOSI YANG CERDAS

1. Mampu mengawal emosi daripada menguasai tingkah laku.

Emosi mempunyai kesan yang kuat terhadap tingkah laku dan perbuatan zahir kita. Apabila kita gembira, terpancar keceriaan daripada riak wajah yang tersenyum dan tertawa. Apabila kita sedih, mengalirlah air mata dan kita kehilangan interest terhadap apa jua yang berlaku di sekeliling kita. Apabila kita marah pula, hai, tak perlu dikata!

Namun Allah berfirman,

“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang bertaqwa. Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik."
(Surah Al-Imran 3:133-134)

Emosi yang terdidik akan mampu untuk menghindarkan kita daripada mengambil langkah yang tidak rasional, dan sudah pastinya membuahkan tindakan yang bebas daripada tekanan emosi itu sendiri.

2. Mampu menyelesaikan masalah dengan efektif

Emosi yang ekstrem akan menyebabkan fikiran dan pandangan kita terganggu dan kabur dek buaian perasaan. Seterusnya, kita akan menghadapi kesukaran dalam menimbang tara antara kelebihan dan kekurangan sesuatu keputusan tersebut. Namun elemen emosi dan perasaan tidak boleh diasingkan terus daripada proses memperoleh keputusan tersebut kerana empati itulah yang dapat membantu kita untuk menilai efek keputusan kita itu terhadap orang lain. Kerana itulah perlunya emosi yang terkawal dalam menyelesaikan sesuatu masalah secara efektif dan saksama.

3. Dapat melaksanakan tanggungjawab dengan produktif

Emosi yang tidak seimbang akan mempengaruhi gerak kerja dan hasil pekerjaan kita. Kita akan hilang tumpuan dan melakukan sesuatu pekerjaan itu dengan sambil lewa sahaja. Oleh itu, untuk melaksanakan sesuatu tugas dengan produktif, kita harus mampu untuk membentuk emosi yang cerdas dan sihat sepanjang masa, di mana pun kita berada.

4. Memelihara hubungan dan komunikasi

Emosi yang negatif akan menyebabkan kita lebih suka untuk menyendiri, tidak menghiraukan orang lain, bahkan adakalanya bertindak agresif terhadap sesiapa sahaja yang berdekatan dengan kita. Hal ini, andainya tidak terkawal, akan menyebabkan kerenggangan, bahkan keretakan dalam persahabatan. Lebih teruk lagi sekiranya ia berlaku di tempat pekerjaan kita nanti, nahas jawabnya!

Untuk menjamin hubungan yang sihat bersama rakan, keluarga dan teman sekerja, kita perlu mencerdaskan emosi agar tidak mudah melatah atau bertelagah sesama kita. Dengan ini dapatlah kita mewujudkan komunikasi yang berkesan untuk mencapai persefahaman dalam apa jua perkara atau masalah yang timbul.

5. Membentuk fikiran yang positif

Individu yang memiliki emosi yang cerdas sentiasa cuba untuk mendidik diri agar memikirkan perkara yang positif dan meninggalkan fikiran yang negatif. Lama kelamaan tabiat ini akan menjadi kebiasaan diri, seterusnya membuahkan satu pola pemikiran yang mantap dan sihat. Kita akan menjadi lebih fokus, dan segala cabaran yang dihadapi akan dapat diselesaikan dengan mudah, manakala segala pekerjaan akan dapat mencapai tahap produktiviti yang tinggi.

(credits: http://ramlanhamzah.com/2013/09/kesihatan_emosi/)

Ok. Bagaimana pula cara-cara untuk mendapat emosi yang cerdas ini?

TIPS MEMBENTUK EMOSI YANG CERDAS

* Sentiasa bersyukur dengan apa yang dikurniakan Ilahi.

* Menerima segala kekurangan dengan fikiran dan hati yang terbuka, bahkan mengambil kesempatan untuk menjadikan kekurang itu sandaran untuk mencapai yang lebih baik.

* Bersedia memaafkan orang lain.

* Memiliki sahabat yang dipercayai sebagai pendengar yang setia dan memberikan nasihat apabila diperlukan.

* Tumpukan perhatian kepada perkara yang positif dan gunakannya sebaiknya.

Jadi, marilah kita sama-sama berusaha untuk membina kecerdasan emosi dalam diri kita agar segala urusan dapat diselesaikan secara produktif dan berkesan!

Wallahua’lam.


Read more

Teacup Bookmark

0 comments

Assalamualaikum wrt

For this session I present to you – a teacup bookmark, with a hanging tea tag! for anyone who enjoys a good cup of tea. And a good book. At the same time.
So I’m going to share how I make this teacup bookmark, inspired by genuinemudpie.com

It may look like there are lots of steps, but it’s actually a pretty quick project. It took me less than an hour to make it.

So! It’s time to take out the glue and scissors!

… and a bunch of other stuffs..


* Used gift bags
* Cotton thread
* A glue stick
* A marker (or pen)
* Scissors
* A utility knife
* a cellophane tape
* A ruler

1. First, cut out a template. It might be easier to cut out the part inside the teacup handle with a utility knife.

2. Next, trace the template on a part of the bag with the pattern that you liked.


3. Then cut along the top edge of the teacup, and the general area around the teacup through BOTH layers of the bag. So now we have two pieces.

4. Cut a piece of cotton thread, about 5 inches in length.

5. Tie a knot close to one end of the thread. Then I put the end of the thread with the knot on the back of the piece that doesn’t have the teacup tracing on it.

6. Then I cut out a scrap piece of paper about 1/2 inch tall and 1 inch wide and place cellophane tape

So the thread is now locked in and won’t get pulled out easily.


Ta-da! We’re almost done!


Now for the tea tag. One could do lots with it, like write a message, or just leave it blank. But here’s what I made…

7. Cut out 1″x2″ rectangle the folded side of the bag that you removed earlier, then fold it into half, with the white side facing out.


8. Cut out love shaped or other shape on one half with the utility knife or u just can do some tea leaves

9. Then use a tapestry needle to poke a hole through the middle of the fold.

10. Put the end of the thread (with the other end already attached to the teacup) through the hole. then slather a generous amount of glue with the glue stick on the half of the paper with the love design. Place the thread end on middle fold of the paper, so it lies along the fold, then put cellophane tape


Fold the top down and… ta-da! A one-of-a-kind paper-cut tea tag!


And guess what? Alhamdulillah the bookmark is ready to mark those pages! :D

So you can give this bookmark to your beloved murabbi or mutarabbi! And don't forget to put some motivational sayings or ayyah from Quran. InshaAllah, it will make them smile and happy. Let's DIY!

"The beauty of life does not depend on how happy you are, but how happy others can be because of you"


Read more

Di sebalik rock climbing.

0 comments
Ada jiwa yang lebih gemar mendengar celoteh,
Namun ada juga jiwa yang lebih suka dibuai dengan coretan kata.

“Aliya suka sukan lasak?” kerling Kak Siti, seniorku.

“Suka. Suka sangat. Kenapa?”

“Rock climbing nak?”

“NAKKKK!!!!” Jeritku penuh teruja.

Merenung batu-batu yang dipasang pada dinding. Pelbagai bentuk, pelbagai warna. Sama macam kehidupan. Tak semua orang sama dan setiap orang ada karakter yang tersendiri.

Sukan lasak. Sejak kenal jalan dakwah dan tarbiyah, sukan lasak seakan tidak sesuai dengan jiwa yang kenal apa itu ‘hidayah’. Seolah jiwa yang kenal ‘hidayah’ itu, hari-harinya seharus dipenuhi dengan sibuk mentarbiyah orang.

Umat makin nazak, tarbiyah perlu pantas dan harus setiap waktu. Mana mungkin ada waktu untuk sukan segala bagai.

Minat yang tinggi untuk menunggang kuda terpaksa dibuang ke tepi. Kata mereka, mana sesuai perempuan yang bertudung labuh, berseluar gedabak terhegeh-hegeh nak menunggang kuda. Orang tudung labuh kerjanya berdakwah semata-mata.

“Aliya.”

Jiwa seakan tidak dapat menerima bahawa minat itu terpaksa dikuburkan sebegitu sahaja.

“Aliya!!!!!!”

Apakah Islam sememangnya menghalang penganutnya untuk aktif bersukan terutamanya kaum perempuan??

“Cik Aliyaaaaaa!!!! Kalau nak berangan bukan di sini tempatnya ya!!!!”
Bahuku digoncang laju. Gempa bumikah??

Wajah Kak Siti merah padam pada penglihatanku. Astaghfirullah. Jauh rupanya aku berangan. Senyum kuukir semanis mungkin dengan harapan dapat meneutralkan wajah Kak Siti yang masam mencuka.

“Kak Siti yang comel lagi baik hati, jangan marah-marah. Nanti tak comel dah.” Pujukku dengan penuh harapan.

“Kalau anak tekak akak ni boleh terkeluar, dah lama tau dia terkeluar sebab menjerit panggil awak tau. Ni mesti sibuk berangan nak kahwin dengan anak raja.”

“Hahahahaha.. Epic la akak ni. Berangan nak kahwin dengan anak raja dah tak relevan untuk masa kini, ok!”

“Dah apa yang relevannya dengan masa kini??”

“Untuk orang yang dah dipeluk cium oleh Mak Cik Hidayah, angan-angan nak kahwin dengan raja telah bertukar kepada angan-angan nak kahwin dengan ikhwah yang imannya cool dan kacak bergaya. Hehehehe.”

“Perghhhh.. Lagi epic rasanya.” Senyum Kak Siti sampai ke telinga.

Batu yang tidak sama bentuknya ini benar-benar mencabar. Fikirku panjat dinding ini sama seperti panjat pokok jambu zaman kanak-kanak dulu. Payah benar rasanya untuk sampai ke atas. Kalau dulu panjat pokok jambu, walaupun susah habuan jambu di atas memberikan motivasi semangat yang tinggi.

Tapi panjat dinding ni mana ada tergantung jambu pada penghujung batu. Yang ada atap sahaja sebagai tanda anda sudah berjaya sampai ke puncaknya. Hebatnya, anda boleh bergaya tangkap gambar dan upload di instagram dan tulis caption “ Hari ini tak ubah seperti spiderman, merangkak-rangkak pada dinding.” Kemudian, kira berapa orang like dan komen gambar tersebut.

“Aliya, awak boleh lepaskan pegangan pada batu tu. Akak akan turunkan awak perlahan-lahan dengan tali ini.”

Lepaskan batu di hadapan ini??? Biar betul. Buat ke aku jatuh terus ke bawah macam mana. 

Dosa banyak lagi yang tak bertaubat kalau nak serah diri pada ajalpun.

“Tak nak!!! Saya takut.”

“Aliya, you need to believe me.”

“Tak nakkkk!!! Takut.”

“Aliya, listen! Berapa lama awak kenal akak??? Pernah ke akak nak buat cubaan membunuh pada awak?”

Soalan epic apa yang Kak Siti cuba ketengahkan ni. Soalan Kak Siti benar buat aku fikir sama ada dia pernah tak cuba hunus pisau pada aku atau letak racun dalam air atau….

“Aliya, jangan cakap yang awak memang tengah fikir sama ada akak pernah buat cubaan membunuh pada awak ke tak?”

Alamak. Kantoi pula.

“Aliya, sekarang percaya pada akak. Lepaskan pegangan awak pada batu, kemudian tendang kaki awak pada dinding. Akak akan turunkan awak perlahan-lahan dengan penuh lembut dan kasih sayang.”

“Ok.” Aku mengangguk lemah dan berdoa di dalam hati agar umurku dipanjangkan oleh Allah.
Ehhhh.. Alhamdulillah. Dah sampai ke bawah. Seronoklah pula.

“See??? Akak tak de buat apa-apa yang pelik pun pada awak kan??”

Hehehehehe. Tersengih malu aku.

Kami berehat seketika. Di kesempatan itu, aku melihat orang lain yang sibuk memanjat. Benda yang paling menarik perhatianku ialah tali itu.



Ada apa pada tali itu???

Tali itu diibaratkan seperti iman kita. Tali itulah yang menjaga kita sewaktu memanjat ke atas dan membawa kita turun dengan selamatnya. Begitu juga dengan iman. Iman itulah yang menjaga kita daripada melakukan segala apa yang ‘tak selamat’ atau dengan perkataan mudahnya menjaga kita daripada melakukan perkara yang mengundang kemurkaanNya.

Selain itu, tali imanlah yang membawa kita dengan selamatnya pulang ke tempat tinggalnya Adam dahulu iaitu syurga. Apa jadi jika tali itu tidak kukuh dan terputus???

Boleh jadi, aku yang sibuk memanjat tadi tiba-tiba jatuh ke belakang yang boleh mengundang kepada pelbagai jenis kecederaan. Begitu juga dengan tali iman kita. Putusnya tali iman kita menyebabkan putusnya kita daripada rahmat Allah yang membawa kepada pelbagai kebinasaan di dunia dan akhirat.

“Sekarang giliran akak pulak jadi spidergirl. Jaga tali betul-betul. Akak percaya awak sayangkan akak.”

“Hahahaha. Epic la akak ni.”

“Ye la. Akak percayakan awak tapi sedihnya awak tak percayakan akak.”

“Mana ada. Cuma cuak je tadi.”

“Ok. Alasan diterima kalau awak janji nak jaga tali tu betul-betul.”

“Saya janji madam!”

Tersembur gelak ketawa kami. Orang-orang Rusia memandang hairan. Mana mungkin mereka faham apa yang kami bualkan.

Kak Siti tampak benar-benar percaya padaku. Sesampainya dia ke puncak, dia melepaskan pegangannya pada batu tanpa ragu. Maka aku cuba menjaga kepercayaannya sebaik mungkin.

Kami bergilir-gilir memanjat dan menjaga tali. Semakin lama, aku semakin yakin bahawa Kak Siti akan menjaga tali itu dengan sebaiknya.

Alangkah bagus jika jiwa aku ini pada setiap masa yakin bahawa Allah itu selalu ada di sisi dan menjaga aku penuh rasa kasih sayang. Alangkah bagusnya jika aku tanpa pernah ragu meyakini bahawa Allah itu tidak pernah menganiayai aku, meninggalkan aku terumbang-ambing sendiri. Alangkah bagusnya jika dari dulu lagi aku sedar bahawa Allah bukan meletak aku di satu tempat yang bahaya cuma menguji sedikit sahaja iman di dada. Bukankah sebagai seorang kekasih, Allah berhak menguji cinta kekasihnya bila-bila masa saja??

Aduhaiii aku. Aku yang sentiasa penuh prasangka pada Tuhan.

“Macam mana Aliya??? Seronok???”

“alhamdulillah seronok sangat.”

“Akak tahu Aliya suka sukan lasak.”

Hairan. Ahli nujum ke Kak Siti ni.

“Tak payah buat muka berkerut sangatlah. Kalau dah hampir setiap masa dengan awak, awak sibuk bercerita pasal kenangan tunggang kuda dulu dah cukup membuktikan yang jiwa awak tu rindukan sukan yang lasak.”

Senyum simpul. Rasa termalu sendiri.

“Tapi akak… kata orang sukan lasak tak sesuai dengan orang-orang yang dah ditampar dengan Mak Cik Hidayah ni. Kata orang, masa kita haruslah sepenuhnya sibuk memikirkan dan mentarbiyah ummah semata.”

“Perghhhhh.. Dasyat sangat ni. Patut la awak makan hati.”
Aku mengangguk lemah.

“Pernah tak awak dengar hadis yang mengatakan mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Mana mungkin mukmin itu akan kuat kalau tidak bersukan. Betul tak??”

Kini, anggukanku lebih bersemangat.

“Islam tak pernah melarang umatnya bersukan cuma kena menjaga batas-batas pergaulan, menutup aurat dengan sempurna agar tidak mendatangkan fitnah pada agama. Jadi, lepas ni kalau nak bersukan teruskanlah.”

“ Arosso akak.”

“Alahai… Jadi minah Korea pulak adik akak ni.”

Kami melangkah pulang. Aku berpaling ke belakang. Siapa sangka, daripada bersukan banyak hikmah yang diperolehi. Syaratnya mudah sahaja, setiap apa yang kita lakukan pandanglah dengan mata hati insha Allah akan jumpa hikmah yang hilang.

“Hikmah sering menjadi sesuatu yang hilang buat mereka yang hanya memandang dengan mata kasar semata.”

“Akak,saya ada teori yang hebat tentang ‘rock climbing’ tadi dengan Islam. Teori yang lebih hebat daripada teori Albert Einstein mungkin.”

“Apa dia?”

Senyum terukir. Segala teori tadi ku bentangkan penuh semangat.

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya,Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kalimah yang mempunyai hikmah adalah sesuatu yang hilang daripada orang yang bijaksana di mana sahaja dia mendapatinya maka dialah yang lebih berhak dengannya”.


  



Read more

Pirogov's Malaysian Intervasity Games (PMIG) II

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wrt.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukur yang tak terhingga hari ke-2 PMIG 2014 berjalan dengan lancar setakat ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta-peserta dan para penyokong yang bersemangat, dan tak lupa juga kepada pihak komuniti dan ajk-ajk yang berlari ke hulu-hilir bagi memastikan segalanya berjalan lancar.

Bagi pelajar-pelajar Malaysia di persekutuan Russia yang tidak dapat menyaksikan sendiri pasukan daripada universiti masing-masing berentap, jangan kecewa. Berikut merupakan keputusan terkini untuk hari ini.


Badminton 

Gold: MSMU
Silver: KSMU
Bronze: RNRMU

Handball (Male)

MSMU vs NNSMA: MSMU won 8-5

Futsal (Male)

KSMU vs SMTU: SMTU won 3-0
NNSMA vs MAI: MAI won 5-0
RNRMU vs MSMU: MSMU won 2-0
MAI vs KSMU: 1-1
SMTU vs VSMU: SMTU won 3-0
MSMU vs NNSMA: MSMU won 2-0
RNRMU vs SMTU: RNRMU won 1-0
NNSMA vs VSMU: NNSMA won 2-1
MSMU vs MAI: MSMU won 1-0
VSMU vs KSMU: KSMu won 5-0
SMTU vs NNSMA: SMTU won 1-0
MAI vs RNRMU: MAI won 1-0
MSMU vs VSMU: MSMU won 6-0
MAI vs SMTU: MAI won 1-0
RNRMU vs KSMU: RNRMU won 1-0
SMTU vs MSMU: MSMU won 3-1
KSMU vs NNSMA: KSMU won 1-0
VSMU vs RNRMU: RNRMU won 3-0
KSMU vs MSMU: KSMU won 2-1
MAI vs VSMU: MAI won 3-0
NNSMA vs RNRMU: RNRMU won 3-0

Semi-final:
MAI vs MSMU

Frisbee (Male)

MSMU vs VSMU: MSMU won 6-4
KSMU vs SMTU: SMTU won 8-2
MAI vs RNRMU: RNRMU won 5-0
SMTU vs VSMU: VSMU won 9-4
KSMU vs MAI: MAI won 7-3
MSMU vs RNRMU: RNRMU won 7-3
SMTU vs MAI: SMTU won 8-3
MSMU vs KSMU: MSMU won 9-3
RNRMU vs VSMU: RNRMU won 6-4
SMTU vs MSMU: MSMU won 7-2
VSMU vs MAI: VSMU won 6-4
RNRMU vs KSMU: RNRMU won 9-2
MAI vs MSMU: MSMU won 5-3
KSMU vs VSMU: VSMU won 12-2
RNRMU vs STMU: RNRMU won 10-3

Semi-final:
MSMU vs VSMU: MSMU won 7-4

Final:
MSMU vs RNRMU: RNRMU won 7-3

Final Result:
Gold: RNRMU
Silver: MSMU
Bronze: VSMU

Frisbee (Female)

RNRMU vs MSMU: RNRMU won 6-3
RNRMU vs KSMU: RNRMU won 9-6
RNRMU vs NNSMA: NNSMA won 6-5
MSMU vs VSMU: VSMU won 10-3
MSMU vs NNSMA: MSMU won 6-4
KSMU vs VSMU: KSMU won 7-6
NNSMA vs KSMU: KSMU won 8-3

Basketball (Female)

KSMU vs MSMU: KSMU won 6-3
RNRMU vs VSMU: RNRMU won 4-3
KSMU vs VSMU: KSMU won 11-3
RNRMU vs MSMU: 1-1
VSMU vs MSMU: MSMU won 3-2
RNRMU vs KSMU: KSMU won 3-1

Volleyball (Male)

VSMU vs MSMU: MSMU won 2-1
MAI vs RNRMU: RNRMU won 2-0
VSMU vs KSMU: VSMU won 2-0
MSMU vs RNRMU: RNRMU won 2-0
KSMU vs MAI: KSMU won 2-0
RNRMU vs VSMU: RNRMU won 2-0
MSMU vs MAI: MSMU won 2-0
RNRMU vs KSMU: RNRMu won 2-0
VSMU vs MAI: VSMU won 2-0
KSMU vs MSMU: KSMU won 2-1

Pingpong

MSMU vs KSMU: MSMU won 4-0
NNSMA vs VSMU: NNSMA won 4-3
RNRMU vs VSMU: RNRMU won 4-0

[credit]

Nantikan keputusan seterusnya pada hari esok. Selamat maju jaya untuk semua pasukan. Pastikan terus bersemangat hingga ke titisan terakhir. Moga segala usaha di-redhaiNya!



Read more

Express Your Feeling Through Azam.fm

0 comments

Assalamualaikum wrt

BERITA BAIK UNTUK ANDA DI LUAR SANA!



Bagi para pendengar radio Azam fm sekalian!! Untuk siaran AZAM.fm malam ini (12 April 2013), anda berpeluang untuk membuat dedikasi lagu kepada sahabat anda atau sesiapa sahaja. Apa yang hanya anda perlu lakukan adalah hanya dengan klik link ini https://docs.google.com/forms/d/1nhr8Mx00PJ1eQEoLbq6P-B1OuUkHDMHcHQSoh3HWcN0/viewform
Jangan lupa!! Hanya permintaan terawal yang akan dipilih!! Klik link ini sekarang !! https://docs.google.com/forms/d/1nhr8Mx00PJ1eQEoLbq6P-B1OuUkHDMHcHQSoh3HWcN0/viewform


Read more

PIROGOV'S MALAYSIAN INTERVASITY GAMES (PMIG)

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

Alhamdulilah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya pelajar-pelajar Malaysia di persekutuan Russia dapat bertemu lagi dalam Temasya Sukan Tahunan Pirogov's Malaysian Intervarsity Games  (PMIG) 2014




Di sini kami ingin sertakan info terkini mengenai PMIG 2014

Tarikh:11 April 2014
Tempat: RNRMU Sports Complex, Eko Park Sports Complex, PFU Sports Complex
Sukan yang dipertandingkan:
-Handball (L)
-Handball (P)
-Netball 
-Basketball (L)
-Volleyball (P)
-Hockey (P)
-Hockey (L)
-Badminton






Keputusan terkini :

Handball Female

MSMU vs KSMU : MSMU won 7-2
RNRMU vs MAI  : RNRMU won 4-1
VSMU vs MSMU : MSMU won 4-3
RNRMU vsVSMU : VSMU  won 4-3
MSMU vs MAI :MSMU won 10 -2
RNRMU vs KSMU:RNRMU won 1-0

Semi final
RNRMU vs VSMU : RNRMU won 2-1

Handball Male

KSMU vs VSMU : VSMU won 3-2
SMTU vs MSMU : MSMU won 9-4
MAI vs KSMU : KSMU won 7-4
MSMU vs MAI : MSMU won 9-8
NNSMA vs STMU : NNSMA won 7-6
MSMU vs KSMU : MSMU won 6-1
RNRMU vs MAI : MAI won 4-2
NNSMA vs RNRMU : RNRMU won 3-0
VSMU vs NNSMA : VSMU won 4-3
SMTU vs MAI :MAI won 12-8
MAI vs NNSMA:NNSMA won 9-2
RNRMU vs KSMU:RNRMU won 7-4
RNRMU vs SMTU:RNRMU won 12-2
MSMU vs VSMU:VSMU won 10-6
SMTU vs VSMU:VSMU won 8-4
KSMU vs NNSMA:NNSMA won 6-4


Volleyball Female

RNRMU vs MSMU : RNRMU won 2-0
KSMU vs VSMU : KSMU won 2-1
KSMU vs RNRMU :RNRMU won 2-1
MSMU vs VSMU : MSMU won 2-0
MSMU vs KSMU : MSMU won 2-0
RNRMU vs VSMU : RNRMU won 2-0

Semifinal
KSMU vs MSMU : KSMU won 2-0

Final
RNRMU vs KSMU :RNRMU won 3-0

Netball 

NNSMA vs MAI : NNSMA won 4-0
MSMU vs KSMU :KSMU won 9-0
RNRMU vs VSMU : RNRMU won 11-6
VSMU vs MAI :VSMU won 5-0
RNRMU vs KSMU:KSMU won 3-2
RNRMU vs NNSMA : RNRMU won 7-4
KSMU vs VSMU : KSMU won 8-3 
MSMU vs MAI : MSMU won 1-0
MSMU vs VSMU : VSMU won 6-2
KSMU vs MAI : KSMU won 9-0
NNSMA vs VSMU : NNSMA won 7-1
RNRMU vs MSMU : RNRMU won 4-1
RNRMU vs MAI : RNRMU won 18-0 

Hockey Male

RNRMU vs NNSMA: RNRMU won 1-0
MAI vs KSMU : draw 2-2
RNRMU vs KSMU:RNRMU won 1-0
MAI vsNNSMA: MAI won 3-0
KSMU vs NNSMA : KSMU won 2-1

Semifinal
MAI vs KSMU : KSMU won 1-0

Final
RNRMU vs  KSMU : KSMU won 1-0

Hockey Female

MSMU vs VSMU : MSMU won 3-0
RNRMU vs VSMU : RNRMU won 2-0
KSMU vs RNRMU : KSMU won 2-1
MSMU vs KSMU : MSMU won 2-1
MSMU vs RNRMU : MSMU won 2-0
VSMU vs KSMU : VSMU won 1-0

Semifinal
KSMU vs RNRMU:KSMU won 1-0

Final
MSMU vs KSMU:MSMU won 4-1


Basketball Male

Kursk vs St.Pete : Kursk won 31-10
M1 vs M2 :M1 won 18-13
Volgo vs Kursk : Kursk won 26-22
M1 vs St. Pete:M1 won 40-6
M2 vs Volgo:M2 won 32-17
Volgo vs St.Pete:St.Pete won 10-19
M2 vs Kursk:M2 won 25-9

Badminton
KSMU vs VSMU :KSMU won 3-0
VSMU vs KSMU :KSMU won 0-3
NNSMA vs VSMU:VSMU won 0-3
RNRMU vs KSMU :KSMU won 0-3

Selamat maju jaya kepada para peserta. Semoga terus bersemangat dan tidak putus asa dalam bersukan. Moga Allah redha! 

Wallhua'lam.





Read more