• Motivasi Dan DIY

    Creativity Beyond Measure

  • Tazkirah

    Sharing is Caring

  • Local Wrap

    Around Us

  • Friday Wrap

    Around The World

  • Baitul Muslim

    Kuliah Online Baitul Muslim

  • Kulinari

    Sugar, Spice and Everything Nice

Tips: Tidur Berkualiti

1 comments


Bismillahirrahmanirrahim…
Alhmdulillah, selesai sudah STIG X 2013 yang dianjurkan di Volgograd. Tahniah diucapkan buat para pemenang! Bagi yang tidak mempunyai peluang menyarung medal pada tahun ini, jangan bersedih. InshaaAllah tahun depan anda akan dapat mencapai matlamat anda itu. Dan jangan lupa, bersyukurlah sentiasa walau apa jua keputusannya, kerana tentu ada hikmahnya!

Pada kali ini izinkan saya berkongsi beberapa tips untuk membolehkan anda mendapatkan kualiti kerehatan yang optimum. Setelah bergerak secara aktif, sudah menjadi lumrah bahawa tubuh badan kita akan menjadi penat, dan memerlukan rehat. Dan aktiviti rehat yang paling baik untuk badan kita adalah tidur yang berkualiti!

Jadi, bagaimana caranya untuk mendapatkan tidur yang berkualiti ini?

1) Jauhkan diri anda daripada makanan dan minuman yang berkafein sebelum tidur.

Seperti yang anda semua sedia maklum, kafein berperanan untuk menghalang mata kita daripada mengantuk, lagi-lagi sekiranya peperiksaan makin hampir. Kalau boleh, kita tidak mahu tidur langsung dek mahu menghabiskan ulangkaji pelajaran. Namun, ini adalah cara yang salah. Apabila badan kita kekurangan rehat, ia akan menimbulkan stress pada tubuh kita. Dan selanjutnya, produktiviti kita akan berkurangan dan kualiti ulangkaji kita pun akan menurun juga. Maka, jangan merasakan tidur itu satu perkara yang sia-sia dan boleh ditinggalkan begitu sahaja.

2) Tetapkan jadual tidur anda.

Berapa lama anda mahu tidur? Pukul berapa anda mahu masuk tidur? Dan bila pula anda perlu bangun untuk ke kelas pada keesokan harinya? Inilah soalan-soalan yang akan membantu anda untuk menetapkan jadual tidur anda. Langkah ini akan dapat mengawal biorhythm diri anda, seterusnya memudhakan anda untuk tidur nyenyak dan mendapatkan rehat yang cukup melaluinya. Bahkan, anda boleh juga melatih diri anda untuk bangun berqiamullail!


3) Sediakan ruangan tidur yang selesa

Tilam yang empuk, bantal yang gebu dan selimut yang selesa pasti membuatkan sesiapa sahaja terdodoi di dalam tidur yang nyenyak. Maka, apa salahnya kita mengeluarkan sedikit wang untuk menukar bantal penyek itu demi mendapatkan rehat yang lebih berkualiti. Dengan rehat yang berkualiti, kualiti dan produktiviti diri akan meningkat, dan ini adalah satu pelaburan yang menguntungkan!

4) Matikan computer sebelum tidur

Ada yang berpendapat kita seharusnya mematikan komputer sekurang-kurangnya 30 minit sebelum tidur. Hal ini adalah disebabkan apabila kita menggunakan komputer, otak kita menjadi ‘aktif’ dan ini menyukarkan kita untuk tidur dengan nyenyak. Maka, berilah sedikit masa untuk otak anda ‘cool down’ sebentar dan menjadi tenang untuk mendapatkan tidur yang berkualiti.

5) Matikan lampu sebelum tidur

Hal ini kadang-kadang dipandang remeh sahaja, namun sebenarnya merupakan satu rahsia kejayaan untuk mendapatkan tidur yang nyenyak. Suasana yang gelap memudahkan anda untuk mula tidur. Sebuah penelitian terbaru menemukan bahwa bahkan sejumlah kecil cahaya dari komputer dapat mengganggu produksi melatonin dan mengganggu tidur anda. Maka, pastikan suasana tempat tidur anda kondusif dan bertepatan dengan keperluan tidur anda.

Setelah mendapatkan rehat yang cukup, barulah kita boleh mulakan hari yang baru dengan penuh bersemangat!

“Maka apabila kamu Telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain”
[Surah Al Insyirah, ayat 7]

InshaaAllah, mudah-mudahan perkongsian yang tidak seberapa ini dapat membantu anda untuk mendapatkan tidur dan rehat yang berkualiti, dan seterusnya meningkatkan produktiviti!

Wallahua’lam.


Read more

STIG X – PENERUS TRADISI, PENCETUS INTEGRASI, PERKASA JISMI

0 comments


Bismillahhirrahmanirahim

Pada 12-14 April 2013 yang lalu telah berlangsung dengan jayanya temasya sukan tahunan antara universiti di bandar perwira Volgograd. Temasya yang lebih dikenali sebagai STIG X (Stalingrad Intervarsity Games ke 10) telah disertai oleh 6 buah kontinjen yang terdiri daripada I.M Sechenov First Moscow State Medical University, Nizhny Novgorod State Medical Academy, Kursk State Medical University, Moscow Aviation Institute, Russian National Research Medical University, dan tuan rumah sendiri, Volgograd State Medical University. Perasmian majlis oleh Dato Zainol Abidin, Duta Besar Malaysia ke Rusia telah diadakan di stadium Manesh menandakan acara sukan yang sangat dinanti-nanti ini secara rasminya bermula.





Pelbagai acara sukan telah berlangsung selama 3 hari dari 8 pagi hingga 9 malam. Antaranya badminton, catur, futsal, frisbee, bola baling, bola tampar, ragbi, bola jaring, bola keranjang, ping pong dan takraw. Suasana semangat kesukanan dan kemeriahan dapat dirasakan oleh setiap pelajar apatah lagi amat jarang sekali perkumpulan mega ini berlaku di Rusia atas faktor masa dan jarak yang jauh. Peluang keemasan ini dapat digunakan para pelajar untuk berkenalan, berkongsi pengalaman dan pastinya mengenali bandar Volgograd. AZAM Russia juga mengambil peluang ini dengan membuka gerai jualan makanan dan pelbagai barangan AZAM juga turut dijual.





Temasya gilang gemilang ini berakhir dengan majlis penutupan mengumumkan senarai juara bagi setiap sukan dan juga juara keseluruhan yang digenggam kemas tuan rumah, Volgograd State Medical University dengan 7 emas, 2 perak dan 3 gangsa. Keputusan penuh seperti berikut :

Kontinjen
Emas
Perak
Gangsa
Total
VSMU
7
2
3
12
KSMU
3
2
3
8
RNRMU
3
1
4
8
NNSMA
2
3
2
7
MAI
1
3
2
6
MSMU
-
5
1
6



Diharapkan walaupun sudah berakhirnya STIG X ini , usaha untuk memenuhi salah satu muwasofat tarbiyah tidak berakhir malah berterusan lebih-lebih lagi di musim bunga ini.
Sungguh, moga Allah menempatkan kita dalam golongan yang disebutkan nabi tercinta ;

‘Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah dari mukmin yang lemah, tapi keduanya hendaklah ada kebaikan’ [Riwayat Muslim]


Read more

kuliah baitul muslim online

0 comments

Assalamualaikum, insya-Allah, kuliah online bersama ummuatifah untuk minggu ini. Hajat doa semua bagi kelancaran kuliah kt pada minggu ini =)

1. Kuliah BM Fasa 1
Tarikh:16 April 2013 (Selasa)
Masa: 9.30pm - 11.30pm (waktu Malaysia)

2. Kuliah "Charting Your Family Du'at Blueprint"/ Model Ketaqwaan Jundiy
Tarikh : 18 April 2013 (Khamis)
Masa: 9.30pm - 11.30pm (waktu Malaysia)

Boleh add id berikut ;
Paltalk : moderator_kuliah
Skype : a.moderator.kuliah

sedikit sedutan dari kuliah sebelum insyaAllah :)


3 Teras Kepada Sistem Akhlak dalam Islam


Rasakan di dalam amal, rasakan setiap kali sujud itu merupakan sujud yang terakhir kepada Allah. Sentiasa bergantung pada Allah, sentiasa be postitive pada Allah. Rasakan kemanisan iman itu.



berminat untuk membaca lebih lanjut?tekan pautan di bawah..it's as easy as 1 2 3 :)



selamat beramal,assalamualaikum!




Read more

Jom Bersenam!

0 comments

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.. Bersyukur kepada Allah kerana masih diberi kesempatan waktu untuk terus bernafas di muka bumi Allah ini. Cuba renungkan dan berfikir sejenak tentang semua nikmat yang telah Allah pinjamkan kepada kita selama ni. Mungkin tidak dapat dihitung dengan jari betapa banyaknya nikmat yang Allah dah bagi.

Namun kita sebagai hambaNya, adakah kita telah mejalankan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah dengan sempurna? Tepuk dada tanya hati.

Antara salah satu nikmat Allah yang sangat besar ialah nikmat kesihatan. Tidak perlu fikir terlalu jauh tentang penyakit-penyakit yang kronik, cukuplah sekadar dengan demam. Allahu rabbi, hanya Allah yang tahu bagaimana peritnya kita menahan sakit, selera makan berkurang, tidur pun tak lena. Melihat kawan-kawan kita yang sihat, cukup membuatkan kita merasa cemburu dengan mereka kerana kita tidak mampu untuk berbuat apa-apa pada masa itu. Pada masa itulah , dengan bersungguh-sunnguh kita berdoa kepada Allah supaya Allah kembalikan nikmat sihat itu.

Kerana bila aku sakit, Dialah yang akan menyembuhkanku. [Kredit]

Sabda Rasulullah bermaksud: “Ada dua nikmat yang kebanyakan manusia tertipu kerananya iaitu kesihatan dan masa lapang.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Sehubungan dengan itu, untuk mengelakkan diri kita daripada cepat jatuh sakit, kita boleh bersenam.
Memandangkan sekarang sudah masuk musim bunga, jadi sangatlah sesuai untuk kita jalankan aktiviti senaman ini.

Di sini saya sertakan beberapa petua untuk bersenam :
1) Mulakan senaman yang ringan mengikut kemampuan dan tingkatkan dari masa ke semasa.


2) Pakai pakaian sukan dan kasut sukan yang sesuai

3) Jangan duduk terus selepas anda berhenti bersenam

4) Jangan bersenam jika paras glukosa dalam darah tinggi atau kira-kira 2 jam selepas makan

5) Jangan bersenam jika sakit atau berasa kurang selesa

Semoga dengan sedikit tazkirah pada hari ini dapat membuatkan kita rasa bersyukur kepada Ilahi kerana masih dikurniakan nikmat sihat.Jangan risau, kalau ada di sana yang sedang sakit, mudah-mudahan Allah merahmati kamu dan menggugurkan dosa-dosa kamu kerana sakit itu kan salah satu kafarah dosa dan akan membuatkan kita selalu dekat dengan Tuhan. Senyum.

Jom bersenam macam saya. [Kredit]

Wallahu'alam.


Read more

10 Versus 1

0 comments

Assalamualaikum wbt.

Hari demi hari,kita berusaha untuk mencapai sesuatu.Apabila seseorang individu itu tahu peranan dan targetnya untuk mencapai sesuatu,maka segalanya diletakkan dalam satu fokus.

Saya bagi analogi yang mudah,jika saya cuba mematahkan satu batang ranting kayu dibandingkan 10 batang ranting kayu,yang mana lagi senang untuk dipatahkan? Sebatang ranting kayu mudah untuk dipatahkan jika dibandingkan dengan 10 batang ranting kayu.Maka yang saya nak sampaikan di sini ialah kekuatan 10 batang ranting kayu lagi kuat dibandingkan dengan kekuatan satu batang kayu.
Jika dibandingkan bekerja secara individu dengan secara berpasukan,yang manakah lagi kukuh?

Saya tinggalkan persoalan itu pada anda.

Yeahh! Bismillah. Here we go! [Kredit]
Semangat satu pasukan.Untuk mencapai satu kejayaan,sudah pasti bukan melibatkan satu individu tetapi melibatkan orang sekeliling yang memberi sokongan padu.

Setiap orang mempunyai peranan masing-masing untuk menjayakan sesuatu.Sudah pastinya,setiap individu mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.Itulah sebenarnya kelebihan berkerjasama dalam satu pasukan.Apabila kita bekerja dalam pasukan,semua orang akan bekerja bersama-sama.Tiada yang lebih dan tiada yang kurang komitmennya.Bahkan setiap individu menyumbang sesuatu kepada pasukan tersebut.Tiada rasa inferioriti mengenai diri sendiri,malah anda patut yakin dengan kelebihan yang anda ada dan anda ada bahagian anda untuk menyumbang dalam pasukan tersebut.Kehadiran anda,tidak kisahlah dalam apa-apa perkara pun,ada tujuannya,dan bukanlah sia-sia.


Allah Ta'ala berfirman ” Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dengan bermain-main (sia-sia). Kami tidak menciptakan keduanya melainkan dengan haq, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui .” (QS Ad Dukhaan [44] : 38-39)


Manusia tiada yang sempurna.Seperti yang saya lihat,anda lihat,setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.Apabila setiap individu yang mempunyai kelebihan lalu saling men 'topup' kelebihan kepada kekurangan individu yang lain,maka kelebihan dapat mengatasi kekurangan individu dan pasukan tersebut.Lalu terbentuklah satu pasukan yang kuat,mantap dan kukuh.

Jom tengok firman Allah SWT :
“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti bangunan yang tersusun kukuh” ( Assaff [61]: 4)

Wahh,Allah lagi mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya sepanjang zaman.Bayangkan ayat Al Quran ini yang diturunkan pada suatu masa dahulu,dan kebaikannya bukan hanya pada untuk suatu masa dahulu.Tapi sehingga kini.

SubhanAllah.Maha Suci Allah. [Kredit]
Jom jadi lagi bersemangat untuk mencapai sesuatu tujuan kita apabila kita bekerja dalam satu pasukan.Biarlah bersemangat setinggi puncak yang ingin mencapai angkasa.Angkasa yang dipenuhi dengan bintang-bintang kejayaan.Jom menyerlah jauh dari yang biasa,dan ini bukan ungkapan sekadar mimpi.

Wallahu'alam.


Read more

Resipi: Fruit Smoothies!

3 comments


Bismillahirahmannirahim.
Assalamualaikum wbt.

Kali ini team kulinari Azam akan membawakan resipi untuk smoothie buah-buahan yang banyak manfaatnya. Smoothie ini boleh dijadikan sebagai minuman pagi setiap hari dan manfaatnya cukup hingga ke tengahari inshaAllah. Mari kita sama-sama lihat manfaat smoothie ini kepada tubuh badan kita.   

Manfaat Kesihatan daripada Smoothie
Membuat smoothie setiap pagi sebagai sebahagian daripada rutin harian mungkin dapat menjimatkan masa dan wang anda kerana ia hanya mengambil masa 10 minit. Smoothie memberi anda lebih banyak serat dan nutrien daripada jus yang dibeli di dalam kotak.Penuh dengan vitamin, anti-oksidan, dan fiber.

Buat Setiap Hari
Menjadikan minuman smoothie rutin harian. Sediakan 10-20 minit setiap pagi sebelum ke kelas. Apabila anda menggunakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang dicadangkan, anda akan mendapat tenaga secukupnya sehingga makan tengah hari. Seterusnya, kandungan air yang tinggi dan kandungan nutrien akan memastikan anda terhidrat dan menyediakan anda dalam keadaan segar sepanjang hari.

Lebih Baik Daripada Multi-Vitamin
Walaupun kebanyakan orang mungkin berfikir, "multi-vitamin" sudah cukup dan tidak memerlukan buah-buahan atau sayuran segar. Tetapi jika anda membaca melalui laporan yang diterbitkan oleh American College of Physicians dalam Annals Internal Medicine, apa-apa jenis tablet pelbagai vitamin masih belum ditunjukkan dan meyakinkan berkesan. Dasarnya, cara yang terbaik adalah dengan mendapatkan nutrisi daripada makanan, dan dengan meminum smoothie setiap hari anda!

Mencapai Prestasi Optimum
Memakan buah-buahan mentah dan sayur-sayuran dalam smoothie setiap hari akan melakukan beberapa perkara untuk anda:
  • Jimat wang anda dan masa
  • Pastikan anda benar-benar terhidrat pada awal hari
  • Menyediakan anda dengan spektrum penuh vitamin semulajadi nutrien, bioavailable, dan antioksidan
  • Beri anda banyak serat semula jadi untuk memastikan penghadaman yang bagus
  • Membantu memperkasakan sistem imun anda untuk melindungi anda daripada penyakit

Resipi Mudah Smooties!

Lite Berry Smoothie (1/2 susu; 1 buah)
½ cawan susu 
1 sudu teh gula
1 cawan strawberi segar atau beku tanpa gula atau beri lain
½ cawan kiub ais

Basic Smooth Smoothie (3 buah)
1 pisang beku
200mls jus oren jus / susu atau lain-lain jus
½ cawan peach beku, raspberi, blueberry, atau strawberi
½ cawan ais

Tropika smoothie (2 buah-buahan)
1 cawan nanas segar atau dalam tin (jus)
 ½ cawan jus nanas atau yogurt beku
½ cawan kiub ais
½ mangga segar, dikupas dan dicincang dalam keping

Orange-Peach Smootie (1 susu; 2 buah)
1 cawan jus oren (atau jus apa-apa)
1 cawan yogurt tanpa lemak, tanpa gula
1 cawan peach beku (atau mana-mana buah-buahan)
1 cawan ais

Strawberry Banana Smootie (1 susu; 2 buah)
1 cawan lite strawberi yogurt
½ cawan segar atau beku strawberi
1 pisang sederhana, dibekukan atau dihiris segar
½ cawan ais

Purple Zoom smoothie (1 susu; 2 buah-buahan)
200ml jus anggur
½ cawan blueberry beku
½ cawan lite vanila yogurt atau kefir
½ cawan ais

Banana Energy Shake (1 susu; 1 buah)
1 cawan susu atau susu soya
1 pisang beku
½ cawan kiub ais


Mudah bukan! Selamat mencuba.



Read more

Doa Musafir

0 comments

Bismillahirrahmanirrahim...

"Ya Allah, mudahkanlah kami bermusafir dan dekatkanlah kejauhannya..ya Allah, Engkaulah menemani dalam pemergian dan Engkau pulalah yang melindungi keluarga."

Amin.



#Jom amalkan doa ini...insyaAllah moga-moga kita sentiasa dibawah perlindungan dan pengawasanNya.


Read more