• Motivasi Dan DIY

    Creativity Beyond Measure

  • Tazkirah

    Sharing is Caring

  • Local Wrap

    Around Us

  • Friday Wrap

    Around The World

  • Baitul Muslim

    Kuliah Online Baitul Muslim

  • Kulinari

    Sugar, Spice and Everything Nice

FRIDAY WRAP 9-15 JAN '15

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim 

Assalamualaikum wrt dan selamat sejahtera buat para pembaca. Alhamdulillah, tahun 2014 telah melabuhkan tirai dan kini Friday Wrap memulakan tahun 2015 dengan membawakan anda berita-berita hangat sepanjang minggu ini ...


Akhbar Charlie Hebdo yang menghina Islam Diserang, 12 Orang Tewas
Jumaat , 09/01/2015

Perancis- Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan 10 yang lain mengalami kecederaan, apabila pejabat majalah berpaksikan sindiran Perancis Charlie Hebdo diserang 3  orang bersenjata kelmarin.

Menurut polis Perancis, serangan berlaku apabila 3 orang yang memakai penutup wajah dan membawa senjata AK 47, masuk pejabat dan melakukan tembakan terhadap pelbagai sasaran yang ada di sana. Seorang penyerang juga dilaporkan membawa pelancar roket.

















Polis Perancis berkata 10 orang penulis Charlie Hebdo termasuk kartunis dan ketua penulis dan 2 orang polis  tewas dalam serangan yang menggemparkan ini.

Ketua  editorial dari Charlie Hebdo, Stephane Charbonnier, yang dikenali sebagai Charb, dilaporkan telah terbunuh dalam serangan itu.















Menteri Dalam Negeri Perancis Bernard Cazeneuve mengatakan bahawa pegawai pemerintah sedang memburu suspek-suspek yang menyerang pejabat majalah Charlie Hebdo.

Charlie Hebdo mempunyai reputasi sebagai majalah yang provokatif terutamanya buat masyarakat Islam. Charlie Hebdo terkenal dengan kekerapan menerbitkan kartun-kartun sindiran yang jelas menimbulkan kemarahan umat islam. Majalah ini diterbitkan sejak 1970, diinspirasikan namanya dari tokoh kartun Amerika, Charlie Brown.



[Ringkasan Profil Akhbar Charlie Hebdo Perancis]

Charlie Hebdo merupakan sebuah akhbar yang telah muncul di tengah masyarakat Eropah terutama Perancis. Akhbar sindiran ini tetap berjalan meskipun dihujani pelbagai kritikan sepanjang penerbitannya.

Akhbar Charlie Hebdo sering menerbitkan berita berunsurkan penghinaan. Aspek yang biasa menjadi bahan hinaan mereka merangkumi dunia politik, budaya, dan agama. Charlie Hebdo ditubuhkan sekitar 1970.

Bulan lalu, akhbar Charlie Hebdo  telah menerbitkan gambar Mother Maria. Gambar itu menunjukkan kelahiran Isa dari rahim Mother Maria. Kemudian, Charlie Hebdo juga pernah menyerang penyanyi dunia, Michael Jackson pada 2009.

Setelah kematian MJ, surat khabar terbabit memaparkan kartun Jackson yang berkulit putih. Tajuk pada gambar tersebut, 'Michael Jackson Akhirnya Putih juga'.

Charlie Hebdo juga menyerang umat Islam pada September 2012. Mereka membuat kartun Nabi Muhammad SAW yang sedang telanjang.

Oktober lalu, Charlie Hebdo kembali beraksi. Kali ini mereka menerbitkan kartun mengenai  ISIS. Dalam gambar berkenaan, kelihatan ISIS sedang memanggal kepala Nabi Muhammad SAW. Rentetan daripada penerbitan tersebut, kerajaan tempatan melakukan protes. Namun, bantahan ini diabaikan oleh Charlie Hebdo.

Charlie Hebdo sudah banyak kali menarik perhatian dunia. Bahkan, sebelum penyerangan berlaku di pejabat akhbar terbabit pada Rabu lalu 7/1/2015. Pada 2006, akhbar ini pernah menerbitkan kartun Nabi Muhammad SAW. Sebelumnya gambar ini pernah diterbitkan di Denmark dan mencetuskan protes daripada umat Islam seluruh dunia. Pada 2011, sehari selepas pengumuman berkenaan penerbitan edisi khas Nabi Muhammad SAW, pejabat mereka dibom tidak lama kemudian. Tidak ada yang tercedera dalam serangan itu. Namun, akhbar terbabit mengambil langkah berjaga-jaga dengan meningkatkan kawalan keselamatan.





Charlie Hebdo: Suspek paling muda serah diri
Khamis, 08/01/2015


PARIS - PERANCIS. Seorang suspek berusia 18 tahun yang disyaki terbabit bersama dua beradik dalam serangan ke atas akhbar mingguan satira, Charlie Hebdo di Paris, semalam, dilaporkan sudah menyerah diri kepada polis.

Terdahulu, menurut laporan agensi berita antarabangsa, AP, polis Perancis mengesahkan sudah mengenal pasti tiga lelaki sebagai suspek serangan ke atas pejabat Charlie Hebdo yang mengorbankan 12 nyawa semalam.
































Individu berkenaan adalah Said Kouachi dan Cherif Kouachi yang merupakan warga Perancis, berumur lingkungan awal 30-an manakala seorang lagi dikenali sebagai Hamyd Mourad, berusia 18 tahun dengan kerakyatan yang belum disahkan.


Seorang pegawai polis berkata, suspek dipercayai mempunyai kaitan dengan rangkaian pengganas Yaman.


Serangan bersenjata itu menyebabkan 12 orang terbunuh selepas akhbar itu sebelum ini dilaporkan membangkitkan kemarahan orang Islam apabila menerbitkan kartun menghina Nabi Muhammad SAW.





Charlie Hebdo: Pegawai polis Islam turut terbunuh
Khamis,8 Januari 2015


PARIS - PERANCIS. Seorang pegawai polis yang terbunuh di dalam serangan ke atas sebuah syarikat akhbar di Paris, dipercayai seorang Muslim.

Menurut Dailymail.co.uk, pegawai tersebut, Ahmed Merabet, 42, ditembak pada jarak dekat oleh dua orang suspek serangan berkenaan.


Beberapa video rakaman amatur serangan berkenaan juga telah dimuatnaik ke laman video popular, YouTube.


























Dalam video tersebut, Ahmed ditembak selepas suspek turun dari kenderaan mereka.


Kedua suspek kemudian mendekati pegawai polis tersebut yang terbaring di tepi jalan dan menembak mangsa sekali lagi.


Dalam serangan berkenaan, 12 orang dilaporkan terbunuh termasuk 2 anggota polis.


Serangan bersenjata terhadap syarikat akhbar sinis, Charlie Hebdo semalam memaksa pihak berkuasa melancarkan operasi memburu besar-besaran.




Masjid, surau jadi sasaran selepas Charlie Hebdo
Khamis, 8 Januari 2015




























PARIS - PERANCIS. Masjid dan surau menjadi sasaran pihak yang tidak berpuashati dengan kejadian serangan bersenjata terhadap syarikat akhbar Charlie Hebdo, semalam.

Menurut laporan AFP, tiga bom dilontar ke sebuah masjid di bandar Le Mans, barat Paris.


Beberapa tembakan juga disasarkan ke sebuah dewan sembahyang di daerah Port-La-Nouvelle di selatan Perancis, tidak lama selepas sembahyang Asar,” dipetik laporan itu.


Letupan turut berlaku di L’Imperial, sebuah restoran yang terletak berdekatan sebuah masjid di perkampungan Villefranche-sur-Saonesebuah di Perancis. 


Tiada sebarang kecederaan dan kematian dilaporkan setakat ini.


Perancis masih lagi meneruskan operasi memburu besar-besaran selepas dua suspek bersenjata automatik menyerang syarikat akhbar mingguan, Charlie Hebdo. Seramai 12 orang terkorban di dalam kejadian berdarah tersebut







PM Netanyahu dengan ucapan klasik di Grand Synagogue di Paris
Ahad, 11/01/2015


Hari ini saya berjalan di Paris dengan pemimpin-pemimpin dunia, untuk mengatakan keganasan perlu dihentikan; masanya telah tiba untuk memerangi keganasan, " kata Netanyahu kepada orang ramai yang terdiri daripada ratusan orang Yahudi Perancis.















"Kebenaran bersama kita. Musuh adalah pengamal Islam yang melampau, tidak Islam, mereka bukan ekstremis yang biasa, tetapi adalah pihak pelampau Islam, " katanya.

Ucapan beliau diselang-seli dengan tepukan beserta sorakan kuat sesekali mencelah apabila beliau berkata bahawa orang-orang Yahudi hari ini mempunyai keistimewaan untuk tinggal di Israel.
















Netanyahu berkata, "Saya mahu mengatakan kepada anda apa yang saya katakan kepada semua saudara Yahudi kita, bahawa anda mempunyai hak penuh untuk menjalani kehidupan yang selamat dan aman dengan hak yang sama di mana sahaja yang dikehendaki, termasuklah di sini, di Perancis. "

Dia menyambung lagi, "Hari ini kita diberkati dengan keistimewaan yang lain - Keistimewaan untuk menyertai saudara-saudara kita di tanah air bersejarah  Israel."

Mereka bersorak dan kedengaran teriakan "Am Yisrael Chai !!!" (Hidup orang-orang Israel !!!).



Erdogan mengecam Netanyahu: Bagaimana ketua negara pengganas berani menghadiri perarakan di Paris ?

Isnin, 12/01/2015


Ankara, Turki - President Turki Recep Tayyip Erdogan semalam mengecam Perdana Menteri Benjamin Netanyahu kerana berani menghadiri perarakan solidariti anti-keganasan di Paris.

Netanyahu, Pihak Berkuasa Palestin Presiden Mahmoud Abbas, Perdana Menteri Turki Ahmet Davutoglu dan pemimpin dunia yang lain telah mengambil bahagian dalam perarakan pada hari Ahad untuk memperingati 12 orang terbunuh dalam serangan ganas minggu lepas oleh pelampau Islam.

Pemimpin Turki berkata bahawa Netanyahu tidak mempunyai hak untuk berada di perhimpunan tersebut dengan alasan korban penduduk awam di Gaza semasa Operasi Protective Edge musim panas yang lepas.


















"Saya juga tidak faham bagaimana dia (Netanyahu) berani untuk pergi ke sana”.

"Bagaimana anda boleh melihat individu ini yang menjalankan keganasan antarabangsa dengan membunuh 2,500 orang di Gaza melambai tangannya," kata Erdogan.

Erdogan menuduh Barat mempunyai ‘double standard’ berhubung dengan orang Islam. Pemimpin Turki berkata sejarah Islam tidak pernah di pihak pengganas, dan mereka tidak akan mengambil bahagian dalam pembunuhan beramai-ramai.

Merujuk kepada serangan maut minggu lepas di Perancis, Erdogan berkata perkauman, kebencian dan mesej Islamaphobia berdiri di belakang tindakan tersebut.

"Kami berharap bahawa negara-negara yang menyerang, menghentikan serangan mereka di masjid-masjid kami."

Pada hari Isnin, Netanyahu melawat kedai runcit halal Hyper Cacher di Paris, tapak serangan Jumaat yang mengorbankan empat orang Yahudi Perancis.

Netanyahu berkata, beliau mengharapkan pemimpin-pemimpin dunia yang berarak menentang keganasan di jalan-jalan di Paris pada hari Ahad untuk melawan keganasan. Kenyataan beliau ibarat meludah ke langit.


Institusi agama Mesir selar Charlie Hebdo
Khamis, 15 Januari 2015


KAHERAH - MESIR. Institusi agama Mesir mengecam provokasi penerbitan kartun Nabi Muhammad SAW pada isu terbaharu yang diterbitkan majalah Perancis, Charlie Hebdo.

Dar al-Ifta dalam satu kenyataan berkata, tindakan itu adalah provokasi tidak wajar terhadap perasaan lebih 1.5 bilion umat Islam di seluruh dunia.


"Edisi baharu majalah itu akan menimbulkan gelombang kebencian dalam masyarakat Perancis dan Barat," menurut kenyataan itu.


Menurut AFP, institusi terbabit turut mengutuk serangan berdarah ke atas ibu pejabat majalah berkenaan pada minggu lalu selepas ia menerbitkan gambaran menyindir Rasulullah.


"Kami menyeru kepada semua umat Islam supaya tidak melibatkan diri dalam keganasan. Kami mengutuk keganasan dan menghormati kebebasan berpendapat.


Namun, mereka perlu faham bahawa kami cintakan Nabi," katanya





CIA didakwa terlibat
Khamis,15 Januari 2015


SACRAMENTO - CALIFORNIA. Serangan berdarah di Paris minggu lalu dipercayai operasi palsu Agensi Perisikan Pusat (CIA), menurut penyelidik bebas Soraya Sepahpour Ulrich, di California.

Maklumat terbaharu mengesahkan, salah seorang lelaki yang bertanggungjawab dalam serangan mengorbankan 12 orang itu didakwa pernah tinggal bersama lelaki Nigeria, Umar Farouk Abdul Mutallab yang gagal dalam sebuah misi pengeboman lima tahun lalu.


Menurut Press TV, Umar Farouk Abdulmutallab didapati bersalah cuba meletupkan bahan letupan disembunyikan dalam seluar dalamnya ketika menaiki penerbangan 253 Northwest Airlines dari Amsterdam ke Detroit, Michigan.


"Kejadian di Paris menimbulkan banyak teka teki dan seseorang perlu mencari jawapan serta hubung kait tentang apa sebenarnya yang berlaku," katanya.


Menurutnya lagi, pada 2012 Abdulmutallab disahkan bekerja dengan perisikan Arab Saudi dan CIA ketika melalui pemeriksaan keselamatan lapangan terbang di Amerika Syarikat.


"Pembaca dihidangkan dengan banyak penipuan di mana maklumat akhir akan kembali kepada perkhidmatan perisikan seperti CIA. Seperti kes di Paris, ia mempunyai banyak keraguan dan tanda tanya," katanya.





Ribut Huda landa negara rantau Arab
Jumaat, 9 Januari 2015


BEIRUT - LUBNAN. Ribut musim sejuk, Huda dilaporkan melanda sebahagian besar negara di Timur Tengah termasuk Lubnan, kelmarin.

Media tempatan melaporkan fenomena itu telah menyebabkan penutupan lapangan terbang di ibu negara selepas kawasan sekitar dilanda salji, angin kencang dan sebahagian tempat turut ditenggelami banjir.


Pihak berkuasa juga bertindak mengeluarkan amaran kepada pengguna lalu lintas supaya sentiasa mengikuti perkembangan laporan kaji cuaca bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.




























Di Jordan, cuaca dijangka menjadi sangat sejuk disusuli hujan lebat di kawasan tengah dan utara negara itu.


Jurucakap Jabatan Kaji Cuaca memaklumkan suhu di sekitar Amman diramalkan menurun sehingga di bawah 5 darjah Celsius dan salji setebal 2.5 hingga 7.6 sentimeter dijangka melanda ibu negara terbabit.


Sementara itu, agensi berita Lubnan, Daily Star melaporkan ribut salji tersebut akan turut melanda beberapa kawasan di Israel dan wilayah Palestin




Lebih 100,000 bantah kempen anti-Islam
Rabu, 14 Januari 2015

BERLIN - JERMAN. Lebih 100,000 membanjiri laluan di seluruh Jerman sebagai membantah kempen Islamophobia yang dilancarkan kumpulan pelampau sejak seminggu lalu.

Menurut Press TV, Media tempatan melaporkan bilangan itu mengatasi jumlah peserta yang menyertai protes anti-Islam anjuran Pertubuhan Patriotik Eropah Menentang Pengislaman Barat (Pegida), kelmarin.


























Difahamkan, kira-kira 25,000 penyokong Pegida menyertai perhimpunan di bandar utama termasuk Munich dan Hanover.


Dalam satu kenyataan lain, Canselor Jerman, Angela Merkel turut mengutuk penyebaran sentimen Islamophobia yang semakin meningkat di negara tersebut dan menjelaskan Islam ada hak di Jerman.


Menurutnya lagi, beliau juga bersetuju untuk menyertai protes bagi membantah kempen anti-Islam itu bersama beberapa menteri Kabinetnya.




Hukuman Hosni Mubarak ditarik balik
Rabu, 14 Januari 2015

KAHERAH - MESIR. Sebuah mahkamah di Mesir semalam menarik balik hukuman penjara tiga tahun ke atas bekas pemimpin negara itu, atas tuduhan rasuah.

Mahkamah turut mengarahkan perbicaraan semula Hosni Mubarak bersama anak lelakinya Gamal dan Alaa atas tuduhan menggunakan lebih AS$14 juta (RM50 juta) wang awam untuk kediaman peribadinya.


Menurut AFP, pada Mei tahun lalu, Mubarak dijatuhi hukuman penjara tiga tahun, manakala kedua anak lelakinya masing-masing dipenjara empat tahun atas kesalahan itu.























Mubarak juga dibebaskan pada bulan November daripada dakwaan membunuh semasa protes empat tahun lalu sekali gus menamatkan pemerintahan beliau selama lebih 30 tahun.


Analisis data ambil masa setahun
Khamis, 15 Januari 2015

PANGKALAN BUN - Proses analisis alat perakam data penerbangan (FDR) dan perakam suara kokpit (CVR) pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 mengambil masa sehingga setahun, sebelum laporan lengkap insiden didedahkan kepada umum.

Menurut Tempo.com, Perkara itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Indonesia, Tatang Kurniadi pada sidang akhbar di Pelabuhan Kumai, Kalimantan Tengah, semalam.


























"Kami sudah selesai memuat turun data daripada FDR. Proses muat turun tidak lama."


"Tapi kami menjangkakan berdepan kesulitan baharu apabila membaca dan menganalisis data tersebut kelak," katanya.


Tatang berkata, proses pembacaan data FDR dan CVR memakan masa lapan hingga ke 10 bulan.


"Parameternya rumit dan banyak. Satu parameter memerlukan satu hari untuk dianalisis."


"Dalam FDR QZ8501 ada sekitar 300 hingga 400 parameter data. Prosesnya perlu dilakukan dengan cermat," katanya.


Kurniadi berkata, laporan awal nahas yang tidak mengandungi sebarang analisis akan dihebahkan dalam tempoh sebulan.


Beliau berkata, draf laporan akhir akan diserahkan kepada beberapa negara termasuk Perancis, Singapura dan Amerika Syarikat untuk dibuat penilaian.


Dalam perkembangan berkaitan, kapal Tentera Laut Singapura menemui bahagian badan pesawat QZ8501, menurut Menteri Pertahanan republik itu.


Ng Eng Hen, dalam catatan Facebooknya, menyatakan beliau dimaklumkan bahawa satu daripada kapal tentera laut Singapura yang terbabit dalam pencarian itu, MV Swift Rescue, sudah menemui kedudukan badan pesawat AirAsia di Laut Jawa.








Menteri Sepanyol gesa bantuan antarabangsa
Khamis,15 Januari 2015

MADRID - SEPANYOL. Menteri Luar Sepanyol Jose Manuel Garcia Margallo, menggesa masyarakat antarabangsa untuk memberi bantuan kewangan kepada penduduk Palestin di Genting Gaza.

"Masyarakat antarabangsa mesti bertindak dengan lebih pantas untuk membina semula Gaza. Mereka kini hidup dalam keadaan sengsara," katanya ketika mengadakan lawatan di wilayah bergolak itu.


























Menurut Press TV, beliau turut berharap bantuan diberikan untuk membina semula lebih 120,000 rumah yang musnah dalam serangan udara tentera Israel selama lebih 50 hari beberapa bulan lalu.


Difahamkan, ketika lawatan tersebut Garcia Margallo turut dibawa melihat sendiri kesan serangan dan mengadakan perbincangan bersama ketua Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA), Pierre Krahenbuhl.


Read more

[KOMSIS 2015] KARYA PILIHAN: CERPEN "Amirah VS Amalina"

0 comments
Tempat kedua

AMIRAH VS AMALINA



“Mirah, angkat kain jap. Nak hujan dah ni.”
            “Baik mak.”

Mirah95: maaf la awak. Ade keje siket. Chat lain kali pulak.
dincomel: ok. Maaf ganggu. Malam nanti la pulak saya kacau. Hehehe. Assalamualaikum.
Mirah95: wasalam.

Amirah menutup akaun skypenya. Ipad mini merah jambu dilemparkan di atas katil. Tingkap bilik ditutup. Awan mendung mula berarak menutupi sinaran matahari. Burung-burung mula pulang ke sarang. Tudung waheeda di kerusi dilingkupkan di kepalanya.  Langkahnye laju menuju ke dapur. Raga plastik hijau diambil lalu ke ampaian.

..........................................................................................................................................

“Din, chat dengan sape tu. Senyum semacam je.”sergah ijoi.
“ Ishh... kau rupanya ijoi. Salam tak de, bunyi pun takde, tiba-tiba je keluar suara. Nasib baik aku takde sakit jantung”
“Hahaha.  Aku dah bagi salam kot tadi. Kau tak perasan kot.”
“Ye ke.”tanya nordin.
“ Ye la. Kau tu angau semacam je. Aku panggil 3 kali kot. Pahtu tengok pintu tak kunci. Ape lagi redah je la. Hahahaha.”
“Hahaha. Silap aku la tu. Dah makan?”
“ Aik ubah topik pulak. Soalan aku ko tak jawab lagi. Nak lari la tu. Hahaha” usik ijoi sambil mencuit-cuit bahunya.
“Ko ade tanye soklan ke tadi? Ape eh?”
“Hahaha. Tu la. Angau lagi. Ko chat dengan sape tu. Senyum sampai ke telinga aku tengok,”usik nordin lagi.
“Hahaha. Orang biase la. Macam kau tak tahu.”
“Amalina lagi ke? Dia SPM kan tahun ni.”
“A’ah. Dah. Jom pi makan. Aku lapar la.”
“Hehehe. Pandai je ko ubah topik. Ok la. Jom. Makan ape malam ni. Char Kuey teow? Mi ladna? Me goreng mamak?”
“Hahaha. Aku rasa nak makan nasi goreng pataya la mlm ni.”
“Ok. Kedai biasa kan.”
“Ha’ah. Tapi aku nak solat asar jap. Ko main la FIFA14 dulu. Tapi jangan hack aku pulak. Siap ko nanti”
“Baik-baik. Aku balas mesej amalina sekeping. Hahaha.” Jawab nordin selamba.

Dushh. Patung spongebob squarepants selamat mendarat di muka  ijoi.
” Tu makan dia.”

Samsung s4 diambil. Akaun line dibuka. Namum hampa. Tiada mesej yang masuk. Matanya memandang ijoi. Ijoi hanya mengeleng kepala. Tahap kronik betul kawannya ni. dah masuk tahap wajib kahwin dah ni.  Nordin menghamparkan sejadah.
            “Allahuakbar..”

.........................................................................................................................................

“Nasi goreng satu”
“Roti canai siap”
“Air limau nipis satu, kurang gula lebih ais.”

Suasana di restoran melayu tu masih meriah. Satu-satunya restoran yang menjual makanan malaysia di bumi mat saleh ini. Pemilik kedai tu dah 15 tahun menetap disini. Kedainya sentiasa penuh. Semua ada. Mat saleh, melayu, arab, cina mahupun negro. Semua berkumpul disini.
Kalau nak cakap satu je kedai makan kat sini, mustahillah. Sebelah kiri ada restoran perancis, depan ada domino pizza, sebelah kanan kedai masakan timur tengah dan banyak lagi la kedai makan berhampiran. Mungkin harga makanan yang berpatutan disamping kuantiti yang banyak. Rasa pun memang boleh lawan la dengan kedai mamak malaysia.

            “Nak duduk mana kita ni?”soal ijoi.
            “Tu kat sana kosong,” tunjuk nordin. Langkahnya menuju ke penjuru kedai makan. Kelihatan satu keluarga mat saleh sedang asyik makan nasi lemak di meja sebelahnya.
            “Order dik?”
            “Nasi goreng pataya satu, teh ais satu,” balas nordin.
            “Megi ketam satu, asam boi satu. Gelas besar ye,” pesan ijoi.
            “Ada apa-apa lagi”
            “Tak. Terima kasih.” Balas ijoi. Nordin asyik melihat keluarga di sebelahnya. Gelagat budak lingkungn 3-4 tahun itu mencuit hatinya. Mukanya comot dengan sambal bilis.
            “Ko tengok sape tu? Awek baru ye. Amalina nak buang kat mana?” seloroh ijoi menyoal.
            “Ish. Ko ni. Tak habis-habis. Aku tengok budak tu la.” Balas nordin.” Comot je muka dia. Kiut la aku tengok. Rasa nak cubit je pipi dia. Hahhaa.”
            “Hahaha. Ko ni angau tahap kronik dah ni. Tengok budak pun macam tengok amalina je.” Usik ijoi.” Entah-entah ko tengok muka aku pun ko ingat dia jugak.” Sambungnya lagi.
            “Ade-ade je la ko ni. Muka ko macam amalina? Macam kerbau mak aku ade la.” Sengih dia menuturkan.
            “Ish. Ade ke muka aku macam kerbau. Semua orang cakap aku ni kembar brad pitt. Tahu tak?” seloroh ijol membalas.
            “Hahaha. Ye la, ye la. Ko menang.”

Nordin membuka akaun Linenya. Sekarang dah pukul 3 pagi kat malaysia. Dia dah bangun kot. Cuba je la mesej.

            Nordin93: assalamualaikum. Dah bangun ke belum? Ke tak stay up malam ni?

Seminit berlalu. Dua minit. Lima minit. Tak bangun kot malam ni. Fikirnya. Sudu dan garpu diambilnya. Nasi goreng pataya yang masih panas digaulnya perlahan.
Tuttt..tutt..tuttt.
           
            Amlina95: wasalam. Maaf lambat. Tak perasan tadi. Hehehe. Baru je bangun.
            Nordin93: hahaha. Ok. Maaf ganggu. Pegi la study.topik ape malam ni?
Amalina95: tak gangu la.baru sentuh matematik tambahan. Buat pengkamiran malam ni. Ingat nak baca sejarah, tapi takut saya jd sejarah nanti. Hahaha.
Nordin93: hahaha. Ok la. Beta nak santap dulu. Hehehe.

Samsung s4 disimpan. Ijoi dah hilang dari pandangannya.Basuh tangan agaknya.  Mangkuk megi ketam tinggal kulit sahaja. Air asam boi dah tinggal separuh. Nasi goreng patayanya masih belum terusik.
            “Cepat betul ko makan.”
            Ijoi membetulkan duduknya. "Cepat apenya. Kau tu yang angau dengan telefon. Aku apa lagi.       Bedal je la. Hahaha.”
            “Hahahaha. Aku makan dulu la ye.”balas nordin. “ tunggu aku tau”.
            “Ye la. Ye la, aku tunggunye kau. Kalu suruh aku jadi pengapit pun aku setuju.” Seloroh ijoi.
            “Hahahha. Sape yang angau sebenarnye ni. Aku ke ko?” ketawa mereka pecah serentak.
            “Aku pulak. Ko la. Hehehe.”

Nordin menyuapkan nasinya perlahan- lahan. Mujurlah malam itu tidak sesejuk malam sebelumnya. Nasi goreng patayanya masih lagi suam. Kebisingn kedai semakin berkurangan. Mungkin sudah hampir magrib kot. baik aku cepat nanti terlajak magrib pulak.

...............................................................................................................................................

Eh.. tak tido lagi ke mamat ni. Dah pukul 12 rasenye kat sana. Cuba la mesej sekejap. Fikir amirah. Tapi nak taip ape ya. Ahh. Kacau je la. Hehehe.

            Mirah95: tak tido lagi eh? Kata cinderella. Rasanya dah lepas angka 12 ni. Hahhaha.
Dincomel: hahaha. Layan bola sekejap. Nanti la tido.
Mirah95 : ish3x. Ingat study ke apa. Rupanya tengok bola. Sanggup pulak ye.
Dincomel: hahaha. Minat. Nak buat macam mana. Study bio lagi ke? Esok paper ape?

Asyik tepat je mamat ni teka. Eric dittleman ke ni? Ke dia stalk aku ni.

Mirah95: ish. Tak paham betul laki-laki ni. Ape seronok sangat tengok bola. Bawak bola je   
pun. Ha’ah. Esok paper last. Bio. Tahu mana eh? Stalk orang eh? Tapi yang paling best lepas tu BEBAS. Hahaha.
Dincomel: hahaha.minat laki lain. Sama macam pompuan minat kpop, korea. angau semacam je. Jerit sana, jerit sini Hahahaha. Saya teka je la. Mana tahu betul.  Untungla dah BEBAS. Hehehe
Mirah95:tolong sket eh. Saya tak layan kpop.
Dincomel: terasa ke. Hehehhe.ops. lupe pulak awak ni pompuan. Hahaha.

Ada saja idea nak kacau aku. Hishhh. Tak boleh jadi ni.

Mirah95:hurhh. [angry][angry][angry]
Dincomel: aik. Marah ke. Jangan marah, nanti cepat tua. Hehehhe
Mirah95: buekkk. Ikut suka la. Kalu saya tua, awak lagi tua. Hehehe.
Dincomel: saya bukan tua tapi matang. Hehehe. Ok la. Sambung tengok bola dulu.assalamualikum. p/s; gud luck esok. All the best. Caiyok... caiyokk.

Aik. Dah lari dah. Ok gak tu. Makin sakit hati ada la chat ngan dia.aku pun nak sambung belajar ni. Bio bab pembiakan ni pun banyak lagi tak habis.

Mirah95: yela tu matang. Sebenarnya kubur kata mari rumah kata pergi dah tu. Hahahah. Gurau. Gurau. Tapi mekasih utk wish tu. Layan la bola awak tu sampai esok tak payah tido tak pe.. ok la.banyak lagi nak cover ni. Waalaikumussalam. 

................................................................................................................................................

"....nak ambk course ape ni. Medik ke engineer. Kalu ikutkan medik macam best, tapi abah suruh ambik engine. Senang dia nak tolong maklumlah orang besar petronas...", monolog hatinya.

Arghhhh.. pening la kepala macam ni. Biar la dulu, baik main game. candy crush dah sebulan lebih tersangkut kat level 557. Ipad merah jambu diambilnya. Tiba-tiba icon skype lebih mencuri tumpuannya. Buka la kejap tgk sapa online pagi-pagi buta ni. Mustahil mamat tu online, baru pukul 4 pagi sana.

Aik.. tak tido. Pelik bin hairan ni. Nak kata ada bola hari jumaat. Jarang ada bola hari ni. Mesej la sepatah..

            Mirah95: salam. Aik xtido lagi. Ish3 bola je memanjang.
Dincomel: wasalam... hahaha. X ngntuk la sayang. Bnyk lagi x cover ni. minggu dpan dah start exam 

Erkk.. ngigau ke ni. sayang-sayang pulak.

            Mirah95: sorry salah org... maaf gngu. Bye
            Dincomel:gurau pun x boleh... sensetap betul.
            Mirah95: gurau pun ade batas okay... n saya X SUKA. Pahammmm
            Dincomel: erkk.. marah betul.. sorryyyyy. X buat lg hari ni. esk lusa maybe. Hahaha
           
Ish ish ish..nyesal aku tegur. Makin serabut kepala ada la. Biar je la... malas ak layan. Smbung candy crush lagi bagus.

Dah lebih seminit ni... merajuk ke sorang tu. Apesal la aku pergi buat kerja gila tu. Pandai-pandai main sayang dah ni. sejak bila ni nordin weii...
           
Dincomel: helloo... ade org x ni...hallooo.. sorry la td. Sy x pndai bab memujuk ni.. tolong la balas
Dincomel: xpela.. xnak balas sudah. Bye.

Bising la mamat ni. orang merajuk dia nak merajuk jugak.

            Mirah95: bising la awak. Org nk main candy crush pun x senang.
            Dincomel: wah ade lagi... ingtkn merajuk td.
Mirah95: memang merajuk pun... tp awk bising sngt. But ingt sy x suka gurauan macam td... n i really hate it... okayyyy.
Dincomel: oh... okay. Jnji x buat lg.
Mirah95: gud boy... so pegi study.
Dincomel: bukan boy okay... tapi man. Habis tu knape tegur pagi2 buta ni. ade ape nk tnye ke?
Mirah95:xdela. Pegi study. Xpenting pun
Dincomel: tnye je la. Ni pun dah tepu otak study. Tgh nk rest kejap.

Pandai la mamat ni. entah-enath tengah main game. Bukan tengah belajar pun.

            Mirah95: xdela. Tgh pikir nk ambk medic ke engine. So opinion awak?
Dincomel: la tu je ke... ingt x program mahasiswa tunjang aspirasi negara dulu? Masa kat skolah dulu?
            Mirah95: ingat. Knape?
            Dincomel: lpas tu kan ada career talk. Pilih course apa masa tu?
            Mirah95: buat2 tnya pulak. Sy join yg awak handle tu la. Ambk medic.
            Dincomel: so tu dah dapat jawapan... buat ape tnye lagi. Pelik betul.
            Mirah95: tu je.. baik x yah tnye klu macam tu.
            Dincomel: habis tu... xkan sy nk suruh ambk cg pulak... ambk seni ke.
Mirah95: ish... x paham betul la. Org tengah pening kpala ni. dia main2 pulak. Xde la. Sy mmg nk ambk medik tp ayah suruh ambk engine. Sbb sng dia nk tolong nnti.
            Dincomel: oh... so ambk la engine. Sng cite.
            Mirah95: tapi..... sy suka medic.
            Dincomel: klu mcm tu ambk medic balik. Hahaha.
            Mirah95: ish3. Makin pening ada la ckp ngn awak ni. org tnya betul2 ni.
            Dincomel: macam ni la sng... sblm sy jawab awk kena jawab soklan ni dulu.

Susah la cakap dengan mamat ni. Ada je apa yang dia suruh pikir.

            Mirah95: okay. Soklan ape?
            Dincomel: tahu x ape maksud mahasiswa tunjang aspirasi negara? Nama program ari tu?
Mirah95: entah la... yg sy fhm sebagai mahasiswa ni la akan bangun kan negara dari semua aspek pembinaan,kedoktoran and so on. Tu la kot
Dincomel: mksdnya? sy x paham.
Mirah95:mahsiswa yg boleh keje ok. Phtu atas sbb dia berjaya org nampak usaha dia. Phtu ramai anak muda nk masuk uni sebab ikut jejak lngkah dia. Then, dgn ramai yang berjaya akan menana kecermelangan ekonomi negara n naik nama negara ke persada dunia. Cnth nama kereta proton, eksport batik malaysia ke luar negara etc..
Dincomel: wahhh... mcm debat dah. Kemas dan padat ulasan dia. Hahaha
Mirah95: menganjing nmpk... so sy bdah jawab jadi mcm mana ngn masalah sy?
Dincomel: btul la tu.. konklusinya ada 2 bnda penting yg perlu awk th...
Mirah95: apa dia?
Dincomel: satu... kene dapat result dulu. Nk cemerlang bukan okay.....

Dushhh... menyesal aku tanya mamat ni. kene batang hidung ak balik.

Dincomel: dua... untuk capai semua tu, kene ade usaha yang tinggi. Phtu kena ada keyakinan untuk mencapai usaha tu. Kena berani terima cabaran yang bakal ditempuhi dalam ranjau mecapai kejayaan tu. Tu je la....
Mirah95: so ape jawapan dia? Still x paham.
Dincomel: mcm ni la... utk pilih tu tgk result dulu nnti. Buleh result br pikir. Then klu dapat result cemerlang... pilih yg mana awk btul2 minat. Bg sy medic la sbb tu subject yg awak minat. Sbb klu awk ambk engine phtu course tu awk x minat tp ayah yg suruh..laagi rugi. Sbb last2 negara kehilangan seorg bakal doctor tp dapat engineer yg kurg bermutu. Tp jgn salah paham. Ni opinion sy je.
Mirah95: ohh.. ok. Thanks
Dincomel: sorry la.. sy terlebih cakap pulak. Tp satu je. Pilih course yg awk rase boleh bwk. Bukan atas sebab family. Sbb course tu bakal menjadi future awk nnti, salah pilih pndai2 la pikir sndiri.
Mirah95: ermm... tgk la mcm mana nnti.
Dincomel: okla... sy nk smbung study pulak. Dah nk masuk subuh ni. skli lagi, sorry kalu sy terlebih cakap.
Mirah95: ok. Xde pepela. Sy okay je.
Dincomel: okay.. bye. Assalamualaikum.
Mirah95: wasalam.

..........................................................................................................................................
           
            “Din, ari ni keluar result spm kan? “ soal ijoi.
            “Ha’ah.”
            “Amalina ape cite?” ijoi mula mengusik. Idea gilanya dah keluar.
            “Aik... apesal ko pulak yang semangat ni.” Pelik betul dengan soalan kawannye tu.
            Ketawa. “ Aku nak bajet bile boleh makan nasi minyak ni.hahaha.”
            “Ade-ade je ko ni.” Balas nordin.” Dia tak mesej lagi la. Aku tengah tunggu jugak ni”
            “Ooo. Betul ke ni? Ke ko nak sorok dari aku?”
“Betul la. Ish ko ni.” Jawab nordin. “Ko kan sahabat aku dunia akhirat. Memang aku bagitau ko dulu la macam mana pun.” Sambungnya lagi.
“Hahaha. Ye la tu. Pinjam laptop jap. Lama tak main FIFA14 ni. Gian la pulak.”
“Ambik la. Macam tak biasa pulak.”

Toing.... toing...toing..

Bunyi masuk mesej ke akaun skype. Ijoi mula memandang nordin. Dia tersengih. Hehehe.
            “Ko jangan buat gila ijoi. Aku sembelih gak nanti.” Ugut nordin.
            “Gila tak gila. Aku nak buka jugak.”

Tengah nordin menuju ke arah ijoi. Tuttt.....tuttt...tuttt. samsung s4 pulak bergetar. Tangan ijoi pantas menyamba s4 di meja belajar. Satu mesej masuk ke line.

            “Ijooooiiiiiii. Ko nak kena ni.” laung nordin.
            “Hahahaa. Tadi cakap kawan baik. Kongsi la.”
            “Baik. Baik. Tapi bagi aku tengok dulu. Boleh?”
            "Boleh, boleh tapi dengan syarat pilih satu je. Hehehe. Line ke skype?”
            “Ok. Bak sini tepun tu. Ko baca la skype tu. Hehehe.”

Handphone bertukar tangan. Ijoi mula membuka akaun skype nordin. Tertera di skrin..

Mirah95: alhamdulillah. Saya dapat semua A. Tapi matematik tambahan dan bahasa inggeris dapat A-. Yang lain A+ dan A biase.

            “Macam mana din? Semua A kan tapi 2 A-. Betul tak?” soal ijoi.
            “Ha’ah. Mana kau tahu.” Tanya nordin.
            “Ni akaun skype ko.”
            “Hahhh”

Nordin pantas melihat skrin laptop Dellnya. Mukanya sudah tersenyum. Ijoi semakin hairan. Setahu aku aweknya amalina. Sapa pulak mirah ni? Sejak bila dia jadi kasanova ni.

            “Ni amalina la.” Terang nordin. Seolah-olah dapat membaca fikiran ijoi.
            “Aik. Apasal nama dia mirah?”
“Hahaha. Kau lupa ke, nama dia nur amirah amalina. Ish. Ko ni. Tu la aku cakap banyak makan Lay’s tak baik untuk ingatan. Banyak monosodium glutamat.”
            “Haah. Lupa lak aku. Boleh makan nasi minyak la ni.”usik ijoi lagi.
            “Hahaha. Banyak la ko. Ok la ijoi. Aku nak skype jp dengan dia.”
            “Baiklah tuanku. Patik tak nak menganggu tuanku dan permaisuri berbicara.” Ijoi mula masuk alam kesultanan melakanya.” Kalau jadi nasi minyaknya, patik sedia jadi pengapit.” Sambungnya lagi.
            “ Banyak la ko punya permaisuri. Aku nak ucap tahniah je la.”balas nordin dengan hati yang berbunga-bunga.
             "Ok la. Aku chow dulu. Kirim salam ke dia bagi pihak aku.”

Nordin hanya mengankat ibu jari. Fon kepala telah diletakkan di telinga. Butang panggil hijau ditekan. Tut...tut..tut...

...............................................................................................................................................

            “Tahniah, dan selamat datang ke bumi moscow ” ucap nordin.
            “Terima kasih. Alhamdulilah, sampai jugak ke negara ni.”balas amalina.
            “Jom kita ke sana. Bas dah menunggu untuk ke uni” ajak nordin sambil menarik beg pink milik amalina.
            “Jom”


Bismillah.. harap jalan ini jalan terbaik untukku. insyaAllah dalam 6 tahun aku akan menjadi pegawai perubatan yang berjaya dan berjasa kepada negara. Aminnnn...





       
Hasil Nukilan

Khairil Aziat, tahun 4, VSMU














Read more