• Motivasi Dan DIY

    Creativity Beyond Measure

  • Tazkirah

    Sharing is Caring

  • Local Wrap

    Around Us

  • Friday Wrap

    Around The World

  • Baitul Muslim

    Kuliah Online Baitul Muslim

  • Kulinari

    Sugar, Spice and Everything Nice

Berlapang Dada

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Manusia. Tak lekang daripada ujian. Dan tanpa kita sedar, ujian itu memberi seribu satu hikmah pada diri kita sendiri mahupun orang lain. Ada yang tak lepas peperiksaan, ada yang hidup susah, ada yang kehilangan insan tersayang, dan macam-macam lagi. Tapi, dikala diuji, bagaimanakah kita? Adakah kita menangis? Meraung? Putus asa? Atau adakah kita menjadi lebih kuat? Masih tersenyum girang? Masih menadah tangan mengucapkan syukur? Tepuk dada, tanya iman. Beruntunglah mereka yang mampu berlapang dada tak kira walau dalam apa keadaan pun.

Untuk membentuk diri kita untuk sentiasa berlapang dada, paling penting, kita perlu sentiasa ingat yang Allah sentiasa ada dengan kita.

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya." (Surah Al-Qaf, 50:16)





Bila kita sedar Allah sentiasa ada dengan kita, dengan sendirinya kita akan meletakkan pergantungan sepenuhnya kepada Allah. Minta pertolongan padaNya, minta dikuatkan hati daripadaNya. Sebab hanya Dia yang mampu. Luahkan masalah padaNya sebab hanya Dia yang mampu menyelesaikan. Tapi, kadangkala kita boleh meluahkan masalah pada orang lain, tapi, mungkin mereka hanya mampu mendengar. Tiada apa yang berubah. Jadi, lebih baik, merayu padaNya. Ketenangan hati kita itu tetap datang daripadaNya.

"Orang-orang yang beriman itu akan menjadi tenteram hati mereka. Ingatlah dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenteram." (Surah Ar-Ra'd, 13:28)


Tetapkan juga dalam hati, bahawa tiada kebetulan dalam dunia ni. Semuanya dirancang! Kita merancang, Allah juga merancang. Tapi, rencana Allah itulah yang paling hebat! Apa yang berlaku itu adalah dengan keizinan, perancangan dan pengetahuan Allah. Apabila Allah timpakan sesuatu musibah maka yakinlah disebalik musibah itu terkandung seribu hikmah. Mungkin Allah sedang menguji tahap keimanan kita, atau meningkatkan darjat kita, atau mahu menyucikan diri kita dari dosa-dosa, atau menambah kebaikan atas diri kita. Atau mungkin juga Allah ingin menarik kita kembali kearahNya. Apabila kita yakin semua perkara baik dan buruk itu datangnya dari Allah dengan tujuannya yang tertentu, maka hati akan merasa tenang.


Bersyukur. Senang diucapkan, tapi sentiasa lalai untuk mengucapkannya. Saat diri penuh kekurangan, jangan melihat pada yang sempurna, tapi lihatlah pada yang lebih kekurangan. Kalau kita sentiasa ingin sempurna, kita tak akan pernah puas. Kalau manusia diberi dua bukit emas, mereka akan terus meminta untuk bukit ketiga. Jadi, bersyukurlah dengan apa yang ada. Sungguh, hidup kita akan menjadi lebih tenteram dan bahagia dengan bersyukur.


Ya, cakap memang senang, tapi, tak semua mampu melakukannya. Tapi, kalau orang lain mampu berlapang dada dalam setiap keadaan, mengapa tidak kita, kan? Berusaha. Berusaha untuk berlapang dada, dan serahkan segalanya pada yang Maha Esa. Cambahkan caj-caj positif dalam badan. And, keep smiling. ☺



Read more

Penajaan Skim Fellowship Universiti Malaysia Pahang (UMP)

0 comments
Bismillahirrohmanirrohim,

Assalamualaikum wrt.

Buat pengetahuan semua terutama pelajar-pelajar kejuruteraan di Russia,

Pihak University Malaysia Pahang (UMP)  akan mengadakan lawatan ke Russia pada 2 - 5 April 2013 bagi meyertai Moscow International Salon of Inventions & Innovation Technologies. 

Bersempena lawatan ini UMP akan mengadakan temuduga Skim Fellowship di Moscow, sehubungan itu kami ingin menjemput pelajar-pelajar untuk memohon Skim Fellowship ini.

Kami juga ingin memohon kepada saudara untuk menghebahkan iklan jawatan akademik kepada International Office/Gradute Studies universiti di Russia.

Bersama-sama ini disertakan dokumen sebagai rujukan dan untuk hebahan.

fellowship2013_RUSSIA
UMP Jobs Advertisement_benefits
Permohonan Skim Fellowship
Job Application Form

Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut, sila berhubung menerusi talian dibawah:

Mohd Muradzuddin bin Dzulkifli
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Jabatan Pendaftar
Universiti Malaysia Pahang

email :muradzuddin@ump.edu.my
facebook: Murad Zdean

Terima kasih.





Read more

Mahsyar & Mukmin

0 comments


Just imagine if we were in a state in which there are only few days left, to sit for the most difficult and the most important examination of our lifetime. And yet we haven't prepared much, of course we would be struggling and pushing ourselves to study above our regular limit. It would be insane if we're still sleeping and playing around during that particular time, isn't it?

Now the days had gone and we have 3 minutes left before entering the grand examination hall. How would we feel at that moment?


There's a hadith, narrated by Abu Said Al-Khudri: the sahabah (companions) asked the prophet Muhammad SAW for how long will a human stays in Mahsyar? Then, the prophet Muhammad SAW recited this ayat to them:

تَعْرُجُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ إِلَيْهِ فِي يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ خَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ

"The angels and the Spirit will ascend to Him during a Day the extent of which is fifty thousand years." (Surah Al-Maarij, 70:4)

The ulama' made a comparison based on this ayat, that one day in the akhirat is like 50,000 years in the dunia. Based on this fact, there’s something which I find useful:

Let's say, if this one human being can live for 100 years (he must be very old)..

100 years / 50,000 years = 0.002

So, the ratio of (time in dunia) : (time in Mahsyar) = 0.002 : 1

And if we consider that one day in Mahsyar equals to 24 hours (of course it is not true). For how long would he be in dunia?

24 hours = 1,440 minutes

(0.002)(1,440 minutes) = 2.88 minutes [approximately 3 minutes]

(Keep in mind that this is just an analogy)

Therefore, the 100 years old guy spent only approximately 3 minutes in dunia.

What?? Can it be even ‘shorter’ than that? 3 minutes to get prepared for an endless journey in the hereafter. Like seriously? “If I knew it before, why bother wasting time in dunia for something useless”, said somebody.


Once, I watched an Islamic lecture video and one of the points stressed by the speaker was about a hafiz (the one who memorizes the entire Quran) who was asked by Allah SWT in the Mahsyar. In a simplified version, Allah SWT asked him, to whom he memorized the Quran in the first place. The hafiz said, he did that for the sake of Allah SWT and to seek rewards from Him. Then Allah SWT replied that it's not his intention. Allah SWT knew that he did for the sake of wanting respect from others and not for the sake of Allah SWT. At last, the hafiz got nothing from memorizing the entire Quran except the respect that he had wanted in dunia. What a waste, naudzubillahiminzalik.

So, let’s not waste our time doing something which does not and will not gain us benefit. Inshaallah, let’s set our intentions right for the sake of Allah SWT in whatever we do from now on.


Another thing that I wanna share is, is it true that we have to live and suffer that long at Mahsyar? Even for a mukmin? Yes, we all know that the suffering in Mahsyar is not only just for a day. But, would it be fair for the mukmin to suffer also the long period of Mahsyar?

Let’s get back to the hadith…..

After hearing what the prophet Muhammad SAW recited to them, the sahabah were very afraid that they will not be able to bear the lengthy period of Mahsyar.

Then the prophet Muhammad SAW said (once again, I simplified it),

.. for the mukmin, they will feel as if the duration in Mahsyar is the duration of a Fard prayer.


For me, this is what I found interesting. The mukmin will feel as if the duration in Mahsyar is just a Fard prayer's duration and they will not suffer what the non mukmin will suffer. And that’s why, by any means we must strive towards becoming a true mukmin, inshaallah.

Again, to be a mukmin is not an easy thing, not by a day's effort or a night's dream, but through sweat and tears (I mean lots of effort is needed). And not to forget that intentions are the main ingredients (decisive factor) whether you’ll be getting a healthy meal or a bloody diarrhea.


Wallahualam and that’s all for now..

Assalamualaikum wbt. ☺


Read more

Hati

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt..

Apa itu hati?

“Dalam diri manusia itu terdapat seketul daging. Apabila daging yang seketul itu baik maka baiklah seluruh tubuh badannya. Dan apabila rosak daging yang seketul itu maka akan rosaklah tubuh badannya. Dan daging yang seketul itu ialah hati.” (Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis di atas, pada permulaannya kita boleh lihat hati seseorang itu melalui dari tindak tanduknya. Secara ringkasnya hati seseorang itu mencerminkan peribadi individu tersebut. Jadi sangat penting untuk kita menjaga hati kita supaya tidak kotor dan seterusnya akan menyebabkan kita melakukan perkara-perkara yang tidak seharusnya kita lakukan.

Hati ialah organ paling utama dalam tubuh manusia. Ia kelak akan menjadi penilaian yang terpenting Allah terhadap hamba-Nya. Bayangkan setiap kemungkaran yang kita lakukan akan menerbitkan satu titik hitam pada hati kita.

Berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat, titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam.” (Riwayat Ibnu Majah)

Kredit

Hati yang kotor dan keras perlu dibersihkan kerana ia akan berkait dengan amalan yang kita lakukan. Hati yang kotor boleh disucikan dengan banyak mengingati Allah iaitu berdoa meminta keampunan daripada-Nya. Firman Allah bermaksud:

“Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu, tenang dan tenteramlah hati manusia.” (Surah al-Ra’d, 13:28)

Hati manusia boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian: -

  1. Hati yang bersih/hidup: Hati orang yang beriman dimana terdapat cahaya ilahi yang memancar
  2. Hati yang tertutup/mati: Hati orang yang ingkar terhadap keesaan Allah
  3. Hati yang terbalik: Hati orang yang tahu tetapi ingkar, melihat tetapi sengaja buta, yakni hati orang munafik

Di sini kita boleh kategorikan dimanakah sebenarnya kedudukan hati kita. Masih belum terlambat untuk kita bertaubat dan bersihkan segala titik-titik hitam yang ada pada hati kita ini. Sesungguhnya setiap manusia itu tidak sempurna, namun kita perlu berusaha untuk menjadi yang terbaik.

Manfaatkanlah hati kita sebaik-baiknya. Bersyukurlah dengan pinjaman-Nya yang amat berharga ini. Hargailah ia dan manfaatkan sebaiknya. Jangan sesekali membutakan hati kita dengan kasyikan duniawi semata-mata. Jaga dan peliharalah hati agar kita dapat memperoleh haruman syurga di sana nanti.


Firman Allah yang bermaksud:

“Maka tidak pernahkah kamu berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada.” (Surah al-Hajj, 22:46)


Read more

Adab Bermusafir

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, satu semester telah berjaya kita tempuhi.

Ini bermakna, ramai di kalangan kita yang sedang menikmati cuti musim sejuk.

Musim cuti sejuk amat sinonim dengan percutian ke negara-negara lain dan ada juga yang mengambil kesempatan cuti ini untuk pulang ke tanah air tercinta, Malaysia.

Namun begitu, musim cuti tidak bermakna kita boleh bercuti dalam semua perkara.

Hal-hal dakwah dan tarbiah tidak harus di abaikan, tetapi seharusnya kita menggunakan peluang masa terluang yang ada untuk dipenuhi dengan sesuatu yang berfaedah.

Jangan sekali-kali kita membiarkan diri kita futur dek tertipu dengan nikmat masa lapang yang ada.



Dari Ibnu Abbas RA, dari Rasulullah SAW bersabda: “Dua nikmat yang kebanyakan manusia terpedaya dengannya ialah waktu sihat dan masa lapang." (Riwayat Bukhari)

Adakah kita termasuk dalam orang yang terpedaya seperti yang disebutkan di dalam hadis tersebut? Mudah-mudahan kita sedia merencana langkah yang bijak bagi mengisi masa lapang, apatah lagi musim cuti yang menjanjikan kita dengan pakej-pakej pelancongan yang menarik. Tetapi, tanpa kita sedari, kita terlalu sibuk untuk merancang perjalanan dan percutian yang menarik hingga kita lupa untuk menyediakan perancangan yang cukup untuk memenuhi tuntutan ruhiyyah Islami yang ternyata lebih penting. 

 






Oleh hal yang demikian, dalam merancang perjalanan, kita seharusnya tidak mengabaikan adab dan sunnah Rasulullah dalam bermusafir. Antaranya ialah: -



1- Niat dan tujuan yang baik

Sebelum merancang dan memulakan perjalanan, marilah sama-sama kita semak kembali niat dan tujuan kita bermusafir. Jika tujuan kita hanya untuk bersuka ria dan melepaskan tekanan selepas menghadapi peperiksaan akhir semester, maka wajiblah bagi kita untuk memperbaiki kembali niat tersebut. 


Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs 'Umar ibn al-Katthab RA, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu."



2 - Solat sunat 2 rakaat

Sebelum meninggalkan rumah, kita disunatkan untuk menunaikan solat sunat 2 rakaat. Dengan menunaikan solat ini, bermohonlah kepada Allah SWT agar Dia memberikan keselamatan, kemudahan serta memberkati perjalanan yang hendak dilakukan.



“Tidaklah seseorang meninggalkan sesuatu bagi keluarganya yang lebih baik daripada solat 2 rakaat yang dilakukan di sisi mereka ketika berniat untuk bermusafir." (Riwayat Tirmizi)



3 - Memulakan perjalanan pada waktu malam


Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Berjalanlah pada waktu malam kerana bumi dijadikan lebih pendek pada waktu malam.” (Riwayat Abu Daud)




4 - Bawa beg kecil berisi barang peribadi

Ketika bermusafir, Nabi SAW ada membawa satu beg kecil yg diisikan siwak, sikat, cermin dan celak. Ini akan memudahkan Nabi SAW untuk bersuci sepanjang tempoh bermusafir.



5 - Banyakkan berdoa

Rebutlah peluang untuk memperbanyak berdoa sepanjang perjalanan, doakanlah kedua ibu-bapa dan para Muslimin amnya atau siapa sahaja.


Dari Abu Hurairah RA berkata, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Ada tiga doa yang diterima oleh Allah secara langsung iaitu doa orang yang dianiaya, doa seorang musafir dan doa orang tua terhadap anaknya." (Hadis Riwayat Tirmizi, Ahmad dan Abu Daud)



6 - Sunnah al-Huda (Nyanyian musafir)

Bagi menghilangkan ketegangan dan keletihan dalam perjalanan, disunatkan juga mendengar nyanyian. Ketika bermusafir, Nabi menyuruh sahabat yang pandai bersyair seperti Kaab bin Zubair untuk mengalunkan syairnya. Sunnah ini jelaslah amat bertentangan dengan sikap segolongan remaja masa kini yang lebih memilih untuk menyanyi dan mendengar alunan lagu-lagu yang melalaikan.



7 - Membeli buah tangan

Kebiasaannya, kita memang membawa pulang buah tangan kepada keluarga dan rakan tersayang tetapi kita tidak mengetahui bahawa amalan tersebut merupakan salah satu sunnah Rasulullah SAW. 
Biarpun hadiah yang dibawa pulang itu kecil dan tidak tinggi harganya, tetapi ia amat bernilai bagi orang di sekeliling yang menerimanya. Dan diharapkan hadiah itu mampu mengeratkan hubungan silaturrahim dan mengeratkan tautan hati insyaAllah.





“Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada.” (Al Hajj, 22:46)


Read more

Tips Memilih Buah-buahan dan Sayur-sayuran

1 comments

Bismillah.
Assalamualaikum wbt.

Apabila kita membeli buah-buahan, kita pasti menginginkan sesuatu yang terbaik. Tetapi buah-buahan dan sayur tidak mempunyai tarikh luput untuk menandakan tamat tempoh produk tersebut. Jadi, ia bermula dengan proses pemilihan yang terbaik dengan tips-tips berguna.

Buah-buahan mempunyai musim-musim tertentu di mana produksi agak bannyak dan berkurang. So, Be Flexible. 

Selalu memastikan tiada lubang-lubang serangga pada buah/sayur. Pegang dan rasa keseluruhan bahagian buah/sayur untuk pastikan tiada bahagian lembut atau soft spot kerana bahagian tersebut akan merebak dengan cepatnya ke bahagian lain. 

Buah/sayur harus mengeluarkan bau yang segar, melainkan jika ia tidak masak lagi.

Buah/Sayur telah dibahagikan kepada dua kategori:
1) Produk yang akan layu dan masak saat ia dipilih.
2) Buah-buahan (terutamanya) dan sayur-sayuran yang boleh masak atau memperbaiki selepas anda membeli mereka.

Produk-produk berikut tidak akan meningkatkan dengan usia, jadi mereka boleh digunakan secepat mungkin. Tetapi jika disimpan dengan betul, sayur-sayuran akar, bawang putih, buah-buahan sitrus dan epal dapat disimpan selama beberapa minggu atau lebih lama lagi.

Sayuran Hijau: saderi, parsli, Dill, kale, salad berdaun, brokoli, dan lain-lain harus sentiasa hijau dan segar. Jika ia mula kelihatan layu, pucat, atau coklat, maka ia sudah tidak segar. Beli ketika ia murah dan jika anda boleh menggunakannya dengan segera. Kadang-kadang luar kepala salad layu tetapi dalam masih okay.

Kubis: Pilih kepala yang rangup dan berat.

Akar sayur-sayuran: termasuk turnips, lobak, bit, kentang manis, dan lain-lain: Akar sayur-sayuran harus berasa berat. Kulit harus licin, tidak berkedut. Mereka harus bau segar dan mempunyai warna yang menarik. Yang lebih kecil biasanya lebih sedap.

Kentang: kulit harus tidak berkedut. Kulit hijau adalah tanda solanine beracun. Memotong hijau tidak akan membuang semua solanine itu. Kotoran pada kentang boleh menjadi tanda kesegaran, kerana mereka biasanya dicuci sebelum penyimpanan. Mata kentang lama mula bercambah menunjukkan sudah berada dalam keadaan lama.

Bawang: Hendaklah berat dan keras, dengan kulit gelap dan tidak bercambah.

Bawang putih: bawang putih lama juga akan mula bercambah.

Anggur: Angkatlah pakej dan melihat dari bawah. Jika anggur masak, mereka jatuh sekumpulan di bawah paket. Begitu banyak anggur longgar bermakna mereka sangat masak.

Strawberi: Firm dan tanpa terlalu kuat bau. Sentiasa mengeluarkan strawberi dari paket sebaik sahaja anda sampai ke rumah.

Buah-buahan sitrus seperti lemon, oren, grapefruits, tangerin: bau segar dan tiada tempat yang lembut. Permukaan tidak menjejaskan buah. Bintik hijau adalah juga biasanya tiada kesan pada buah.

Epal: Firm, kulit licin dengan tiada kecacatan.

Timun, zucchini, terung, dan lada: Berat, licin, gelap (walaupun beberapa jenis zucchini pucat).

Cendawan: Putih, jika yang warna asal mereka. Licin dengan tiada kecacatan. Periksa hujung batang juga seharusnya berwarna putih.

Item di bawah boleh dibeli sebelum masak dan ditinggalkan di kaunter sehingga masak. Pilih mengikut keperluan anda dan tarikh perjalanan membeli-belah anda yang seterusnya. Setelah masak, pindahkan ke peti sejuk.

Melon: Tekan atas tembikai, di bahagian batangnya. Jika ia lembut, ia masak. Tembikai masak juga mengeluarkan bau manis. Semakin kuat bau, semakin masak tembikai.

Tembikai: Jentik. Jika anda mendengar bunyi berongga/hollow, ia masak. Juga, angkat ia dan melihat di bawah: kulit perlu ada kuning atau masak.

Tomato: Semakin merah, semakin masak ia. Penyejukbekuan boleh menjejaskan rasa, jadi gunakan tomato secepat mereka masak.

Avokado: Pilih mereka keras, atau, jika anda boleh menggunakan mereka dengan segera, lembut dengan tiada kecacatan.

Buah-buahan bertompok-tompok seperti pic, aprikot, plum, ceri dan nectarines: yang masak lebih lembut dan lebih berwarna-warni. Buah-buahan yang berbau kuat adalah sangat masak. Elakkan pic hijau, kerana mereka tidak sentiasa masak.

Pear: Sama seperti buah-buahan berbintik-Tompok.

Pisang: Pisang hijau dan keras boleh disimpan beberapa hari, manakala pisang kuning boleh dimakan terus. Pisang yang terbaik apabila kulit itu adalah tan dengan tompok.

Sumber: http://www.cookingmanager.com/choose-fresh-fruits-vegetables/


Read more

PERTANDINGAN TRAVELOG AZAM 2013

2 comments

Assalamualaikum wrt brothers & sisters.

Berjalan itu mencipta suatu kisah. Setelah penat berjalan di bumi Allah, anda terasa ingin berkongsi  pengalaman perjalanan anda?

AZAM dengan ini mengalu-alukan penyertaan anda semua dalam Winter Travelogue Holidays Contest 2013.

Ceritakan pengalaman-pengalaman serta pengajaran menarik anda dalam bentuk penulisan,foto mahupun video dengan sekreatif mungkin. 

Syarat-syarat penyertaan:

1. Travelog anda mesti mengandungi unsur nilai-nilai murni & pengajaran.
2. Gambar & video mestilah ditapis terlebih dahulu.
3. Karya boleh ditulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

Tarikh tutup penyertaan: 25.02.2013

Penyertaan boleh dihantar kepada wakil-wakil lokaliti anda:

MOSCOW
thebreakers93@yahoo.com (Adam Aizat)

VOLGOGRAD
hafiza_91@yahoo.com (Nurul Hafiza)

NIZHNY
shabea1027@gmail.com (Aishah Za'ba)



SELAMAT MENCUBA!!

dengan keAZAMan kita bermula.







Read more