WARNA-WARNI VOLGOGRAD
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah rahmat dan Inayah-Nya, kita masih lagi berkesempatan untuk menikmati kurniaan yang Maha Pemurah, Maha Penyayang dan yang paling penting masih lagi berkesempatan untuk menjadi hamba yang insyaalah lagi taat kepada Sang Pencipta.
Sekalung tahniah diucapkan kepada PPIM dan kelab UMNO Volgograd di atas kejayaan menganjurkan aktiviti-aktiviti yang menarik sepanjang bulan March yang lalu. Semoga usaha ini tidak berhenti di sini sahaja dan pihak PPIM dan UMNO dapat menganjurkan lebih banyak program-program yang bermanfaat.
“MALAYSIAN INDOOR AND RECREATIONAL COMPETITION 2012”
Pada 25 Mac 2012,
telah berlangsung satu acara yang dinantikan saban tahun oleh para pelajar di
bumi Volgograd iaitu Malaysian Indoor and Recreational Competition (MIRC).
Program anjuran Kelab Umno Volgograd yang bertempat di Aktovi zal, Hostel
Hiroshima ini telah bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 2 petang.
Tepat pukul 9 pagi acara
dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Presiden Kelab Umno Volgograd.
Seterusnya pada pukul 10 pagi, acara diteruskan lagi dengan Pertandingan
Congkak, Spot The Difference, Arm Wrestling, Uno, Speed Chess, Piramida, Darts,
Batu Seremban dan Tuju Selipar. Suasana dewan pada hari tersebut sangat meriah
dengan aksi para pelajar yang bersungguh-sungguh berentap untuk mengumpul mata
dan menyumbang kepada markah batch masing-masing.
Menjelang pukul 12 tengahari, menyusul pula Pertandingan Tudung Botol
dan Teng Teng. Selain itu turut disediakan “Side Games” yang terbuka kepada
semua pelajar iaitu Pertandingan Teka Air, Speed Typing, Speed Game dan Sudoku.
Melalui “Side Games” ini juga para pelajar boleh berusaha mengumpul mata
kemenangan untuk disumbangkan kepada batch masing-masing.
Setelah seharian berada di tempat pertandingan,satu demi satu pemenang telah diumumkan. Johan keseluruhan bagi MIRC 2012 disandang oleh Pelajar Tahun Tiga, naib johan adalah milik Pelajar Tahun Lima manakala tempat ketiga jatuh kepada Pelajar Tahun Satu. Diharapkan pada pertandingan yang akan datang para pelajar masih mengekalkan semangat dan kesungguhan dalam menyertai MIRC.
Setelah seharian berada di tempat pertandingan,satu demi satu pemenang telah diumumkan. Johan keseluruhan bagi MIRC 2012 disandang oleh Pelajar Tahun Tiga, naib johan adalah milik Pelajar Tahun Lima manakala tempat ketiga jatuh kepada Pelajar Tahun Satu. Diharapkan pada pertandingan yang akan datang para pelajar masih mengekalkan semangat dan kesungguhan dalam menyertai MIRC.
“MEDICAL CULTURE NIGHT 2012”
Pada 31 Mac 2012
IMAM Volgograd telah mengadakan “Medical Culture Night” sebagai penutup program
“BULAN IMAM” yang berlangsung sepanjang bulan Mac 2012. Majlis pada malam itu
turut dihadiri oleh Encik Shuhaimi selaku Pegawai MARA yang juga secara langsung
telah merasmikan penutupan program “BULAN IMAM”. Majlis yang bertempat di
Aktovi Zal universiti telah bermula pada pukul 4.30 petang.
Di awal pembukaan, majlis dimulakan dengan penuh suspen oleh persembahan silat yang sangat memukau. Seterusnya diikuti pula ucapan oleh Presiden IMAM Volgograd; saudara Mohd Aizat Mad Ghani, Presiden MSA; saudara Khairul Afham dan Encik Shuhaimi. Majlis diteruskan dengan tayangan video aktiviti IMAM yang memaparkan pelbagai aktiviti sepanjang BULAN IMAM. Antara acara yang dipertandingkan adalah Kuiz Sirah, Pertandingan Puzzle, Pertandingan Seni Khat, Pertandingan Melukis, Pertandingan King of Diagnosis and Prince of Physical Examination, Teka Herba dan pelbagai lagi.
Seterusnya pula ialah upacara penyampaian hadiah bagi setiap acara yang telah dipertandingkan. Selepas itu majlis diserikan pula oleh persembahan deklamasi sajak yang berjudul “Sajak Tabid Tua, Ubat Muda”. Kemudian disusuli dengan persembahan nasyid oleh Pelajar Tahun Satu. Acara persembahan juga diselang-selikan dengan upacara penyampaian hadiah. Persembahan yang seterusnya boleh dikira kemuncak pada malam tersebut ialah Dikir Barat.
Di awal pembukaan, majlis dimulakan dengan penuh suspen oleh persembahan silat yang sangat memukau. Seterusnya diikuti pula ucapan oleh Presiden IMAM Volgograd; saudara Mohd Aizat Mad Ghani, Presiden MSA; saudara Khairul Afham dan Encik Shuhaimi. Majlis diteruskan dengan tayangan video aktiviti IMAM yang memaparkan pelbagai aktiviti sepanjang BULAN IMAM. Antara acara yang dipertandingkan adalah Kuiz Sirah, Pertandingan Puzzle, Pertandingan Seni Khat, Pertandingan Melukis, Pertandingan King of Diagnosis and Prince of Physical Examination, Teka Herba dan pelbagai lagi.
Seterusnya pula ialah upacara penyampaian hadiah bagi setiap acara yang telah dipertandingkan. Selepas itu majlis diserikan pula oleh persembahan deklamasi sajak yang berjudul “Sajak Tabid Tua, Ubat Muda”. Kemudian disusuli dengan persembahan nasyid oleh Pelajar Tahun Satu. Acara persembahan juga diselang-selikan dengan upacara penyampaian hadiah. Persembahan yang seterusnya boleh dikira kemuncak pada malam tersebut ialah Dikir Barat.
Sebaik sahaja selesai persembahan oleh para pelajar, majlis diteruskan
dengan acara cabutan bertuah. Kemudian, sebagai penutup tirai majlis, para
hadirin telah dipersembahkan dengan persembahan Nasyid Gaza bersempena Program
Global March to Jerusalem (GMJ). Majlis berakhir pada pukul 6 petang.
Sekarang, mari kita dengar pendapat mereka yang hadir pada malam itu
”WEEKEND
CHILL OUT '12”
Pagi ahad yang selalunya tenang dan sepi di Kim Sport Zal digegarkan seawal dari jam 830 pagi lagi oleh para pelajar tajaan MARA dan JPA di Volgograd. Program yang julung-julung kalinya diadakan dan dianjurkan dengan kerjasama penaja utama para pelajar di Rusia ini; MARA dan JPA diaspirasikan dalam bentuk sukaneka yang bertemakan "WEEKEND CHILL OUT" hasil usaha keras committe pimpinan saudara Muhammad Anuar Yaakub. Tahniah dan syabas diucapkan.
1 April 2012 mencatatkan peristiwa istimewa ini yang diserikan lagi dengan kehadiran pegawai MARA, En. Suhaimi Zainuddin.
Pembahagian kumpulan yang mewakili warna rumah sukan; hijau, merah, kuning dan biru, menambah rencah dan rasa apabila masing-masing begitu bersemangat dan bekerjasama bagi memastikan membolot kejuaraan di samping menggamit memori manis ketika masih menyarung uniform sekolah.
Pagi ahad yang selalunya tenang dan sepi di Kim Sport Zal digegarkan seawal dari jam 830 pagi lagi oleh para pelajar tajaan MARA dan JPA di Volgograd. Program yang julung-julung kalinya diadakan dan dianjurkan dengan kerjasama penaja utama para pelajar di Rusia ini; MARA dan JPA diaspirasikan dalam bentuk sukaneka yang bertemakan "WEEKEND CHILL OUT" hasil usaha keras committe pimpinan saudara Muhammad Anuar Yaakub. Tahniah dan syabas diucapkan.
1 April 2012 mencatatkan peristiwa istimewa ini yang diserikan lagi dengan kehadiran pegawai MARA, En. Suhaimi Zainuddin.
Pembahagian kumpulan yang mewakili warna rumah sukan; hijau, merah, kuning dan biru, menambah rencah dan rasa apabila masing-masing begitu bersemangat dan bekerjasama bagi memastikan membolot kejuaraan di samping menggamit memori manis ketika masih menyarung uniform sekolah.
Sukaneka bermula dengan penyertaan pelajar wanita dalam 4 aktiviti,
antaranya susun piramid, angry bird, larian ikat kaki dan bowling serta
"Mini Treasure Hunt". Setelah selesai, aktiviti yang lebih mencabar
menanti pula untuk pelajar lelaki antaranya dodge ball, monkey-monkey, angry
bird dan juga bowling. Kemudian acara kemuncak tarik tali dan futsal antara
pelajar lelaki MARA dan JPA menutup tirai aktiviti pada pagi tadi.
Debaran berakhir apabila rumah kuning diumumkan sebagai juara keseluruhan, rumah hijau tempat kedua, manakala rumah merah dan rumah biru masing-masing di tempat ketiga dan keempat. Bagi futsal, pelajar MARA menjuarainya, manakala juara tarik tali milik pelajar JPA. Para pelajar mendapat hadiah hamper yang bernilai hampir 12000 rubles dan juga hidangan sarapan dan makan tengah hari yang enak; nasi lemak dan nasi kerabu. Harapan besar En. Suhaimi agar program ini dapat diadakan saban tahun.
Debaran berakhir apabila rumah kuning diumumkan sebagai juara keseluruhan, rumah hijau tempat kedua, manakala rumah merah dan rumah biru masing-masing di tempat ketiga dan keempat. Bagi futsal, pelajar MARA menjuarainya, manakala juara tarik tali milik pelajar JPA. Para pelajar mendapat hadiah hamper yang bernilai hampir 12000 rubles dan juga hidangan sarapan dan makan tengah hari yang enak; nasi lemak dan nasi kerabu. Harapan besar En. Suhaimi agar program ini dapat diadakan saban tahun.
Read more
Bismillahirrahmanirrahim.
Seorang atuk ingin mengajarkan hikmah kepada cucunya."Cucu, pergilah ke perigi dan penuhkan kolah di rumah kita, nah gunakan bakul rotan ini untuk mencedok air."
"Baik atuk! "
Tanpa berlengah, cucu dengan segera dan tekun pergi mengambil air dari perigi, namun dek kerana bakul rotan yang digunakannya tidak mampu menampung air, hanya sedikit air yang tinggal apabila dia tiba di rumah. Kolah masih kontang.
Namun cucu tidak berputus asa, dia tetap meneruskan kerja yang disuruh atuknya. Pada mulanya cucu cuba melajukan langkahnya, akan tetapi teknik itu ternyata tidak membantunya untuk membawa lebih banyak air, malah menyebabkan air dari bakul tertumpah..kolah masih kontang.
Setelah beberapa ketika mencuba dan berlari, cucu keletihan namun kolah masih kontang.
| Lari, laju lagi~~!! [kredit] |
"Cucu, adakah kamu merasa kamu sedang membuat perkara yang sia-sia?"
"Ya, atuk dan saya tidak mahu lagi membuat kerja ini!"
Atuk tertawa lalu memujuk cucunya…
"Janganlah begitu cucuku, sekarang beritahu atuk adakah bakul rotan tersebut basah di dalamnya?"
"Ya sudah tentu."
"Adakah bahagian luar bakul itu basah...?"
"Ya"
Maka berkata atuk, "Janganlah bersedih cucuku, kau telah mempelajari sesuatu pada hari ini. Bakul itu seperti hatimu, dan air itu ibarat bacaan quran. Setiap kali engkau membaca al-quran, ia akan membasahi hatimu, walaupun terkadang kau tidak memahami apa yang kau bacakan, tetapi itulah al-quran ia akan tetap membasahkan, menyucikan hatimu, membersihkan jiwamu dan memberi kau kebahagiaan.."
Cucu mengangguk-angguk membenarkan ..
Adakah anda pernah mendengar kisah pengajaran seperti ini?
Adakah anda bersetuju dengannya?
Kita tidak menafikan hadith nabi Muhammad SAW bahawa membaca al-quran akan memberi kita pahala.
Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda: Daripada Ibnu Umar r.a berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda, "Hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca Al-Quran.”
Daripada Ibnu Masud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda : "Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf."
Tetapi benarkah ‘Setiap kali engkau membaca al-quran, ia akan membasahi hatimu, walaupun terkadang kau TIDAK MEMAHAMI apa yang kau bacakan, tetapi itulah kelebihan al-Quran ia akan tetap membasahkan, menyucikan hatimu, membersihkan jiwamu dan memberi kau kebahagiaan..
Kesimpulan ini kedengaran begitu mulia, murni, dan benar.
Tetapi bagaimana dengan firman Allah;
"Maka tidakkah mereka MENTADABBUR (MENELITI) al-Quran?"
-An-Nisa':82
"Sebenarnya al-quran itu adalah ayat yang nyata di dalam dada orang-orang yang diberikan ilmu..."
-Al-Ankabut:49
"Sesungguhnya dalam al-quran itu terdapat rahmat yang besar dan pelajaran bagi orang-orang yang beriman."
-Al-Ankabut: 51
Ertinya Allah menyuruh hambanya membaca Al-quran dan kemudian beriman dan meneliti al-quran supaya dapat diambil pengajaran darinya. Ia bukan bacaan ritual kosong. Ia bacaan untuk kehidupan. Ia bacaan yang mampu mengubah.
| Baca? Tadabbur? erk.. [kredit] |
Allah berfirman lagi;
"Dan di antara mereka ada yang buta huruf dan tidak mengetahui Al-kitab,…"
-Al-Baqarah: 78
"Sesungguhnya kami mempermudahkan Al-quran itu dengan bahasamu supaya mereka mendapat pengajaran."
- Ad-Dukhan: 58
"Dan sesungguhnya telah kami buat dalam al-quran ini segala macam perumpamaan untuk manusia..."
-Ar-Rum: 58
Jelas dalam firman-firman Allah di atas menuntut kita bukan hanya membaca tanpa memahami apa yang kita bacakan. Sungguh aneh jika sesorang boleh menjadi doktor hebat jika dia hanya membaca buku-buku perubatan dan menghafalnya tanpa memahami apa yang dibaca. Bukankah seringkali kalau bahan bacaan dan rujukan perubatan yang ditulis dalam bahasa Russia diterjemah ke dalam bahasa inggeris? Untuk apa? Adakah supaya mudah kita menghafalnya? Untuk mudah kita membacanya? Atau supaya kita mudah memahaminya?
Alangkah dangkalnya manusia yang berfikir bahawa hanya dengan mengkhatamkan Al-Quran pada bulan ramadhan tanpa memahami maksud dan isi yang dibacanya, akan menjadikan mereka orang-orang yang bertaqwa.
Alangkah ruginya manusia yang hanya membaca cara-cara hidup yang baik, sedang mereka jauh sekali beramal dengannya malah tiada usaha untuk memahami apa yang dibacanya..
Alangkah sesatnya manusia yang menyangka dengan hanya membaca di mulut mereka ayat-ayat al-Quran tanpa mengetahui apa yang dikehendaki ALLAH dapat mengubah dirinya dan dapat meraih cinta ALLAH..
KITA YANG MEM"BACA" AL-QURAN
"Tidak perlulah bersanding, bukankah islam menyatakan ia haram?"
"Tak apa lah, nanti keluargaku bising, lagipun ini adalah tradisi dan adat keluarga bukankah hanya sekali seumur hidup?"
***
"Tengok, ada burung gagak hitam di atas bumbung rumah, pasti ada orang mati hari ini..."
"Eh, khurafat tu..."
"Jangan main tuduh-tuduh kata aku khurafat, itu kepercayaan orang tua-tua, bukankah elok mengingati kematian?"
***
"Kau tidak solatkah? "
"Eh, bisinglah kau, mak dan bapak aku pun tak bising kalau aku tak solat, kau siapa untuk menegur aku?"
Adapun manusia yang membaca al-quran tetapi tidak beramal dengan al-quran bahkan terus menerus mengikut adat nenek moyang.
"Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Ikutilah seperti apa yang telah Diturunkan Allah," mereka menjawab, "(Tidak!) Kami mengikuti apa yang kami dapati pada nenek moyang kami (melakukannya)." Padahal nenek moyang mereka itu tidak mengetahui apa pun, dan tidak mendapat petunjuk."
-Al-Baqarah:170
LAYANAN YANG UNIK KEPADA AL-QURAN
Inilah keunikan kita terhadap pembacaan Al-Quran. Setelah bertahun-tahun kita membaca al-quran dan berkali-kali mengkhatamkan al-quran, kita tidak pernah jemu-jemu membacanya dan terus membacanya. Kadangkala kita menekankan tajwid, kadang kala kita bertanding suara siapa yang lebih lunak. Dan akhirnya kita berlumba menghafaznya, tetapi jarang sekali kita berbincang isi mahal yang terkandung dalam al-quran, menghargai waris Nabi S.A.W kepada kita.
Kita lantas kehairanan mengapakah hafalan al-quran kita tetap tidak menambahkan keyakinan dan keimanan kita.
Tetap tidak menambahkan izzah (kebanggaan) kita terhadap islam.
Tetap tidak mengubah kita.
Umat ini tetap dalam keadaan ‘sakit’…
Lantas kita ternanti-nanti, kapankah pertolongan Allah untuk umat ini. Bukankah kami adalah umat yang telah mem’baca’ Al-quran?
| [kredit] |
Read more
MUSLIMAH DAY RUSSIA
Assalamualaikum wrt,,
Alhamdulillah, alhadulillah, alhamdulillah,
di atas nikmat iman dan islam,
di atas nikmat umur yg dipanjangkan,
8 march bertandang lagi dan merupakan saat yang ditunggu-tunggu oleh semua insan yg bergelar wanita di bumi soviet ini....
alhamdulillah sekali lagi kerana dengan izin-Nya, sambutan Muslimah Day kali ini berjaya diadakan di seluruh lokaliti di Russia...
MOSCOW
Moscow – Pada 8 Mac 2012 yang lepas, Azam Russia telah menganjurkan
iWoman – Celebrate Yourself sempena sambutan Hari Wanita. Sambutan ini telah
berlangsung di Sportzal RSMU (M2) serta telah dihadiri seramai 134 orang
peserta. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada saudari Nur Shazzmira
Shaharudin selaku pengarah projek iWoman. Selepas itu, majlis diteruskan dengan
sedikit tazkirah daripada saudari Nadhirah Ahmad Fauzi yang telah menyentuh
tentang perihal wanita dari sudut pandangan al-Quran. Tazkirah itu juga telah
menyedarkan para peserta tentang realiti masa kini dimana wanita masih lagi
didiskriminasi oleh lelaki bukan sahaja dari segi fizikal malah pemikiran.
Seterusnya majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan pentomin daripada
pelajar tahun 6. Mereka telah melakonkan beberapa situasi, antaranya meniru di
dalam kelas, membuat bising dan riuh di dalam metro dan mengotorkan lantai
setelah mengambil wuduk. Mesej yang ingin disampaikan menerusi persembahan
pentomin ini adalah setiap daripada individu muslim itu merupakan duta kepada
agama Islam itu sendiri. Maka seseorang wanita muslim itu tidak seharusnya
melakukan perkara2 yang boleh menimbulkan fitnah dan mencemarkan nama baik
Islam.
VOLGOGRAD
‘Unity In Diversity’ –
Itulah tema yang telah dibawakan bersempena dengan Muslimah’s day di Volgograd
yang diraikan pada 8 Mac 2012, bertempat di Hiroshima Zal. Memang telah menjadi
kebiasaan seperti tahun-tahun sebelumnya, program ini telah dikelolakan khas
oleh pelajar-pelajar Muslimah tahun ke-2
di Volgograd State Medical University. Untuk kali ini, penganjur utama
program merupakan kelab UMNO dan PPIM Volgograd.
Kekreatifan para muslimah
tahun ke-2 ini cukup teserlah sebaik sahaja melangkah kaki ke perkarangan
dewan. Hiasan dewan yang indah dalam masa yang singkat ternyata bukan suatu
yang mudah. Sebagai pembukaan, para muslimah disajikan dengan persembahan
daripada pihak pengelola majlis yakni sketsa.
Ternyata penglibatan dalam persembahan bukanlah penghalang dalam
menganjurkan sebarang majlis. Sketsa ini
dalam diam telah membakar semangat para muslimah lain terutamanya mereka yang
terlibat dengan pertandingan persembahan antara batch untuk memberikan ‘mood’
dalam persembahan mereka.
Dalam keriangan suasana,
saudara dan saudari Muslim nun jauh di tanah suci Palestin tidak dilupakan.
Kasih sesama saudari seakidah telah mendorong AZAM RUSSIA untuk menganjurkan
projek “ROSE TO ROSE” di bawah Aqsa
Syarif dimana derma yang berjaya dikutip untuk hari tersebut akan diserahkan
kepada muslimah Palestin bagi membantu mereka menjana ekonomi di sana.
NIZHNY NOVGOGRAD
Tema ‘Rose among Roses’ yang dipilih oleh
kami membawa erti yang tersendiri. Simboliknya ia melambang keistimewanya
seorang wanita muslimah yang berlainan perspektif dengan wanita metropolita di
luar sana. Umpama mawar yang indah kerana durinya, disitulah berdiri keunggulan
muslimah itu sendiri. Walau dikaburi pelbagai ideologi dari aktivist feminisme,
tetapi bertunjangkan al quran dan sunnah,insyaAllah pancakkan pasak iman masih
gagah mencengkam dasar hati.
Tepat pukul 8.00 pagi, kami berkumpul di
perkarangan bilik bawah tanah Hostel 3 untuk memulakan sesi pertama-senamrobik.
Walaupun pada awalnya hanya beberapa orang peserta yang hadir, pihak penganjur
yang diketuai oleh Ukhti Fatin Hanani tetap meneruskan program seperti biasa.
Bak kata pepatah, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.
Sedang kami megayakan senamrobik mengikut arahan instructor Fatin Hanani bilangan peserta semakin bertambah. Alhamulillah. Pelbagai
teletah warga Nizhny yang mencuit hati seperti bersenam dengan memakai skirt,
berseluar jeans da berkaki ayam , maklumlah kami semua kurang gemar
menghabiskan masa di Gym jadi agak kekok sedikit. Dalam kesempatan ini juga
baru saya kenal dengan beberapa bentuk senamrobik seperti sasambo dan senaman
ala salsa.
Kami tidak menyangka akan mendapat kunjungan dari akhowat moscow. Pelbagai aktiviti telah dijalan. Antaranya ialah Iron Chef-the battle of the pan dan Art Attack-show your heart, panthomin
dan puisidra, dan diakhiri dengan pertandingan Miss Muslimah...

" Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah "
( Hadith Riwayat Muslim )
Read more
Assalamualaikum wbt. Bismillahirahmanirahim.
Dalam kesibukan manusia mencari erti sebuah kehidupan, manusia tidak
akan pernah dapat lari dari bertembung dengan dengan persoalan perihal erti dan
tujuan sebenar penciptaannya di dunia ini. Manusia itu sebagai abid yang hanya
mengesakan Allah semata-mata, jua sebagai khalifah yang memakmurkan bumi Allah,
mungkin itulah ringkasan kepada gambaran fungsi manusia di muka bumi Allah ini
seperti firmanNya:
“Aku
tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada Ku”
(51:56)
“Dan (ingatlah) tatkala Tuhan
engkau berkata kepada Malaikat : Sesungguhnya Aku hendak menjadikan di bumi
seorang khalifah. Berkata mereka : Apakah Engkau hendak menjadikan padanya
orang yang merusak di dalam nya dan menumpahkan darah, padahal kami bertasbih
dengan memuji Engkau dan memuliakan Engkau ? Dia berkata : Sesungguhnya Aku
lebih mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” (2:30)
Jadi, menyedari hakikat
ini, pihak AZAM telah menganjurkan program Mengenali Hakikat Manusia yang telah
berlangsung di beberapa lokaliti, bagi mengajak kita semua mendalami kembali
persoalan siapa kita sebagai makhluk yang bergelar manusia. Insyaallah berikut liputan dari lokaliti-lokalti di
seluruh Russia:
Petersburg
Pada 10hb Mac telah berlangsung program Daurah HM
(Hakikat Manusia) di St Petersburg buat kali pertamanya dianjurkan oleh Azam
Russia. Seramai 34 pelajar lelaki muslim telah menyertai daurah tersebut. Penyampainya
ialah Akmal Shapiei & Ilham Muntari. Program dimulakan pada pukul 1 petang.
Alhamdulillah, suasana dewan disana yang kondusif membuatkan peserta merasa
selesa untuk mendengar pengisian tersebut. Program telah dipecahkan kepada dua
slot yang mana, pada masa rehat antara dua slot, peserta dihidangkan dengan
jamuan ringan. . Majlis berjalan dengan lancar. Kami sangat kagum dengan
inisiatif yang ditunjukkan oleh para peserta. Semoga para peserta dapat
menghayati pengisian yang diberikan oleh para pencemarah. Semoga usaha kita
diredhai Allah swt.
Kursk
Pada 18 Mac 2012, PPIM KURSK dengan kerjasama AZAM RUSSIA telah mengajurkan program bertemakan "Hakikat Manusia". Program ini diadakan di dua lokasi yang berlainan iaitu hostel No.5 untuk peserta muslim dan apartment pelajar perempuan Kursk bagi peserta muslimah.
Program bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir pada pukul 3.00 petang. Program dimulakan dengan tazkirah pendek daripada wakil AZAM iaitu saudari Hazwani. Program ini mengandungi tiga slot yang disampaikan oleh tiga orang saudari, iaitu saudari Khadeejah Doni untuk slot satu,saudari Nur Haslina Ali untuk slot dua dan saudari Syahaneez A.J untuk slot terakhir.
Volgograd
Tidak mahu ketingglan, program Hakikat Manusia ini
juga telah berlangsung di Volgograd. Program yang berlangsung pada 24 March
2012 itu dihadiri oleh sebilangan pelajar muslim volgograd. Bertindak sebagai penyampai
adalah Wan Ezzrul Redza Wan Shahidan dan Mohd Faiz B Nasir. Di samping tazkirah
yang disampaikan, Sesi LDK (latihan
dalam kumpulan) yang menjadi selingan
program mengajak peserta untuk berfikir dan mengambil bahagian dalam program.
Program berakhir dengan jamuan ringan.
Menarik
sepanjang program
Program Hakikat Manusia bertujuan memberi pencerahan kepada kita tentang
sejarah penciptaan manusia. Manusia pada asalnya dijadikan dari tanah, kemudian
ditiup roh dan dilengkapkan unsur-unsur yang terdiri daripada hati, akal, dan
jasad. Lantas, atas dasar penciptaan kita yang paling
sempurna, kita memiliki tanggungjawab yang
kita perlu penuhi agar pulang kita nanti padaNYa adalah dengan mendapat
keredhaannya.
Hal ini selari dengan firman Allah dalalm surah Al Araf, ayat 179:
Dan sesungguhnya Kami jadikan isi Neraka Jahannam kebanyakan jin dan manusia, mereka
mempunyai hati tetapi tidak
dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi)
tidak dipergunakannya untuk melihat tanda-tanda kekuasaan Allah
dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah).
Mereka itu sebagai binatang ternak bahkan lebih
sesat lagi. Mereka itulah
orang-orang yang lalai. (QS Al
A’raf 179)
Justeru, kami dari pihak
AZAM agar program yang dijalankan ini dapat membawa kita untuk mengenali siapa
kita, manusia di pandangan Allah, agar kita mampu bergerak mencari keredhaanNya
dalam setiap aspek kehidupan. Wallahualam.
Akmal Shapiei sebagai penyampai
mari mengenali hakikat manusia
para peserta sedang mendengar penuh teliti.
Ilham Muntari juga sebagai penyampai
Read more
Subscribe to:
Posts (Atom)























































