Kehilangan. Perpisahan. Pemergian. Ditinggalkan.
Itu yang mengajar kita
erti seorang hamba dan kekuatan.
Siapalah kita untuk menolak itu semua berlaku. Sedangkan Allah telah
mengatur segala-galanya. Dan aturan Allah itulah yang terbaik yang selalu
hamba-hamba Nya tidak nampak mata pada kasar.
Kehilangan…
“Assalammualaikum
cikgu. Boleh saya berjumpa dengan pelajar yang bernama Haris b Fadhli” kata
seorang lelaki di pejabat sekolah SMK Bulan. “Encik ada apa untuk berjumpa dengan
pelajar tu ye” jawab seorang guru. “Maaf
cikgu, saya sepupu dia. Saya datang nak
maklumkan yang ayah dia meninggal dunia pagi tadi”. Allahuakbar.
Kehilangan yang tiba-tiba yang tidak dijangka. Sedangkan si Haris perlu berhadapan dengan
Sijil Pelajaran Malaysia dua hari lagi.
“Allah tidak membebani seseorang
melainkan sesuai dengan kesanggupannya…”
Al-Baqarah : 286
Yakinlah Allah Maha
Mengetahui…Tetap cekal berjuanglah menghadapi kehilangan ini…kerana dari Allah
kita datang dan kepadaNya lah kita kembali. Bila, bagaimana bukan urusan kita.
Tiada beban yang datang di luar kemampuan kita.
Perpisahan…
“Ahlan wa sahlan
adik-adik semua. Kami adalah senior kamu
di sini. Kamu boleh merujuk pada kami
jika ada apa-apa masalah. Anggap je kami
seperti abang-abang dan kakak-kakak kamu kerana kita semua jauh dari tanahair
kita beribu-ribu batu jauhnya. Kami akan
bantu adik-adik untuk menjalani kehidupan di sini”. Indahnya ukhwah, seakan tak terasa jauh dari
negara sendiri walaunpun pelajar dari Malaysia boleh dihitung dengan jari. Ukhwah yang terjalin semakin rapat dari hari
ke hari dan berjalan seiring dengan kepayahan belajar di negara orang. Tetapi kakak-kakak dan abang-abang inilah
yang menjadi penguat semangat di samping doa dari orang-orang yang tersayang
yang jauh ditinggalkan. Tetapi…akhirnya
perpisahan berlaku. Tahun hadapannya
tiada lagi suara-suara ini menasihati, memujuk dan menegur. Allahuakbar…mengapa perpisahan berlaku sedang
ukhwah sedang harum mewangi, sedang mekar berkembang. Siapa yang akan menjadi imam. Siapa yang akan
membawa usrah. Siapa yang akan memberi
tazkirah. Allahuakbar.
“Maka sesungguhnya bersama
kesulitan ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan”.
Al-Insyirah : 5-6
Perpisahan memang
perit. Tetapi adakalanya perpisahan itu
mengajar untuk menjadi lebih kuat dan tidak bergantung kepada yang lain. Perpisahan menghasilkan sesuatu kekuatan yang
kadang-kadang tidak diduga. Perpisahan
juga kadang-kadang menjadikan ukhwah semakin erat. Perpisahan juga mengajar
erti kehidupan dan kelangsungannya.
Pemergian…
“Betul ke nak sambung
belajar kat sana. Jauh tu. Isshh…kat
Malaysia takde ke. Russia tu jauh. Kita
tak tahu pun budaya dan kehidupan di sana.
Perlu ke sampai jauh ke sana.
Banyak belanja tu”.
“Barangsiapa bertaqwa kepada Allah
nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari
arah yang tidak disangka-sangka”.
At-Talaq : 2-3
Peritnya pemergian
itu…Demi cita-cita perlu diteruskan.
Rasa rindu rasa sayang campakkan ke dalam lubuk hati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui betapa
berat dan sukar kaki melangkah…tapi pemergian ke sana harus diteruskan…
Dan jika pemergian itu
melahirkan sebuah kehilangan dan perpisahan pula…yakinlah percaturan Allah
lebih baik daripada percaturan kita.
Siapalah kita untuk mengubah dan menentukannya.
Hidup bagaikan suatu
permusafiran perjalanan yang panjang.
Perjalanan yang perlu kita tempuh dengan rasa syukur, redha dengan apa
yang akan Allah kirimkan. Ajarkan hati,
didikkan hati supaya seluruh kebergantungan ini kita letakkan kepada Pencipta
kita. Dan ketika itu baru kita dapat menikmati kehidupan kita dengan
tenang…jika kita YAKIN dengan Allah yang mencaturkan segala-galanya. Tugas kita hanya terus berusaha dan berdoa.J
Post a Comment