بسم
الله الرحمن الرحيم
dengan nama allah yang maha pengasih dan penyayang
QS Al Baqarah: 172
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُلُواْ مِن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَاشْكُرُواْ لِلّهِ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ
“Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki
yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika
benar-benar hanya kepada-Nya kamu menyembah.
Bahan A ( utk pie )
1.
1 kg
kentang..
2.
setengah
cawan susu segar.. agak2 dalam 100 ml gitu..
3.
2 sudu
besar butter.. butter ni biarkan dlm suhu bilik..
4.
1 sudu
teh serbuk lada sulah
5.
garam
secukup rasa
Cara menyediakan pie
1.
Mula2..
rebus kentang yg di dadu dalam air mencukupi.. rebus sampai empuk..
2.
Bila
dah empuk sila toskan dan masukkan dalam bekas yg sesuai..
3.
Dalam
keadaan kentang yg masih panas, lenyek2 dan lanyak2 itu kentang sampai hancur..
pakai whisker je.. senang.. !! Buat sampai semua kentang hancur tau.. jgn ada
yg berketul2 lak.. kang tak lawa struktur dia kang..
4.
Bila kentang
dah lumat, masukkan susu sikit demi sikit.. Jgn tuang semua tau.. tuang sikit2
pastu gaul.. tuang lagi.. gaul lagi.. agak2 kentang tu lembutnya mencapai tahap
piawaian anda, toksah tuang susu lg..
5.
Kemudian,
masukkan lak butter.. gaul lagi sampai sebati..
6.
Masukkan
garam secukup rasa dan lada sulah..
Bahan2 Inti Daging
1.
Sebiji
bawang holland.. di potong dadu..
2.
500
gram daging cincang..
3.
Sos
prego..(apa2 jenama yang ade kt Russia ni.. boleh je.. hehe.. Asalkan halal dan baik utk diri)
4.
Serbuk
lada hitam dan garam secukup rasa
5.
Keju
sbg bahan penyedap.. ewahhhh..
Cara buat inti (inti versi
lasagna)
1.
Memula..
panaskan sedikit minyak (campur 2 sudu butter kasi wangi)
2.
Tumis
bawang yg di dadu sampai layu..
3.
Pastu
masukkan daging cincang tadi..
4.
Masak
sampai daging tersebut bertukar kaler(sampai masak)
5.
Pastu
pulak tuang je sos prego tadi.. masukkan sekali serbuk lada hitam ikut suka la
nak byk mana.. kacau rata.. masak lagi dlm beberapa minit gitu..
Last step :D
1.
Sediakan
bekas pie atau tray yg sesuai.. guna bekas ramekin je.. senang sikit nak makan..
2.
masukkan
kentang lenyek dulu.. suka hati nak letak tebal mana..
3.
Pastu
lapiskan dgn inti daging.. ni biar banyak sikit.. baru sedappp..
4.
Kemudian
tutup dgn kentang lenyek lagi.. Di
akhiri dgn taburan keju di atasnya.. Bakar
le dlm oven yg telah di panaskan terlebih dahulu dgn suhu 180 celsius... api
oven atas bawah ye.. bakar sampai keju
di atasnya cair dan mula bertukar warna keperang2an sikit.. jgn sampai hangit
lak..
SELAMAT MENCUBA J
Post a Comment