RSSR 2013 | Let's Motivate The Ummah

0 comments
29-31 Julai 2013- Alhamdulillah, pihak Azam Russia telah berjaya menganjurkan satu program selama 3 hari 2 malam di Kem Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat degan jayanya. Program RSSR 2013 merupakan singkatan kepada Russian Student Summer Retreat  adalah merupakan satu program tahunan yang diadakan pada cuti musim panas untuk pelajar-pelajar terutamanya pelajar-pelajar dari Russia. Bertemakan “Lets Motivate The Ummah”, program RSSR pada tahun ini berkonsepkan semi-mukhayyam atau semi perkhemahan yang melibatkan aktiviti indoor dan outdoor.

Program kali ini telah disertai seramai lebih kurang 180 orang pelajar. Antara slot yang menarik adalah penyampaian dari Prof Dr Harlina Haliza Siraj yang membincangkan tajuk Awareness of Ummah yang menyentuh bagaimana persiapan seorang muslim untuk membina ummah yang seimbang dalam menghadapi cabaran teknologi pada masa kini seiring dengan usaha untuk membentuk individu muslim yang sejati dalam diri.

Slot 2 pula di isi dengan  penyampaian dari Ustaz Abd Muhaimin yang membawakan tajuk Manusia Dan Al-Haq, yang membincangkan teantang persoalan-persoalan seorang muslim dalam mencari kebenaran yang sebetulnya. Antara pengajaran dalam tajuk ini ialah bagaimana ummat Islam pada zaman sekarang kelihatan mundur adalah kerana  mereka mengamalkan islam bukan secara menyeluruh tetapi di barat pula walaupun mereka tidak mengamalkan islam tetapi nilai-nilai islam itu ada terserap dalm setiap sudut gerakan mereka dan membuatkan mereka maju ke depan.

Satu lagi slot yang menarik adalah slot penyampaian dari Dr Zainal Fitri bin Zakaria. Dalam slot ini Dr Zainal mengupas satu tajuk yang sangat menarik iaitu Izzah Al-Islam. Melalui slot ini, kesedaran tentang betapa pentingnya perasaan bangga akan agama Islam itu perlu ada dalam setiap individu muslim sehinggkan walaupun dimana mereka berada, mereka akan sentiasa ingin berkongsi dan menyebarkan akan keindahan yang terdapat dalam agama Islam.

Selain itu, antara aktiviti indoor dan outdoor yang disediakan untuk peserta lelaki  ialah slot aktiviti membentangkan isu-isu ummah berkait dengan surah-surah pilihan, night walk, rafting dan gusti peha yang bertujuan untuk melahirkan semangat ukhuwah antara peserta dalam ativiti berkumpulan dan seterusnya melahirkan individu muslim yang sihat dan cergas.


Akhir sekali, harapan dari pihak penganjur agar program RSSR 13 ini mampu memberi satu gerak langkah dan perubahan kepada semua peserta dalam usaha membentuk individu muslim yang berkualiti untuk ummah.




Let's Motivate The Ummah !


Post a Comment