Russian Student Summer Retreat (RSSR)

2 comments
RSSR 2012- Big Things Start Here


Dalam kesibukan kita semua beramal di bulan penuh barakah, Ramadan pada tahun ini, sekali lagi AZAM Russia telah Berjaya menganjurkan Russian Student Summer Retreat (RSSR) 2012. Program yang menyaksikan kehadiran lebih kurang 200 peserta (yang merupakan pelajar perubatan dan kejuruteraan Malaysia di Russia) itu telah berlangsung selama 3 – 5 Ogos 2012 dan bertempat di Angullia Beach House Resort, Marang Terengganu. Program yang membawa tema ‘Big Things Start Here’ kali ini bertujuan memupuk rasa cinta akan Islam dan rasa praktikalnya Islam dalam setiap aspek kehidupan. 


Setelah selama 3 hari berkampung, ternyata banyak input yang berguna yang telah disampaikan oleh penceramah-penceramah yang sangat berpengalaman. Diharapkan semua peserta dapat menghadamya
 agar dapat menjadi bekalan untuk sama-sama kita berubah ke arah yang lebih baik. Seperti sabda Rasulullah “ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka”
Malah, RSSR kali ini juga telah berjaya mengumpulkan pelajar-pelajar Malaysia dari pelbagai lokaliti di Russia, lantas membuka peluang bagi mereka untuk berkenalan dan mengeratkan hubungan silaturahim.




Ternyata, program RSSR kali ini membawa sedikit kelainan apabila pihak penganjur memilih lokasi tepi pantai sebagai tempat program. Justeru, aktiviti-aktiviti pantai yang diadakan juga diharapkan dapat memupuk erti kesabaran dan membawa peserta menyelami keadaan pejuang-pejuang Islam terdahulu yang kebanyakannya berperang menegakkan syiar Allah pada bulan Ramadan. 

Akhir sekali dari pihak AZAM Russia, kami berharap agar RSSR kali ini dapat menjadi batu loncatan untuk kita sama-sama mempersiapkan diri kita untuk menghadapi hari-hari bakal mendatang dengan lebih baik serta menjadikan Islam yang kita anuti ini sebagai cara hidup secara keseluruhannya, bukan setakat teorinya sahaja, namun praktikalnya juga. Akhir kata, kami menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf seandainya ada berlaku sebarang kekurangan dari pihak kami sepanjang program berlangsung. Sesungguh yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk atas kelemahan kami. Hakikatnya kedua-duanya datang dari-Nya. 







2 comments: