Russian Student Summer Retreat (RSSR)

2 comments
RSSR 2012- Big Things Start Here


Dalam kesibukan kita semua beramal di bulan penuh barakah, Ramadan pada tahun ini, sekali lagi AZAM Russia telah Berjaya menganjurkan Russian Student Summer Retreat (RSSR) 2012. Program yang menyaksikan kehadiran lebih kurang 200 peserta (yang merupakan pelajar perubatan dan kejuruteraan Malaysia di Russia) itu telah berlangsung selama 3 – 5 Ogos 2012 dan bertempat di Angullia Beach House Resort, Marang Terengganu. Program yang membawa tema ‘Big Things Start Here’ kali ini bertujuan memupuk rasa cinta akan Islam dan rasa praktikalnya Islam dalam setiap aspek kehidupan. 


Setelah selama 3 hari berkampung, ternyata banyak input yang berguna yang telah disampaikan oleh penceramah-penceramah yang sangat berpengalaman. Diharapkan semua peserta dapat menghadamya
 agar dapat menjadi bekalan untuk sama-sama kita berubah ke arah yang lebih baik. Seperti sabda Rasulullah “ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka”
Malah, RSSR kali ini juga telah berjaya mengumpulkan pelajar-pelajar Malaysia dari pelbagai lokaliti di Russia, lantas membuka peluang bagi mereka untuk berkenalan dan mengeratkan hubungan silaturahim.




Ternyata, program RSSR kali ini membawa sedikit kelainan apabila pihak penganjur memilih lokasi tepi pantai sebagai tempat program. Justeru, aktiviti-aktiviti pantai yang diadakan juga diharapkan dapat memupuk erti kesabaran dan membawa peserta menyelami keadaan pejuang-pejuang Islam terdahulu yang kebanyakannya berperang menegakkan syiar Allah pada bulan Ramadan. 

Akhir sekali dari pihak AZAM Russia, kami berharap agar RSSR kali ini dapat menjadi batu loncatan untuk kita sama-sama mempersiapkan diri kita untuk menghadapi hari-hari bakal mendatang dengan lebih baik serta menjadikan Islam yang kita anuti ini sebagai cara hidup secara keseluruhannya, bukan setakat teorinya sahaja, namun praktikalnya juga. Akhir kata, kami menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf seandainya ada berlaku sebarang kekurangan dari pihak kami sepanjang program berlangsung. Sesungguh yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk atas kelemahan kami. Hakikatnya kedua-duanya datang dari-Nya. 







2 comments

Post a Comment

Ayuh!

0 comments
[kredit]

Bismillahirrahmanirrahim…


Berlalulah sudah Ramadhan
Sebulan berpuasa
Tiba Syawal kita rayakan
Dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan
Semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan
Bersyukur tak terkira

Bertukar senyuman dan salam
Ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan
Saling memaafi
Suasana Hari Raya
Walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan
Dan mententeramkan jiwa
– Suasana Hari Raya, Anuar Zain dan Elina.
Di mana jua kita berada, makin rancak lagu raya berkumandang di corong-corong radio mahupun di dalam laptop masing-masing. Ibu dan kakak sibuk membuat kuih raya, ayah pula sedang sibuk membasuh kereta dan menghantarnya ke servis sebelum balik ke kampung malam nanti. Anda pula? Pasti sedang berehat sebentar selepas mengemas rumah sebelum terus ke dapur untuk membantu mana yang patut, ataupun baru sahaja selesai membersihkan segala peluh jantan yang muncul akibat penat mencabut rumput dan membersihkan halaman rumah sekejap tadi.
Begitulah kemeriahan yang dapat kita lihat apabila Syawal bakal menjelma dengan segala persiapan dan semua orang pun pulang ke kampung. Seronok kan?
Tapi, sudah siapkah persediaan sebenar anda untuk menghadapi 11 bulan yang seterusnya sementara menanti Ramadhan datang buat kesekian kalinya? Checklist anda sudah selesai? Adakah impian anda sudah tercapai? Rugilah kalau belum!
“Malaikat Jibril datang kepadaku dan berkata : “Rugilah (kecewa) orang yang bila namamu disebut dia tidak mengucapkan shalawat atasmu”. Aku mengucap : “Amin”. “Rugi orang yang berkesempatan hidup bersama kedua orang tuanya tetapi dia tidak dimasukan ke syurga”. Aku berkata : “Amin”. Jibril berkata lagi : “Rugi orang yang berkesempatan hidup pada bulan Ramadhan, tetapi tidak sampai terampuni dosa-dosanya”. Lalu aku mengucapkan : “Amin”.
[HR. Ahmad]
Walaupun bukan semua yang anda inginkan tercapai, tahniah diucapkan kerana saya yakin usaha anda pada Ramadhan kali ini adalah lebih baik daripada yang sebelumnya. Andai kata anda berjaya menyelesaikan semuanya sekali, tahniah juga, moga-moga pada Ramadhan yang mendatang Allah akan memberikan kekuatan untuk beramal dengan lebih banyak lagi, insyaAllah.
Ketibaan syawal juga bermaksud ketibaan saat di mana kita bakal teruji dengan dugaan-dugaan yang bakal melemahkan. Saat Ramadhan kita rajin ke masjid untuk bersolat jemaah dan bertarawih, namun selepas Ramadhan ke mana kita? Saat Ramadhan kita rajin membaca AlQuran, namun selepas Ramadhan apa yang akan dibaca? Saat Ramadhan kita rajin bersedekah, namun selepas Ramadhan untuk apa kita menghabiskan harta?
Biarlah saya memberitahu satu rahsia: muslim yang bijak akan menjadikan Ramadhan sebagai bulan ‘intensive training’nya. Seorang tentera yang bakal ke medan pertempuran perlu memiliki kemahiran, kekuatan fizikal dan mental, dan juga ketahanan diri yang tinggi agar tidak mudah jatuh di tangan pihak lawan. Begitu juga seorang muslim yang memerlukan kekuatan, ketahanan dan kesabaran yang tinggi untuk mengalahkan bisikan-bisikan syaitan dan godaan nafsu yang bakal mengganggu-gugat amalan kita. Tidakkah anda mahu menggagahkan iman anda segagah otot-otot Rambo mahupun Arnold Schwarzenegger?
Ayuh! Sepatutnya anda sekarang dalam keadaan penuh bersedia dengan ikatan kain di kepala bak seorang pendekar yang bakal membuka langkah pertarungan.  Apa jua dugaan dan cabaran yang bakal mendatang, anda pasti boleh mengalahkannya dengan izin Allah swt. Yakinlah, dan bersabarlah. Anda tidak berjuang berseorangan. Di kiri dan kanan anda ada sahabat yang menemani, dan bersama mereka, kegagahan anda bakal berganda.
Perjuangan anda bermula di sini, dengan bismillah…
Wallahua’lam.

-A.H


Post a Comment

Checklist

1 comments

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, kita dipanjangkan umur untuk menjalani Ramadhan, merayakan hari raya (tahun ni, alhamdulillah ramai merasa beraya dengan keluarga c: ) dan memulakan sesi akademi 2012/2013. Ada yang akan menyambung pelajaran di Russia, dan ada juga yang BAKAL memulakan pembelajaran di Russia.
InsyaAllah kali ini kita akan buat checklist senarai “things-to-bring/do” untuk membantu adik-adik kita yang akan terbang merentasi benua menuju tanah Soviet – Russia. Barangkali, tulisan penulis agak terhad kerana bersandar pada pengalaman individual, maka kami mengalu-alukan anda – para pembaca untuk menambah/menolak/mencadangkan/membangkang mana yang perlu.
Things-to-do / things-to-bring
1. Pakaian.
- kuantiti : bergantung kepada individu seperti adakah anda cepat merasa bosan dengan baju yang sama (jika ya, bawa lebih), adakah anda malas untuk basuh baju atau hantar ke dobi (jika ya, bawa lebih) dan faktor-faktor lain
- jenis-jenis pakaian : pakaian untuk keluar/ke kelas, pakaian formal/kebangsaan untuk majlis-majlis rasmi, pakaian indoor/duduk di rumah (buat tidur, buat memasak), pakaian musim sejuk (pakaian untuk menghadapi cuaca extreme digalakkan untuk beli di russia sahaja. ketika fly, bawa yang simple-simple sahaja dan long john / thermal wear)
- shopping pakaian : boleh dibeli pada bila-bila masa. di russia juga terdapat ‘discount centers’ yang menawarkan barangan-barangan seperti Nike, Reebok, Adidas etc pada harga berpatutan. selain itu, lazimnya, barang-barang dijual dengan potongan harga pada winter sale yang bermula lebih kurang pada bulan disember.
- ciri-ciri pakaian : menutup aurat, tidak ketat, tidak singkat, tidak jarang. dengan mematuhi garis panduan pemakaian islami, anda boleh solat di mana-mana ceruk russia (terutamanya ketika kelas dan ketika keluar jalan-jalan atau shopping) tanpa memerlukan pakaian solat anda seperti telekung. anda hanya perlu ambil wuduk/tayamum, menghadap kiblat dan ya, SOLAT! (:
2. Dokumentasi
- gambar : sebahagian penaja ada menggariskan berpuluh-puluh keping gambar saiz pasport non-glossy. kedengaran agak tak munasabah. tapi, insyaAllah dengan bekalan gambar sebanyak itu, anda boleh berurusan dengan pihak-pihak berkaitan (seperti pejabat dekan dsb) untuk beberapa tahun tanpa perlu mengambil gambar baru! non-glossy diperlukan kerana kertasnya lebih kesat dan sebarang cop yang ditempek di atas gambar tidak mudah tertanggal.
surat sijil segala bagai : memandangkan setiap tahun, polisinya dan keadaannya berbeza-beza, penulis tidak berani untuk menulis tentang hal ini. penulis menasihatkan bakal-bakal pelajar untuk merujuk sendiri kepada pegawai penaja/ejen anda.
nostrification (a process of granting recognition to a degree from a foreign university) : selalunya, untuk bakal-bakal pelajar baru, pihak penaja / ejen ada turut terlibat dalam menyelesaikan urusan ini. anda boleh bertanya mereka tentang progress nostrification anda. untuk pelajar-pelajar di Sechenov’s First Moscow State Medical Universty, anda boleh melayari website persatuan pelajar untuk mengetahui dengan lebih lanjut.(klik sini)
3. Urusan bank (pengalaman penulis terhad pada penggunaan Maybank)
akaun bank : rujuk penaja anda berkenaan akaun bank di russia. lazimnya, untuk pelajar MARA, elaun akan di-bank-in ke dalam akaun Maybank. di russia, anda boleh mengeluarkan duit menggunakan kad ATM maybank anda.
kad ATM maybank : untuk mengeluarkan wang anda di mana-mana mesin ATM di luar negara (baik di russia, germany, egypt dsb) kad ATM maybank anda perlulah diactivekan. (1) pergi ke mana-mana mesin ATM maybank di MALAYSIA. (2) pada screen, tekan other options sehingga anda bertemu menu  <PLUS activation> (3) aktifkan, dan kad bank anda sedia digunakan di mana-mana mesin ATM di seluruh dunia! selamat berjimat :)
maybank2u : khidmat ini membolehkan anda melakukan urusan bank secara online seperti melihat baki dalam akaun anda, elaun sudah masuk belum dan memindahkan wang ke akaun lain. untuk tujuan ini, penulis secara peribadi lebih prefer untuk pergi ke mana-mana cawangan maybank dan berjumpa dengan pegawai untuk mengaktifkan khidmat ini yang melibatkan signing up as first time user, pendaftaran nombor telefon dan request TAC.
4. Ubat-ubatan & kesihatan
- sekiranya anda menghidap penyakit-penyakit kronik seperti asma, migraine, alahan dan lain-lain; rujuk doktor anda untuk mendapatkan ‘nasihat terakhir’ sebelum berlepas. dapatkan bekalan ubatan sebelum berlepas ke rusia. Pastikan anda tahu ubat-ubat yang diberi oleh doctor agar mudah untuk anda membelinya di Russia nanti.
- elakkan jatuh sakit di rusia.
5. Peralatan elektrik
- periuk nasi elektrik adalah antara perkara penting untuk dibawa. untuk memudahkan, anda boleh berpakat dgn beberapa orang kawan untuk share periuk di sana nanti
- adapter (penting & sangat bernilai)! di sana, plugnya 2 pin, manakala barang-barang elektrik dari malaysia (periuk nasi, laptop, charger, hairdryer) adalah 3 pin. anda tak perlu bersusah payah membeli adapter yang fancy-fancy harga puluh-puluh ringgit. cukuplah yang simple-simple. [pengalaman terakhir penulis membeli adapter adalah di mydin. penulis beli banyak-banyak terus :) ]
6. Makanan
- keperluan makanan dari malaysia adalah berbeza mengikut selera anda dan kepakaran anda memasak (lazimnya, waktu awal-awal fly ramai orang akan membawa perencah nasi goreng dan brahim’s.. tapi lama kelamaan, bila makin terel memasak, dah tak bawak perencah nasi goreng.)
- berikut adalah antara makanan-makanan yang mungkin sedikit sebanyak membantu anda untuk memilih makanan yang akan dibawa ke sana nanti
  • perencah nasi goreng (sesuai untuk beginner dalam bidang masakan, sesuai untuk dimasak ketika masa-masa kecemasan seperti ketika musim sibuk exam)
  • brahim’s (seperti di atas)
  • ikan bilis (seperti di atas)
  • megi (seperti di atas, dan juga kerana megi malaysia berganda jauh lebih sedap dari di russia)
  • santan serbuk (bersifat lebih ringan berbanding santan cecair. sangat sesuai digunakan ketika merindui masakan malaysia yang berlemak seperti kari, kurma, nasi lemak, rendang dsb.. jika santan habis, anda boleh menggantikan dengan susu yang banyak terdapat di rusia)
  • serbuk cili / cili kering (untuk memedaskan masakan, sangat perlu untuk membuat sambal)
  • serbuk rempah seperti rempah kari, kurma, sup etc (tak perlu bawa banyak-banyak. lazimnya, memang susah nak habis kalau bawa 1 paket besar. digalakkan untuk share bersama kawan-kawan)
  • perencah tomyam
  • asam jawa / asam keping (di rusia tiada)
  • condiments spt kicap & sos cili (di rusia, sukar dijumpai dan tak sesedap malaysia. untuk sos cili, boleh cari yang dijual dalam plastik dan untuk kicap, boleh ditransfer ke dalam botol plastik. ini dapat mengurangkan berat luggage)
  • bahan-bahan basah yang dirasakan perlu bergantung pada keperluan, kepakaran dan kehendak individu. yang sukar dijumpai di rusia adalah cili api, daun kari, daun pandan, daun limau purut, serai. (untuk bahan basah ini, pastikan semuanya tidak lembap, disimpan dalam bungkusan yang kemas dan sebaik tiba di hostel di rusia nanti, segera simpan dalam ruang beku peti sejuk untuk memastikan tahan lama)
  • lain-lain seperti belacan, tepung goreng KFC, ajinomoto dan sebagainya
- jangan risau jika anda belum mahir memasak. insyaAllah di rusia, anda ada banyak peluang untuk try & error. :)
- jangan risau andai anda merasakan makanan yang anda bawa tidak cukup. bergembiralah dengan yang sedikit. allah itu ar-razzaq.
7. Alatan pembelajaran
- sebagai permulaan, anda digalakka membawa alat-alat tulis yang asas. sediakan juga buku-buku catatan..
- buku teks akan disediakan oleh pihak universiti
8. Keperluan beribadah
- ini adalah antara keperluan yang perlu untuk merantau jauh ke tempat orang. di rusia, tiada ibu bapa, ustaz-ustaz atau guru agama. yang ada hanyalah sesama kita. jadi persiapkan diri kita dalam kesemua aspek untuk menjadi Muslim 24-7.
  • al-quran beserta terjemahan. mengapa perlu terjemahan? agar anda dapat memahami isi kandungan al-quran itu. lebih molek, jika al-quran itu bersaiz mini. mudah dan ringan dibaca di mana-mana seperti ketika commuting ke kelas-kelas. al-quran terjemahan yang bersaiz mini kini terdapat banyak di pasaran dengan beraneka macam design :)
  • buku zikir amalan harian. lazimnya, adalah ma’thurat. buku2 islami yang lain.
  • sejadah.
  • pakaian berkaitan. selain pakaian berkaitan seperti telekung, kopiah, kain pelikat; pastikan pakaian harian anda menepati ciri-ciri yang membolehkannya untuk dibawa solat.
  • kompas penunjuk kiblat
  • soft copy / apps – lengkapi laptop, mobile phone & gadget-gadget anda dengan apps berkaitan seperti islamic finder (waktu solat & azan), penunjuk kiblat, senarai Emulsifier yang haram, e-books buku-buku islami, mp3 al-quran + lagu-lagu kerohanian dan sebagainya
9. Kesediaan minda & jiwa
- berdoa agar Allah memberkati jalan hidup anda ini dan sentiasa menetapkan diri kita dalam keimanan
- set-kan dalam minda dan jiwa anda – kenapa aku ke russia? innamal ‘amalu bin niyat..
- mantapkan pengetahuan anda tentang islam sedalam mungkin sebelum ke sana. juga, anda boleh mengambil peluang ini untuk belajar lebih dalam tentang keindahan, praktikaliti dan fleksibiliti islam seperti ketika bagaimana untuk solat ketika bermusafir, ketika dalam kapal terbang, ketika musim sejuk dan sebagainya.
- hubungi teman-teman & saudara-mara. minta mereka doakan pemergian anda.
- dalami adab-adab bermusafir. antaranya, solat sunat musafir ketika dalam perjalanan
- dan, expect the unexpected.. ada banyak perkara yang Allah takdirkan untuk kita di russia nanti! ;)
‘Allahu’alam.. Harap membantu.. :)


1 comment

Post a Comment

Momentum Bulan Ramadhan

0 comments

[kredit]

Bismillahirahmanirahim.

Bulan ramadhan sudah hampir ke penghujungnya. Kawasan perumahan mula disinari dengan lampu raya, aktiviti-aktiviti seperti membuat kuih, menukar langsir memenuhi hari minggu, musim sale menjelang tiba di pusat membeli-belah.

Ramadhan, manusia berusaha sehabis baik untuk memenuhi bulan ini dengan amalan-amalan mulia, mengharapkan keberkatan. Malam dipenuhi dengan solat terawih, solat sunat, qiam, menghafaz al-Quran. Siang pula bertadarus, berzikir, infaq dan sebagainya. Manusia berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik. Yang tidak berhijab memilih untuk menyambut seruan Ilahi. Yang merokok menahan diri. Semua orang ingin mengejar malam lailatul qadr, malam seribu bulan.

Ketibaan Syawal juga dinanti-nanti. Anak-anak kecil seronok memikirkan duit raya yang bakal diterima. Golongan wanita membuat persiapan baju, tudung, kasut, lengkap semuanya. Rumah dikemas bagi persiapan menyambut tetamu yang kunjung nanti.

Usah lupa pada Ramadhan yang penuh berkat itu. Walaupun akhirnya kita mengucapkan salam perpisahan tidak bererti amalan-amalan baik itu perlu dilambai pergi juga. Kita berlumba-lumba untuk meraih cinta Allah pada bulan ini dan seharusnya perlumbaan itu diteruskan lagi.

mereka itu bersegera dalam kebaikan-kebaikan, dan merekalah orang-orang yang lebih dahulu memperolehnya ” [23:61]

Teruskan lagi momentum itu dan berdoalah agar kita berjumpa lagi dengan bulan mulia ini dengan persiapan yang lebih baik. InsyaAllah.

Wallahualam.

-hitamputih




Post a Comment