Tapi, serimas mana pun kita, seserabut mana pun, tujuan kita hanyalah satu: KEJAYAAN (dan juga mengecapi keredhaan Allah!)
Mungkin ada yang tidak perasan, atau buat-buat tidak tahu, perangai kita pun sedikit sebanyak berubah di saat yang genting ini. Rasa cemburu, perasaan ingin menang mengaburi mata kita dek persaingan yang wujud. Namun, sebagai sorang muslim, patutkah kita mengabaikan rakan-rakan yang lain dan maju ke hadapan seorang diri? Itu kedekut ilmu namanya! Astaghfirullah… Minta maaf ya sahabat sekalian, andai diri ini pernah begini…
Allah swt telah berfirman,
"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."
-Surah At-Taubah, 9:71
"Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah, dan orang yang memberi tempat kediaman dan memberi pertolongan (kepada orang muhajirin), mereka itulah orang yang benar-benar beriman. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki (nikmat) yang mulia."
-Surah Al-Anfal, 8:74
Sebagai saudara semuslim, kita mempunyai tanggungjawab terhadap saudara kita sendiri. Bukan setakat tanggungjawab terhadap saudara yang miskin, bukan setakat tanggungjawab terhadap saudara yang sedang berjihad menegakkan Islam, kita turut mempunyai tanggungjawab untuk membantu saudara kita yang berada di sebelah kita sahaja ini!!
Cuba lihat perkiraan yang berikut, molek sangat rasanya kalau hendak dianalogikan dengan kisah interaksi antara ubat (changes in pharmacodynamics):
1+1=2
Satu ubat yang dicampur pengambilannya dengan satu ubat yang lain membuahkan hasil yang lebih baik berbanding penggunaan satu ubat sahaja, sesuai dengan keupayaan setiap ubat tersebut. (Anda membantu kawan anda belajar, kedua-duanya akan berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan, insyaAllah.)
1+1>2
Wah, ini lagi hebat! Dua ubat digunakan sekali, tetapi kesannya lebih daripada jangkauan keupayaan ubat-ubat itu sendiri! Inilah yang dinamakan sinergi.
(Anda membantu rakan anda, hasilnya kalian menjadi doktor terhebat di Malaysia setelah graduasi nanti ;])
0+1=1
Satu ubat yang tidak boleh memberikan kesan tanpa ada interaksi dengan ubat yang lain. (Bukan bermaksud lemah, namun ada juga rakan-rakan kita yang memerlukan booster daripada insan hebat seperti anda!)
Amalinya tidak susah, rajin-rajinkanlah diri menanyakan khabar sahabat-sahabat kita. Perlukan nota? Hulurkan. Ada yang tidak faham? Terangkan. Ada perselisihan pendapat? Bincangkan. Hilangnya motivasi? Sama-sama naikkan! InsyaAllah, semua ini akan membuahkan hasil yang baik buat sahabat anda dan diri anda sendiri.
“Men learn while they teach.” - Lucius A. Seneca
“When one teaches, two learn.” - Robert Half
Semoga api-api jihad di medan ilmu ini masih marak, menghidupkan hati untuk terus mempelajari ilmu-ilmunya yang andai dibentangkan semuanya lebih luas daripada luasnya lautan. Setitik cuma yang ada pada kita ini pun, dah begitu banyak rasanya. InsyaAllah, sama-sama kita doakan kejayaan kita, dan moga-moga ilmu kita ini diberkati dan diredhaiNya. Amin.
Wallahua’lam.
-A.H.-
Post a Comment