• Motivasi Dan DIY

    Creativity Beyond Measure

  • Tazkirah

    Sharing is Caring

  • Local Wrap

    Around Us

  • Friday Wrap

    Around The World

  • Baitul Muslim

    Kuliah Online Baitul Muslim

  • Kulinari

    Sugar, Spice and Everything Nice

Kenapa wanita lebih banyak pantang larang berbanding lelaki ?

0 comments



     
 
          Wanita seringkali sahaja merungut atau mengeluh atas setiap hukuman dan peraturan yang digariskan oleh syariat untuk mereka. Mereka seolah-olah tidak berpuas hati atas qada’ dan qadar Allah SWT . Hal ini boleh dilihat berdasarkan dialog-dialog yang sering diungkapkan oleh para wanita seperti yang berikut.

         “Sana kena tutup, sini kena tutup. Semua kena tutup. Kenapalah aurat wanita lebih banyak daripada lelaki? Lelaki elok je kalau keluar tak pakai baju.” “Para isteri kalau nak keluar rumah kena minta izin suami. Kalau langgar keizinan suami akan dianggap berdosa. Tapi suami boleh je keluar tanpa keizinan isteri.”
 
         “Setiap bulan je datang haid. Tak boleh nak beribadat macam kaum lelaki. Ingat kaum perempuan nie suka sangat ke tak solat dan tak puasa?” “Kenapa Allah jadikan wanita yang mengandung dan merasa sakitnya melahirkan anak? Suami pula buat rilek je.” “Islam mewajibkan isteri taat pada suami. Tapi ada tak Islam cakap suami wajib taat pada isteri? Takda kan. Mana keadilan untuk kaum hawa? Kaum lelaki pula cakap, “Nasib baik aku lelaki.”


          Persoalan-persoalan inilah yang sering dikemukakan oleh kaum wanita. Astaghfirullah hal adzim. Bagi kaum wanita yang sering berfikiran seperti ini, cepat-cepatlah beristighfar.  Cuba renung-renungkan jawapan bagi setiap persoalan anda . “Cik adik yang comel-comel belaka. Islam adalah agama yang sangat mengangkat tinggi aurat para wanita. Jika anda ada intan dan permata. Anda mestilah akan menyimpannya dengan elok di tempat yang tersembunyi. Jika anda tayangkan pada orang ramai, sudah tentu ramai yang berniat jahat untuk merampasnya.”
 
        “Aurat kaum lelaki dari pusat hingga ke lutut sahaja. Kaum lelaki hanya boleh melihat muka serta kedua belah tapak tangan kaum wanita. Jika wanita melihat lelaki berseluar pendek, nafsu wanita tidak akan mudah terangsang. Tetapi kalau lelaki yang melihat wanita berseluar pendek. Tok Imam pun boleh tercabut serban dan berdarah hidung melihatnya.”

       “Tak puas hati sebab isteri kena taat pada suami? Suami pun kena taat pada wanita juga iaitu ibunya. Suami kena taat pada ibunya tiga kali lebih utama daripada ayahnya. Kenapa isteri kena taat suami? Kerana suamilah yang akan menanggung semua dosa yang isteri lakukan!” “Nak beribadat macam lelaki? Wahai cik adik, ingat mudah ke nak masuk syurga? 

        Untunglah wanita boleh masuk syurga melalui mana-mana pintu syurga hanya dengan empat cara sahaja. Solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan yang paling akhir sekali. Nak tahu apa? Taat pada suami. Itu sahaja asasnya!”

 


           “Kalau lelaki kena jihad fisabilillah. Wanita pula jika taat pada perintah Allah dan pada perintah suami, akan mendapat pahala yang setaraf dengan orang yang pergi berjihad fisabilillah. Tanpa perlu mengangkat senjata. Betapa beruntungnya wanita!” “Berbanggalah sebab wanita boleh mengandung dan beranak. Apabila wanita melahirkan anak, sekalian makhluk akan mendoakannya. 

            Jika ditakdirkan seseorang wanita itu meninggal ketika melahirkan anak, Insha Allah dia akan tergolong dalam kalangan yang mati syahid serta ganjaran syurga akan menantinya. Sebab itulah jarang wanita yang meninggal kerana melahirkan anak. Beranak sepuluh pun masih sihat lagi hingga ke tua.”
 
           Sesungguhnya Allah SWT adalah sebaik-baik Pencipta. Dialah yang Maha Mengetahui atas setiap kejadian. Peraturan Allah adalah yang terbaik untuk manusia berbanding peraturan yang ditetapkan oleh manusia itu sendiri. Sama-samalah kita muhasabah diri masing-masing.





Read more

MOSCOW | MALAYSIAN BAZAR

0 comments
Bismillahirahmannirahim.
Assalamualaikum wbt.

        
Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah. Malaysian Bazaar telah Berjaya diadakan pada hari Ahad, 29 Mac 2015, di искц Hall, Moscow Aviation Institute(MAI) yang dianjurkan oleh Azam Moscow. Seramai 250 orang pengunjung telah datang ke program ini yang terdiri daripada pelajar MSMU, RSMU dan MAI.



Sebanyak 13 kiosks telah dibuka iaitu Azam Russia, MSMU, Malaysian Fellowship, KamarJoyah, Mekkelatekitchen, Geng Ghuraba, Safiyyah, Shyalynnsuwaii, Warung Ain, Netballerz MSMU, Gerai Shanis, dan Wardah yang menjual berbagai-bagai makanan yang sangat sedap dan susah hendak didapati di Bumi Soviet ini, contohnya adalah sate, laksa penang, keropok lekor, aiskrim pop, roti jala, pasembur, dadih, nasi minyak, creampuff, nasi kandar, nasi minyak, nasi ayam, kesari, popia, dan banyak lagi.








Terdapat juga aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti booth Muslimah, booth artikel ekonomi, persembahan nasyid, tazkirah tentang ekonomi, dan juga photobooth Malaysian Bazaar. Pertandingan gerai paling mesra dimenangi oleh Geng Ghuraba.









Kami daripada Azam Moscow mengucapkan terima kasih kepada para pengunjung yang datang dalam memeriahkan lagi program Malaysian Bazaar ini. Semoga program seperti ini dapat diadakan lagi pada masa hadapan dalam menggalakkan individu untuk menjalankan perniagaan iaitu salah satu sunnah Rasulullah saw.


“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. dan janganlah kamu membunuh dirimu; Sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.” An-nisaa: 29


Read more

KOMIK:IBADAH DI MUSIM DINGIN

0 comments
Bismillahirahmannirahim.
Assalamualaikum wbt.





Read more

Asas-asas perkahwinan ( Part 3 )

0 comments


Bismillahirahmanirrahim .
Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad saw dan keluarga baginda .

Akad

Akad merupakan salah satu rukun nikah. Akad juga disebut sebagai kalimah Allah  walaupun dalam akad tidak menyebut nama Allah. Contoh akad "Aku terima nikahnya....' dan bukan "Kerana Allah, aku terima nikahnya...."
Daripada Jabir RA, Rasulullah bersabda, "Bertakwa kepada Allah dalam mengendalikan urusan perempuan (isteri). Kamu mengambil mereka dengan amanah Allah dan menghalalkan kemaluan mereka dengan kalimah Allah. Hak kamu yang wajib ditunaikan isteri ialah tidak membenarkan sesiapa yang kamu benci memijak kakinya ke tempat tidurmu (memasuki rumahmu). Jika mereka melakukannya, pukul mereka dengan pukulan tidak terlalu menyakitkan (tidak mendera). (Riwayat hadith An-Nasai dan A-Baihaqi)
Hadith di atas menunjukkan besarnya kedudukan akad kerana pertukaran status daripada haram kepada halal.
Akad juga dipanggil sebagai ijab dan kabul. Ijab bermaksud persetujuan oleh wali perempuan untuk  menyerahkan anaknya di bawah jagaan bakal suami. Manakala qabul pula bermaksud suami bersetuju untuk menerima tanggungjawab tersebut.
Mengikut kepercayaan dahulu, perempuan dikatakan sebagai hak milik kaum lelaki iaitu hak milik ayah sebelum berkahwin dan hak milik suami selepas berkahwin.


Mahar atau mas kahwin

Mahar atau mas kahwin adalah suatu pemberian oleh suami kepada isteri. Mahar tetap wajib diberi walaupun tidak disebut kerana ada nilainya yang tersendiri walapun tidak dibincang sebelum. Mahar bukanlah bermaksud harga status seorang wanita, tetapi adalah lambang bahawa suami benar-benar telah bersedia memikul tanggungjawab dan rela hati mengambil isteri di bawah jagaannya disamping sebagai lambang kasih sayang terhadap isteri.
Dalam Islam tidak ditetapkan had minimum atau maksimum sesebuah mahar, tetapi bergantung kepada kerelaan kedua belah pihak.
Hadis Sahl bin Saad r.a:

Pada satu ketika seorang perempuan datang berjumpa Rasulullah s.a.w dan berkata,  "Wahai Rasulullah! Aku telah datang untuk menyerahkan diriku kepadamu."
Lalu Rasulullah s.a.w memandang kepadanya sambil mendongak kepadanya dan memerhatikan dengan teliti kemudian baginda mengangguk-anggukkan kepalanya.

Apabila perempuan itu mendapati Rasulullah s.a.w diam tanpa memberi keputusan, perempuan itu segera duduk, lalu bangunlah seorang sahabat dan berkata, ”Wahai Rasulullah! Sekiranya kamu tidak ingin mengahwininya, kahwinkanlah aku dengannya."

Rasulullah s.a.w segera bertanya, "Adakah engkau memiliki sesuatu yang boleh dijadikan mas-kahwin?"

Sahabat menjawab,  "Tidak ada." Baginda bersabda lagi, "Pulanglah menemui keluargamu mencari sesuatu yang boleh dijadikan mas kahwin."

Lantas sahabat tersebut pulang, kemudian beliau kembali menemui Rasulullah s.a.w dan berkata, "Demi Allah! Aku tidak menjumpai apa-apa pun yang boleh dijadikan mas kahwin". Maka Rasulullah s.a.w berkata lagi, "Carilah walaupun sebentuk cincin besi."

Lalu sahabat tersebut pulang dan datang kembali serta berkata, "Wahai Rasulullah! Demi Allah aku tidak menjumpai apa-apa walaupun sebentuk cincin besi, tetapi aku hanya memiliki kainku ini iaitu kain yang hanya boleh menutupi bahagian bawah badannya (Sahl berkata: Sahabat ini tidak mempunyai pakaian yang menutup bahagian atas badan) maka aku berikannya kepada perempuan tersebut.

Rasulullah s.a.w berkata, "Apa yang engkau boleh buat dengan kain engkau itu, sekiranya engkau memakai kain itu. Perempuan tersebut tidak dapat memakainya walaupun sedikit. Apabila dia memakai kain tersebut engkau tidak mempunyai apa-apa untuk dipakai."

Sahabat itu duduk sehinggalah sekian lama kemudian bangun. Rasulullah s.a.w memandang kepadanya seterusnya dia beredar dari situ.

Setelah itu Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya dia dipanggil. Apabila sahabat tersebut sampai, Rasulullah s.a.w bertanya, "Apakah yang engkau miliki daripada Al-Quran?"

Sahabat tersebut menjawab:, "Aku hafaz surah itu dan surah ini."  Sahabat berkenaan menghitungnya. Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Adakah engkau membacanya secara hafalan? Sahabat tersebut menjawab: Ya! Rasulullah berkata: Pergilah! Engkau telah memilikinya bermas-kahwinkan ayat atau surah Al-Quran yang engkau hafaz." (Hadith Sahih Muslim : 2554)

Akad menimbulkan hak & tanggungjawab kepada kedua belah pihak.

Tanggungjawab bukan yang dipilih atau disepakati oleh suami dan isteri, tetapi apa yang telah ditetapkan oleh Allah SWT, dan diwahyukan di dalam Al-Quran. Tanggungjawab ini merupakan ibadah kerana ia telah diperintahkan oleh Allah SWT.

Tanggungjawab Suami


Firman Allah dalam Surah An-Nisaa ayat 34,



”Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar."  

(An-Nisaa 4:34)

Di dalam firman Allah di atas, terdapat potongan الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ . Perkataan قَوَّامُونَ  mengikut kesepakatan adalah bermaksud orang yang selalu menjaga urusan dan mengambil berat tentang wanita. قَوَّامُونَ  juga bermaksud menjaga kepentingan orang lain tanpa menuntut rehat dan memelihara orang yang dibawah jagaannya.
Justeru itu, suami seharusnya sedar bahawa dia adalah merupakan قَوَّامُونَ  kepada seorang isteri yang menjaga dan melindungi kepentingan isterinya tanpa mengira penat dan rehat.
قَوَّامُونَ merupakan tanggungjawab yang sangat besar dan mulia. Lelaki dipertanggungjawabkan untuk menjaga kepentingan wanita dan memastikan mereka mendapat apa yang diperlukan. Kelebihan lelaki terletak pada tanggungjawab tersebut di mana mereka bekerja mencari rezeki untuk kesejahteraan bersama.

Dalam Surah An-Nisaa ayat 19 Allah telah berfirman bahawa,

"Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu)." (4:19)

Di dalam ayat ini Allah telah menyuruh suami untuk menggauli dengan cara yang baik. Sekiranya timbul perkara-perkara yang kurang menyenangkan hati suami, dia hendaklah bersabar dan tidak terburu-buru.
Ayat-ayat Al-quran ini bukanlah permintaan kaum wanita, tetapi apa yang telah dipertanggungjawabkan kepada suami. Jika mereka menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik, mereka akan mendapat pahala dan diredhai oleh Allah SWT.
insyaAllah.

Daripada ayat tersebut dapat disimpulkan bahawa suami mempunyai tanggungjawab :

1) memimpin keluarga
2) memberi nafkah yang mencukupi
3) memberi layanan yang baik kepada isteri
4) menyelamatkan diri dan keluarga dari api neraka.

Tanggungjawab Isteri
Dalam surah An-Nisaa ayat 34, terdapat potongan قَانِتَاتٌ iaitu bermaksud taat. Taat di dalam ayat ini bermaksud taat kepada Allah dan orang yang Allah perintahkan untuk ditaati. Dan di dalam rumahtangga, orang yang wajib ditaati ialah suami.
Ketaatan dalam rumah tangga bukan yg diminta oleh suami tetapi yang telah diperintahkan oleh Allah SWT. Jika isteri mentaati suami, bermakna dia telah mentaati perintah Allah, dan dikira melakukan ibadah serta setiap ibadah yang dilakukan akan mendapat ganjaran pahala.
Ketaatan tersebut adalah wajib kecuali kepada perkara yang bercanggah dengan hukum Allah.

Di dalam suatu hadith Rasulullah SAW bersabda “Tiada ketaatan dalam keadaan maksiat kepada Allah..." (Sahih Bukhari dan Muslim) .
حَافِظَاتٌ di dalam An-Nisaa ayat 34 ini memelihara maruah dan kesucian diri, terutama ketika ketiadaan suami.
حَافِظَاتٌ di dalam perkahwinan merangkumi 2 aspek amanah, iaitu :

1) memelihara maruah
ulasan : apabila telah menjadi isteri, tidak boleh sewenang-wenangnya bebas bergaul dengan orang lain. Isteri disarankan untuk memakai pakaian yang sederhana dan tidak terlalu menarik pandangan lelaki lain bagi mengelakkan fitnah.

2) memelihara harta suami dengan amanah
ulasan : Isteri tidak menggunakan harta suami tanpa keizinan suami, kecuali jika harta isteri sendiri atau harta bersama.

Tanggungjawab bersama :
1) menyimpan rahsia rumahtangga.
Ulasan : suami atau isteri tidak boleh mendedahkan rahsia rumahtangga kepada orang lain yang tiada kena mengena dengan rumahtangga mereka. Contohnya kemesraan, layanan suami isteri atau apa-apa yang berlaku antara mereka berdua. Islam telah jelas melarang perbuatan ini kerana akan menimbulkan cemburu kepada orang lain.



Wallahu 'alam 


Read more

Asas-asas perkahwinan ( Part 2 )

0 comments


Pada kuliah minggu sebelumnya  telah diterangkan tujuan dan kepentingan sesebuah perkahwinan.

Setelah mengambil keputusan untuk berkahwin, langkah pertama yang perlu dilakukan adalah mencari dan memilih pasangan. Allah dan Rasul tidak akan membiarkan kita tanpa panduan yang perlu kita utamakan. Kita perlu faham apa yang kita ingin bina adalah rumahtangga muslim, jadi pemilihan mestilah mengikut ciri-ciri selayaknya untuk membina rumah tangga muslim.

Terdapat beberapa hadith yang diriwayatkan oleh Rasulullah saw dalam pemilihan ini. Contohnya:

Rasulullah saw bersabda:
“Pilihlah tempat untuk nutfahmu dan kahwinilah yang bersesuaian.” (riwayat ibnu majah)

Nabi menyarankan agar sesiapa yang ingin berkahwin pilihlah pasangan yang bersesuaian yang akan membina rumah tangga muslim bersama dan melahirkan anak-anak yang soleh yang akan mewarisi tanggungjawab dakwah ini.Perkara ini sangat penting dan tidak boleh ikut kemahuan atau kepentingan diri semata-mata.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” (riwatan imam bukhari dan muslim)

Gambaran hadith ini adalah kecenderungan seseorang dalam memilih pasangan ada iaitu 4 perkara yang mereka lihat: harta, keturunan, rupa paras dan agama. Nabi tidak melarang dengan kecenderungan ini kerana ia adalah fitrah namun di akhir hadith Nabi tekankan apa kriteria utama yang perlu ditekankan iaitu beragama.

Jangan pula kita menolak aspek ini hanya disebabkan kekurangan dari aspek lain walaupun aspek agama sudah dimiliki. Ataupun agama tidak seberapa tetapi telah jatuh cinta pada rupa parasnya, hartanya. Ia tidak menepati apa yang telah disarankan oleh nabi.

Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh Ibnu Majah Rasulullah bersabda:
"Janganlah kamu berkahwin dengan seorang wanita kerana kecantikannya semata-mata, kerana kecantikan akan memusnahkan dirinya; janganlah kamu berkahwin dengan wanita kerana hartanya, kerana kekayaan itu akan membuatnya derhaka. Kahwinilah seorang wanita kerana agamanya kerana sesungguhnya seorang hamba perempuan berkulit hitam dan cuping telinga berlubang besar yang baik penghayatan agamanya lebih baik dikahwini."

Saranan ini bukan sahaja untuk kaum lelaki malah kaum perempuan perlu lebih menitikberatkan aspek ini kerana mereka perlu memilih bakal imam yang akan membimbing dan menjadi ketua keluarga.

Langkah kedua selepas pemilihan calon, adalah mula membuat persiapan pada diri sendiri sebab kita akan memasuki gerbang kehidupan yang lain dari sekarang dan akan menempuh sesuatu yang baru. Orang yang nak mendaki gunung pun membuat persiapan yang lama dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi cuaca yang sejuk dan tempat yang tinggi.

Antara persiapan yang perlu dilakukan:
                     Aspek ilmu fiqh kekeluargaan
Perlu mengetahui gambaran secara umum dan menyeluruh mengenai hukum hakam dalam perkahwinan. Contohnya, rukun nikah,syarat, hak dan tanggungajawab suami isteri yang dipanggil hukum munakahad. Boleh menambah ilmu denagn membaca buku, mendengar ceramah, menghadiri kursus dan sebagainya.

                     Pengurusan kewangan
                     Cara berkomunikasi atau berhubung dengan pasangan dan keluarganya kerana kita akan hidup dengan keluarganya juga.
                     Ilmu pendidikan anak-anak kerana matlamat perkahwinan adalah melahirkan zuriat.
Allah anugerahkan anak kepada kita seperti kain putih dan kita yang perlu mencorakkannya supaya menjadi seorang yang soleh dan musleh. Boleh tambah ilmu tentang pendidikan anak-anak bersama-sama selepas kahwin.
                     proses pentarbiyahan secara berterusan

Persiapan Fizikal
                     Penjagaan kesihatan untuk melahirkan zuriat yang sihat dan baik
                     Penampilan diri untuk menenangkan dan menambat hati pasangan
                     Mengamalkan diet yang sihat
                     Pandai masak ( cuba masak masakan kegemaran suami dengan belajar dengan emak mertua)
Namun, lelaki juga perlu tolong isteri untuk masak, lebih-lebih lagi sekarang kerna kedua-duanya bekerja. Saling tolong menolong antara suami isteri.

Persiapan mental
                     Setkan minda untuk menjadi suami yang akan menjadi pelindung, pembimbing, pendidik keluarga
                     Wanita yang solehah itu adalah wanita yang taat pada Allah dan orang yang perlu dihormatinya iaitu suaminya.
Kalau ada perselisihan antara suami isteri, cuba bincang secara baik dan jika pendapat tidak diterima kita perlu redha selagi tidak berlanggar syarak dan kita juga akan mendapat pahala.
                     Persiapan untuk menjadi ibu dan ayah
Bersedia untuk menerima cahayamata.

Ingin mengetahui proses khitbah (lamaran dan pertunangan), jom dengar kuliah di minggu hadapan.


  
Wallahu 'alam 


Read more