• Motivasi Dan DIY

    Creativity Beyond Measure

  • Tazkirah

    Sharing is Caring

  • Local Wrap

    Around Us

  • Friday Wrap

    Around The World

  • Baitul Muslim

    Kuliah Online Baitul Muslim

  • Kulinari

    Sugar, Spice and Everything Nice

Edisi Juniors: Apa yang menarik di Russia?

3 comments
Bismillahirahmannirahim...
Assalamualaikum wbt.

Edisi kali ini khas untuk junior atau freshman year yang bakal melanjutkan pelajaran di bumi Russia ini tidak lama lagi. Apa yang menarik di Russia? Selain dari menawarkan beberapa pilihan universiti yang berprestij, Russia juga menawarkan tempat-tempat yang menarik sebagai pusat pelancongan. 

Tanpa kita sedari dan syukuri, tempat yang kita belajar sekarang adalah antara tempat pelancongan yang ingin dilawati oleh semua orang di merata dunia. Terutamanya jika anda belajar di Moscow. Artikel kali ini membawakan beberapa tempat menarik di bumi Moscow, Volgograd, dan Nizhny Novgorod, beserta kehidupan sebagai pelajar di sini. 

Moscow, Russia.

St Basil Cathedral menjadi tarikan utama di Moscow

Moscow merupakan ibu negara Rusia yang menarik dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Contohnya kemudahan pengangkutan yang sangat efisyen seperti metro, bas, trolleybus dan mashrut. Antara kemudahan lain yang boleh didapati ialah kedudukan lapangan terbang antarabangsa yang terletak di Moscow, jadi tidak sukar untuk pelajar bagi keluar melancong ke negara-negara lain. 

Stesen Metro bawah tanah di Moscow.

Kedutaan Malaysia-Rusia juga berpusat di Moscow yang sentiasa bersedia menerima kunjungan atau masalah yang dihadapi oleh pelajar Malaysia.

Selain itu, dengan terdapatnya puluhan pusat membeli-belah  di Moscow, para pelajar mudah mendapatkan barang-barang keperluan terutamanya pakaian di musim sejuk. Kemudahan bagi mendapatkan makanan halal juga sangat mudah samada di pasaraya ataupun di sekitar masjid. Pelajar disini tidak mempunyai masalah berkaitan dengan jaringan internet dan kadar panggilan ke Malaysia juga murah. 

Ice skating ring di pusat bandar sewaktu musim sejuk.

Antara aktiviti menarik lain yang diadakan di Moscow ialah expo halal dan pesta cahaya. Secara keseluruhannya, Moscow adalah sebuah kota yang mampu memudahkan hidup anda sebagai seorang pelajar.

Volgograd, Russia. 

City of Heroes. 
Tarikan utama di bandar Volgograd.


Volgograd juga merupakan salah satu daripada bandar-bandar yang menempatkan pelajar Malaysia di Russia. Terletak di bahagian selatan Russia, perubahan suhunya boleh menjadi sedikit ekstrem apabila suhu yang tinggi pada musim panas iaitu 40darjah boleh menurun sehingga -40darjah pada musim sejuk! 

Namun, pemandangan dan keadaan bandarnya yang tenang dan aman, jauh daripada kesibukan kota menjadikan pengalaman hidup di sini bakal menjadi satu kenangan yang tidak dapat dilupakan. Kenderaan awam yang murah dan senang didapati memudahkan pergerakan untuk ke kelas, kedai, dan hospital. 


Terdapat ramai pelajar Malaysia yang menetap di hostel universiti, tetapi ada juga yang berpindah ke apartmen sewaan sendiri untuk menimba lebih banyak pengalaman menguruskan diri di tempat orang. Bandar penuh bersejarah ini juga bakal menyertai kemeriahan Piala Dunia 2018 nanti. Maka, banyak pembaharuan yang sedang dilaksanakan untuk meningkatkan keselesaan para penduduknya termasuklah penambahbaikan jalanraya, pembinaan bangunan-bangunan baru, dan servis pelanggan yang lebih memuaskan. 

Suka  bersenam? Pemandangan matahari terbit dan terbenam di pinggiran sungai Volga bakal menemani anda di sepanjang trek jogging yang paling popular di sini. All in all, Volgograd merupakan satu tempat yang tenang dan kondusif untuk menimba ilmu dan pengalaman baru sepanjang pengajian anda di Russia nanti!

Nizhny Novgorod, Russia

Next stop - Nizhny Novgorod

Nizhny Novgorod. Bandar yang terletak paling utara antara ketiga-tiga bandar ini. Lokasinya tidak terlalu jauh dari Moscow. Nizhny selalu dianggap pertengahan antara kesibukan kota di Moscow dan ketenangan di Volgograd. Ia menjadi tempat yang kondusif untuk pelajar, kurang kesibukan kota dan masih menyimpan nilai-nilai keharmonian dan keamanan.

Tarikan utama - Kremblin di Nizhny Novgorod. 

Untuk bergerak dari lapangan terbang di Moscow ke Nizhny, anda boleh memilih untuk menaiki kapal terbang (satu jam), Sapsan train - tren berkelajuan tinggi (4 jam), tren biasa (6-7 jam) atau van/mashrut (7 jam dan ke atas). Tiada masalah ketiadaan tempat tinggal di sini kerana semua pelajar dikehendaki untuk tinggal di Hostel dan harga yang ditawarkan sangat berpatutan dalam RM1500-RM2500 setahun, mengikut keluasan bilik anda.

Untuk mendapat bekalan makanan halal, terdapat supermarket yang menjualnya atau boleh didapati di masjid yang terletak 30-45 minit dari hostel. Terdapat banyak pusat beli-belah, yang terletaknya dekat mahupun jauh. Tarikan lain untuk melanjukan pelajaran di Nizhny Novgorod State Medical Academy adalah pembelajaran selama 6 tahun sepenuhnya dalam bahasa Inggeris. Begitu juga dengan sewaktu dengan peperiksaan akhir. Sesetengah universiti di Russia, akan mempunyai kuliah dalam bahsa Russia, tetapi tidak di Nizhny. 

Pejabat dekan NNSMA di Minina Square. 

Walking street di Nizhny Novgorod.

Kesimpulan
Mungkin anda telah pun memilih universiti yang ingin anda duduki, jangan risau kerana pilihan anda itu sebenarnya adalah yang terbaik buat anda tanpa anda sedari. Di mana-mana pun anda bercadang untuk menyambung pelajaran, bawalah niat yang ikhlas Lillahi taala. InsyaAllah, kehidupan anda akan lebih diberkati di bumi Russia ini. 

Akhir kata. Selamat datang ke bumi Soviet, Russia!


Read more

Terapi Jiwa

0 comments

Bismillah. Alhamdulillah.

Allah ya Allah.

Alhamdulillah a'la kulli hal. Terima kasih kepada Allah di atas segala-galanya.

Kita masih bernafas dengan nikmat yang paling bernilai yang dikurniaNya, iaitu nikmat iman dan Islam. Pertamanya, sama-samalah kita memanjatkan kesyukuran ke atas Allah dan berselawat ke atas Baginda Muhammad S.A.W.

Tidak terhitung rasanya dan tidak akan pernah dapat kita hitung segala nikmat yang telah kita peroleh sepanjang hayat ini. Nikmat kesihatan, kesejahteraan, kebahagiaan, keluarga dan yang paling penting adalah kenikmatan bergelar seorang Muslim yakni kita memiliki aqidah yang sohih.

Indahnya jika memiliki halawatul iman. Allah...
Dalam mengharungi pancaroba dunia yang semakin menyesakkan dada, menyakitkan mata dan mempengaruhi hati  serta akal dan minda, kita harus sedar bahawa betapa pentingnya untuk menjaga kalimah syahadah dari segi kata-kata mahupun perbuatan seharian kita.

Allahu Rabbi. Antara kita tidak ada yang terlepas dari mempunyai sejarah silam. Kisah silam masing-masing yang berlalu. Kini, kita berhijrah, berubah. Tidak lain dan tidak bukan, hanya untuk mencari redha Allah.

Apabila berbicara tentang perubahan mahupun penghijrahan, semestinya kita mahukan aspek kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya. Kita tidak mahu lagi terus-menerus dalam kealpaan. Kita mahu terus dalam rahmatNya dan kasih sayangNya. Ingatlah bahawa kita hidup di dunia ini adalah untuk kembali kepada Allah nanti. Segalanya milik Allah.

Apabila hati mula membisik mahu melakukan kemungkaran atau kembali kepada jalan lama, teguhkanlah hati. Tetapkanlah jiwa kita bahawa Allah sentiasa mengawasi kita. Malaikat kiri dan kanan sentiasa sibuk mencatat. Yang baik mahupun sebaliknya. Pasakkan di hati bahawa erti sebenar atau arah  tuju matlamat kita adalah untuk Allah dan Rasulullah S.A.W. Jangan lupa berbuat baik kepada kedua-dua orang tua, kaum keluarga, sahabat-sahabat dan orang sekeliling kita. Seimbangkanlah "habluminAllah dan habluminannas" kita. Satu kepastian, bahawa kita tidak mahu lagi kembali seperti dulu setelah Allah menyelamatkan kita dari api neraka yang bernyala-nyala. Astaghfirullahal'azim.

Firman Allah S.W.T dalam surah Ali 'Imran ayat ke 103 :

"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu- padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat pertunjuk hidayahNya."


Akhir kalam, perbanyakkan solat sunat taubat, beristighfar, mengaji, dan ibadat-ibadat sunat yang lain. Paling penting adalah melaksanakan perintah Allah dan menjauhi laranganNya. Semoga terus istiqamah dalam penghijrahan. Ingatlah bahawa mujahadah itu pahit kerana syurga itu tersangat manissss... Tersenyumlah dan berwajah ceria selalu. Semoga Allah terus meredhai.Amin. Cintailah Allah, cintailah Rasulullah S.A.W. Jangan lupa untuk berselawat dan berzikrullah.. J 

Pesanan khidmat masyarakat: Air mata dalam doa adalah lebih indah nikmatnya, kerana kita berkongsi rasa dengan Allah S.W.T . SubhanAllah. Doa, doa dan teruslah berdoa.

For sure. No doubt.




Read more

Permulaan Sebelum Pengakhiran

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang.

Assalamualaikum wbt.

=) niat yg baik-baik, insya Allah akan datang yang baik-baik juga.

Mulakan dengan yang paling utama.
Kepada siapa patut anda tuju pada mulanya untuk segala-galanya.Untuk kesudahan yang sempurna haruslah dimulakan dengan permulaan yang sempurna.Permulaan yang sempurna dengan bersandarkan pada Allah SWT.Niatkan segala sesuatu kerana Allah,dan memperbanyakkan niat yang baik kerana Allah dalam sesuatu perkara.

Kadang-kadang kita terlupa siapa yang memegang segala kejayaan dan kebaikan urusan kita.Mungkin kita akan merasa diri kita lemah di kala kita jatuh, di kala kita sendiri sepi, tetapi menjadi hamba Allah merupakan sesuatu perkara yang memberi kekuatan kepada diri kita kerana Maha Pencipta jugalah yang Maha Mengetahui untuk membantu hamba-hambaNya yang ibaratnya seperti seseorang yang tercari-cari dalam keadaan yang serba kekurangan di padang pasir yang terik dan panas.

Kadang-kadang kita terlupa kepada Maha Pemberi yang sudah memberi berbagai-bagai nikmat jika kita bandingkan dengan musibah yang menimpa kita di suatu waktu.Siapakah kita untuk 'demanding' itu dan ini jika kita tidak berjaya menjadi hamba yang baik,tambahan pula dengan akal yang terbatas.

Sudah tiba masanya untuk memulakan langkah seiringan dengan niat yang kembali kepada kita sebagai hamba yang bekerja untuk Allah untuk mencapai redhaNya di dunia dan akhirat kelak.

Jom kita tengok semula hadis 1,

Daripada Amirul Mukminin Abi Hafs ibn Khattab radhiallahu anhu katanya :

Aku telah mendengar Rasulullah sallallahulaihi wa sallam bersabda : “Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia , ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehinya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya, untuk apa dia hijrah.

Mari niatkan segala sesuatu kerana Allah SWT jika kita berada di permulaan yang sebelum pengakhiran.Masih belum terlambat.Semoga setiap detik masa yang berlalu, ganjaran-ganjaran yang telah Allah janjikan untuk hamba-hambaNya yang soleh telah menjadi milik kita.



Read more

FRIDAY WRAP (07-12 SEPT 2013)

0 comments
assalamualaikum wbt.
Azam Russia kembali dengan berita-berita dan isu-isu terkini pada minggu ini.



Presiden interim Mesir telah melanjutkan perintah kecemasan selama dua bulan, memetik keadaan keselamatan.
Keadaan kecemasan hampir sebulan, yang memberikan pasukan keselamatan kuasa tangkapan yang lebih besar, telah tamat tempohnya dalam masa beberapa hari pengumuman yang dibuat pada hari Khamis.
Ia mula-mula diisytiharkan pada pertengahan bulan Ogos selepas pihak berkuasa membersihkan dua perkhemahan protes yang diadakan oleh penyokong  Presiden Mohamed Morsi, yang menyebabkan keganasan yang meragut nyawa hampir 1,000 di hari berikutnya.
Semenjak itu, perintah berkurung pada waktu malam juga telah berkuat kuasa dalam banyak negara.
Kerajaan akan membuat keputusan secara berasingan sama ada untuk terus perintah berkurung.
Bantahan oleh penyokong Morsi yang berterusan hampir setiap hari, dan kerajaan mengatakan ia menghadapi kempen ganas dianjurkan untuk menjejaskan kestabilan negara.
Pihak berkuasa telah menjalankan tindakan keras ke atas penyokong Morsi, termasuk ahli-ahli utama Ikhwan Muslimin dengan menuduh mereka menghasut keganasan.
Pegawai keselamatan berkata sekurang-kurangnya 2,000 anggota Ikhwan Muslimin dan gerakan Islam yang lain telah ditangkap pada bulan lalu, mereka semua menghadapi pendakwaan
 Pada masa yang sama, serangan ganas di balai polis, pejabat-pejabat kerajaan dan gereja-gereja telah berkembang lebih kurang ajar di selatan Mesir, Semenanjung Sinai dan lebih dekat ke ibu negara, Kaherah.
Sehari sebelum, sepasang pengebom berani mati memandu kereta bahan letupan-sarat mereka ke sasaran ketenteraan di Sinai, membunuh sembilan tentera.
Minggu lepas, sebuah kereta pengebom berani mati di Kaherah mensasarkan konvoi Mohammed Ibrahim, Menteri Dalam Negeri yang menjaga polis.
Ibrahim melarikan diri tanpa luka tetapi orang awam yang terbunuh, di pertama seperti cubaan membunuh politik sejak 3 Julai menggulingkan Morsi itu.






Syria telah memutuskan untuk menyerahkan kawalan senjata kimia kerana cadangan Rusia dan bukan ancaman campur tangan tentera AS, agensi berita Interfax memetik Presiden Bashar al-Assad sebagai berkata dalam satu wawancara televisyen Rusia.
Assad membuat kenyataan itu dalam temu bual dengan TV kerajaan Rusia yang telah televisyen pada hari Khamis, sebagai John Kerry, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, mendarat di bandar Switzerland Geneva untuk bertemu rakan sejawatannya dari Rusia itu Sergey Lavrov dan membincangkan bagaimana PBB boleh menjamin dan memusnahkan kimia Assad senjata.
"Syria meletakkan senjata kimia di bawah kawalan antarabangsa kerana Rusia. Ancaman AS tidak mempengaruhi keputusan itu," Interfax memetik Assad sebagai memberitahu negeri-run Rossiya-24 saluran Rusia.
Assad juga memberitahu Rossiya-24 bahawa Syria akan dalam beberapa hari akan datang mengemukakan dokumen kepada PBB untuk mengawal perjanjian penyerahan senjata kimia, negeri yang dikendalikan oleh agensi berita Rusia RIA dilaporkan pada hari Khamis.
PBB pada hari Khamis mengesahkan ia telah terima dokumen dari Syria.
"Dalam beberapa jam yang lalu kami telah menerima dokumen daripada kerajaan Syria yang sedang diterjemahkan," kata seorang jurucakap PBB Farhan Haq.
Assad berkata selepas kertas kerja telah dikemukakan "kerja akan bermula yang akan membawa kepada majlis menandatangani konvensyen itu melarang senjata kimia."
Syria, yang menafikan mereka adalah dalang serangan 21 Ogos, kejadian gas beracun di Damsyik, telah bersetuju dengan cadangan Amerika Syarikat bahawa ia memberikan senjata stok kimia, mengelakkan apa yang akan menjadi yang pertama campur tangan  Barat secara langsung dalam peperangan yang telah membunuh lebih daripada 100,000 orang.
Assad muncul untuk terus penafian ini dengan mengatakan bahawa negara-negara yang membekalkan senjata kimia kepada "pengganas" di Syria perlu bertanggungjawab. Beliau juga dipanggil untuk "siasatan mendalam" ke dalam penggunaan senjata kimia di Syria.



CACATAN RINGKAS RANCANGAN SERANGAN US KE ATAS SYRIA
1) Mujahidin FSA berjaya menguasai kebanyakan wilayah di Syria terutamanya di Halab hampir 80 peratus.
2) Rejim Syria melancarkan serangan senjata kimia di Dimasyq sehingga mengorbankan hampir 2000 nyawa.
3) PBB dihantar untuk menyiasat tentang serangan kimia yang dilancarkan oleh tentera rejim tersebut melalui Setiausahanya Ban Ki-Moon.
4) US bersama 10 buah gabungan negara merancang untuk menyerang Syria dengan alasan penggunaan senjata kimia tersebut.


 


Pihak berkuasa Mesir membuka sebahagian pintu sempadan Rafah pada pagi Ahad, selepas pengumuman penutupan pada hari Sabtu berikutan situasi tegang di Sinai. Maher Abu Sabha, pengarah sempadan Rafah, memberitahu PIC bahawa pihak berkuasa Mesir memberitahu mereka bahawa sempadan Rafah akan dibuka semula sejak 11 pagi.
Beliau berkata: “Kita bercakap tentang kelewatan yang menyebabkan bencana dan beribu-ribu kes-kes yang telah terlibat secara langsung dengan penutupan berterusan Rafah kepada pelajar dan pesakit.”
Pegawai Palestin juga menegaskan bahawa hubungan yang berterusan yang diadakan pada peringkat rasmi antara pihak berkuasa Mesir dan Kementerian Luar Negeri, di samping hubungan antara bidang pentadbiran sempandan dan pentadbiran am sempadan di sebelah Mesir, untuk penyelesaian krisis sempadan itu.

till next time
may Allah bless~




Read more

Resipi: Cornflakes Bermadu

0 comments

Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum wbt. 

Tamat sudah cuti semester yang sering kita tunggu-tunggu. Perjalanan masih harus diteruskan untuk mencapai cita-cita yang di ingini. Tapi usah gusar rakan-rakan seperjuangan, kerana jika kita ikhlas melakukan sesuatu Lillahi Taala, insyaAllah segala akan menjadi mudah untuk kita. 

Jadi, dalam meneruskan perjalan di bumi Russia, Team kulinari Azam membawakan resipi yang tidak asing untuk kita. Mudah dan ringkas. Resipi cornflakes bermadu. Selalu mengalami masalah runsing ingin menghidangkan makanan apa untuk rakan-rakan yang ingin datang menziarahi kita dan berhari raya? Ataupun masalah tidak punyai kuih raya untuk dihidang dek kerana extra luggage di lapangan terbang? 

Mari mencuba resepi mudah ini pada hari minggu ini...


Bahan-bahan
400g cornflakes
60g mentega
1 cawan madu
1 sudu besar gula pasir (mengikut kesesuaian)
90g kacang tanah tanpa garam (bahan tambahan)

Cara membuat
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah celcius
2. Di dalam periuk yang agak besar atau mangkuk tahan panas, masakkan mentega, madu, gula sehingga cair. Kemudian masukkan cornflakes dan kacang tanah. 
3. Aturkan cawan kertas di atas dulang pembakar. Kemudian, sudukan adunan ke dalam cawan kertas. Bakar selama 8 minit sahaja.
4. Setelah masak, angkat dan sejukkan supaya cornflakes betul-betul keras sebelum disimpan dalam bekas kedap udara. 
5. Hiaskan dengan chocolate rice yang biasa atau yang berwarna warni. Untuk menjadikan cornflakes ini unik, boleh juga meletakkan kismis, chocolate chip dan sebagainya. 

Selamat mencuba!


Read more

BERMULA LAGI

0 comments
  
                                                                   


Bismillahhirrahmanirrahim

Menuntut ilmu dan bermusafir seumpama irama dan lagu. Kedua-duanya saling melengkapi proses pembelajaran itu sendiri. Kedua-duanya memerlukan sebuah pengorbanan. Jiwa hamba yang manakah tidak pernah merasai susah dan jerih dalam menuntut ilmu? Pastinya anda akan mengatakan hal yang sama. Ia tidak mudah.

Menuntut ilmu memerlukan satu persediaan dan pengorbanan si penuntutnya. Mungkin pengorbanan yang paling diperlukan adalah pengorbanan masa. Mereka yang bergelar pelajar pasti merasa peritnya berpisah dan meninggalkan keluarga tersayang demi menuntut ilmu di bumi yang asing ini.

Ya. Perjalanan jauh ini ternyata memberi banyak pengajaran yang sangat berguna kepada kita semua dengan cara yang tersendiri.

Jom tajdid niat!
“Our intention determine our future”.
Setiap pelajar di Russia mempunyai niat yang berlainan di dalam hatinya. Mungkin ada yang datang untuk menuntut ilmu, ada yang mahu berseronok ataupun ingin berjumpa kawan-kawan. Walau apapun niat di hati pastikan segalanya berbalik kepada Allah. Dengan itu, kamu akan lebih fokus dan efektif dalam mengejar cita-cita di bumi Russia.


Diri ini seorang pejuang!
"Sesiapa yang keluar kerana mencari ilmu(agama),maka dia benar-benar berada dalam perjuangan di jalan menegakkan agama Allah sehingga dia pulang”-riwayat Tirmizi.

Langkah kaki seseorang yang ikhlas dalam menuntut ilmu adalah sama dengan langkah seorang pejuang di medan jihad.
"Barangsiapa yang melalui satu jalan menuntut ilmu, maka Allah akan mudahkan satu jalan ke syurga"-Riwayat imam Nawawi.

"Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka?" 
Ayat ini Allah sebut berulang kali di dalam Quran. Antaranya di dalam surah Ar Rum ayat 9 dan surah Ghafir ayat 21 dan 82.

Jadi,dengan sukacitanya kami ingin mengajak anda semua untuk mula mengembara. Tinggalkan kejahilan kita yang lama, mulakan langkah pertama untuk menuntut ilmu,demi mengenal Allah, pencipta mutlak kita.

Sudah bersediakah kita untuk berkorban dan bermujahadah?

Wallahualam.





Read more

RSSR 2013 | Let's Motivate The Ummah

0 comments
29-31 Julai 2013- Alhamdulillah, pihak Azam Russia telah berjaya menganjurkan satu program selama 3 hari 2 malam di Kem Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat degan jayanya. Program RSSR 2013 merupakan singkatan kepada Russian Student Summer Retreat  adalah merupakan satu program tahunan yang diadakan pada cuti musim panas untuk pelajar-pelajar terutamanya pelajar-pelajar dari Russia. Bertemakan “Lets Motivate The Ummah”, program RSSR pada tahun ini berkonsepkan semi-mukhayyam atau semi perkhemahan yang melibatkan aktiviti indoor dan outdoor.

Program kali ini telah disertai seramai lebih kurang 180 orang pelajar. Antara slot yang menarik adalah penyampaian dari Prof Dr Harlina Haliza Siraj yang membincangkan tajuk Awareness of Ummah yang menyentuh bagaimana persiapan seorang muslim untuk membina ummah yang seimbang dalam menghadapi cabaran teknologi pada masa kini seiring dengan usaha untuk membentuk individu muslim yang sejati dalam diri.

Slot 2 pula di isi dengan  penyampaian dari Ustaz Abd Muhaimin yang membawakan tajuk Manusia Dan Al-Haq, yang membincangkan teantang persoalan-persoalan seorang muslim dalam mencari kebenaran yang sebetulnya. Antara pengajaran dalam tajuk ini ialah bagaimana ummat Islam pada zaman sekarang kelihatan mundur adalah kerana  mereka mengamalkan islam bukan secara menyeluruh tetapi di barat pula walaupun mereka tidak mengamalkan islam tetapi nilai-nilai islam itu ada terserap dalm setiap sudut gerakan mereka dan membuatkan mereka maju ke depan.

Satu lagi slot yang menarik adalah slot penyampaian dari Dr Zainal Fitri bin Zakaria. Dalam slot ini Dr Zainal mengupas satu tajuk yang sangat menarik iaitu Izzah Al-Islam. Melalui slot ini, kesedaran tentang betapa pentingnya perasaan bangga akan agama Islam itu perlu ada dalam setiap individu muslim sehinggkan walaupun dimana mereka berada, mereka akan sentiasa ingin berkongsi dan menyebarkan akan keindahan yang terdapat dalam agama Islam.

Selain itu, antara aktiviti indoor dan outdoor yang disediakan untuk peserta lelaki  ialah slot aktiviti membentangkan isu-isu ummah berkait dengan surah-surah pilihan, night walk, rafting dan gusti peha yang bertujuan untuk melahirkan semangat ukhuwah antara peserta dalam ativiti berkumpulan dan seterusnya melahirkan individu muslim yang sihat dan cergas.


Akhir sekali, harapan dari pihak penganjur agar program RSSR 13 ini mampu memberi satu gerak langkah dan perubahan kepada semua peserta dalam usaha membentuk individu muslim yang berkualiti untuk ummah.




Let's Motivate The Ummah !


Read more