Kuliah BM #3 (15.11.11)



Bismillahirrahmanirrahim...


Manusia yang sentiasa sedar akan matlamat dan tujuan penciptaannya di dunia akan sentiasa mencari jalan dan berusaha ke arah pembaikan diri dan penyucian jiwa. Di dalam perjalanan seorang manusia menuju kepada taman - taman kebaikan Allah s.w.t, terdapat 2 perkara yang harus dititikberatkan:

1. Sentiasa melakukan segala perbuatan dengan niat semata - mata kerana Allah s.w.t dan mengikut tauladan yang ditunjukkan oleh rasulullah s..a.w. Perbuatan kedua - dua ini merupakan faktor terpenting dalam pembenaran segala amalan kita sebagai manusia : 
Katakanlah: "Sesungguhnya aku ini hanya seorang manusia seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: "Bahwa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan Yang Esa". Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya". (surah kahfi, 18:110)

2. Sentiasa bersegera dlm panggilan kebaikan. Tidak berlengah - lengah dan jgn berlambat2 dlm memenuhi kebaikan - kebaikan yang dihadiahi Allah kepadanya.
“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa” (surah al-Imran, 3:133)
Di samping itu, terdapat pelbagai kisah2 sahabat yang menunjukkan betapa mereka sentiasa berlumba2 dalam melakukan kebaikan. Contohnya, kisah Abdullah ibnu Umar yang pernah satu ketika bersolat di samping hambanya (Nafi’), kemudian ,membaca ayat al-quran yang melintasi ayat :
“Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebaikan [yang sempurna], sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.” (3:92)
Dan lantas beliau terus memberi isyarat tangan supaya hambanya berlalu dari situ utk dilepaskan. Namun Nafi’ yang tidak memahami isyarat itu terus berada disamping beliau dan menunggu sehingga habis solat tuannya.Terang Abdullah Ibnu Umar selesai solat, “Aku telah memilikan apa yang aku miliki dan yang dicintai olehku adalah engkau.aku bg isyarat supaya engkau aku lepaskan.aku bebaskan nafiq ketika solat kerana aku khuatir apabila aku habis solat, aku bertukar fikiran dan dikalahkan oleh perasaan, jadi sebelum gangguan, baik aku percepatkan hajatku itu.”

Sarana utk manusia mukmin sentiasa bersegera dalam melakukan kebaikan ini bukan terletak hanya ketika ingin membuat ibadah khusus tetapi di dalam pembinaan baitul muslim juga, ia amat dtitikberatkan. Sebagai contoh, ketika hati kita condong untuk membuat istikharah, tetapi masih ragu-ragu atau was-was terhadap pasangan yang Allah utuskan pada kita.Maka segeralah mengerjakan kebaikan, sebelum penyakit was - was yang merupakan musuh yang sangat ketat bagi kita menghalang dari kebaikan-kebaikan yang telah Allah utuskan dalam kehidupan kita. oleh itu Allah s.w.t memberikan saranan - saranan iaitu senjata - senjata yang disediakan untuk melawan wujudnya musuh hati ini di dalam surah An-Nas.
Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan manusia. (1) Raja manusia. (2)Sembahan manusia. (3) dari kejahatan [bisikan] syaitan yang biasa bersembunyi, (4) yang membisikkan [kejahatan] ke dalam dada manusia. (5) dari [golongan] jin dan manusia. (6) (surah An-Nas, 114:1-6)
Allah telah melatakkan neraca-neraca dalam pemilihan suami mahupun isteri dalam rangka menghindari penyakit was - was dan ragu ini. Untuk pemilihan isteri, sebagaimana yang terdapat di dalam hadis rasulullah s.a.w,
"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Terdapat 4 neraca yang harus dipertimbangkan iaitu harta, keturunan, kecantikan dan agama. Namun, Islam menggariskan keutamaan yang paling penting adalah agama wanita itu sendiri yang akan menjamin kebahagiaan rumahtangga seseorang muslim. Manakala neraca dalam pemilihan suami, sebagaimana yang terdapat di dalam hadis rasul :
Apabila datang kepadamu seorang (lelaki) yang kamu redhai agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinlah anakmu itu. Jika tidak berbuat demikian, nescaya akan berlaku fitnah dan kerosakan di atas muka bumi. (HR ahmad)
Jelas di sini bahawa bagi seorang muslimat yang mungkin meragui ketika melakukan istikharah, melihat panduan dan ciri yang digariskan di dalam islam adalah lelaki yang beragama dan baik akhlaknya sebagai neraca pertimbangan.

Sesungguhnya, apabila seorang muslim bertindak dalam membuat keputusan sepertimana yang Allah kehendaki dan gariskan, kita akan membuat keputusan yang akan menggembirakan Allah s.w.t dan seperti yang diimani, apabila Allah gembira dengan seorang muslim, Dia akan menggembirakn muslim itu kembali dengan pelbagai nikmat yang tidak terjangkau batasnya. Dalam membincangkan perkara was - was dan ragu dalam memilih pasangan, seharusnya kita meletakkan sepenuh keyakinan terhadap Allah s.w.t.. Hati kita seharusnya tunduk kepada Allah kerana penyakit was-was itu diamnya di dalam hati, dan bukan di dalam otak, jadi sentiasa meletakkan kehadiran Allah s.w.t di dalam hati - hati kita.

Fungsi dan tujuan institusi keluarga dlm islam

7 tujuan dan fungsi yang digariskan dalam membina baitul muslim yang disyariatkan Islam.

1. untuk pengekalan dan penerusan umat manusia

Tujuan utama tujuan institusi keluarga di dalam islam adalah untuk pengekalan dan penerusan umat manusia yang telah Allah jadikan untuk memakmurkan bumi ini. Manusia yang Allah ciptakan bertujuan untuk menjadi abid kepada Allah s.w.t, dengan erti kata yang lain,kita seorang hamba yang hidup di dunia adalah untuk beramal dan bila kita mudah beramal di dunia, kita akan senang di akhirat di mana seperti mana yang kita sedia maklumkana khirat ialah hari penghisaban, dan hari itu lebih lama dari hidup kita di dunia.
Selain itu manusia di muka bumi tidak lain adalah dilahirkan menjadi khalifah seperti mana yang tersebut di dalam ayat :
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan [khalifah] di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui". (2:30)

Maka sudah terbukti kita manusia ini bukan dicipta utk bersenang lenang di dunia tetapi Allah nak kita hidup di dunia sbgai khalifah (wakil) dari Allah utk mentadbir dan memakmurkan bumi ini mengikut peraturan dan cara Allah. Amatlah bertepatan dengan institusi baitul muslim yang cuba dibina, kita dapat melahirkan keturunan yg menjadi abid dan khalifah di bumi. Dan sebagai balasan dan ganjaran, Allah akan menarik umat ini dari maksiat - maksiat dunia seperti anak-anak luar nikah tidak ada nasab keturunan dan di mana manusia hari ini betapa kejamnya membunuh anak. Bukankah Allah s.w.t telah berfirman sekiranya kita mneyelamatkan satu nyawa di muka bumi ini, seolah-olah seperti menyelamatkan seluruh manusia di muka bumi Allah ini. Maka kepada doktor-doktor, Allah memberi peluang utk menyelamatkan ummah di seluruh dunia dgn usaha bersungguh-sungguh insyaAllah.Begitu juga dengan setiap manusia yang Allah berikan kepakaran dlam sesuatu bidang, manfaatkanlah kepakaran-kepakaran kita untuk melahirkan abid dan khalifah menerusi institusi baitul muslim ini. Dalam Al - Quran,

“Isteri-isterimu adalah [seperti] tanah tempat kamu bercocok-tanam, maka datangilah tanah tempat bercocok-tanammu itu bagaimana saja kamu kehendaki” (2:223)

Allah menyatakan tentang hubungan suami isteri dimana isteri adalah ibarat ladang bagi suami dan suami bertanggungjawab untuk menabur benih dari tatacara islam yang diperhalus. Perlu dipastikan benih yang hendak dibuahkan adlah dari benih yang baik agar menghasilkan generasi - generasi yang diredhai Allah.

2- pelindungan akhlak dan tatasusila

Allah s.w.t Maha mengetahui bahawa fitrah seorang manusia dibekali taqwa dan nafsu. Ini termasuklah keinginan untuk mendapatkan zuriat yang disalurkan melalui keinginan seks itu. sekiranya kecenderungan kita tidak dikawal, maka ia akan membawa kepada kerosakan akhlak. seperti mana yang dinyatakan di dalam Al-Quran :

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang [biasa] nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan [terhadap wanita] atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. (24:31)

Seorang mukmin akan sentiasa berusaha mengawal keinginan- keinginan nafsu dan Allah akan membantu untuk mencukupkannya. Maka sekiranya tidak mampu, Allah menyurh untuk kita berpuasa kerana berpuasa itu itu akan melemahkan syahwat. Namun, kita tidak boleh mengekang secara keterlaluan seperti contoh biara-biara nasrani kerana tabii manusia itu sendiri untuk keinginan seks. Jadi Allah memberi hikmah institusi baitul muslim untuk menyalurkan keinginan seks itu ke jalan yang halal dan untuk menjaga tuntutan syahwat, Rasulullah menggalakkan perkahwinan utk menundukkan pandangan muslimin dan muslimat agar tidak terjebak kedalam zina. Melalui pernikahan pahala nafkah juga yang tidak terdapat pada orang bujangan.


3 - untuk kestabilan hubungan kerohanian, kebaikan dan kasih sayang

Perkahwinan bukan sahaja physical tetapi kerohanian iaitu dalam proses mengembangkan kasih sayang, pengorbanan dan ketenteraman, kebaikan perlindiungan, saling percaya mempercayai di antara ahli baitul muslim. Rasulullah menekankan kepada golongan sahabat untuk melihat calon isteri terlebih dahulu untuk menimbulkan kasih saynag dan ketenangan seperti mana di dalam Al-Quran :

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir. (30:21)

Perkahwinan yang mendatangkan sakinah mawadah dan rahmah merupakan tanda keberkatan Allah dalam sesebuah baitul muslim dimana perkahwinan bermula dengan perasaan sakinah (tenang) dan setelah sahnya akad nikah, itulah tanda permulaan untuk ahli baitul muslim halal untuk bercinta. Di sini, masing - masing perlu berusaha membina kasih sayang maka akan bercucurlah rahmat Allah s.w.t. Bagi orang yang berfikir sahaja, yang akan merasa kebesaran Allah di dalam pernikahan. Sepertimana yang kita tahu, wanita adalah pakaian bagi suaminya dan sebaliknya.Inii adalah untuk membina keharmonian dalam sesebuah baitul muslim bila mana kita bercakap tentang wanita sebagai pakaian, mereka bertindak sebagai pelindung dari segala bahaya kepada pasangannya, juga sebagai penutup aurat dan juga kekuarangan dan aib di samping selain itu, ia merupakan penyeri kepada kehidupan pasangannya.


4 - proses pembentukan nilai


Melalui institusi baitul muslim, peranan ibu bapa dalam mendidik anak - anak sangat penting dimana dalam tarbiyatul aulad (pendidikan anak), terdapat 7 fasa:
* mendidik keimanan
* mendidik akhlak
* mendidik fizikal
* mendidik intelek
* mendidik sosial
* mendidik psikology
* mendidik sexual


Proses pentarbiyahan ini berlaku secara berterusan berasaskan kepentingan mendidik keluarga di dalam AQ apabila Allah mengarahkan untuk kita menjaga dan menyelamatkan ahli keluarga kita dari siksa api neraka yang di mana bahan bakarnya adalah batu dan manusia.

Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. (66:6)


5. jaminan sosial dan ekonomi


Perkahwinan menjamin keselamatan ekonomi dimana keluarga adalah unit2 kecil dlm masyarakat. Melalui baitul muslim, pernikahan yang halal akan melahirkan rumah tangga yang aman. Selain itu tuntutan ekonomi juga merujuk kepada harta di mana, tugas suami adalah mencari nafkah sementara isteri, mengurus rumah tangga.




6. meluaskan kaum kerabat dan kekuatan sosial dlm masyarakat


Keluarga merupakan strukturr asas keseluruhan sistem sosial dalam islam.Jika baik keluarga maka berjaya kestaboilan sosial dlm masyarakat. Melalui institusi baitul muslim, pasangan meluaskan kaum kerabat dengan mengahwini pasangannya lantas menguatkan sistem sosial dalam islam. Di mana, di sini mereka mampu berkenalan dan hidup di dalam satu rumah. isteri berkenalan dgn keluarga suami, ipar, dan mertua. perluasan dari segi sistem sosial ini adalah penting dan sekiranya boleh, bernikahlah dengan orang yang jauh.



7. Keazaman untuk berusaha dan bekorban


Setelah berbaitul muslim, ia meningkatkan keazaman, untuk mengubah dari kehidupan yang serba kekurangan kepada yang cukup sebagaimana contoh, waktu bujang boleh makan maggi , dan apabila sudah berkahwin, berubah kepada makanan yang lebih baik.Selain itu, kita berusaha bersungguh-sungguh utk membaik ekonomi keluarga dan menunaikan hak tanggungannya. Oleh itu, lelaki muda dinasihati menunggu masa yang baik untuk mampu berusaha membaiki ekonomi dan isteri perlu bantu mengurus ekonomi keluarga.Perlu untuk kita mengingati, apabila kita jalankan amanah Allah dan kita yakin dgn Allah, Allah akan bantu dan cukupkan kita dgn caraNya.

Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian [1] di antara kamu, dan orang-orang yang layak [berkawin] dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan karunia-Nya. Dan Allah Maha luas [pemberian-Nya] lagi Maha Mengetahui. (24:32)



Post a Comment