FRIDAY WRAP (21 NOVEMBER 2014 - 27 NOVEMBER 2014)

0 comments
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.  

AZAM Russia kini kembali pada minggu ini dengan berita-berita terkini dari seluruh dunia.


Pelarian Syria di Greece Mogok Lapar
26 November 2014


ATHENS, GREECE - Lebih 200 pelarian Syria di Greece melancarkan mogok lapar di ibu negara Athens, semalam.

Protes yang dimulakan di hadapan bangunan Parlimen Greece sejak 19 November lalu, bertujuan menggesa kerajaan memberi mereka pekerjaan dan hak bermastautin sementara.

Difahamkan, beberapa penunjuk perasaan bertindak duduk di kaki lima dan menutup mulut mereka dengan pita pelekat.

Greece merupakan pintu masuk pelarian yang ingin ke Kesatuan Eropah dan negara terbabit menyaksikan peningkatan dalam bilangan pelarian Syria berikutan ramai yang menyeberangi dengan bot dari Turki, dipetik dari laporan Press TV.


Rusia sokong Palestin diiktiraf Sebuah Negara
26 November 2014

MOSCOW, RUSIA - Rusia berjanji akan menyokong draf resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berhubung pengiktirafan Palestin sebagai sebuah negara, menurut Interfax.

Timbalan Menteri Luarnya, Mikhail Bogdanov berkata, resolusi itu boleh dijadikan titik permulaan untuk memperbaharui rundingan antara Palestin dengan Israel, selain Rusia bersedia memberi sokongan jika tiba masa untuk mengundi kelak.

"Amerika Syarikat (AS) dan Israel lakukan segala-galanya menghalang wakil Palestin ke PBB. Bagaimanapun, terdapat kemungkinan AS akan gunakan kuasa veto pada waktu pengundian," katanya menurut laporan Middle East Monitor.


Suspek Ebola Meninggal Dunia
26 November 2014


ISLAMABAD, PAKISTAN - Seorang pesakit yang disyaki menghidap virus Ebola meninggal dunia di bandar perindustrian Faisalabad, menurut agensi berita Xinhua, semalam.

Mangsa dikenali sebagai Zulfiqar Ahmad, 40, dari wilayah Punjab baru pulang daripada mengunjungi Togo, 16 November lalu.

Sumber hospital memberitahu, kematian itu menjadi kes pertama Ebola di Pakistan jika ia disahkan.

"Sampel air kencing lelaki berkenaan telah dihantar ke Institut Kesihatan Kebangsaan dan kami masih menunggu laporan ujian itu," kata Dr Rashid Maqbool, dipetik dari laporan Channel News Asia.


Parlimen Sepanyol Iktiraf Palestin
21 November 2014


MADRID, SEPANYOL - Parlimen Sepanyol sebulat suara mengundi untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara selepas memperoleh 319 undi sokongan di bawah usul dikemukakan parti Sosialis yang merupakan pembangkang utama negara itu.

Resolusi itu juga bertujuan untuk menggesa kerajaan supaya mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara mengikut undang-undang antarabangsa.

Selain itu, ia berfungsi untuk menggalakkan penyelarasan dengan dasar Kesatuan Eropah (EU) yang mengakui Palestin sebagai sebuah negara berdaulat, demokrasi dan merdeka.

Sepanyol mengikut jejak langkah Britain dan Ireland yang telah membuat tindakan simbolik dengan meluluskan usul tidak terikat serupa bagi mengesahkan hak Palestin.

Pada 30 Oktober lalu, Sweden menjadi negara anggota pertama EU mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara dalam tempoh kurang sebulan selepas kerajaan itu mengumumkan rancangan tersebut walaupun berdepan kritikan daripada Amerika Syarikat (AS) dan sekutu kuatnya, Israel.

Difahamkan menurut laporan Press TV, Perhimpunan Kebangsaan Perancis juga bakal mengambil langkah simbolik sama bagi menuntut pengiktirafan serupa terhadap wilayah Palestin pada Jumaat depan. 


Israel nafi Hak Tahanan Palestin
21 November 2014


BAITULMAQDIS, PALESTIN - Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) mendakwa seramai 10,000 kanak-kanak Palestin telah ditahan Israel sejak tahun 2000.

Ketua Jawatankuasa Tahanan Palestin, Issa Qaraqe turut mendedahkan bahawa rejim Zionis turut melakukan pencabulan hak asasi seperti menghina dan mendera kanak-kanak terbabit.

"Israel tidak memberikan sebarang imuniti malah terus melanggar perjanjian antarabangsa mengenai hak asasi tahanan kanak-kanak.

"Mereka terus menyeksa dan menafikan hak kanak-kanak Palestin untuk mendapatkan perbicaraan yang adil," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Kata Qaraqe lagi, sejak Jun, Tel Aviv telah menahan kira-kira 3,000 rakyat Palestin dan 30 peratus daripada mereka adalah kanak-kanak.

"Buat masa ini, sekurang-kurangnya 300 kanak-kanak ditahan di penjara Israel dan kebanyakan mereka ditangkap di timur Baitulmaqdis," katanya kepada Press TV.


Pendakwa Raya Mahu Mursi dihukum Mati
21 November 2014

KAHERAH, MESIR - Pendakwa raya Mesir secara rasmi meminta Mahkamah Jenayah Kaherah supaya menjatuhkan hukuman mati ke atas presiden yang digulingkan, Mohamed Mursi serta beberapa pemimpin Ikhwanul Muslimin.

Ketua Pendakwa Raya, Emad el-Sharway berkata Mursi dan pembantu-pembantunya harus dijatuhkan hukuman mati atas tuduhan pengintipan dan menghasut pembunuhan lapor Press TV.

Mursi dan 35 pemimpin Ikhwanul Muslimin kini berdepan perbicaraan kerana dituduh mengganggu kestabilan Mesir kerana bekerjasama dengan Hamas dan Hezbollah serta didakwa membocorkan maklumat sulit kerajaan kepada negara-negara asing.

Mahkamah memutuskan akan mendengar hujahan pembelaan Mursi pada 26 November ini.

Mursi yang dipilih secara demokrasi digulingkan pada 3 Julai tahun lalu.


12.2 juta Rakyat Syria Perlukan Bantuan Kemanusiaan - PBB
26 November 2014

NEW YORK - Dianggarkan 12.2 juta rakyat Syria memerlukan bantuan kemanusiaan berikutan meningkatnya keganasan dan keadaan tidak menentu di negara itu.

Jumlah itu meningkat lebih tinggi berbanding 10.8 juta pada Julai lalu, demikian menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini.

Ketua Bantuan Kemanusiaan PBB, Valerie Amos, memberitahu Majlis Keselamatan PBB bahawa penyaluran bantuan dari Turki dan Jordan ke kawasan dikuasai pemberontak di Syria tanpa kelulusan kerajaan berjaya membantu menangani masalah itu.

Sehubungan itu, beliau menggesa Majlis Keselamatan agar melanjutkan program agihan bantuan menerusi sempadan yang tamat pada 9 Januari depan.

Amos memberi gambaran betapa buruknya keadaan di Syria - 40 peratus penyusutan ekonomi sejak 2011, satu pertiga penduduk hidup dalam kemiskinan, 50 peratus penurunan kehadiran ke sekolah, 7.6 juta pelarian dalam negara dan 3.2 juta pelarian di negara asing.


7 Rumah Musnah, 30 Cedera akibat Gempa di Tengah Jepun
23 November 2014


TOKYO - Gempa kuat yang melanda kawasan pergunungan di tengah Jepun yang pernah menjadi tuan rumah Olimpik Musim Sejuk pada 1998, memusnahkan lebih tujuh kediaman di kawasan peranginan ski serta sekurang-kurangnya 30 lagi cedera.

Gempa berukuran 6.8 magnitud melanda Bandar Nagano jam 10 malam semalam (waktu tempatan) di kedalaman 10 kilometer, demikian menurut Agensi Meteorologi Jepun.

Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa berukuran 6.2 magnitud itu bagaimanapun tidak menyebabkan tsunami kerana ia berlaku di tanah besar.


H5N8: Belanda Musnahkan 8,000 Itik
22 November 2014


AMSTERDAM - Pihak berkuasa kesihatan memusnahkan 8,000 itik bagi mengelak kemungkinan penularan wabak selesema burung yang sudah menjangkiti tiga ladang ternakan dalam masa seminggu di Belanda, antara pengeksport utama unggas dan telur.

Menurut satu kenyataan kerajaan, itik berkenaan sedang dimusnahkan di bandar Barneveld sebagai langkah berjaga-jaga kerana pihak berkuasa mahu menghapuskan segala risiko virus H5N8 tersebar ke tiga daripada 12 negeri sejak Ahad lalu.

Operasi pengosongan di ladang ternakan itik di Barneveld itu akan meningkatkan bilangan haiwan yang dimusnahkan sejak jangkitan pertama dikesan pada 211,000 unggas Ahad lalu.

"Tindakan ini perlu dilakukan bagi mengelak penularan wabak seperti pada 2003 apabila 30 juta ayam dimusnahkan," menurut kenyataan itu. - Reuters


Sekian sahaja untuk minggu ini. Wallahualam.


"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat ."
(al hujurat : 10)


Post a Comment

DIY SAFE COCKROACH KILLER HOME MADE

0 comments
Assalamualaikum wbt.

                 Apa khabar para pembaca di luar sana? Memandangkan salji baru turun menghujani bumi Soviet ini,pasti ramai yang malas hendak keluar bilik bukan? Apa kata,masa yang terluang itu,kita gunakan untuk melakukan "winter cleaning". Ajak lah sahabat-sahabat yang tinggal sebilik bersama-sama membersihkan bilik. Bukan kah kebersihan itu sebahagian daripada iman? Malah dalam Al Quran banyak menekankan kepentingan menjaga kebersihan.

“Dan sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bersih”.
 (Q.S. At-Taubah [9]: 108)

              Oleh itu,kali ini team lifestyle AZAMedia akan berkongsi cara-cara membuat perangkap lipas yang bukan sahaja murah,malah selamat digunakan. 





Selamat mencuba J



Post a Comment

BREAKFAST IDEA!( MONTE CRISTO BENEDICT)

0 comments
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah,semester ini telah hampir sampai ke pehujung nya.Mesti ada di antara para pembaca yang sedang sibuk menyiapkan tugasan kuliah,kerja kursus dan tidak kurang juga yang telah mula mengulangkaji untuk peperiksaan yang akan menjelang tidak lama lagi.Namun dalam kesibukkan menimba ilmu,kesihatan hendaklah harus selalu dititikberatkan.Sarapan amatlah penting untuk setiap individu.Tahukah anda,dengan mengambil sarapan yang secukupnya dapat meningkatkan tahap tumpuan anda ketika belajar? Oleh itu,kali ini team kulinari AZAM akan berkongsi satu resepi mudah,yang bukan sahaja senang dan cepat untuk disediakan,malah penuh dengan  nutrisi untuk memberi badan kita tenaga yang secukupnya agar dapat menjalani tugas harian dengan lebih efektif,insyaallah.



Bahan-bahan

-    1/4 cawan heavy whipping cream /сливки
-    2 biji telur
-    1 sb gula
-    Garam secukup rasa
-    Secubit serbuk lada merah / кайнский перец
-    Secubit serbuk kayu manis / корица
-    Secubit allspice / душистый перец
-    3 keping french bread
-    1 sudu mentega (untuk goreng)
-    6 keping ham ayam / халял курица ветчины (kalau tidak ada boleh pakai isi ayam)
-    3 keping keju cheddar / чеддер сыр
-    3 keping keju mozzarella
-    3 poached eggs
-    daun bawang/ зеленый лук (optional)




Cara-caranya...

1.    Gaulkan telur bersama garam, gula, serbuk lada merah, serbuk kayu manis dan allspice hingga sebati.
 

2.    Rendam roti kedalam adunan tadi, biarkan ia meresap sepenuhnya.
3.    Panaskan mentega di dalam kuali leper. Masukkan roti tadi dan masak hingga kekuningan. Setelah siap, letakkan di atas loyang untuk dibakar.
4.    Masak ham dalam 1minit per side.

5.    Lapiskan roti tadi dengan keju cheddar, ham dan keju mozzarella.
6.    Bakar roti bersama keju dan ham dalam 20 minit


7.    Serve roti yang telah siap di bakar dengan poached eggs. Hiaskan dengan serbuk lada merah dan daun bawang .




Siap! Bon appetit!


Post a Comment

ATURKAN LANGKAHMU, JEJAKI MEDAN ILMU

0 comments



Ada apa dengan ilmu ?
Dari kecil engkau diajar menitip makna keilmuan,
Namun, sejauh manakah diri mampu mengerti,
Tuntutan tersurat dan tersirat menuntut ilmu,
Sebagai seorang khalifah di muka bumi ?

Saat diri mulai  mengenal detik kematangan,
Engkau diajar membina harapan,
Menghadapi segala ujian,
Demi melakar sebuah kejayaan.

Aturkanlah langkahmu,
Jejaki medan ilmu,
Hanya dengan ilmu,
Harapanmu kan terbina,
Kehidupanmu disinari bahagia.

Sinar mentari mula menyinari empat penjuru segenap alam. Namun begitu, sinarnya tidaklah terlalu panas dan tidak pula boleh dikatakan mendung. Pagi yang damai seperti kebiasaannya.

     “ Apa yang kamu fikirkan, Ahmad?  Mari tolong ibu kemaskan barang-barang kamu in.", sapa Mak Jah yang melihat anaknya sedang berteleku di muka jendela yang luas ternganga.
 “ Baiklah ibu.” balas Ahmad tanpa ada sebarang bantahan.

Selesai sudah mengemas barang-barang keperluannya, Ahmad kembali ke muka pintu jendela menikmati keindahan desanya. Fikirannya tidak keruan memikirkan keputusannya yang memilih untuk meneruskan kembaranya sebagai seorang pencinta ilmu nun jauh di Negara Eropah sana, Russia.

Dia mulai memikirkan kehidupan yang bakal dilaluinya di bumi Russia, bagaikan belum mengerti arah tujuan yang dipilihnya. Baginya,keputusan yang dibuatnya sebelum ini, hanyalah sekadar memenuhi impian keluarganya. Jauh di sudut hatinya, dia ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang yang lebih menjurus kepada ilmu keagamaan seperti feqah agar mampu membela agama Allah satu hari nanti dengan pengetahuan yang dimilikinya. Adakah bidang kedoktoran yang dipilihnya ini mampu membawa dirinya memperjuangkan agama Allah?

Sedang asyik mengelamun, kelihatan satu pesanan ringkas daripada rakannya, Amir tertera di skrin telefonnya.

“ Buat saudaraku Ahmad. Selamat maju jaya aku ucapkan buat dirimu yang bakal berhijrah ke negara orang keesokan harinya. Hanya sekadar pesanan, pertama sekali niatkan sekarang dari Malaysia, belajar di sana kerana Allah, agar sepanjang perjalanan mendapat pahala ibadah, 6 tahun ibadah, indahnya begitu kan? 

Kemudiannya seperti nasihat  Luqmanul Hakim kepada anaknya,
“Jangan syirikan Allah, sentiasalah menjaga dirimu, jikalau tidak mampu dan rasa diri semakin jauh dengan Allah, maka carilah orang yang mampu mengingatkan kamu”.

Binalah usrah, peliharah agamamu sebaik mungkin. Jagalah setiap perlakuanmu dan tunjukkanlah contoh yang baik dengan masyarakat sekelilingmu, agar atas nama sebagai seorang Muslim yang terpikul di bahumu, dengan perlakuanmu, Islam akan dipandang mulia di mata mereka.
Harapanmu ingin menjadi seorang doktor bukan? Aku harap engkau mampu menjadi seorang doktor muslim yang baik buat masyarakat. Tetapkan harapanmu untuk merawat pesakit bukan hanya dari sudut fizikal mereka, tetapi rohaninya juga.

Ingin aku katakan, aku kecewa melihat  kebanyakan pesakit-pesakit yang memandang remeh tentang kewajipan mereka dalam menjalankan ibadah kepada Allah. Mereka menjadikan alasan dengan kesakitan yang mereka alami untuk tidak menunaikan solat. Kesakitan itu sepatutnya mengingatkan lagi mereka kepada Sang Pencipta, namun apa yang berlaku sebaliknya.

Dengan penuh harapan, aku mendoakan agar engkau mampu menjalankan tanggungjawabmu merawat pesakit sekaligus sebagai saudara seagama, dengan menasihati dan membimbing mereka agar kembali kepada fitrah kita sebagai hamba Allah. Besarnya tanggungjawab itu bukan? Namun begitu, besar lagi ganjaran daripadaNya yang kau akan perolehi. InsyaAllah.
Akhir kalam, moga Allah sentiasa merahmati, meredhai dan memberkati perjalanan hidupmu  sebagai perantau yang jihadnya menuntut ilmu.”

Selesai Ahmad membaca pesanan daripada rakannya yang begitu bermakna, hatinya begitu tersentuh dengan setiap bait kata yang dicoretkan oleh saudaranya itu.
“ AllahuRabbi, Segala puji bagiMu, Ya Allah, engkau telah menjawab persoalan yang bersarang di benak fikiranku selama ini. Begitu besar hikmahnya, engkau mendetikan hati ini untuk memilih bidang kedoktoran sebagai langkah seterusnya dalam aku mendaki medan ilmu. Aku yakin, inilah jalan yang Kau bukakan langkah kakiku untuk memperjuangkan agamaMu. Moga dengan jalan inilah, aku mampu menjalankan tanggungjawabku  sebagai khalifah di muka bumi ini”, ucap Ahmad mengagumi setiap jalan takdir yang telah ditetapkan untuknya.

“ Terima kasih, sahabat. Moga kita semua mampu meneruskan misi dakwah di jalan Allah tidak kira pangkat ataupun status yang dimiliki. Bukan hanya mereka yang memiliki status ‘ustaz’ sahaja yang perlu menjalankan misi dakwah ini, tetapi kita semua, sebagai seorang Muslim, InsyaAllah”, ungkap Ahmad membalas kembali pesanan ringkas sahabat yang sentiasa berada di sampingnya.

Buat para penuntut ilmu, jihadkanlah hati ini dalam menuntut ilmu kerana Allah. Dengan izinNya, segala urusanmu dalam menuntut ilmu akan dipermudahkan.Mari kita renungkan seketika, 
mengapa dan kenapa kita menuntut ilmu bertahun-tahun lamanya sebelum ini? Adakah hanya sekadar menuntut ilmu kerana ingin  mencapai kebahagiaan dan kesenangan di dunia untuk memiliki kekayaan yang mampu memuaskan nafsu diri? Atau adakah kita menutut ilmu kerana ingin memperolehi kebahagiaan dan kesenangan dunia dan akhirat? Keadaan niat yang manakah kita berada sekarang ini?

Menuntut ilmu adalah pekerjaan yang utama dan mulia. Ilmu merupakan syarat yang paling utama untuk mencapai keberhasilan hidup bahagia dunia dan akhirat. Allah SWT memberikan keutamaan kepada orang yang berilmu. Sebahagian keutamaan ilmu atas ibadah kerana ilmu dapat bermanfaat untuk orang lain, sedangkan ibadah hanya terbatas pada pelakunya saja.

Oleh karena itu, kewajiban kita sebagai umat Islam adalah memenuhi hajat, membaca dan menuntut ilmu itu serta meningkatkan kemampuan akal dan fikiran dalam diri kita, ahli keluarga, dan masyarakat kita dalam meningkatkan ilmu, iman dan taqwa sebagai modal untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT.

Harapan kita supaya adanya ajakan mengubah cara berfikir dalam kalangan masyarakat untuk menjunjung tinggi budaya membaca dan menuntut ilmu sehingga akan lahir masyarakat yang berfikir dan menjadi sebuah negara yang madani.

(Baldatun Tayyibatun Wa Rabbun Ghafur).

Memiliki ilmu pengetahuan bagi segenap umat Islam sangat penting sekali, walaupun harus pergi ke negeri orang. Oleh kerana itu, segala risiko dan kesulitan dalam mencari ilmu harus dihadapi dengan penuh kesabaran dan keikhlasan. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Satu bab ilmu yang dipelajari seseorang itu lebih baik baginya daripada dunia dan isinya”.
(HR. Ibnu Hibban)


Post a Comment

Charity Day Moscow 2014

0 comments


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


Pada 26 Oktober lalu, pihak Azam Russia buat julungkalinya telah menganjurkan sebuah program amal yang diberikan nama " Charity Day Moscow 2014" di sekitar Moscow dengan kerjasama Kumosc, PPIM, MMASO,SMSA dan RMSA.

Antara tujuan program ini diadakan adalah untuk mewujudkan semangat berkorban dan sikap murah hati dalam kalangan peserta terhadap manusia lain yang tidak bernasib baik.
Seramai 54 orang peserta tidak termasuk ahli yang bertugas telah bersama-sama menjayakan program ini walaupun cuaca sejuk pada hari program berlangsung.Semua peserta diarahkan untuk berkumpul di Red Square sebelum program bermula.

Program yang bermula pada jam 10 pagi itu, berjalan dengan lancar dan baik sekali atas kerjasama semua yang terlibat. Peserta dibahagikan kepada beberapa buah kumpulan untuk setiap stesen metro yang berbeza.Taklimat juga diberikan.

 



 

Setiap kumpulan diberikan 3 beg yang berisi makanan, minuman, stokin , serta sarung tangan untuk diagihkan kepada 3 orang homeless di setiap lokasi masing-masing. Tidak kurang juga, ada peserta yang turut membawa barangan sendiri untuk diberikan kepada yang memerlukan.



“Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita.”

AL-Baqarah : 274




Setelah semua kumpulan berjaya menyelesaikan tugas masing-masing, wakil dari setiap kumpulan diminta untuk bersama-sama berkongsi pengalaman serta cerita yang mereka dapat sepanjang program berjalan. Rata-rata menyatakan rasa syukur kerana berpeluang untuk turut sama program amal yang dianjurkan oleh pihak Azam Russia ini dengan harapan program-program seperti ini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang . 

 

Setelah selesai, semua peserta diagihkan makanan untuk dibawa pulang serta sesi bergambar beramai-ramai.

 

Pihak Azam Russia ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang sukarela untuk terlibat sama dalam program ini. Tanpa kalian semua,program ini tak mungkin dapat direalisasikan.

InshaAllah, bila kita mudahkan urusan orang lain, Allah akan mudahkan urusan kita juga. Dalam setiap rezeki dan harta kita, ada hak orang lain didalamnya .Tahniah kerana kalian berjaya menyempurnakan hak tersebut . Teruskan menyempurkan hak mereka .Jom sedekah .





“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu."

Al-Baqarah :267



 No one has ever become poor by giving.



Post a Comment