CINTA

0 comments




Yusra menatap keputusan peperiksaannya. Jelas tergambar kekecewaan di raut wajahnya. “Allah, apa aku nak cakap dengan ibu ni.” Yusra menekup wajahnya. Bercucuran air matanya jatuh menandakan empangannya sudah pecah. Keputusannya kali ini benar- benar jatuh. “Ibu..” gumamnya dalam tangisan. Hanya nama itu yang meniti dibibirnya.

Ting..Ting..Ting..

Bertubi tubi aplikasi WhatsAppnya masuk.

“Adik Yusra"..
Sayang, result awak macam mana?” Yusra hanya merenung telefonnya. Tiada tanda dia mahu membalas. Mesej Kak Raihan selaku kakak usrahnya hanya dipandang kosong. “Kak Raihan tipu.” jegil matanya menahan amarah. “Sayang walau apa pon keputusan yang awak dapat, jangan lupa sujud syukur ye. InsyaAllah itu semua terbaik untuk awak .<3” mesej kak Raihan masuk lagi.
Dia hanya sekadar endah tak endah. “Dah la penipu.” Yusra mencampakkan telefonnya ke atas katil.

___________________________________________________________________________________

“Hurm dah sebulan Yusra tak datang usrah “, keluh Raihan.“Ada pergi lawat dia?? WhatsApp??” Anisah cuba beri solusi. “Sudah, hampir setiap minggu nak ziarah dia. Tapi dia cakap dia takde dalam bilik. WhatsApp pun acuh tidak acuh dia reply. Sejak bukak sem ni nampak dia makin nak menjauh dari usrah. Masjid pun dia dah jarang pergi.” keluh Raihan lagi. Nada suaranya kian rendah seperti sudah putus asa dengan adik usrahnya yang seorang ini.

“Kau jangan putus asa. Ok cuba kau ingat last dia layan whatsApp kau?” tanya Anisah. Anisah memang agak sempoi dikalangan rakan-rakannya. Namun apabila masuk bab ummah atau gerak kerja dia orang pertama yang akan ke hadapan.
“Hmm.. before dia dapat result. Hah sejak tu dia mana nak layan dah. Love kiss pon dia da tak reply.” ujar Raihan. “Cer kau kasi emoticon  buah kiwi ke, buah cempedak ke .Barulah ada kelainan  sikit. Ni love kiss kau, aku pon bosan “ Anisah buat muka. Cuba mengusik rakannya. Raihan tertawa. Mujur ada Anisah, walaupun lawaknya adakala hambar, tapi boleh juga mencuit hatinya.
___________________________________________________________________________________
  
“Yusra !!!” Raihan melambai dari jauh. Senang sekali hatinya hari ini Yusra sudi bertemu dengannya. Buah tangan untuk adik usrahnya itu tidak dilupa. Beg plastik berisi coklat Cadburry Hazelnut dijinjing bersama. 

   “Kak Raihan.” Yusra menarik senyum segaris. Sudah lama tidak berjumpa dengan akak usrahnya. Tekadnya sudah meninggi. Mungkin hari ini terakhir kalinya dia akan bermesra lagi dengan kak Raihan. Walau apa pun yang berlaku, dia nekad untuk tinggalkan usrah. Raihan duduk di sebelah Yusra. Pemandangan mereka menghadap ke luar tingkap sambil melihat salji yang sedang turun membaluti bumi. “Nah akak bawakan favourite coklat Yusra. Rindu kat adik akak sorang ni”. Raihan menghulurkan bungkusan plastik berisi coklat. 

“Owh terima kasih akak”. Yusra mengambil bungkusan tersebut. Dibukanya bungkusan coklat Cadbury untuk dikongsi bersama Raihan. “Lama sangat tak jumpa Yusra. Kawan-kawan usrah yang lain pon rindu”. Raihan memulakan bicara. Yusra hanya diam membisu. Mencari kekuatan disegenap sudut. Coklat Cadbury yang dibuka tadi satu bar di hulur kepada Raihan.

“Akak, Yusra nak keluar dari usrah. Yusra rasa cukup sampai sini sahaja sumbangan Yusra.” Luah juga apa yang terbuku di hati Yusra selama ini. Bar Cadbury yang baru sahaja mahu singgah ke mulut Raihan terhenti. Berkerut muka Raihan. Dikiranya Yusra hanya mahu  untuk menjauh seketika sahaja. Tapi apabila mahu keluar dari usrah pasti ada sesuatu yang tidak kena. Terdiam Raihan seketika. Cuba mencari solusi yang terbaik untuk adik usrahnya. “Bismillah, Ya Allah bantu diri ini dan hati yang juga aku bawa ini. Moga jauh dari hasutan nafsu dan syaitan”. Monolog Raihan berdoa meminta Allah pandu setiap tutur katanya. 

Diam kak Raihan membuatkan Yusra serba salah. “Akak , maafkan Yusra. Yusra dah tak tahan lagi. Meeting, dakwah, usrah membuatkan fokus Yusra untuk study terganggu. And I think because of all those things, result Yusra jatuh akak. Kak Raihan pernah cakap dulu kalau kita tolong agama Allah, Allah akan tolong kita. Tapi Yusra tak nampak hasil pengorbanan Yusra selama ni.” ungkap Yusra. 

Ye itu yang sering berlegar legar di fikirannya. Dia begitu pegang pada kata-kata Raihan. Dia harap dengan pengorbanannya, Allah akan membantunya dalam peperiksaannya.Yusra menundukkan kepalanya. Bersiap sedia dengan segala tembakan nasihat dan pujukan daripada kak Raihan. Tapi dia tekad juga untuk lari dari kelompok itu. Bar coklat ditangan segera diletakkan ditepi bungkusan plastik oleh Raihan.

“Sayang, masa awak SPM dulu ada tidak ibu awak janji untuk berikan apa sahaja keingingan awak kalau awak dapat keputusan cemerlang?” lembut Raihan bertanya. “Hurm ada. Ibu kata macam tulah, ibu akan berikan apa yang saya inginkan.” balas Yusra. “Jadi awak dapat apa yang awak inginkan?”
“Dapat, siap ibu kata lagi hadiah ni yang paling terbaik dari ibu.”

“Begitulah juga Allah. Dia Maha Kaya, dan Allah amat berpegang pada janji. Jika kita bantu agama Allah, Allah pasti akan bantu kita. Bantu kita untuk masuk ke syurgaNya. Itu hadiah yang paling terbaik yang Allah ingin berikan pada hambaNya yang berusaha dan taat akan perintahnya di dunia. 
 Yusra, Allah tidak kedekut. Takkan la Allah nak berikan hadiah result cemerlang yang hanya sementara untuk Yusra sahaja padahal Dia boleh beri istana dekat Yusra nanti di syurga kan?” 
Raihan memandang wajah Yusra. Tangannya memegang erat bahu anak usrahnya.

“Tapi kak Raihan, kenapa yang lain tu tak tolong agama Allah pun, mereka masih dapat keputusan cemerlang?”soal Yusra. “Yusra terlalu melihat satu nikmat sahaja iaitu result. Yusra, setiap orang ada rezekinya masing-masing. Mungkin Yusra tidak dapat keputusan cemerlang, tapi Allah mudahkan Yusra dapat kerja, bantu keluarga dan sebagainya. Ingat, rezeki tu semua di tangan Allah, apa yang tertulis itu adalah takdir dan semua nikmat itu adalah ujian, ujian juga adalah ujian tahu.” balas Raihan. 

“Dalam usrah, dakwah, tarbiyah semua cabang ini membantu kita untuk bina diri kita jadi seorang ikon mukmin untuk Islam. Kalau Yusra tarik diri, macam mana Yusra nak rasa nikmat beragama Islam dan nikmat untuk kenal Allah? Macam mana Yusra nak sampaikan kepada orang yang bukan Islam tentang cantiknya Islam tu sendiri kalau Yusra tidak beramal untuk Islam?” persoalan dilontarkan. Namun soalan itu hanya sekadar satu strategi untuk Yusra berfikir.

Yusra terdiam. Sepertinya tiada hujah yang ingin dilontarkan. Kata-katanya mati. Segala alasan yang dibina tadi hanyut dalam ungkapan lembut kak Raihan.

“Kadang-kadang tanda Allah cinta kepada seseorang tu ialah apabila Allah biarkan hatinya hancur berkali kali sampai dia rasa tiada harapan lagi dia di dunia ini dan itu akan menyebabkan dia hanya bergantung harap pada Allah sahaja.
- Syed Qutb.-

“Itulah cinta Yusra, cinta bila kita bergantung segala qada’ dan qadar kita hanya pada Allah. Bersangka baiklah.” Raihan masih cuba meyakinkan Yusra. Yusra hanya memandang. Rasa malu yang teramat sangat. Bukan pada Raihan tapi pada Allah. Tika itu dia sedar yang di betul-betul sedang berburuk sangka dengan Allah. 

“Akak, bila next usrah ohsem kita?” Yusra memandang Raihan. Dan soalan itu tanda Raihan sudah berjaya memujuk hatinya. Tetapi bagi Raihan, Allah yang memegang hati Yusra agar kembali menyintai jalanNya , namun kali ini lebih berbentuk cinta kepadaNya.



Post a Comment

CHEESE BAKED POTATOES

0 comments



BAKED  POTATOES

          











Bahan-bahan:
Kentang  (3-4 biji)
Cheese сливочный
Susu
Perahan Lemon
Black Pepper
Garam secukup rasa

Langkah- langkah :
1.       Di dalam satu periuk, rebuskan kentang sehingga setengah empuk
2.      Setelah kentang siap , potong kentang kepada 2-6 bahagian secara dadu
3.     Sementara menunggu kentang, jom kita sediakan krim untuk dibakar bersama kentang
4.     Campurkan cheese, susu, perahan lemon, black pepper dan garam secukup rasa . Masak secara double boil sehingga semua bahan bercampur secara sekata
5.      Akhir sekali , campurkan kentang bersama krim yang sudah siap dimasak ke dalam satu bekas
6.     Bakar di dalam oven selama 30-40 minit,  sehingga warnanya kekuningan.Siap!!


Jadi, menjelang musim-musim peperiksaan ni, jomlah kita sama-sama cuba resepi ni! Senang, mudah dan kenyang pastinya.
Jangan lupa mencuba ye.







Post a Comment