Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat para pembaca. Alhamdulillah Friday Wrap kembali membawakan anda berita dari dalam dan luar negara terutamanya isu politik sepanjang minggu ini. Semoga terus cakna In Shaa Allah.
JAISH AL-ISLAM PERANGI IS DAN REJIM BASHAR
Sabtu, 2 Mei 2015
http://www.dailymail.co.uk/news/article-3062247/The-Army-Islam-Militant-group-battling-ISIS-Syrian-regime-graduation-ceremony-featuring-1-700-soldiers-fleet-armoured-tanks.html
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0502&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3Yw65G8Nt
NAJIB UCAP TAHNIAH KEPADA PUTERA WILLIAM
http://www.sinarharian.com.my/global/mesir-ugut-wartawan-1.386389
http://www.sinarharian.com.my/nasional/delegasi-malaysia-lawat-georgia-1.387077
http://www.hmetro.com.my/node/48888?m=1
http://www.hmetro.com.my/node/48814
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0507&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0507&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm
Kata Imam al-Ghazali: “Agama dan kekuasaan (politik) adalah dua saudara kembar. Agama adalah asas dan kekuasaan adalah penjaganya. Segala sesuatu yang tidak berasas nescaya akan runtuh dan segala sesuatu yang tidak berpenjaga niscaya akan hilang dan lenyap”.
JAISH AL-ISLAM PERANGI IS DAN REJIM BASHAR
Sabtu, 2 Mei 2015
DAMSYIK – Satu kumpulan baharu untuk menentang militan Islamic State (IS) dan rejim Syria menyiarkan satu rakaman video mempamerkan 1,700 anggota dalam satu perarakan ketenteraan baru-baru ini. MailOnline melaporkan, perarakan besar-besaran itu turut memperlihatkan barisan kereta kebal dan pasukan khas tentera sempena meraikan ‘majlis graduasi’ ahli kumpulan berkenaan.
Kesemua mereka membentuk satu kumpulan kecil dinamakan Jaysh Al-Islam atau bermaksud Tentera Islam yang dilaporkan mempunyai sebanyak 25,000 ahli berikutan penggabungan lebih 60 puak pemberontak di Syria. Berpuluh-puluh anggota unit khas bertopeng turut mempamerkan kemahiran pertempuran jarak dekat dalam perarakan ketenteraan terbesar yang pernah disaksikan sejak berlakunya revolusi Syria pada 2011.
Kumpulan yang bertindak menentang pemerintahan Presiden Syria, Bashar Al-Assad ini didakwa menerima dana daripada kerajaan Arab Saudi. Menurut The Guardian, kerajaan Arab Saudi telah menyumbang wang berjuta-juta dolar bagi mengalahkan rejim Syria dan militan IS.
Jaysh Al-Islam diketuai oleh Sheikh Zahran Aloush yang mentadbir beribu-ribu tentera dan kereta kebal ketika berkumpul di satu kawasan lapang. “Kami akan meninggalkan medan ini selepas menyelesaikan misi dan bersedia untuk jihad,” ujar Zahran. – Agensi
http://www.dailymail.co.uk/news/article-3062247/The-Army-Islam-Militant-group-battling-ISIS-Syrian-regime-graduation-ceremony-featuring-1-700-soldiers-fleet-armoured-tanks.html
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0502&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3Yw65G8Nt
Ahad, 3 Mei 2015
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Putera William dan isteri Kate Middleton dari Britain sempena kelahiran anak kedua mereka pada Sabtu.
"Tahniah kepada Duke dan Duchess of Cambridge sempena kelahiran bayi perempuan mereka," kata beliau dalam akaun Twitter hari ini.
Bayi seberat 3.7 kg itu yang belum diberi nama dilahirkan pada pukul 8.34 pagi (0734 GMT) pada Sabtu di St Mary's Hospital, London.
Anak pertama pasangan diraja ini bernama Putera George yang kini berusia satu tahun. -Bernama
MESIR UGUT WARTAWAN
Isnin, 4 Mei 2015
Wartawan Al Jazeera, Mohamed Fadel Fahmy (kanan) antara yang dijatuhi hukuman penjara di Mesir. |
KAHERAH - MESIR. Amnesty International mendakwa pihak berkuasa Mesir menggunakan mahkamah bagi menyekat tugas wartawan di negara itu.
Dalam laporannya, kumpulan hak asasi manusia itu berkata, terdapat kes di mana wartawan ditahan untuk tempoh yang lama tanpa sebarang dakwaan atau perbicaraan.
Ia termasuklah kes seorang jurugambar dikenali sebagai Shawkan yang telah ditahan selama lebih 600 hari.
Tambah Amnesty lagi, tindakan keras dilancarkan Presiden Abdel Fattah al-Sisi selepas menggulingkan Mohammed Mursi pada pertengahan 2013 telah menyekat kebebasan bersuara di Mesir.
"Di Mesir, orang yang mencabar kenyataan rasmi pihak berkuasa, mengkritik kerajaan atau mendedahkan sebarang bentuk pelanggaran hak asasi manusia berisiko untuk disumbat ke dalam penjara.
"Biasanya, mereka akan ditahan tanpa sebarang pendakwaan atau pertuduhan ke atas mereka sengaja direka-reka," jelas Amnesty.
Bagaimanapun, laporan Amnesty itu dinafikan Kementerian Luar Mesir sambil menjelaskan setiap penahanan ke atas wartawan dibuat selepas mendapat waran.
"Tiada dijadikan sasaran kerana menjadi wartawan. Tuduhan seperti ini adalah karut dan sengaja dipolitikkan," jurucakap kementerian, Badr Abdelatty. - Reuters
DELEGASI MALAYSIA LAWAT GEORGIA
Selasa, 5 Mei 2015
KUALA LUMPUR - Delegasi Malaysia diketuai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee bertemu Speaker Parlimen Georgia, David Usupashvili, di Georgia pada Isnin bagi meningkatkan hubungan baik dan kerjasama dua hala serta ancaman global.
Usupashvili menyifatkan lawatan itu sebagai 'sejarah' kerana ia merupakan lawatan peringkat tertinggi pertama dari Malaysia.
"Ini adalah peluang terbaik untuk meneruskan lawatan serupa," memetik katanya yang disiarkan di laman web 'Parliament of Georgia'.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Kiandee bagi sokongan Malaysia terhadap 'integriti wilayah dan kedaulatan Georgia'.
Dalam perbincangan itu, kedua-dua pihak bersetuju pencegahan ancaman global mungkin dapat dilaksanakan dengan langkah-langkah yang diselaraskan. Mereka juga membincangkan tentang dasar luar Georgia serta situasi serantau.
Menurut Usupashvili, Kiandee juga menjemput delegasi Georgia untuk menghadiri sesi Perhimpunan Antara Parlimen Asean (AIPA) di Kuala Lumpur pada September.
Delegasi Malaysia turut disertai Ahli Parlimen, Datuk Abdul Manan Ismail, Datuk Nur Jazlan Mohamed, Datuk Wira Mohd Johari Baharum dan Datuk Juslie Ajirol manakala Georgia diwakili Ahli Parlimen G.Volski, Z. Kvachantiradze dan D. Bakradze.
Georgia, negara di wilayah Caucasus Eurasia. Terletak antara Asia Barat dan Eropah timur, ia disempadani di sebelah barat dengan Laut Hitam, di bahagian utara Rusia, di selatan Turki dan Armenia serta di tenggara Azerbaijan.
Negara ini yang memulakan hubungan diplomatik dengan Malaysia pada 1993, mempunyai penduduk 4.5 juta orang. - Bernama
PROJEK REL BERKELAJUAN TINGGI MALAYSIA-SINGAPURA DINILAI SEMULA
Rabu, 6 Mei 2015
SINGAPURA - Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak mengulangi komitmen kedua-dua negara dalam memastikan kejayaan projek rel berkelajuan tinggi (HSR) menghubungkan republik itu dan Kuala Lumpur.
Dalam kenyataan bersama dikeluarkan selepas Pemukiman Pemimpin-Pemimpin Singapura-Malaysia di sini, kedua-dua pemimpin bagaimanapun berkata, sasaran awal projek itu dijadual siap pada 2020 perlu dinilai semula berdasarkan skala dan kompleksnya projek itu.
HSR yang pertama seumpamanya di rantau ini dan mendapat banyak perhatian, dalam negara mahupun antarabangsa, dengan banyak negara menawarkan untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran mereka bagi projek itu.
Kedua-dua pemimpin teruja perhatian komuniti antarabangsa untuk meneruskan projek ikonik pencetus perubahan itu, yang menambah baik rangkaian perhubungan, memudahkan perjalanan antara Kuala Lumpur dan Singapura dan pada masa sama meningkatkan rangkaian perniagaan serta mengeratkan hubungan rakyat dengan rakyat.
Mengambil perhatian perkembangan projek itu berjalan lancar, kedua-dua pemimpin bersetuju dwikonfigurasi tempat bersama kastam, imigresen dan kuarantin, jalur frekuensi khusus untuk operasi HSR serta mengenal pasti depot dan kemudahan stabil di Malaysia.
Sementara itu, Lee mengumumkan perhentian terakhir HSR Singapura adalah di Jurong Timur. -Bernama
RATUSAN PENDUDUK ADEN KEHILANGAN TEMPAT TINGGAL
Rabu, 6 Mei 2015
SANAA - Penduduk di Aden semalam berkata, pertempuran terbaru di bandar raya berkenaan menyebabkan ratusan lagi orang kehilangan tempat tinggal ketika pemberontak Houthi meningkatkan serangan untuk menawan lebih banyak kawasan di bandar pelabuhan di selatan Yaman itu.
Selepas terperangkap beberapa minggu di rumah mereka di daerah Tawahi, sebahagian besar penduduk berkata, mereka meninggalkan rumah masing-masing apabila pemberontak berkenaan, bersama-sama sekutu mereka - unit tentera yang setia kepada bekas Presiden Ali Abdullah Saleh - mengebom kawasan berkenaan.
Seorang penduduk, Mona Mohsen berkata, panik dan bunyi tembakan menyebabkan orang ramai meluru keluar dari rumah masing-masing, semalam.
Dalam pada itu, pakatan Arab yang diketuai Arab Saudi terus mengebom kedudukan Houthi.
Kempen serangan udara itu yang bermula 26 Mac lalu dan pertempuran yang berlaku di darat sudah meragut ratusan nyawa dan menyebabkan 300,000 orang kehilangan tempat tinggal.
Arab Saudi kelmarin berkata, ia menimbang mengadakan gencatan senjata untuk membolehkan bantuan kemanusiaan dihantar ke Yaman.
Sementara itu, Raja Saudi mengumumkan semalam mengenai penubuhan sebuah pusat untuk menyelaras bantuan kemanusiaan dan mempelawa Pertubuhan Bangsa-Bangsa menyertainya. - Reuters
RAJA PERLU ADIL, BEBAS DARI NODA -SULTAN NAZRIN
Rabu, 6 Mei 2015
Sultan Nazrin Shah berkenan bertitah pada istiadat pertabalan Sultan Perak ke-35 di Istana Iskandariah - FOTO BERNAMA |
KUALA KANGSAR: Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah Raja perlu memerintah secara adil dan saksama berdasarkan kehendak Islam.
Dalam titah sulung sejurus ditabalkan di Istana Iskandariah di sini, baginda juga mengingatkan bahawa keluhuran institusi Raja perlu dipelihara daripada sebarang penodaan.
"Kuasa Raja tidak dipertikaikan selagi Raja tidak memperlihatkan sifat menyeleweng dan selagi Raja mematuhi hukum yang telah termaktub.
"Prinsip kesetiaan rakyat kepada Raja yang berpaksi keadilan tidak mengizinkan Raja mengamalkan sifat 'bersultan di mata, beraja di hati'," titah baginda.
BASHAR EGO UNTUK MENGAKU KALAH
Jumaat, 8 Mei 2015
Bashar berucap di hadapan sebuah sekolah di Damsyik bersempena sambutan Hari Syahid Syria - FOTO REUTERS |
DAMSYIK – Presiden Syria, Bashar al-Assad menyatakan semalam bahawa beberapa pengunduran yang dibuat merupakan perkara normal dalam mana-mana peperangan dan tidak bermakna mereka tewas dalam perang saudara di negara berkenaan.
Kenyataan itu merupakan komen pertamanya selepas tenteranya mengalami beberapa kekalahan dalam pertempuran dengan kumpulan Negara Islam dan pemberontak lain.
“Kita berjuang untuk memenangi peperangan, bukan bertempur. Peperangan adalah siri kepada banyak pertempuran.
“Kita bukan bercakap mengenai berpuluh-puluh atau beratus-ratus, namun beribu-ribu pertempuran dan sudah menjadi adat dalam peperangan, adakala kita menang dan kadang-kadang tewas,” katanya semasa berucap di Damsyik.
Sejak beberapa minggu lalu, tentera pemberontak termasuk sekutu Al-Qaeda Syria, Barisan al-Nusra Front telah menawan bandar Jisr al-Shughur dan kem tentera di Idlib.
Kekalahan di wilayah itu bersama mendatangkan kebimbangan bahawa kekuatan tentera rejim Bashar kini semakin goyah. – AFP
MILITIA HOUTHI BEDIL ARAB SAUDI
Jumaat, 8 Mei 2015
Kereta kebal dibawa masuk ke dalam bandar Najran, Arab Saudi yang bersempadan dengan Yemen. |
RIYADH – Tiga terbunuh dalam satu serangan roket dan bom mortar oleh pemberontak Syiah Houthi ke atas bandar Najran, selatan Arab Saudi, kata kementerian dalam negeri di Riyadh.
Bagaimanapun, tidak dinyatakan sama ada mangsa maut dalam serangan yang berasal dari wilayah Yemen itu merupakan orang awam atau anggota tentera.
Serangan udara yang dilancarkan terhadap militia Houthi oleh pakatan diketuai Arab Saudi sejak 26 Mac lalu telah mencetuskan beberapa pertempuran di sempadan negara itu dengan Yemen.
Seramai 12 askar dan pengawal sempadan Arab Saudi terbunuh dalam pertempuran itu tetapi tiada kematian melibatkan orang awam dilaporkan setakat ini.
“Tiga maut selepas bandar Najran diserang bom mortar dan roket Katyusha dari wilayah Yemen,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan di laman Twitter kelmarin.
Brigedier Jeneral Ahmed al-Assiri memberitahu televisyen tempatan bahawa bedilan pemberontak Houthi mengenai hospital, sekolah dan rumah penduduk di bandar berkenaan dan kawasan sekitarnya.
Saluran televisyen Arab Saudi, Al-Ekhbariya menyiarkan rakaman kesan kemusnahan seperti tingkap kereta pecah, laluan pejalan kaki rosak, bangunan berlubang dan sebuah bilik yang hangus terbakar.
Serangan itu merupakan yang pertama dilakukan oleh pemberontak Syiah Houthi ke atas wilayah di Arab Saudi.
Ia dilancarkan ketika pemimpin enam negara Majlis Kerjasama Teluk berhimpun di Riyadh untuk menghadiri satu persidangan khas yang turut disertai oleh Presiden Perancis, Francois Hollande.
Para pemimpin berkenaan dalam satu kenyataan bersama menyatakan, mereka mengalu-alukan keputusan oleh Presiden Yemen, Abedrabbo Mansour Hadi untuk menghadiri satu mesyuarat kuasa khas di Riyadh pada bulan ini dengan tujuan untuk menyelesaikan krisis politik yang melanda negaranya.
Bagaimanapun, pemberontak Syiah Houthi menolak mengadakan rundingan berkenaan di ibu negara Arab Saudi itu.
Iran yang menafikan tuduhan membekalkan senjata kepada pemberontak Houthi menggesa rundingan itu diadakan di lokasi neutral.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memberitahu, sekurang-kurangnya 1,200 orang terbunuh di Yemen sejak 19 Mac akibat pertempuran antara pemberontak Houthi dan tentera yang setia kepada Abedrabbo. – AFP
Sekian sahaja untuk minggu ini. Wallahu A'lam.
48. Dan Kami telah menurunkan kitab (Al Qur'an) kepadamu (Muhammad) dengan membawa kebenaran, yang membenarkan kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya dan menjaganya , maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang diturunkan Allah dan janganlah kamu mengikuti keinginan mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu. Untuk setiap umat di antara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang. Kalau Allah menghendaki, niscaya kamu dijadikan-Nya satu umat (saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap karunia yang telah diberikan-Nya kepadamu, maka berlomba-lombalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah kamu semua kembali, lalu diberitahukan-Nya kepadamu terhadap apa yang dahulu kamu perselisihkan,
49. Hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti keinginan mereka. Dan waspadalah terhadap mereka, jangan sampai mereka memperdayakan kamu terhadap sebagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling (dari hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah berkehendak menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebagian dosa-dosa mereka. Sungguh, kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasik.
50. Apakah hukum Jahiliah yang mereka kehendaki? (Hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang meyakini (agama-Nya)? (Al-Maidah 48-50)
Salam, saya bakal pelajar moscow medical academy, boleh saya dptkn email awak utk tnya beberapa soalan :) ? Tqvm. Saya ke sana pada bulan feb 2015.
ReplyDelete:)
ReplyDelete