MOSCOW | Sambutan Aidiladha 2014

0 comments


Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, pada 4 Oktober 2014 bertempat di Kedutaan Besar Malaysia, satu Program Sambutan Aidiladha anjuran AZAM Russia Moscow dengan kerjasama pihak kedutaan telah dilaksanakan dengan begitu lancar dan meriah sekali. Program korban ini telah memberi peluang kepada para pelajar untuk melakukan ibadah korban dengan meyediakan 2 projek iaitu Projek Sedekah Ba'd dan Projek Kurban Kull.



Program dimulakan pada pukul 8.30 pagi dengan takbir raya dan solat aidiladha.

Pada pukul 9.30 pagi, aktiviti melapah daging dan memasak telah dijalankan dengan dibantu oleh pelajar-pelajar Moscow dan staf-staf kedutaan iaitu memotong daging bagi pelajar lelaki manakala memasak bagi pelajar perempuan dan pada masa yang sama juga kuiz aidiladha dijalankan.Setelah itu,program diikuti dengan solat zohor berjemaah.Selepas itu, program bersambung dengan jamuan raya dan diakhiri dengan pembahagian daging korban oleh pihak kedutaan kepada setiap orang pelajar yang datang. Para pelajar bersurai pada pukul 3 petang selepas tamat sesi pembahagian daging.












Post a Comment