mega raya 2012

0 comments
MEGA RAYA 2012





Di celah-celah  keriuhan bermulanya sesi pembelajaran musim luruh para pelajar perubatan Malaysia di Volgograd, sebuah majlis sambutan hari raya aidilfitri yang tradisinya dianjurkan oleh para pelajar tahun 4 terlaksana pada 16 September 2012 bertempat di hostel Hiroshima. Sedikit kelainan ditonjolkan pada kali ini dengan bertemakan “Unity to be cherished” ; sambutan Hari Malaysia juga turut diadakan sejajar  pada tanggal tersebut.

Majlis bermula pada jam 10 pagi apabila dewan mula dipenuhi dengan para pelajar Melayu, Cina, India dan bumiputera dari tahun 1 hingga tahun 6. Majlis ini juga istimewa buat para pelajar tahun 1 yang baru sahaja tiba untuk lebih mengenali senior-senior serta menyesuaikan diri dalam masyarakat. Pelbagai aktiviti, ucapan, persembahan, cabutan bertuah dan penghargaan mewarnai majlis tersebut. Majlis berakhir dengan sesi fotografi dan makan tengah hari.

Juadah istimewa hari raya seperti rendang ayam, sate, daging masam manis, acar, nasi minyak, kuah kacang, mee sup dan agar-agar serta buah-buahan menjadi lebih enak dinikmati setelah semua warga berpenat lelah bersama-sama menyiapkannya. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak penganjur dan juga para pelajar. Semoga kerjasama dan muafakat yang tercipta diberkati dan bermanfaat sebagai pencetus silaturrahim. Dalam pada itu,madrasah tarbiyah Ramadhan yang telah kita lalui diharapkan menjadi booster bagi menghadapi cabaran setelah berjaya kembali menjadi fitrah.




Post a Comment