MEGA RAYA 2012 @VOLGOGRAD

0 comments

Mega Raya 2012 @Volgograd

























Post a Comment

mega raya 2012

0 comments
MEGA RAYA 2012





Di celah-celah  keriuhan bermulanya sesi pembelajaran musim luruh para pelajar perubatan Malaysia di Volgograd, sebuah majlis sambutan hari raya aidilfitri yang tradisinya dianjurkan oleh para pelajar tahun 4 terlaksana pada 16 September 2012 bertempat di hostel Hiroshima. Sedikit kelainan ditonjolkan pada kali ini dengan bertemakan “Unity to be cherished” ; sambutan Hari Malaysia juga turut diadakan sejajar  pada tanggal tersebut.

Majlis bermula pada jam 10 pagi apabila dewan mula dipenuhi dengan para pelajar Melayu, Cina, India dan bumiputera dari tahun 1 hingga tahun 6. Majlis ini juga istimewa buat para pelajar tahun 1 yang baru sahaja tiba untuk lebih mengenali senior-senior serta menyesuaikan diri dalam masyarakat. Pelbagai aktiviti, ucapan, persembahan, cabutan bertuah dan penghargaan mewarnai majlis tersebut. Majlis berakhir dengan sesi fotografi dan makan tengah hari.

Juadah istimewa hari raya seperti rendang ayam, sate, daging masam manis, acar, nasi minyak, kuah kacang, mee sup dan agar-agar serta buah-buahan menjadi lebih enak dinikmati setelah semua warga berpenat lelah bersama-sama menyiapkannya. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak penganjur dan juga para pelajar. Semoga kerjasama dan muafakat yang tercipta diberkati dan bermanfaat sebagai pencetus silaturrahim. Dalam pada itu,madrasah tarbiyah Ramadhan yang telah kita lalui diharapkan menjadi booster bagi menghadapi cabaran setelah berjaya kembali menjadi fitrah.




Post a Comment

Meluruskan Orientasi

0 comments

Bismillahirrahmanirrahim.
Beberapa tahun yang lalu, terjadilah sesuatu yang luar biasa dalam sistem sosial kita. Saat berdandan (grooming) atau peka jenama (brand-consciousness) sering terkait dengan ciri-ciri feminin, tak semena-mena ia sudah menjadi definisi untuk laki-laki. Dan pada 1994, Mark Simpson – seorang jurnalis British memberi gelar baru kepada lelaki-lelaki yang punya sisi feminin ini sebagai pria-pria ‘metroseksual‘.
Metrosexual is a neologism portmanteau of metropolitanand heterosexual coined in 1994 describing a man (especially one living in a post-industrialcapitalist culture) who displays attributes stereotypically associated with homosexual men (such as a strong concern for his appearance), although he is not homosexual.
Demikian Wikipedia mendefinisikan apakah itu ‘metrosexuality‘. Ironinya, walau ada terkait dengan homoseksualiti, ikon metroseksual yang ditampilkan nyata tak diragui kelelakiannya. Dia adalah suami kepada wanita yang jelita (menurut neraca bukan Islami), bapa kepada 3 orang anak lelaki dan merupakan seorang  pemain bola sepak. Itulah dia Encik David Robert Joseph Beckham aka David Beckham.
Beckham & sons
Grooming, brand-consciousness, fashion-consciousness, shopaholics, bahkan ada yang sangat anti terhadap aktiviti sukan (sebuah trait yang nyata menyimpang dari Beckham). Demikian antara trait-trait feminin terkait pria-pria metroseksual. Merujuk kepada frasa English “Men are from Mars, Women are from Venus” – sebahagian pemuda punya alasan “Not all Martians play football“. “You never know what happened back in Martians. Some just didn’t turn out to be a true Martian“.
Walhal hakikatnya, penciptaan kita sama – dari Adam, dari tanah dan dari nutfah. Seperti mana sunatullahnya, setiap kerajaan ada masa naik dan turun. Begitu juga trend. Dan, kini the “in” trend adalah bukan metroseksual, tapiuberseksual. (A male who is similar to a metrosexual but displays the TRADITIONAL MANLY qualities such as CONFIDENCE, STRENGTH, and class – leaving no doubt as to his sexual orientation)
Lantas, ayuh punyailah sifat-sifat rijal yang seharusnya! Bukan kerana itulah the ‘in’ trend, tapi kerana itulah sifat-sifat yang telah dicontohkan Rasulullah saw, para sahabat dan mereka yang berada di jalan ini. Ya, jika luarannya sebagus Beckham, alhamdulillah, itu bonus. Namun apalah gunanya jika iman tidak sekacak luarannya.
Contohilah Salman al-Farisi, putera keluarga Majusi yang begitu dimanja-manjakan persis anak dara. Lalu, kerana naluri ingin mencari Tuhan yang begitu menggelorakan; Salman melepaskan diri dari kurungan keluarga, mengembara begitu jauh, hidup penuh susah-payah dan akhirnya perjalanan mencari kebenarannya berakhir dalam pelukan Rasulullah saw di kota Madinah!
Contohilah Mus’ab Umair, antara pemuda kota urban Mekah terkacak yang terkenal dengan perfume eksklusifnya. Dia pernah menjadi bicara hampir setiap gadis-gadis kota Mekah seperti mana layaknya hero Korea series di zaman sekarang. Lalu, kerana naluri keimanan yang membuak-buak, Mus’ab meninggalkan gaya hidup urban dan menjadi ar-rijal sejati. Hidup ‘bekas metroseksual’ ini berakhir dengan kecilnya kain kafan sehingga kakinya terpaksa ditutup dedaunan, lantas Rasulullah saw sendiri hiba menangisi akan Mus’ab Umair ra – syuhada’ Uhud.
Seperti mana jutsu 'Lightning Blade' milik Kakashi, biiznillah, akan kita sinarkan bumi ini dengan kilat-kilat hidayah
Ayuh, luruskan orientasi kita supaya menjadi ar-rijal yang sebenarnya dan akan kita terus gemakan doa pemuda-pemuda gua itu!
[Ingatlah] tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdo’a: “Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami [ini]“. [al-Kahfi 18:10]
Allahualam..


Post a Comment

Menjadi Rabbani

0 comments

Assalamu’alaikum wrt
كُونُواْ رَبَّـٰنِيِّـۧنَ بِمَا كُنتُمۡ تُعَلِّمُونَ ٱلۡكِتَـٰبَ وَبِمَا كُنتُمۡ تَدۡرُسُونَ
Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, karena kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya. [3:79]
Sebagai Muslim yang tak reti berbahasa Arab, pemahaman kita terhadap al-Quran adalah terhad. Sementara kita berusaha untuk me”mantap-fasih”kan penguasaan bahasa Arab kita, kita boleh mengoptimakan alat bantu belajar yang boleh menambah pemahaman tentang al-Quran, dan tentunya menambahkan rasa seronok dan rindu untuk membaca al-Qur’an.
kakashi pun baca al-quran :)
Antara yang mudah didapati, adalah podcast kuliah tafsir Juzu’ Amma dan surah-surah lain dalam bahasa Inggeris oleh Nouman Ali Khan. Surah-surah dikupas oleh beliau melalui sudut bahasa arab dengan cemerlangnya. [klik sini]
Selain itu, terdapat juga video rancangan Khawatir Quraniyah (The Quranic Contemplation) di Youtube, yang dihoskan oleh…
Amr Mohamed Helmi Khaled[1] (Arabic: عمرو محمد حلمي خالد‎) (born September 5, 1967) is anEgyptian Muslim activist and television preacher. The New York Times Magazine, in reference to Khaled’s popularity in Arab countries, described him in its April 30, 2006 issue as “the world’s most famous and influential Muslim television preacher.” Amr Khaled has recently been chosen as number 13 of the world’s most influential people by Time Magazine[2]and sixth most influential intellectual in the world by Prospect magazine. [from : Wikipedia]
Khawatir Qur’aniyah merupakan rancangan TV yang ditayangkan pada bulan Ramadhan. Setiap episod panjangnya kurang dari setengah jam, dan memfokuskan kepada “the big picture” atau tema pokok setiap surah dalam al-Quran. Ini memudahkan kita untuk “meng-ekstrak” pengajaran-pengajaran utama yang tersirat dalam setiap surah.

The big picture of each surah?
Berikut merupakan link video-video tersebut :
Semoga perkongsian ini dapat :
  1. menggelorakan keazaman untuk membaca al-Quran hari-hari
  2. meningkatkan pemahaman & amalan melalui bacaan al-Quran
  3. membantu kita berkongsi pengalaman kita bersama al-Quran dengan orang lain
Allahu’alam…


Post a Comment