• Motivasi Dan DIY

    Creativity Beyond Measure

  • Tazkirah

    Sharing is Caring

  • Local Wrap

    Around Us

  • Friday Wrap

    Around The World

  • Baitul Muslim

    Kuliah Online Baitul Muslim

  • Kulinari

    Sugar, Spice and Everything Nice

MOSCOW | GIRL'S SNOWBOARDING

0 comments
Assalamualaikum & happy winter!

Tarikh sebenar : 18th Jan 2015 

Sempena musim sejuk di bumi Russia ini, team Azam Russia telah mengadakan program snowboarding untuk pelajar-pelajar perempuan di sekitar Moscow pada 18 Januari 2015 yang lalu yang bertempat di Nagornaya Ski Hill (Metro Nagornaya).

Seramai 37 orang peserta dan AJK yang turut sama menyertai program ini.Program ini diketuai oleh saudari Noryn Noriha dari M1.


Pada pukul 9.30 pagi, para peserta mula berkumpul di hadapan bangunan Kant dan disediakan sarapan pagi(donut). Sementara menunggu barang-barang sewaan(board, kasut, gloves, baju, seluar) sampai, para peserta diberi sedikit taklimat tentang pembahagian kumpulan dan aktiviti-aktiviti yang bakal dilaksanakan. Para peserta dibahagikan kepada sepuluh kumpulan.




Setelah itu, para peserta mula bergerak ke tempat snowboarding. Flow manager mengajar cara-cara bagaimana untuk bermain snowboarding. Pada mulanya, para peserta kelihatan takot dan gementar untuk mula bermain namun tidak lama kemudian, mula menunjukkan minat dan semangat untuk terus maju dan mahir dalam snowboarding ini.

Pada pukul 1 petang, para peserta berehat dan solat zuhur. Ini menunjukkan bahawa Islam adalah syumul, meskipun kita sibuk dengan aktiviti-aktiviti luar namun solat wajib dilaksanakan.

Kemudian, permainan diteruskan lagi. Semasa bermain snowboarding, setiap kumpulan akan melaksanakan tugasan masing-masing iaitu berkenaan takruf dan juga mengenai isu semasa.

Pukul 3.30 petang, para peserta mula kelihatan penat dan letih dan mula beransur pulang ke dalam bangunan Kant. Para peserta juga diagihkan makanan tengahari yang disediakan.

Akhir sekali,pada pukul 4.30 petang, barang-barang sewaan dipulangkan. Sesi fotografi bersama para peserta sebelum bersurai.



Read more

JOM ICE SKATING !!!

0 comments

Assalamualaikum wrt.

Alhamdulillah, untuk tema kebajikan bulan ini, team locap wrap Azam Russia ingin berkongsi beberapa lokasi ice skating di sekitar Russia. Semoga memberi kemudahan kepada anda semua untuk beriadah selepas masing-masing bersusah payah menghabiskan musim peperiksaan. Jommm !!!!


[Moscow]

 

Nama : VDNKh (National Exhibition of Economic Achievements) exhibition centre
Lokasi : Metro VDNKh (line orange) di bahagian bandar di antara People’s Friendship Fountain dan The Stone Flower Fountain

Jadual dan harga :
Dari hari Selasa hingga Khamis :
- 11,00-15,00 - harga 200 Rubles ( kanak-kanak - 100 )
- 17,00-23,00 - harga 300 Rubles ( kanak-kanak - 150 )
- 15,00-17,00 - rehat.

Dari Jumaat hingga Ahad dan cuti :
- 10,00-15,00 - harga 300 Rubles ( kanak-kanak -150 )
- 17,00-23,00 - harga 400 Rubles ( kanak-kanak - 200 )
- 15,00-17,00 - rehat.

(Pada hari Isnin mesin tidak berfungsi. Kanak-kanak wajiblah berumur dari 6 hingga 12 tahun.)

Sewa dan Perkhidmatan :
Skate sewa : PERCUMA
Mengasah kasut - 250 Rubles
Deposit: 1000 rub, passport tidak dibenarkan menjadi deposit




[St Petersburg]

 

Nama : Rink Ice Paradise (Каток <<Ледовый рай>>)
Lokasi : Ул. Перекопская, д. 6/8, стадион «Кировец», Нарвская.

Masa :
Hari Isnin-Jumaat : 1400 – 2300
Hari Sabtu-Ahad : 1000 - 2300

Harga : Anda dinasihatkan supaya membawa student card (студентческии билет) untuk mendapatkan harga yang lebih murah.

Berikut harga bagi pelajar :
Hari Isnin-Jumaat – tiket masuk 150 rub
Hari Sabtu-Ahad – tiket masuk 200 rub
Sewa kasut : 150 rub/jam

Deposit : Anda diminta untuk membawa 1000 rub sebagai deposit, kerana passport anda tidak dibenarkan sebagai deposit.

 Website : www.sport-katok.com


[Nizhny Novgorod]

 

Nama :Stadium Dinamo
(‘skating rink’ yang paling popular dalam kalangan pelajar Nizhny.)

Jadual :
Ia dibuka setiap hari
Isnin – Jumaat : 4.30 petang hingga 9.30 malam
Sabtu & Ahad : 1 petang hingga 9.30 malam

Lokasi :
Ulitsa Bolshaya Pokrovskaya 53, Nizhny Novgorod, Nzhny Novgorod Oblast, 603000
(stadium Dinamo terletak di belakang Kinotheatre Oktiyaber)

Cara ke sana :
Bus 43 / 30 (stop Park Gorkova)

Entrance fee :
Kanak kanak
<< 7 tahun - free of charge.
7 - 12 tahun - 50 rubles.
12 tahun ke atas - 100 rubles.
Dewasa – 100 rubles

Fasiliti :
Sewa kasut – 100 rubles / hour.
Sharpening - 100 rubles.
Simpan barang - 20 rubles




[Volgograd]




Nama: Ice skating rink di Volgograd 
Lokasi: Evropa City Mall, Prospekt Lenina, 546

Harga:
Dewasa: 300 ruble
Pelajar: 200 ruble
Sewa kasut: 50 ruble
Sharpening: 100-200 ruble

Masa: Dibuka all year round
Isin: 06.00 - 11.30, 14.00 - 16.30, 18.00 - 21.00
Selasa: 06.00 - 13.30, 18.00 - 21.00, 23.00 -24.00
Rabu: 06.00 - 16.30, 18.00 - 21.30
Khamis: 06.00 - 13.30, 15.30 - 16.30, 18.00 - 21.30
Jumaat: 06.00 - 16.30 , 18.00 - 05.00
Sabtu: 06.00 - 08.00, 12.00- 05.00
Ahad: 06.00 - 08.30, 12.30 - 06.00

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut:

No. telefon: (8442)24-71-64



[Kursk]



Nama: Arena Complex

‘Skating rink’ ini merupakan salah sebuah tempat ‘skating’ yang menjadi pilihan para pelajar yang sedang menuntut di Kursk semasa musim sejuk. Selain itu, kompleks ini jga merupakan tempat latihan bagi para atlet tempatan yang terlibat dalam acara sukan musim sejuk seperti hoki ais dan ‘figure skating’.

Lokasi: г. Курск, ул. Веспремская, 9

Jadual:

Isnin – Jumaat: 7.30pm-8.30pm, 9.00pm-10.00pm

Sabtu, Ahad: 1.00pm-2.00pm, 2.30pm-3.30pm, 4.00pm-5.00pm, 5.30pm-6.30pm, 7.00pm-8.00pm, 8.30pm-9.30pm (panggilan terakhir kerana selepas itu kompleks akan ditutup untuk tujuan penyelenggaraan). 

Walaupun tempat ini dibuka setiap hari dalam sepanjang tahun, masa untuk orang awam untuk ‘skating’ di sini tertakhluk kepada perubahan semasa dan budi bicara pihak Arena Complex untuk memberi ruang dan peluang kepada atlet-atlet tempatan untuk berlatih di sini.

Kompleks ini juga ditutup semasa cuti umum Russia dan Kursk Oblast.

Bayaran yuran kemasukan (mengikut jam):

Kanak-kanak (7-14 tahun): 50 roubles
Dewasa: 130 roubles
Kanak-kanak (bawah 7 tahun): percuma (berserta bukti yang harus ditunjukkan di kaunter pembayaran)

Perkhidmatan dan fasiliti:

Sewa kasut: Kanak-kanak (40 roubles), dewasa (77 roubles)

Nota: Sebarang jenis dokumen (passport/ visa/ lessen memandu untuk penduduk tempatan/ etc haruslah ditunjuk di kaunter pembayaran)

Menajamkan kasut ‘skating’: 100 roubles (masa: 5.00pm-9.00pm kecuali hari Isnin dan Selasa)
* harga tertakhluk kepada perubahan

Sebarang maklumat dan pertanyaan lanjut: 

No. telefon: (4712) 57-67-54/ (4712) 57-67-54




Hadith Riwayat Muslim :

“Mu’min yang kuat adalah lebih baik daripada mu’min yang lemah”



Ayuh semua, manfaatkan musim winter kali ini, berukhuwwah & beriadah dengan ber-skating bersama sahabat, groupmates dan usrati. Moga dapat mencapai qawiyyul jismi biarpun berada dalam musim dingin di Bumi Soviet ini.



Read more

Exam susah? Hidup lagi susah.

0 comments
Bismilllahirahmanirahim



   
Exam susah?

    Last minute study? Susah untuk menghafal topik-topik exam? Stress melihat buku-buku yang banyak? Banyak benda tidak study lagi? Tidak yakin akan dapat menjawab exam dengan baik? Takut untuk menghadapi hari ujian? Dah lama buat persiapan, tapi masih belum habis membaca lagi?

    Segala persoalan diatas sering bermain dalam fikiran seorang insan yang bernama pelajar atau mahasiswa. Lebih-lebih lagi, jika tidak mengamalkan konsep study smart. Apabila menghadapi peperiksaan, keyakinan kita mula menurun dan otak kejang sebab tidak cukup tidur. Inilah natijahnya dengan langkah yang tidak bijak.
.
    Hasilnya, keputusan peperiksaan kita menjadi tidak cantik dan memuaskan. Bukan setakat itu sahaja kesannya, kita akan mula bersikap moody atau memaparkan akhlak yang tidak cantik. Mula menyalahkan cikgu atas dasar soalan yang mengarut dan tidak diberi peluang yang sama rata. Bermasam muka dengan kawan-kawan, dan merasa tidak puas hati kepada kawan yang bernasib baik. Frustation tersebut baru bermula. Kenapa? Kerana kita merasai susahnya peperiksaan itu.




Hidup lagi susah. Tahu!

    Sedarkah kita, bahawa peperiksaan itu merupakan secebis cabaran daripada hidup kita. Jika menjawab peperiksaan itu adalah sesuatu yang sukar bagi kita, maka banyak lagi kesusahan yang kita perlu lalui dalam kehidupan ini.

    Lupakah kita dengan cabaran apabila masuk alam pekerjaan nanti? Bagaimana dengan cabaran berumahtangga, cabaran berada jauh dari keluarga, cabaran sebagai seorang muslim di negara soviet ini? Mampukah kita untuk menghadapi realiti itu nanti?

Kenapa susah?

    Allah SWT berfirman,

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
 (Al-Ankabut: 2)

    Sesungguhnya sebahagian daripada kesusahan yang kita alami adalah satu ujian daripada Allah kepada kita. Sebagai satu ujian keimanan kita. Maksudnya, sejauh mana kita  menyakini hakikat penghambaan kepada Allah, percayanya kita terhadap perancangan Allah dan berserahnya kita segala pengharapan kepada Allah ke atas apa yang berlaku kepada kita.

    Jika peperiksaan dinilai melalui sistem yang bersifat manusiawi dan bermarkah, macam mana Allah menilai kita? Firman Allah,

Katakanlah lagi: Tuhan kita akan menghimpunkan Kita semua (pada hari kiamat), kemudian Dia akan menyelesaikan perselisihan yang ada di antara kita dengan penyelesaian yang benar dan Dialah jua Hakim yang seadil-adilnya, lagi Yang Maha Mengetahui segala-galanya.
 (As-Saba : 26)

    "Barangsiapa mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya pula.”
 ( Surah Az-Zalzalah ayat 7-8 )

    Sistem yang Allah gunakan untuk menilai manusia adalah satu sistem yang bersifat rabbani dan mencukupi setiap aspek kehidupan makhluknya. Tuntasnya, kita dinilai berdasarkan:

  • amalan
  • keikhlasan
  • akhlak
  • keimanan

    Sistem penilaian ini adalah satu sistem yang saling bersangkut paut antara satu sama lain. Akan menghasilkan satu sistem yang seimbang berteraskan faktor keimanan. Dan ingatlah, setiap perlakuan kita pasti dicatat. Hasilnya, hanya kita tahu apabila masanya sudah tiba kelak.

Elak kesusahan?

    Sejujurnya kita tidak mampu untuk mengelakkan kesusahan. Kenapa? Firman Allah,

Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan .
(Al-Insyirah :7)

Kesulitan atau kesusahan itu pasti akan ada, dan yakinlah Allah akan permudahkan urusan kita. Pepatah melayu juga bermadah,

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Akan tetapi kita dapat mengurangkan kesusahan untuk masa yang akan datang. Macam mana?

  1. Amal yang konsisten

Amal yang bersifat konsisten akan menjamin penyucian hati secara konsisten. Dengan perlakuan ini, kita dapat memastikan akhlak dan keikhlasan kita selalu terjaga. Tambahan pula, kita dapat selalu mengingati Allah.

  1. Membukitkan kapasiti diri

    Nenek moyang kita berpesan,
        sikit-sikit, lama-lama menjadi bukit.

    Rajinkan diri untuk meningkatkan potensi diri dengan membaca, menyumbangkan idea dan tenaga. Setiap kejayaan ada permulaannya. Mulakan sekarang, insyaAllah kita mampu memaksimakan kapasiti diri kita. Manfaatnya, segala cabaran yang mendatang insyaAllah dapat dihadapi dengan mudah.

  1. Senyum selalu

    Jadilah seorang yang bersikap optimis. Aura yang optimis mudah memberi kesan kepada orang disekeliling kita. Kesannya, suasana yang positif. Bukan itu sahaja, manusia yang berakhlak juga dapat dibina. Baru sedap mata memandang. Jadi, senyumlah sokmo.


Read more

MOSCOW | PROGRAM BEDAH MOVIE

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt,

Pada 9-10 Januari 2015, telah berlangsungnya Program Bedah Movie & Qiamullail di Hostel Moscow Aviation Institute. Program yang julung kali diadakan ini berlangsung selama satu malam di Surau Al Mai.

Program ini dihadiri lebih kurang 30 pelajar Malaysia MAI sendiri dan beberapa pelajar dari negara lain.

Program ini dimulakan dengan Isya' berjemaah dan diikuti dengan tazkirah ringkas. Selesai tazkirah, program dimulakan oleh pengerusi program Mohamad Nursalam dengan kata-kata pembuka dan penerangan ringkas berkaitan tayangan yang bakal ditayangkan.

Program ini telah dibahagikan kepada 3 slot sepanjang program dijalankan. Slot pertama, tayangan movie 'When the Game Stands Tall' bermula sebaik sahaja selesainya majlis perasmian. Slot ini berlangsung selama 2 jam. Tayangan ini menceritakan tentang seorang pelatih rugby yang mendidik pemain-pemain untuk tidak bermain hanya untuk menang semata-mata, hubungan antara satu sama lain juga memainkan peranan besar dalam hidup.

Slot kedua diteruskan pula dengan ibadah qiyamullail, berlangsung selama 1 jam dan diikuti dengan Subuh berjemaah.

Slot ketiga diisi dengan tazkirah sempoi daripada Sheikh Amirul Fahmi bertajuk 'kahwin & jiwa kacau' bersama-sama dengan pengalaman hidaup beliau yang bercampur baur pahit manisnya.
Program Bedah Movie & Qiamullail diakhiri dengan sembang-sembang masa depan mahasiswa-mahasiswa MAI dan sarapan pagi yang ditaja penuh saudara Naif Helmi
Pihak Surau Al-Mai mengucapkan terima kasih kepada yang datang, semoga masa dan ukhuwah yang dibina ini semakin utuh dan diredhai oleh Allah.

jom layan video ! :)






Read more

[KOMSIS 2015] KARYA PILIHAN: FOTOGRAFI & SLOGAN

0 comments
[FOTOGRAFI]
Tempat Pertama
Mohammad Ubadah Zabidi, Tahun 3, VSMU


"Never forget that only dead fish swim with the stream"
Sebagai mahasiswa dan pemuda, jangan terlalu mudah menerima dan terpedaya dgn budaya dan propaganda2 buruk yg disuapkan. Harus mempunyai daya saing dan intensif bagi meneraju negara dan ummah walau di mana pun berada!



"Medan juang kalian yang pertama ialah diri kalian sendiri, kalau kalian berhasil menaklukinya, nescaya mudahlah bagi kalian menakluki musuh-musuh kalian yg lain." -IHAB-



Tempat Kedua
Wan Nur Syazana Wan Zin, Tahun 6, NNSMA



Mahasiswa yang hebat adalah mahasiswa yang mampu berfikiran kehadapan dalam pelbagai ilmu yang dipelajari dan pada masa yang sama tidak lupa untuk membantu sahabat-sahabat di sekeliling



Kesanggupan mahasiswa untuk berfikir mampu untuk membawa mahasiswa ke landasan kebenaran



[SLOGAN]

Tempat Pertama
Nurul Hafiza Khairi, tahun 6, VSMU

“Mahasiswa Rusia adalah tunjang aspirasi negara kerana kami berkeupayaan ekstrinsik dan intrisik yang mampu pergi jauh membatasi mimpi dan terbang tinggi ke mercu kegemilangan, kewibawaan dan keunggulan.”

Tempat Kedua
Shamala Devi Muniandy, tahun 3, MAI

" Mahasiswa Rusia adalah tunjang aspirasi Negara kerana memiliki fikiran yang produktif, agresif dalam bertindak yang berideologi Rukun Negara."

Tempat Ketiga
Sarah Sakinah Mohd. Yunos, tahun 1, KSMU

“Mahasiswa Rusia adalah tunjang aspirasi Negara kerana mereka adalah penggerak kepada pembangunan dan sebagai penghubung antargenerasi untuk menyampaikan kalimat suci kepada sinar generasi masa akan datang. ”






Read more

[KOMSIS 2015] KARYA PILIHAN: SAJAK

0 comments


Tempat Pertama
Nur Zaira bt Ahmad Zamri, Tahun 1, 
Nizhny Novgorod State Medical Academy


AKSARA KEMBARA PEMUDA

Duhai insan bakal pemacu Negara,
Pejuang agama,
Pewaris bangsa,
Sinar cahaya permata dunia.

Mengapa lemas dalam kedangkalan?
Mengapa lemah saat diuji?
Mengapa gundah dalam sepi?

Masihkah kau ingat,
Saat engkau diajar mengeja makna keilmuan,
Saat engkau diajar membina perpaduan,
Saat engkau meneliti kamus pentadbiran,
Engkau diasuh menegak kebenaran,
Demi sebuah kebebasan.

Kini tiba masanya engkau mengira detik perubahan,
Menghitung nilai kekayaan,
Menokok arca kebanggaan,
Menyeka dakyah  permusuhan
Demi kemajuan.

Ayuh pemuda serumpun bangsa satu Negara,
Masa belia muda remaja,
Menabur budi mencurah bakti,
Menjalin idea bersama semangat.


Merah darah belia bangsa,
Berkongsi rasa jua suara,
Berkongsi masa jua idea,
Berkongsi tinta jua media,
Berkongsi bahasa jua budaya.

Biru laut giat menghempas batu,
Begitu jua dengan semangat juangmu,
Mengalir likat bercampur keringat,
Mencatat nama sudah biasa.

Duhai pemuda! 
Jika hendak melakar jaya,
Korbankan usiamu,
Jika hendak menjadi pencinta,
Kendala pengalamanmu mengguyur harapan.

Taburkanlah jasa, semaikan budimu,
Kerana apa?
Kerana engkaulah pemuda tonggak aspirasi Negara.


Tempat Kedua
Muhammad Zulhelmi Bin Zamri, Tahun 4
First Moscow State Medical University


MAHASISWA MUDA MERDEKA

Mahasiswa itu,
Pemuda yang terasing hidupnya, 
Hanya mengenal buku dan pena,
Hanya mahu lulus dan dikira berjaya,
Banyak pula fikirannya,
Tapi bila disuruh langkah dia menolak.

Mahasiswa itu,
Pemuda yang disangka mencari ilmu,
Dihantar kemana saja,
Agar ia menimba,
Cukup masa pulanglah dia,
Tapi cukupkah dengan hanya berbekal yang satu itu?

Mahasiswa itu,
Pemuda yang dikira gagah perkasa,
Dilaung-laung mereka tunjang kekuatan bangsa,
Merekalah bakal pewaris negara tercinta,
Tapi lihatlah dimana mereka selalu berada, 
Lihatlah pula apa yang mereka suka.

Mahasiswa itu,
Pemuda yang punyai logam luar biasa,
Punyai kelebihan dan kelas yang berbeza,
Tapi umpama cermin yang tak digilap dan terbiar,
Manakan nampak cacat parut dimuka.

Mahasiswa itu,
Pemuda bersemangat jiwa yang bara,
Mahu saja digegarkan dunia bila mulai beramal,
Hingga terkadang lupa yang sabar itu suatu daripada pelajaran,
Yang hikmat itu harus dicari hingga akhir perjalanan.

Inilah sajak bukan sajak memuja,
Bukan pula sajak mendamba,
Tapi ini sajak mencabar,
Kerna aku sedar pemuda itu pantang dicabar.

Inilah sajak bukan sajak pengekang jiwa,
Tapi ini sajak bebas merdeka,
Agar kamu bebas bersuara,
Keluarlah dari gelap gelita penjara,
Yang dicipta oleh musuh mu,nafsu dan hawa.
Manakan sama siang dan malam,
Manakan sama kekal dan sirna,
Manakan sama yang duduk diam dan yang berjalan,
Manakan sama yang berjuang dan yang mundur kebelakang.

Lalu mahasiswa sekalian!,
Bezakan mana itu kebatilan dan mana itu kebenaran,
Bezakan siapa kawan dan siapa lawan,
Carilah semangat yang hilang, jauhkan segala kemalasan,
Perbaiki dirimu berhubunglah dengan Tuhan, 
Agar kau selamanya tak akan kecundang,
Bacalah dunia ini dengan segala jenis bacaan,
Tapi jangan lupa kita hidup ini berteman,
Kita ini namanya insan.

Hai muda kenali dirimu,
Buku ditangan mu itu hanyalah kawan sementara,
Tapi manusia disekeliling mu itulah kawan selamanya.
Apa guna ilmu di dada,idea dikepala, tapi diam seribu bahasa,
Sedang ayam tiada akal tahu berkokok bila malam beralih siang,
Malulah kita insan mulia ciptaan Tuhan.

Wahai mahasiswa muda merdeka!,
Carilah kebenaran,
Sebarkanlah antara kita kasih sayang.
Kerna mahasiswa muda merdeka itu,
Andai ia dah kenal arah tujuan,
Tiada siapa yang dapat menghalang!

Inilah dia satu sajak teguran,
Maaf atas segala kekasaran.
Kerana teringat firman Tuhan,
Berpesan-pesanlah kepada kebenaran, 
Berpesan-pesanlah kepada kesabaran.


Tempat Ketiga
Sarah Sakinah binti Mohamed Yunos, Tahun 1
Kursk State Medical University



PENGHUBUNG ANTARGENERASI

Jika ingin mencapai bintang
Jika ingin mencapai kejayaan
Harus berpegang pada janji
Tidak mungkin akan ku mungkiri

Walau payah ku pejamkan
Sekali ku bertekad terus kukotakan
Sekalipun bara api yang aku genggam
Tidak akan aku lepaskan dari tangan

Di bumi rantai besi ini tempat berpijak
Jangan pernah lupa tujuan kehadiranmu disini
Akan kuberjalan terus
Walau payah pejamkan ia

Ia adalah mahasiswa
Ia adalah tunjang aspirasi Negara
Ia para penaung bangsa
Berperang lawan malas
Bersemangat untuk belajar
Jangan pernah kau menyerah sebelum berjuang

Di tanah bangsa Ross ini telah kau pilih
Sebagai jalan menimba ilmu Allah
Jalan ini lah lembaran yang harus kau lalui
Jalan yang tak berujung
Yang kau pahat dengan jejak langkah
Selamanya melangkah jangan pernah berundur selangkah
Seperti cinta yang tak pernah mengenal menyerah
Di situ jejak kejayaan menjelma tiba

Ilmu. Biar semua tahu apa itu
Akan kukirimkan kamu untuk dijadikan panduan kepada generasi negara kelak
Biarkan ilmu itu meresap ke dalam setiap inci sanubari hatimu
Agar kau tahu erti kehidupan

Wahai para penghubung antargenerasi
Ingatlah kau adalah akar,benih kepada negara
Menjadi tunjang aspirasi negara
Untuk sinar bintang generasi kelak

Wahai para penghubung antargenerasi
Perlu kau ingat apa itu aspirasi
Kata aspirasi itu suci,berjuang tanpa hujung
Demi aspirasi tidak ada yang tak bisa

Tetapi ingat wahai para mahasiswa
Jangan kau makan dengan nadi nafsu aspirasi duniawi
Lapiklah ia bersama ungkapan pikiran Islam

Ya,kalian adalah tunjang aspirasi Negara
Jadi harus berlari menggapai raksa
Harus temukan di mana satu matlamat buta
Wahai penggerak pembangunan
Wahai penyampai kalimat suci
Wahai para penghubung antargenerasi





Read more