• Motivasi Dan DIY

    Creativity Beyond Measure

  • Tazkirah

    Sharing is Caring

  • Local Wrap

    Around Us

  • Friday Wrap

    Around The World

  • Baitul Muslim

    Kuliah Online Baitul Muslim

  • Kulinari

    Sugar, Spice and Everything Nice

FRIDAY WRAP (11/1/2014 - 17/1/2014)

0 comments
Asssalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Kembali lagi bersama Friday Wrap AZAM Russia pada minggu ini.


Polis, Tentera Kempen Senyap
16/1/14

KAHERAH, MESIR- Hari kedua dan terakhir untuk mengundi menentukan Perlembagaan baru di Mesir terus sengit, sehari selepas lebih 10 orang terbunuh semalam.

Jurucakap kerajaan sementara berkata, kawalan keselamatan terus dipertingkatkan bagi mencari pungutan suara sekali gus membuka ruang kepada ketua angkatan tentera pimpinan Jeneral Abdel Fattah Al-Sisi untuk memegang jawatan Presiden.

Dilaporkan oleh wartawan Al Arabiya yang berada di lokasi pengundian, jumlah mereka yang keluar mengundi amat kecil di pinggir Kaherah seperti di daerah Zamalik dan Suez.

"Keadaan ini disebabkan ramai penduduk di pinggir Kaherah merupakan menyokong kuat bekas Presiden Mohamed Mursi sekali gus menyaksikan mereka memboikot pungutan suara tersebut," katanya.

Menurutnya, terdapat segelintir tentera dan polis yang berkawal di pusat mengundi berkempen secara senyap mahukan penduduk mengundi 'ya' untuk memberi kemenangan di pihak mereka.

"Ramai yang memberi undi percaya buat Al-Sisi selepas mereka 'termakan' tawaran daripada bakal presiden itu," katanya.


Ektremis Yahudi Bakar Masjid 
15/1/14

GAZA-Sekumpulan warga Yahudi ekstrimis membakar sebuah masjid di wilayah utara Tebing Barat.
Selain membakar gerbang utama dan beberapa karpet masjid di desa Deir Estia, warga Yahudi juga turut menconteng dinding dengan perkataan Hebrew. 

Menteri Dalam Negeri Palestin Mahmoud Habash, mengutuk perbuatan membakar masjid dan slogan rasis di dinding tersebut. Menurutnya lagi, ketegangan Palestin-Israel semakin meningkat kebelakangan ini setelah beberapa serangan warga Yahudi terhadap rumah warga Palestin.


Ariel Sharon Meninggal Dunia
11/1/14

TEL AVIV, ISRAEL- Bekas Perdana Menteri Israel Ariel Sharon akhirnya meninggal dunia.

Radio Tentera Israel mengumumkan, Sharon meninggal dunia pada usia 85 tahun selepas koma sejak lapan tahun lalu akibat serangan angin ahmar. 

Minggu lalu, kumpulan perubatan hospital Tel Hashomer di sini, mengumumkan kesihatan Sharon makin merosot selepas menjalani pembedahan memasukan tiub saluran makanan, dipetik dari laporan Al Jazeera.


Pengebumian Ariel Sharon dibedil
15/1/14

GENTING GAZA, ISRAEL- Dua roket dilepaskan berhampiran kawasan pengebumian bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon di Shaar HaNegev, semalam. 

Jurucakap polis Micky Rosenfeld bagaimanapun tidak menyatakan roket berkenaan dilepaskan dari kawasan mana tetapi tidak menolak ianya dilakukan oleh sekumpulan individu dari sempadan Gaza. 

"Bom itu disasarkan di bandar Sderot terletak berhampiran sempadan Gaza. Tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan, "katanya kepada Al Arabiya. 

Susulan kejadian itu, polis dan tentera Israel meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan berkenaan.


Banjir Kilat : 13 Maut, 40000 dipindahkan
15/1/14

JAKARTA, INDONESIA- Banjir kilat di Manado, Sulawesi Utara semalam mulai surut hari ini selepas menghanyutkan puluhan rumah dan kenderaan serta mengorbankan 13 orang dan menyebabkan 40,000 orang lagi dipindahkan ke tempat selamat.

Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia menyatakan banjir kilat dan tanah runtuh itu, yang berlaku akibat faktor alam dan antropogenik, telah menjejaskan enam daerah di Sulawesi Utara iaitu Kota Manado, Minahasa Utara, Kota Tomohon, Minahasa, Minahasa Selatan dan Kepulauan Sangihe.

Lima orang maut di Kota Manado, lima lagi di Kota Tomohon dan tiga orang di Minahasa manakala mangsa seorang lagi dilaporkan hilang selepas dihanyutkan air deras di Kota Manado.

"Hujan lebat akibat sistem tekanan rendah di perairan selatan Filipina menyebabkan berlakunya pembentukan awan intensif. Selain itu, adanya tumpuan kesan daripada tekanan rendah di utara Australia sehingga awan-awan besar memasuki wilayah Sulawesi Utara," kata Ketua Pusat Data Maklumat dan Perhubungan Awam BNPB Sutopo Purwo Nugroho dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata empat sungai besar di Kota Manado melimpah dan menghanyutkan puluhan rumah dan kenderaan.


Pelarian Palestin di Kem Yarmouk Mati Kebuluran
14/1/14


SYRIA- Kebuluran semakin menular di kem pelarian Yarmouk. Seramai 30 orang telah syahid kerana kebuluran dan angka tersebut dijangka meningkat.

*lihat page Facebook Aqsa Syarif : Selamatkan Kem Yarmouk


PBB Gesa UE Bantu Pelarian Syria
15/1/14

NEW YORK, AMERIKA SYARIKAT- Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Suruhanjaya Eropah merayu Kesatuan Eropah (EU) supaya menerima keputusan penyelesaian sementara penempatan jutaan pelarian Syria. 

Pesuruhjaya PBB bagi Pelarian Antonio Guterres berkata kepada Al-Jazeera, setakat ini lebih daripada 2.1 juta pelarian dari Syria berada di Jordan, Lebanon, Turki dan Iraq. 

"Ribuan lagi pelarian masih berada di luar sempadan Syria dan tidak mempunyai akses bantuan. Jika mereka tidak mahu menerima pelarian ini, krisis kemanusiaan akan merebak kepada masalah politik. Kami harap, EU melonggarkan syarat kemasukan pelarian ke negara mereka, "katanya. 

Menurutnya, sehingga kini pihaknya tidak mendapat sebarang reaksi positif dari negara tersebut. 

"Saya telah berkali-kali menyeru semua negara, terutamanya di Eropah dan Timur Tengah supaya melanjutkan dan membenarkan pelarian Syria mendapat akses suaka bagi menikmati perlindungan berkualiti," katanya.


China Tahan Ulamak Muslim Uyghur
15/1/14

BEIJING, CHINA - Polis telah menangkap seorang ulama Muslim terkemuka dari etnik minoriti Uyghur dari China Barat. Press TV melaporkan Ilham Tohti ditangkap pada Rabu malam, menurut sebuah laporan yang diterbitkan di websitenya Uighurbiz. 

Ulama tersebut ditangkap di rumahnya, bersama dengan ibunya. Polis turut menggeledah rumahnya dan menyita barang-barangnya. 

Menurut istri Tohti, Guzaili Nu'er, dia telah ditahan untuk beberapa kali sebelum ini tetapi dilepaskan tidak lama kemudian. "Kali ini berbeza. Mereka mengirim petugas keamanan begitu banyak, termasuk polis dari Xinjiang, Beijing dan polis terdekat. Kali ini lebih serius," tambahnya. 

Tohti, seorang ekonomis yang bertugas di Beijing, ditahan kerana kelantangannya bersuara mengecam kerajaan China atas tekanan yang diberikan China kepada kaum etnik Uyghur yang kebanyakannya beragama Islam.


Militia Ancam Afrika
14/1/14

BANGUI, REPUBLIK AFRIKA-Kumpulan militia dan pelampau Kristian, kelmarin mengancam untuk membunuh orang Islam selepas keganasan etnik kembali tercetus di Republik Afrika Tengah.

Media tempatan melaporkan kejadian serangan ke atas masjid dan kecurian kedai serta rumah milik orang Islam juga semakin meningkat sejak akhir-akhir ini.

Seorang penduduk mendakwa orang Islam terutamanya wanita dan kanak-kanak tidak berdosa kini menjadi sasaran di negara itu.

"Mereka sengaja mahu menakut-nakutkan kami dengan tujuan untuk mengusir penduduk Islam," katanya yang enggan identitinya didedahkan kepada umum.

Sementara itu, jurucakap pelampau Kristian memberitahu bahawa tindakan ganas yang dilakukan ke atas penduduk Islam kononnya sebagai 'cara' untuk mewujudkan keamanan di Republik Afrika Tengah.

Konflik berdarah mula melanda negara itu selepas kumpulan militia melancarkan serangan di ibu negara pada Mac lalu.

Bagaimanapun memetik laporan Press TV, ketegangan kembali memuncak selepas Presiden sementara, Michel Djotodia dan Perdana Menteri Nicolas Tiangaye meletak jawatan, Jumaat lalu sebagai usaha untuk meredakan konflik di negara terbabit.


Perhimpunan Tutup Bangkok : Disertai Sejuta Orang
13/1/14

BANGKOK ,THAILAND- Dianggarkan antara beberapa ratus ribu hingga sejuta orang menyertai kempen 'Tutup Bangkok' di tujuh tapak perhimpunan di tengah Bangkok hari ini yang menghalang lalu lintas di beberapa jalan utama. 

Perhimpunan itu bertujuan mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri sementara Yingluck Shinawatra dan penangguhan pilihan raya umum pada 2 Februari, yang dijangka berlarutan antara beberapa hari hingga beberapa minggu. 

Kesan langsung adalah jalan menghala ke tengah Bangkok, yang lazimnya sibuk dan seringkali sesak, hampir lengang atau tiada lalu lintas sama sekali memandangkan penduduk sama ada memilih untuk menjauhkan diri atau menggunakan pengangkutan altertif misalnya perkhidmatan tren.


Maulidur Rasul disambut Penuh Kecintaan
14/1/14

KUALA LUMPUR - Maulidur Rasul tahun ini disambut di seluruh negara dengan penuh keinsafan dan kecintaan bagi memperingati jasa dan perjuangan junjungan besar Nabi Muhammad SAW 

Sambutan peringkat kebangsaan berlangsung di Masjid Putra, Putrajaya dimulai dengan perarakan sejauh 1.7km, disertai 13,598 peserta daripada 151 kontinjen bermula di bangunan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Persiaran Perdana menuju Masjid Putra. 

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat ke sambutan Maulidur Rasul 1435H/2014M bertema 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah' di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan itu. 

Penceramah terkenal, Ustaz Mohd Kazim Elias turut diundang menyampaikan ceramah mengenai personaliti dan sifat Rasulullah SAW yang perlu dicontohi seluruh umat Islam.


Sekian sahaja untuk minggu ini.  Semoga bermanfaat.


Al-Imran : 139
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman”


Read more
0 comments

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Kembali lagi bersama AZAM Russia dalam slot Book Review.

Ujian, bahasanya bisu. Hadirnya tidak terduga. Ada kalanya ujian itu bertandang untuk membersihkan dosa. Ada kalanya untuk mengajak kita bertanya, apakah diri sudah terlupa. Ya...terlupa siapakah kita di sisi-Nya. Terlupa dari mana datangnya dan ke mana pula hala hidup kita? Terlupa kita sebenarnya tidak punya apa-apa. Apakah kita masih ingin menderhaka pada-Nya?

Masihkah kalian ingat tentang kalam Allah dalam surah al-baqarah ayat 216?

“Boleh jadi kamu membanci sesuatu padahal ia amat baik bagimu. Boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu..”

Benarlah janji Allah, sesuatu yang berlaku ada hikmahnya. Ada kebaikan yang terkandung di sebalik ujian yang bertimpa-timpa. Seandainya kita mengerti, andai ujian itu membawa kita ke pintu kesedaran, maka ujian itu sebenarnya amat manis.

Nah, untuk kalian yang sedang berduka cita. Dirudum malapetaka. Yang lelah menapaki kehidupan. “Tuhan Sedang Menguji Kita” dari Ustaz Kazim Elias. Bicaranya yang sempoi tapi sarat dengan nasihat dan pedoman. Penuh motivasi.





TAJUK : TUHAN SEDANG MENGUJI KITA

KARYA : USTAZ KAZIM ELIAS

KELUARAN : KARANGKRAF

HARGA : RM19.90


Read more

Easy learning in paediatrics

0 comments

Have a difficulty in memorising something?

Try this! Mnemonic for assessing APGAR Score.

Remember “APGAR

Appearance

  •  0 = pink
  • 1 = blue limbs
  •  2 = blue all over

Pulse

  •  0 = 0
  • 1 = <100 data-blogger-escaped-2="">100


Grimace (reflex,irritability)


  •  0 = no response to stimulant
  •  1 = feeble response, irregular
  •  2 = cough,sneeze


Activity (muscle tone)


  •  0 = flaccid
  •  1 = some flexion
  •  2 = well flexed


Respiratory effort

  •  0 = absent
  •  1 = weak, irregular
  •  2 = strong,regular      


Wallahua'lam


Read more

Meruntuh dan Membina.

0 comments








Bila hati berkata-kata…

“Islam itu bersifat meruntuh dan membina. Ia meruntuhkan kejahatan JAHILIYYAH dan kemudian ia membina kerikil TAUHID. Untuk menundukkan jahiliyyah, ia memerlukan senjata TARBIYYAH,”

“Untuk menggenggam TARBIYAH, memang tidak mudah, memang payah.”

“Biarlah orang kata jalan TARBIYAH itu lambat dan perlahan. Kerana jalan tarbiyah dan dakwah bukan seperti lebuh raya yang lebar dan selesa, apatah lagi ditaburi bunga. Tidak sama sekali!”

“Oleh itu, jangan pernah mengalah. Kerana jalan tarbiyah bukan jalan untuk kalah. Kita berada di jalan ini adalah untuk menang. Menang pada timbangan Allah.”

58:21



Allah telah menetapkan "Allah dan rasul-rasulKu pasti menang." Sungguh Allah Maha Kuat, Maha Perkasa. (Al-Mujadilah, 58:21)

Kehidupan tidak akan lari dari erti pengorbanan. Dan setiap pengorbanan memerlukan mujahadah. Ya, JIHAD! Dari alam rahim lagi kita sudah mulai mengenal erti mujahadah. Mujahadahnya sperma dalam menyatu dengan ovum, muhajadahnya anak kecil yang mula belajar dari merangkak kepada berjalan, mujahadahnya seorang pelajar dalam pelajarannya, mujahadahnya seorang pekerja dalam komitmen kerjanya, mujahadahnya si ayah dalam memberikan nafkah keluarga dan sebagaikan. Itulah kehidupan.

Ternyata, kehidupan ini bukan dicipta hanya sekadar memenuhi keinginan peribadi, hanya sekadar melempiaskan nafsu manusiawi semata-mata. Hakikatnya ada perkara yg lebih besar kenapa Allah menciptakan kehidupan dunia ini. 

Sungguh! Untuk berjihad itu tidak mudah. Ternyata, kehidupan ini bukan dicipta hanya sekadar memenuhi keinginan peribadi, hanya sekadar melempiaskan nafsu manusiawi semata-mata. Hakikatnya ada perkara yg lebih besar kenapa Allah menciptakan kehidupan dunia ini. Allah berfirman dalam Al-Quran surah Al-Mulk ayat 2,





"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) -" (Al-Mulk, 67:2)

Justeru dengan tarbiyah kita belajar erti kehidupan yg sebenar.

Lihat sahaja para sahabat, yang boleh kita jadikan sebagai role model dalam pentarbiyahan diri. Kadangkala, terasa begitu rendah iman ini kalau nak dibandingkan dengan keimanan para sahabat nabi dahulu.. yang sanggup meredah apa jua demi Islam yang tercinta… Firman Allah SWT dalam surah Ar-Rahman begitu menampar diri ini.. 




"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" (Ar-Rahman, 55:13)

Kadang2 agak mudah untuk kita menipu diri kita sendiri… padahal kebenarannya sudah jelas tersuluh di depan mata..

Tatkala ditimpa musibah dan ujian ‘kekurangan’.. siapakah agaknya yang berasa lemah dan menangis berseorangan, mengenang nasib yang tak sudah-sudah malang?

Tatkala mendapat keputusan ‘exam’ yang teruk… siapakah agaknya yang mula menyalahkan lecturer dan soalan yang kononnya susah sangat?

Dan tatkala melihat orang lain mendapat nikmat yang lebih… sedangkan diri kita lebih banyak berusaha daripada dirinya.. siapakah agaknya yang mula stress dan merasakan dunia ini sangat-sangat tidak adil kepada dirinya? Sedangkan dalam masa yang sama.. nikmat Allah yang berada dalam diri kita sendiri tidak pernah kita syukuri… nikmat tangan, kaki dan mata yang sempurna tidak pernah kita endahkan.. dan nikmat Allah yang terbesar, yakni Islam dan iman.. tidak pula kita hargai..

Inilah dia yang dinamakan manusia, seringkali terumbang-ambing antara leka, lupa dan sedar.

Inilah dia yang dinamakan manusia, seringkali terumbang-ambing antara leka, lupa dan sedar. Justeru, sempena fatrah imtihan ini, sama-samalah kita melipatgandakan tawakal kita kepadaNya. Sentiasalah mensyukuri nikmat yang diberikanNya, tingkatkan usaha, kurangkan rungutan dan tingkatkan doa. Mudah-mudahan Allah memberikan kemudahan dalam setiap urusan kita.

“...Dalam ketenangan ada keresahan, dalam keresahan ada kekalutan, dan dalam kekalutan ada DIA.. untuk mengadu dan mengharap..” ^_^ 


Read more

Pertandingan Travelog AZAM Russia 2014

0 comments
Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt brothers and sisters..

Winter Holiday kini kembali !
Makanya
Pertandingan Travelog Azam 2014 juga kembali ~

Sudah pasti anda semua tidak sabar hendak memulakan perjalanan anda sebagai Seorang Pengembara di negara lain.
Dan anda ingin berkongsi pengalaman perjalanan anda bersama kami ?
Sudah pasti bisa! AZAM Russia, dengan ini mengalu-alukan pernyertaan anda semua dalam Pertandigan Travelog Azam 2014.
Ceritakan pengalaman anda serta pengajaran yang baik dalam bentuk penulisan (cerpen), fotografi (instaAZAM) dan juga video.



¿¿ Anda berminat ??
Jom kita tengok syarat-syarat pertandingan bagi setiap kategori.


Syarat-syarat Pertandingan :
- Terbuka kepada semua pelajar Malaysia di Russia sahaja.
- Ahli Team Media AZAM Russia dibenarkan menyertai pertandingan kecuali PARA JURI yang dilantik.
- Para peserta dibenarkan untuk menyertai ketiga-tiga kategori sekaligus.
- Setiap karya yang dihantar perlulah menepati syariat Islam.
- Setiap karya yang dihantar kepada pihak kami tidak akan dipulangkan dan akan menjadi hak milik AZAM Russia. 
- Pihak AZAM Russia mempunyai hak untuk menggunakan hasil karya para peserta.  Keputusan akhir pertandingan adalah muktamad berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.





FOTOGRAFI (InstaAZAM)
- Para peserta akan menghantar gambar melalui Instagram Azam Russia secara DIRECT.
- Para peserta hendaklah menghantar gambar berdasarkan tema Mencari Cinta Abadi.
- Para peserta diwajibkan untuk menulis nama peserta serta lokaliti serta hashtag       #TravelogAzamRussia2014 , #AZAMRussia, **HASHTAG TEMA  (#MencariCintaAbadi) diruangan caption.
- Nyatakan jenis kamera atau smartphone yang digunakan.
- Gambar yang dihantar mestilah mengandungi mesej dan juga quote yang bernas.
- Tidak terlalu banyak quote (tulisan) sehingga menutupi fokus gambar.
- Maksimum gambar yang dihantar adalah sebanyak 3 keping bagi setiap peserta. 
- Post editing adalah dibenarkan dan mengikuti kreativiti masing-masing tetapi tidak terlalu banyak effects/edit/retouche, mestilah berpada-pada.
- Photo Manipulation adalah dilarang sama sekali dan menyebabkan pernyetaan peserta akan terbatal serta-merta.
-Gambar mestilah sopan dan tertib.
- Hasil karya akan dimuat naik di InstaAZAM setelah tamat tarikh penyertaan.





 VIDEO 

- Maksimum video yang dihantar adalah 5 minit
- Format video berdurasi antara 3 hingga 5 minit:
               - Frame 1: (3 saat) Pertandingan Video Travelog Azam Russia 2014 | Tajuk video
               - Frame 2: (5 saat) Nama peserta/pasukan dan tajuk video
               - Kandungan video
               - Frame akhir: (3 saat)  Istimewa untuk <imej logo AZAMRussia>
               - Fade out
- Sari kata (subtitle) Bahasa Melayu mesti diletakkan pada seluruh kandungan video yang mengandungi percakapan atau dialog. 
- Muat naik video Anda ke laman Youtube dengan butiran berikut:
               - Title: “Travelog Azam Russia 2014: [Tajuk karya Anda]”
               - Description: Sinopsis karya anda
               - Tags: #TravelogAzamRussia2014 dan #AZAMRussia
               - Privacy Settings: Unlisted

- Peserta boleh menghantar video pendek dengan emailkan  link YouTube yang ‘Unlisted’ ke azamrussia@gmail.com.







CERPEN

- Peserta bebas untuk menulis bentuk penulisan mereka dengan tema Mencari Cinta Abadi.
- Mestilah disertakan dengan minimum 2 gambar.
- Segala penulisan berbaur politik dan isu-isu sensitif adalah dilarang sama sekali. Ini akan menyebabkan penyertaan peserta akan terbatal serta-merta.
- Penulisan yang dihantar hendaklah mengandungi  nilai-nilai murni dan juga pengajaran yang baik lagi jelas. 
- Font : Times New Roman, 12, single spacing, Justify text. Tidak melebihi 1500 patah perkataan.
- Peserta boleh menghantar cerpen beserta maklumat peribadi (Nama penuh, universiti, tahun pengajian) dalam format Microsoft word dan emailkan ke azamrussia@gmail.com dengan subjek 'Cerpen Travelog AZAM Russia 2014'.


~ Pelbagai hadiah menanti para pemenang!
Apa tunggu lagi~ ayuh, sertai ! :)


"Tidakkah mereka perhatikan, bagaimana Allah memulai ciptaan kemudian mengulanginya? Sesungguhnya yang demikian itu mudah saja bagi Allah. Katakanlah:'Berjalanlah di muka bumi dan perhatikanlah, bagaimana Allah memulai ciptaan, kemudian Ia mengulangi penciptaan itu sekali lagi. Sesungguhnya Tuhan Berkuasa atas segala sesuatu." 
(QS. 29:19-20)


Read more