• Motivasi Dan DIY

    Creativity Beyond Measure

  • Tazkirah

    Sharing is Caring

  • Local Wrap

    Around Us

  • Friday Wrap

    Around The World

  • Baitul Muslim

    Kuliah Online Baitul Muslim

  • Kulinari

    Sugar, Spice and Everything Nice

Sabar Itu Tarbiyyah

0 comments


  

      Pagi-pagi lagi sudah dikejutkan dengan deringan telefon bimbit. Rupa-rupanya pesanan ringkas daripada kawan yang duduk satu rumah dahulu semasa di Universiti Malaya. Lama sudah tidak berhubung sebenarnya, pelik juga tiba-tiba sahaja dapat pesanan ringkas ‘sms’ daripadanya.

    “Ayi, doa apa yang hang baca dulu masa laptop hang kena curi?” Begitu lebih kurang sms yang dihantar kepada saya. Saya agak sibuk ketika itu, jadi saya hanya menjawab pertanyaannya tanpa banyak soal. Timbul juga pertanyaan dalam hati kecil saya, musibah apa pula yang menimpanya . Kadang-kadang orang menceritakan kepada kita yang mereka sedang berhadapan dengan masalah tanpa mahu menceritakan apakah masalah yang dihadapi kerana dengan cara itu membuatkan hati dan fikiran mereka sedikit lega. Saya tidak mahu bertanya, takut pula dikatakan suka menjaga tepi kain orang.

      Rupanya dia masih ingat lagi cerita laptop saya dicuri satu ketika dahulu. Laptop yang baru dibeli tidak sampai sebulan, dicuri ketika saya keluar untuk bertemu seorang kawan daripada Indonesia di kafe. Sebelum keluar memang rasa nak bawa dah laptop tu. Sekejap nak bawa, sekejap rasa malas, hati saya berbelah bagi beberapa kali. Dalam perjalanan balik, hati memang asyik teringatkan laptop. Sampai sahaja di rumah, cari laptop tak jumpa. Bertenang sekejap, cari balik. Tidak jumpa juga. Sah, kena curi dah ni. Saya hanya menggelengkan kepala, tersenyum dalam payah, seraya melafazkan doa tersebut. 
 
Innalillahi wa inna ilaihi rajiu’un. Allahumma jurni fi musibati wakhluf li khaira minha.

       Saya dapat merasakan ketenangan dan redha dengan apa yang berlaku sebenarnya anugerah Allah yang amat berharga. Seminggu lepas kejadian itu, ada pula hamba ALLAH yang tahu saya kehilangan laptop memberikan saya RM 2500 untuk membeli laptop baru. ALLAHU AKBAR!
Lap top yang dicuri itu hanya berharga RM 1900, dapat yang lebih baik. Tidak pernah terfikir untuk saya membeli lap top semahal itu. Pada saya, asal boleh guna cukuplah tetapi oleh kerana duit itu diberi kepada saya khusus untuk membeli lap top, saya membeli lap top baru yang jauh lebih baik daripada yang dicuri dahulu.

       Ini saya rasakan hadiah daripada ALLAH kerana saya bersabar dengan ujian-Nya. ALLAHU AKBAR, ini baru ganjaran dunia. Selang seminggu, saya berjumpa dengan kawan saya tadi. Dia cerita sejak akhir-akhir ini banyak sangat masalah. Melibatkan masalah kewangan terutamanya.
Hutang bank, hutang kereta, cermin depan kereta pula pecah.

    “Tapi masalah-masalah ni mematangkan aku.”
    “Lepas ni datang la apa pun depan aku, aku tak hairan dah. Mana ada nak kaya cepat ni”

      Saya hanya tersenyum, di dalam hati bersyukur ALLAH masih memberikan kesabaran di dalam hatinya. Berapa ramai orang seperti kawan saya itu? Bila berhadapan dengan masalah yang amat berat masih boleh think positive, merujuk pula orang tertentu untuk minta nasihat dan meminta doa jika ada. Berapa ramai yang putus asa kemudian diam-diam dalam hati menyalahkan takdir?

 
       Itulah manusia, memuji ALLAH dan mengatakan ALLAH telah memuliakannya apabila diberi kesenangan tetapi merungut dan mempersoalkan tindakan ALLAH apabila diri dirundung malang dan kesempitan. Moga kita termasuk dalam golongan mereka yang beryukur bila mendapat nikmat, bersabar dan bersyukur bila ditimpa musibah. Firman Allah SWT:

'Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: 
“Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.'
(Al-Baqarah ; 155-157)


Read more

PENGURUSAN KEWANGAN (PART 2)

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wrt.

Kebiasaannya, lelaki akan mengalami kerisauan untuk menanggung seorang perempuan dalam hidupnya. Namun Allah berfirman:

Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui" (Surah An-Nur 24:32)

Allah menjanjikan kepada sesiapa yang berkahwin berupa rezeki kekayaan dengan limpah kurniaNya. Rezeki kekayaan itu termasuklah harta, kesihatan dan sebagainya.


Apabila kita mula bekerja, kita akan menghadapi kesukaran untuk menentukan jumlah pendapatan kita. Kita perlu merancang dan menyimpan wang pendapatan kita. 
Kita boleh bergantung pada simpanan pada masa kecil dahulu. Dan hanya digunakan selepas mendirikan rumah tangga kerana kita akan boros dalam penggunaan wang sebelum kahwin.

[ credited]


Memilih pasangan
Kita haruslah memilih pasangan yang bagus dalam pengurusan kewangan. Elakkan memilih pasangan yang high maintainence kerana dia akan menghabiskan banyak wang untuk perkara sia-sia seperti shopping, telefon bimbit, rokok dan sebagainya.

Hantaran perkahwinan
Kita perlu ubah adat masyarakat melayu yang suka meletakkan wang hantaran yang sangat tinggi. Wang hantaran perlulah seimbang dengan kemampuan bakal suami atau isteri kita nanti supaya perkahwinan itu dipermudahkan. Elakkan berhutang selepas kahwin kerana ada kes cerai yang melibatkan hutang yang tidak mampu diselesaikan.

Walimatul urus
Lakukanlah secara sederhana. Jemputlah orang-orang yang rapat dengan kita sahaja. Dan boleh juga menghebahkan perkahwinan kita pada orang lain hanya melalui media sosial.
Sebelum berkahwin bolehlah cuba untuk menghadiri majlis perkahwinan yang sederhana untuk mendapat gambaran. Jika ibu bapa inginkan majlis secara besar-besaran, minta bantuan kewangan dari mereka.

Souvinier kahwin
Elakkan dari memberi souvinier yang tidak bermanfaat pada tetamu.contohnya gambar pengantin.yang tidak boleh digunakan di waktu hadapan.

Sewa rumah
Belilah rumah yang berpatutan. Elakkan menyewa. Belilah rumah atas dua nama untuk memudahkan insuran di masa hadapan dan pinjaman bank selama 20 atau 25 tahun supaya pada umur 50 tahun sudah selesai hutang. Pilih peralatan rumah yang perlu dahulu seperti tilam dan peralatan dapur.

Cadangan untuk pasangan baru:
Bincanglah bersama-sama untuk uruskan pendapatan dan perbelanjaan bersama.
Tidak boleh merahsiakan hutang antara pasangan contohnya hutang PTPTN, hutang kawin dan sebagainya. Kita juga perlu berterus terang antara sama lain.

Keperluan keluarga sendiri pula, untuk isteri perlu meminta izin suami untuk memberi wang kepada ibu bapa. Boleh juga kongsikan tabiat berbelanja antara satu sama lain. Pasangan perlulah bertolak ansur dalam merangka perbelanjaan rumah tangga.

Mulakan simpanan terutama untuk kecemasan dalam 10% dari wang pendapatan.
Elakkan penggunaan kredit kad kerana kita akan mudah boros. Jika perlu hadkan penggunaan sehingga RM3000 sahaja. Jika ada hutang kredit kad perlu selesaikan sebelum kahwin dengan segera. Kalau ingin berbulan madu, pilihlah tempat yang bajet rendah atau saudara-mara yang boleh sponsor.

Contoh cara pembahagian wang pendapatan.
Peraturan 40:30:10:10:10
40% - Perbelanjaan
30% - Hutang
10 % - Perlindungan
10% - Pelaburan
10% - Kecemasan / Misc.
? % - Aktiviti dakwah/kebajikan/Infaq
? % - Percutian

Memastikan perlindungan
-Mati
-Jatuh & patah
-Kena langgar
-Cacat
-Penyakit

Berapa minimum takaful hayat?
Ada 2 cara:
  1. Minimum setahun perbelanjaan keluarga
    1. Contoh RM3000x12 bulan= RM3600 setahun
  2. Perbelanjaan untuk seorang anak dalam lingkungan RM20-50 ribu
Wallahualam.
Nantikan kuliah kami seterusnya di minggu hadapan.






Read more

Friday Wrap 10/04/2015

0 comments
Assalamualaikum wrt. Friday Wrap kembali membawakan berita dari seluruh dunia buat para pembaca. Davai cakna isu semasa insyaAllah. 






NAHAS SEMENYIH: TAN SRI JAMALUDDIN JARJIS MENINGGAL DUNIA

5 April 2015
Datuk Seri Najib Tun Razak serta beberapa VIP lain di kediaman Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis - FOTO AWANI


KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Rompin merangkap Duta Khas Malaysia ke Amerika Syarikat, Tan Sri Jamaluddin Jarjis, seorang daripada 6 mangsa tragedi helikopter terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih kira-kira pukul 4.55 petang waktu Malaysia hari ini.

Helikopter Eurocopter AS365N2 Dauphin membawa 6 penumpang iaitu ahli Parlimen Rompin Tan Sri Jamaluddin Jarjis, pengawal peribadinya, Razakan Seran, Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Seri Azlin Alias, Datuk Tan Huat Seang, juruterbang, Kapten Clifford William Fourniar dan pembantu operasinya, Aidana Baizieva.

Jenazah Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis telah selamat disemadikan di Masjid Negara kira-kira pada pukul 5.15 petang waktu Malaysia tadi.

Sebelum ini, jenazah Allahyarham telah dimandikan di Hospital Kuala Lumpur dan disolatkan di Masjid Taman TAR, Ampang.

Sebagai tanda penghormatan kepada beliau, kedutaan Amerika Syarikat mengibarkan bendera separuh tiang. - astroAWANI-






SITUASI MERUNCING DI KEM PELARIAN YARMOUK

7 April 2015

Nyawa hampir 18,000 pelarian Palestin di kem Yarmouk semakin terancam selepas kawasan itu digempur kumpulan militan IS pada 1 April lalu.



DAMSYIK - SYRIA. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mereka terhadap situasi yang semakin meruncing di kem Yarmouk yang menempatkan pelarian Palestin berhampiran ibu negara Syria.

Perkara itu disuarakan melalui kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNRWA), kelmarin selepas pertempuran sengit tercetus antara kumpulan bersenjata, Aknaf Beit al-Maqdis dan militan IS di kem pelarian tersebut sejak 1 April lalu.

"Nyawa hampir 18,000 orang awam termasuk kanak-kanak semakin terancam. Lebih 90 peratus kem pelarian Palestin itu kini berada di bawah cengkaman kumpulan militan IS

"Bekalan makanan, air bersih dan keperluan asas lain juga semakin berkurangan akibat konflik tersebut," menurut laporan itu.

Susulan daripada itu, UNRWA menggesa kesemua pihak yang terlibat dalam krisis itu supaya menghentikan pertempuran tersebut dan mematuhi undang-undang antarabangsa untuk melindungi nyawa orang awam. - Press TV




BAKAL BERDEPAN HUKUMAN MATI

8 April 2015




Craig Stephen dijatuhi hukuman mati


WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Lelaki warga Amerika Syarikat (AS) yang menembak mati tiga pelajar Islam dalam kejadian menggemparkan di North Carolina pada Februari lalu bakal berdepan hukuman mati.

Craig Stephen, 46, didakwa melakukan pembunuhan darjah pertama ke atas Deah Shaddy Barakt, 23, Yusor Mohammad Abu-Salha, 21, dan Razan Mohammad Abu-Salha, 19, di sebuah apartmen berhampiran Universiti North Carolina pada 10 Februari lalu.

Kelmarin, hakim Orlando Hudson Jr memberitahu Stephen boleh dijatuhi hukuman mati jika disabit bersalah oleh mahkamah.

Terdahulu, beberapa bahan bukti dikemukakan kepada mahkamah menunjukkan lapan kelongsong peluru yang ditemui di lokasi kejadian adalah sepadan dengan senjata api milik tertuduh.

Selain itu, hasil siasatan polis turut menemui tompokan darah milik salah seorang mangsa pada seluarnya. - Press TV








MH17: PDRM HANTAR PASUKAN FORENSIK KE KIEV

9 April 2015

Ketua Polis Negara dalam satu sidang akhbar



CYBERJAYA - Tujuh anggota forensik polis akan berlepas ke Kiev Sabtu ini bagi menyambung semula pencarian bangkai pesawat dan bukti baharu nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 di Ukraine.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pasukan itu akan memasuki kawasan tragedi di Donetsk, Ukraine pada Selasa ini (14 April) bersama-sama pasukan keselamatan Belanda dan Ukraine.

"Fokus pencarian adalah bagi mencari baki serpihan pesawat, mencari bukti baharu untuk membantu siasatan serta mengesan seorang lagi mangsa yang masih belum ditemui.

"MH17 adalah pesawat kita. Polis komited dalam meneruskan siasatan dan berharap misi kali ini yang mendapat kerjasama Belanda dan lain-lain pasukan dapat membantu menemui petunjuk baharu kes itu," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan rasmi ke Universiti Limkokwing di sini.

Beliau berkata pasukan itu, yang bakal disertai unit lain, akan berada selama sebulan di lokasi nahas.

Pesawat MH17, yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal, adalah dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur semasa terhempas di timur Ukraine setelah dipercayai ditembak jatuh di ruang udara negara yang bergolak itu pada 17 Julai lepas.







KETUA EKSEKUTIF 1MDB JUMPA TUN M

9 April 2015






KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Bhd (1MDB) serta Ketua Eksekutifnya Arul Kanda Kandasamy telah mengadakan pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menerangkan mengenai syarikat tersebut.

Najib berkata beliau tidak pernah menjelaskan secara langsung mengenai 1MDB kepada Dr Mahathir kerana urusan tersebut tidak dibangkitkan secara terus oleh bekas Perdana Menteri itu kepadanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika ditemu bual oleh pengacara Hamdan Ahmir dalam program Edisi Khas Soal Jawab TV3 malam ini.

Dr Mahathir baru-baru ini meminta Najib menjawab beberapa persoalan berkaitan 1MDB setelah mengkritik beliau mengenai kerugian serta hutang yang ditanggung oleh syarikat tersebut.

Dr Mahathir juga meminta Najib menjelaskan mengenai hubung kait syarikat tersebut dengan ahli perniagaan Low Taek Jho, serta sumber kewangan anak tiri beliau Riza Aziz, yang membeli hartanah mewah di New York.

Dalam wawancara tersebut, Najib berkata beliau telah meminta Ketua Audit Negara mengesahkan sama ada dana 1MDB disalahgunakan untuk membuat filem dan sebagainya.

Ditanya mengapa soal pembikinan filem itu dibangkitkan oleh Dr Mahathir, Najib berkata: "Sebab ada dakwaan sedemikian. Saya tidak mahu mempertahankan apa-apa sebab ia melibatkan ahli keluarga saya, dan oleh sebab itu saya hendak Ketua Audit Negara mengesahkan perkara ini."

Ditanya sama ada beliau memohon kepada pihak pengurusan 1MDB supaya lebih telus dalam urus niaga akan datang, Najib berkata beliau telah pun berbuat demikian. - Bernama-




"Dan Bagaimanakah kamu (sampai) menjadi kafir, padahal ayat-ayat Allah dibacakan kepada kamu, dan Rasul-Nya pun berada di tengah-tengah kamu? Barangsiapa yang berpegang teguh kepada (agama) Allah, maka sesungguhnya ia telah diberi petunjuk kepada jalan yang lurus." - Ali Imran 101

Wallahualam.











Read more

Resepi chicken chop simple Russian style

0 comments
Assalamualaikum wbt.

Bahan-bahannya (semua ada kat Russia) :
           1)    Ayam
           2)   Tepung kanji (starch flour) –russian punya pun ada (крахмал муки) 
           3) serbuk bawang putih
       4)    Red chilli powder
           5)  kicap masin (yang sushi pun boleh since susah nak dapat kicap kat Russia ni)

           6)   
Serbuk lada hitam
     7)    Garam
   8)   Tepung beras


Cara-caranya:
     1)    Sediakan ayam(kalau boleh bahagian dada dan boleh tumbuk untuk flatkan ayam tu) dan gaul bersama serbuk bawang putih, serbuk lada hitam , serbuk cili dan juga kicap masin beserta garam secukup rasa.
    2)   Perap sekurang kurangnya sepuluh minit.(semalaman lagi best)
    3)   Gaulkan tepung beras dan tepung kanji
    4)   Panaskan minyak.
    5)   Celup ayam yang telah diperap bersama tepung yang telah digaul.
    6)   Goreng ayam tersebut.
    7)   Boleh dihidang bersama fries, salad(coleslaw) dan gravy sauce ataupun dimakan bersama sos cili sahaja ala ala ayam kfc
    8)   Selamat mencuba



Read more

Kenapa Berpudah?

0 comments


"Bunyi bising memecah kesunyian pagi. Angin pagi terasa begitu dingin. Tetapi mengapa hati ini sukar mensyukuri segala nikmat? Allah... "

Pelbagai persoalan dilontarkan kepadaku  apabila aku mula memakai purdah. Dan ada yang masih terus bertanya dan bertanya... "Adilah, kenapa Adilah pakai purdah?"."Adilah, kenapa awak pakai purdah?" Tidak putus-putus soalan itu ditanya. Allahu Akhbar.. Soalan yang memrlukan jawapan yang sangat panjang untuk aku sampaikan... Kerana ia bukan dariku, tapi ini semua ketentuan Allah.

Segalanya bermula di hati. Di saat hati ini merindukan Tuhan, mahu sekali wajah ini menjadi rahsia. Di saat hati ini merindukan Tuhan, mahu sekali aku tutupkan wajahku. Tidak tahu mengapa. Hati ini memberontak untuk aku memakai purdah.

Hatta, bukan kerana ada sesiapa yang menyuruh.Tiada seorang pun yang memintaku untuk memakai purdah, tetapi kerana hati ini menjadi enak apabila wajah ini menjadi rahsia. Hati ini semakin dekat dengan Allah apabila wajah ini ditutup dengan secebis kain.

Aku tertanya-tanya pada mulanya, "Ya Allah... Kenapa Kau takdirkan aku memakai purdah sedangkan aku tidak mapu dan lemah. Ya Allah, kenapa Kau ujiku sebegini sedangkan aku berasa tidak mampu. Aku tidak mampu menanggung ujian ini ya Allah. Terlalu berat buatku." Sungguh, aku tidak kuat...

Ini juga jawapan atas persoalan teman-teman, kerana ini ujian Allah untuh hamba-Nya yang lemah ini.


قال رسول الله صلى الله عليه وسلم
(( المؤمنُ القويُّ خيرٌ وأَحبُّ إلى الله مِن المؤمنِ الضَّعيف، وفي كلٍّ خيرٌ،اِحْرِصْ على ما ينفعُكَ، واستعن بالله ولا تَعْجِزْ، وإن أصابكَ شيء فلا تَقُل : لو أني فعلتُ كان كذا وكذا، ولكن قل : قَدَّر الله، وما شاء فعل، فإن "لو" تفتح عمل الشيطان ))
أخرجه مسلم وابن ماجه والإمام أحمد
Maksudnya : Sabda Rasulullah saw. (( Seorang mukmin yang kuat itu lebih baik dan disayangi Allah dari seorang mukmin yang lemah. Dan pada setiap orang (yang mukmin) itu ada kebaikan (kerana imannya), sentiasalah tamak kepada apa yang memberi manfaat kepadamu (di akhirat) dan mintalah pertolongan daripada Allah (dalam melaksanakannya), dan janganlah rasa lemah (malas dalam melaksanakannya), dan sekiranya kamu ditimpa sesuatu musibah maka janganlah kamu kata “Kalaulah aku buat begini begini (nescaya tak kena)” tapi katakanlah “Allah telah metaqdirkannya” dan Allah Maha melakukan apa sahaja yang dikehendakiNya, kerana sesungguhnya (perkataan) “kalau” itu membuka jalan kepada syaitan (untuk merosakkan aqidah) )).

Aku bukanlah seorang yang hebat, warak, alim dan solehah. Aku benar-benar cuma insan biasa yang tidak punya apa-apa kelebihan, atau kecantikan. Bahkan aku juga tidak terlepas daripada melakukan dosa dan maksiat. Malah aku bukanlah berasal daripada keluarga yang berpendidkan agama yang tinggi, ayahku bukan ustaz, ibuku bukan ustazah. Malah di saat aku memakai purdah, mereka juga tidak tahu.

Berat hati ini untuk memberitahu mereka. Tetapi kerana Allah, aku lakukan juga meskipun berat yang teramat sangat.

Emak dan abah pada mulanya sukar menerima. Sedih. Tapi mereka mula menerimaku seadanya. Alhamdulillah. Jawapannya kerana hati ini yang meminta untuk menuruti aku untuk mentaati perintah Allah. Andai tidak dituruti, aku berasa tidak senang. Jawapannya kerana aku mahu lebih dekat dengan Allah. Jawapannya kerana aku mahu dicintai Allah. Jawapannya kerana aku rindu kepada Allah.

Pada mulanya, diri ini berasa agak berat meskipun telah memakai purdah. Kerana tidak biasa apabila orang sekeliling asyik memandang dan bertanya. Berhari-hari air mata ini berguguran tidak henti-henti. Alhamdulillah Allah beri kemudahan. Ini ujian buatku..

Sahabat, sampaikanlah doa buat dirku ini. Kerana aku jua insan sepperti kalian, tiada bezanya. Ilmuku sedikit, amalku juga sedikit, ibadahku juga lemah sekali.


Read more

PENGURUSAN KEWANGAN ( PART 1 )

0 comments



Wang dan perkahwinan

Kita tidak tahu apakah hala tuju kewangan kita di masa hadapan kerana perjalanan masih jauh. Kita kena sentiasa ingat bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah.

Tahap kewangan seseorang dibahagikan kepada :
  1. sempit(berkira)
  2. cukup
  3. selesa(ada duit lebih)
  4. mewah(mula ada lebihan)
  5. kaya

Namun, kebanyakan orang berada di tahap cukup dan sedikit sahaja di tahap kaya.
Duit adalah amanah dari Allah untuk ditadbir dengan baik
Sedikit atau banyak rezeki seseorang itu bergantung kepada bagaimana kita gunakannya untuk dunia dan akhirat, menjalankan amanah Allah dan untuk menghadapi kematian.

Kenapa perlunya merancang?
  1. Untuk praktikkan Islam secara keseluruhan (haji,zakat, sedekah)
  2. Keharmonian diri dan keluarga
Jika gagal untuk uruskan wang, biasanya akan ada masalah dalam rumahtangg (tegang,prestasi kerja terganggu,marah,gelisah,kurang sabar)
  1. Memberi pendidikan islamik kepada anak-anak
Kita perlukan duit yang lebih untuk kelas agama. Syllabus dan persekitaran di sekolah agama dijaga dengan baik dan sesuai untuk mendidik anak-anak.
  1. Membeli rumah sederhana dan mencukupi
Elakkan diri dari menyewa rumah kerana tuan rumah yang akan untung dan bukannya diri kita.
Biarlah berhutang sekejap untuk dapatkan rumah sendiri sebab akhirnya akan menjadi rumah kita juga.
  1. Rumah itu juga untuk diwariskan selepas kematian.
Dari perspektif perkahwinan, boleh tinggalkan harta untuk keluarga dan isteri akan terus mendidik anak-anak.

  1. Bersara awal dengan selesa
Jika ingin bersara awal,kena mula merancang dari sekarang. Kita perlu melihat jauh dan bukan jangka masa pendek sahaja.

  1. Pastikan perjuangan Islam diteruskan
Kita perlukan duit untuk buat sesuatu program. Kita akan menderma dan infaq sebagai pelaburan di akhirat.

  1. financial freedom”

7 tahap rancang wang

  1. pengurusan tunai - Apabila duit masuk, bagaimana untuk uruskannya
  2. pengurusan hutang - Bagaimana nak berhutang,percentage hutang
  3. penyucian harta - melakukan pelaburan haram terutamanya masyarakat zaman dahulu yang belum ada sistem Islam
  4. perlindungan - berapa takaful untnk kita dan anak-anak
  5. pelaburan
  6. persaraan - persediaan menghadapi persaraan - rancang penggunaan wang ketika bersara
  7. pengagihan (wasiat)


Prinsip:

Prinsip ini penting dalam menguatkan diri kita untuk menghdapi kehidupan dan menghala kita ke arah jalan yang benar.

1) kerja sebaiknya,jangan makan semua

surah yusuf ayat 47
Yusuf menjawab: "Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan.”
Apa sahaja yang kita kerjakan janganlah dihabiskan semua hasilnya tapi ambillah sekadarnya.

2)masa susah akan datang, masa senang kita akan rasa

“Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih).
"Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)". (Yusuf 48-49)
Kesusahan akan datang dan kita akan menggunakan duit untuk menghadapi kesusahan itu.
Sebab itu kita kena sentiasa bersedia.

3)setiap yang lahir ada rezekinya

“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.” (Al-Isra;31)
Kos untuk membesarkan anak sangat tinggi pada masa sekarang. Oleh sebab itu bilangan anak dalam keluarga semakin berkurang.
Dalam kehidupan ini satu masa kita akan bergnatung pada rezeki anak-anak.

4)Allah memewahkan dan menyempitkan seseorang

“Dan mereka (yang ingkar): bergembira dengan kehidupan dunia, sedang kehidupan dunia itu tidak lain, hanyalah kesenangan yang kecil dan tidak, kekal berbanding dengan kesenangan hari akhirat. (Al-Rad:26)
Jika kita sudah cuba sedaya upaya tetapi rezeki masih kurang, dan kita faham konsep ini,kita akan mudah redha dan berserah pada Allah.kalau tidak kita akan menjadi orang yang sedih dan kecewa.

5)Yang mewah memudahkan yang lain

“Kami membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup mereka dalam kehidupan dunia ini, (setengahnya Kami jadikan kaya raya dan setengahnya miskin menderita); dan juga Kami telah menjadikan darjat setengah mereka tertinggi dari darjat setengahnya yang lain; (semuanya itu)
supaya sebahagian dari mereka senang mendapat kemudahan menjalankan kehidupannya dari (bantuan) setengahnya yang lain. Dan lagi rahmat Tuhanmu (yang meliputi kebahagiaan dunia dan akhirat) adalah lebih baik dari kebendaan dan keduniaan semata-mata yang mereka kumpulkan”.( Az-Zukruf:32)
Guna untuk kepentingan diri sahaja.

6)Janganlah kamu lokek

“Mereka akan dikalongkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak dan bagi Allah jualah hak milik segala warisan (isi) langit dan bumi dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan segala yang kamu kerjakan”
(Ali-Imran:180)
Banyakkanlah sedekah dan zakat. Berkongsi rezeki dengan orang lain dan janganlah meminta-minta pada orang lain.

7)Takut miskin adalah biasa

Normal untuk rasa tidak cukup,satu fitrah. Tetapi Allah memberi cadangan iaitu sabar adalah salah satu usaha untuk jaga diri kita daripada marah dan kecewa.
Kita perlu menyerahkan kembali kepada Allah yang memberi kesusahan kepada kita
“Dan sesungguhnya akan Kami beri kamu percubaan dgn sesuatu ketakutan dan kelaparan dan kekurangan dari harta benda dan jiwa-jiwa dan buah-buahan. Dan berilah khabar yang menyukakan kepada orang yang sabar” (Albaqarah 155.)

Bukalah pintu rezekimu

2 janji Allah:

-memberi jalan keluar
-rezeki dari arah yang tidak disangka

Kita tidak tahu samada kita bertaqwa tetapi kita perlu cuba untuk masuk jalan taqwa.
Kalau kita percaya dengan Allah, Allah akan tolong di waktu senang mahupun susah.

Jika dalam kesempitan,istighfar banyak-banyak. InsyaAllah rezeki akan datang. Amalkan meletak tasbih dimana-mana

Golongan yang patut memberi sedekah bukan dari orang kaya sahaja, malah orang miskin pun boleh bersedekah.
Contoh: Tidak sama sedekah RM5 dari orang miskin dan orang kaya.

Sibuk macam mana pun kita perlu teruskan berdakwah.
contoh:anak hanya boleh dikawal di rumah, selebihnya Allah yang akan menjaga mereka.

Barakah membuka rezeki

Kita perlu memimpin orang yang baik dan bertaqwa, kerana Allah akan memberi rezeki dari langit dan bumi
contoh:jika negara kekurangan minyak, Allah akan keluarkan minyak dari bumi.
Allah menjanjikan rezeki untuk orang yang sentiasa mendekatkan diri kepada Allah dengan berzikir,solat,puasa dan sebgainya.
Allah juga menjanjikan kesenangan hidup di dunia dan akhirat jika bertaqwa kepada Allah.

Larangan dan amaran.
  • Menjauhi riba
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda, dan hendaklah kamu bertaqwa kepada allah supaya kamu berjaya.
Al ‘Imran” (3:130)


Rasulullah s.a.w. melaknat pemakan riba, orang yang memberinya, dua saksinya dan penulisnya.
(Riwayat al-Tirmidhi)
  • Dunia bagaikan air laut
    Air laut pula, lagi diminum lagi kita haus dan tidak merasa puas.
    Kereta: Kereta kecil ->Gaji Naik -> Kereta Besar -. Gaji Naik ->Kereta Mewah, -> Gaji Naik -> Tambah Kereta


Mari hidup sederhana

1)elakkan dari boros
Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya. (Al-Isra 26-27)

2)Berpada-pada
Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah, dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya; dan janganlah kamu melampau (pada apa-apa jua yang kamu makan atau belanjakan); sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau. (Al-Maidah:141)


Wallahu 'alam 


Read more