KULIAH BM #4 (22.11.11)

Bismillahirrahmanirrahim..
Pembinaan baitulmuslim merupakan sunnatullah iaitu ketetapan Allah berdasarkan dalil al-Quran iaitu surah an-Nisa ayat 1 yang bermaksud :

 “ Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu”.

Mengharungi kehidupan berkeluarga bukanlah satu perkara yang mudah seperti mengupas kulit kacang tapi memerlukan asas-asas yang konkrit dan kukuh kerana didalam membina keluarga banyak ujian yang datang tak kira dari dalam atau dari luar.  Cuba kita fikirkan jika kita membina sebuah bangunan dengan cerucuk yang lemah maka bangunan yang dibina mudah roboh.  Membina keluarga juga memerlukan asas-asas yang kuat supaya binaan keluarga menjadi kukuh dan mantap walaupun badai, ribut melanda.
  
Oleh itu, kehidupan keluarga ini adalah sunnatullah yg berkait rapat dgn benda2 disekeliling.  Perlu diingatkan dalam sesebuah masyarakat mengandungi beberapa usrah (keluarga).  Dan dalam setiap keluarga mengandungi  beberapa individu dan bermula dari individu yang bergelar suami dan isteri.  Sekiranya setiap individu adalah beriman, maka keluarga yg terbina insyAllah keluarga yg soleh.  Dan kita perlu sentiasa memohon dari Allah agar dikurniakan keluarga yang soleh dengan mengamalkan doa:

“Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa”. 25:74

Jika masyarakat terdiri daripada keluarga-keluarga yang soleh, insyaAllah akan bentuk ummah yang soleh.  Sebaliknya jika masyrakat terdiri daripada keluarga yang porak peranda maka ummah yang dihasilkan penuh permasalahan.  Oleh sebab itu, Islam amat mengambil berat mengenai pembinaan keluarga.  Daripada ranting-ranting keluarga ini maka kita mampu membina ummah yang hebat sebagaimana yang pernah terjadi pada zaman nabi , sahabat dan para tabiin.  Mereka membina keluarga berdasarkan al quran dan sunnah nabi. 

Pada zaman nabi, mereka berusaha mendidik keluarga menjadi individu-individu muslim yang mengamalkan amal makruf nahi mungkar, saling berpesan pesan kearah kebaikan dan saling berpesan-pesan menolak kemungkaran.  Bahkan individu-individu muslim ini saling menyayangi  antara satu sama lain atas dasar aqidah bukan kerana pertalian darah semata.  InsyAllah, kita generasi abad 20 mampu untuk mengembalikan suasana itu sekiranya kita kembali kepada sumber kita yang utama iaitu al quran dan sunnah.

Jelas dimata kita sekarang betapa Islam berada pada tempat yang tidak sepatutnya  kerana asas-asas Islam telah diganti dengan penyelewangan.  Institusi keluarga sudah tidak mampu melahirkan individu-individu muslim.  Kewibawaan Islam telah runtuh.  Orang Islam telah dipecah belahkan hingga lahir negara Islam yang berpuak-puak.  Islam tidak dihormati langsung oleh masyarakat dunia.

Oleh sebab itu, amatlah penting untuk kita kembali kepada akar permasalahannya iaitu kembali kepada Allah dan menuruti langkah-langkah sepatutnya utk membina ummah yang taat pada Allah. Langkah pertama bagi membina individu-individu muslim adalah dengan pembinaan keluarga itu sendiri.  Sebab itulah islam amat meninggikan perkahwinan dan ia dipandang penting.  Allah menciptakan lelaki dan perempuan dengan fitrah saling menginginkan antara satu sama lain.  Maka ruang kekosongan ini hanya boleh diisi melalui perkahwinan sahaja. 

Sahnya perkahwinan adalah dengan akad nikah atau ijab qabul.  Sekiranya tidak berlaku proses ini maka tidak sempurna perkahwinan itu.  Ijab merupakan lafaz yang dilafazkan oleh wali kepada pengantin lelaki  dan boleh jugak disebut sebagai offer. Manakala lafaz penerimaan daripada pengantin lelaki merupakan qabul iaitu acceptance.  Secara ringkasnya ijab dan qabul adalah proses tawaran dan penerimaan.  Semasa berkata2 perlu ditanamkan dalam hati perasaan tanggungjawab yang bakal dipikul setelah lafaz diucapkan. 

Bila Allah pertemukan jodoh kita, lakukan pertemuan itu dgn cara yg halal, kerana cara-cara pertemuan ini akan memberi kesan kepada anak-anak yang bakal dilahirkan nanti. Perkahwinan bukan semata-mata utk pertemuan dua jasad  namun ia juga satu cabang utk motif yg besar iaitu utk menyatukan hakikat kemanusian lelaki dan hakikat kemanusia perempuan. Disini jurang perbezaan dgn pernikahan islam dan perkahwinan bukan islam. Dalam sistem bukan islam, perkahwinan hanyalah penyatuan dua jasad utk memuaskan keperluan nafsu dan meredakan gelora dijiwa sahaja. 

Jika perkahwinan hanya untuk memuaskan  hawa nafsu, maka pelbagai implikasi negatif yang akan terjadi dikemudian hari .  Sebagai contoh, adakah ibu bapa dapat menyayangi antara satu sama lain?; adakah ibu bapa mampu untuk memberi kasih sayang sejati kepada anak-anak mereka; atau anak-anak menjadi anak-anak yang tidak mengenali ibu bapa sendiri?.  Tidak akan terhasil satu keluarga yang sakinah mawadah wa rahmah sekiranya ibu bapa sering bertengkar kerana salah seorang daripada mereka curang  atau masing-masing sudah merasa bosan terhadap pasangan kerana hawa nafsu yang menjadi sebab perkahwinan telah dilampiaskan. 

Jika hidup bertuhankan nafsu, manusia  tidak ubah seperti haiwan.  Oleh yang demikian, jangan kita mulai hidup perkahwinan kita dgn sesuatu yg haram kerana Allah berfirman dalam surah Muhammad ayat 12 yang bermaksud :
 Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa”. 

Jauhilah budaya berpacaran dan budaya zina untuk mengelakkan diri kita daripada firman Allah tadi.  Untuk itu, kita juga  punya tanggungjawab untuk menyampaikan kepada agar menjauhi zina.  Sebab sekiranya azab Allah turunkan kerana maksiat yang masyarakat lakukan kita juga akan terkena sama.  Nauzubillah.  Didiklah anak-anak  supaya bertaqwa.  Takutlah pada Allah sebab masa mudalah masa yang amat penting, kerana masa hidup ini sangat singkat.  Kehidupan dunia ini adalah medan amal untuk kita tuai di akhirat kelak. 

Kembali kepada maksud perkahwinan tadi, menurut bahasa adalah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah perkahwinan bermaksud ijab dan kabul yang menghalalkan persetubuhan diantara lelaki dan perempuan yang diucapkan dengan kata-kata yang membawa maksud nikah.  Hanya dengan nama Allah maka dapat dihalalkan-lah hubungan lelaki dan perempuan.  Sehubungan itu kita amat digalakkan untuk membina baitulmuslim sekiranya diri sudah tidak dapat menahan daripada berzina.  Sekiranya hampir kepada bibit-bibit zina, kita harus  cepat-cepat ingat Allah dan berhenti dari melakukannya. 

Jangan kita meninggalkan mereka yang berzina.  Tapi kita harus muhasabah diri dalam pada masa yang sama meyeru mereka untuk meninggalkan perbuatan mereka dengan cara yang berhikmah.  Kita hendaklah mengingat Allah dan mengamalkan amal maruf nahi mungkar.  Bila kita pergi berdakwah dengan kekuatan Allah, Allah akan bantu. Sebab  hati ini Allah yg pegang, semoga sahaja Allah berikan hidayah.  Kita harus  melihat kepada orang yang hendak didakwah dengan kasih sayang bukan melihat mereka dengan pandangan penghinaan. Kita melakukannya untuk menghalang diri kita sendiri daripada melakukan penzinaan sebab itu kita memohon kekuatan dari Allah bukan kekuatan diri sendiri.  Sekiranya Allah memberi hidayah kepada mereka melalui kita maka insyAllah pahala yang Allah janjikan sangat besar. 

Berbalik kepada syarat-syarat sah perkahwinan adalah  suami, isteri, 2 orang saksi dan  wali akad.  

Manakala hukum perkahwinan adalah 5:

1) wajib - kepada yg mempunyai kesanggupan dan memenuhi syarat, dan takut jatuh kepada zina. 
    Cara  utk mengelakkan syahwat sekiranya masih belum dikurniakan jodoh oleh Allah:
·         selepas solat subuh baca quran dan lihat maknanya
·         wudhuk 24 jam
·         solat dhuha
·         solat taubat 2 rakaat sebelum tidur
·         solat tahajud dan taubat , hajat
·         baca ayat kursi ke bahagian kemaluan
·    baca al- fatihan, pada ayat 1:5 doa kpd Allah supaya Allah tutupkan syahwat itu sementara daripada syahwat yang haram dan minta Allah buka kembali selepas akad nikah
·         tutup semua pintu-pintu syawat (puasa) , doa dan tawakal

2 ) sunat - orang-orang yang berkeinginan dan berkesanggupan tetapi punya keyakinan untuk mengawal diri daripada zina

3 ) haram - haram pada org yg akan mensia2kan isteri dalam physical ataupun hubungan kelamin.

4 ) makrukh - tidak dapat memenuhi tututan zahir dan batin tetapi wanita merelakan

5 ) mubah - bila tiada perkara yg mewajibkan berkahwin dan tiada yang menjadikannya haram

Jadi sekiranya sudah mula bersedia untuk menjalani  kehidupan baitul muslim maka bolehlah kita meneruskan proses perkahwinan dengan menuruti  tatacara perkahwinan seperti yang berikut:

1)      memilih calon
·         untuk lelaki, islam mendorong utk memilih calon yang solehah
·         untuk wanita, islam mendorong utk memilih lelaki yang soleh
·         kalau hendak pasangan yang soleh/ah, prepare diri supaya menjadi soleh/ah

2)      meminang
·         pernikahan itu membina masjid
·         pertunangan tidak menghalalkan apa-apa sebelum pernikahan
·        bila meminang, dibolehkan seorang lelaki melihat wanita itu sebelum melangkah ke jinjang pelamin
·         jumhur ulama' mengatakan yg boleh dilihat ialah muka dan tapak tangan
·         jika sudak tengok tetapi tidak berkenan, lelaki perlu menutup mulut


3)      menentukan mahar
·         mahar adalah sesuatu yg diberi oleh suami kepada isteri sebagai jaminan

4)      ijab qabul
·         hanya dlm islam sahaja yang akad nikah itu diterima
·         sekiranya perkahwinan bukan islam, perkahwinan itu tak diterima

5)      walimatul urus
·       sunat muakkad
·  tujuan diadakan untuk mengisytiharkan kepada org ramai dan menggembirakan pasangan pengantin
·        jika dijemput ke walimah , wajib dia menghadirinya 
  • Islam telah menetapkan beberapa syarat wajib hadir ke untuk memenuhi undangan. Antaranya,  pengudang itu sempurna akal, jemputan bukan hanya pada org yg berada, tidak hanya dituju kepada org yang disenangi sahaja, pengundangnya beragama islam, khusus untuk jemputan hari pertama, belum didahulukan dengan undangan lain, tiada kemungkaran yang menghalang kedatangannya, dan orang yang diundang tidak ada keuzuran utk hadir.  Sekiranya undangan yg jauh dan memberatkan, tidak wajib untuk datang.  
  • Aspek-aspek lain yang diambil kira adalah kenduri yg dilakukan berniat utk mengikut sunnah, bukan bertujuan utk menjemput orang-orang yang jahat dan tidak boleh ada perkara mungkar seperti  bercampur laki-perempuan, minum-minuman yang memabukkan dan lain-lain perkara haram.


Kesimpulannya, islam telah menggariskan hukum dan tatacara perkahwinan yang lengkap untuk diikuti oleh penganutnya.  Allah sentiasa menghendaki kebaikan buat hamba-hambanya.  Oleh yang demikian itu, Allah telah menyiapkan kita dengan cara hidup Islam yang sempurna.  Tinggal kita ingin melaksanakannya atau mengambil cara hidup ciptaan manusia yang penuh penyelewangan dan berlandaskan nafsu.  Mudah-mudahan dengan mengetahui realiti ummah dan berdasarkan ilmu yang kita perolehi, dapat kita jadikan amalan utk berjumpa dengan Allah kelak.  Sekali lagi diberi penekanan bahawasanya, kehidupan keluarga yang dilimpahkan rahmah dan sakinah oleh Allah akan berjaya menghasilkan masyarakat muslim yang hebat dan patut kepada perintah Allah dan akhirnya membawa kepada penghasilan ummah yang diredhai oleh Allah serta jauh dari fitnah dunia.