'Dakwah' bermaksud 'panggilan' atau 'jemputan'; yang bermaksud 1. untuk mengajak orang bukan Islam kepada Islam2. mengajak umat Islam untuk memahami dengan lebih mendalam dan mengamalkan Islam 'Islaah' secara literal bermaksud 'untuk membaiki' atau 'meningkatkan'. Dalam konteks Islam, ia merujuk kepada usaha-usaha untuk memperbaiki umat Islam atau untuk membetulkan mereka.
Perbezaan antara dakwah dan Islah:
Dakwah dalam bahasa Arab sebenarnya bermaksud jemputan dan jemputan hanya boleh diberikan kepada orang luar. Dan dalam istilah Islam, Dakwah ul Islam bermakna jemputan kepada Islam. Apabila kita bercakap mengenai Islam kepada orang bukan Islam ia dipanggil Dakwah. Ramai orang berfikir apabila kita bercakap mengenai Islam kepada orang Islam ia juga dipanggil dakwah. Pada dasarnya apabila kita bercakap mengenai Islam kepada orang Islam dan membantu dia untuk lebih memahami mengenai Islam, perkataan yang lebih sesuai digunakan adalah Islah.
“Ajaklah mereka memeluk Islam dan beritahu mereka apa-apa yang diwajibkan atas mereka yang berupa hak Allah di dalamnya. Demi Allah, Allah memberi petunjuk kepada seseorang lantaran engkau, adalah lebih baik bagimu daripada engkau memiliki unta merah”
Berdakwah Secara Lemah Lembut Dan Berhikmah
1)أن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال يا عائشة: إِنَّ اللهَ رَفِيْقٌ يُحِبُّ الرِّفْقَ وَيُعْطِي عَلَى الرِّفْقِ ماَ لاَ يُعْطِي عَلَى العُنْفِ وَماَ لاَ يُعْطِي عَلَى مَا سِوَاهُ. (رواه مسلم)
“Sesungguhnya Allah Maha lembut, mencintai kelembutan, dia memberikan kepada yang lembut apa yang tidak diberikan kepada yang kasar”
“Sesungguhnya, tidaklah kelembutan itu ada pada sesuatu kecuali ia akan membaguskannya, dan tidaklah (kelembutan) itu tercabut dari sesuatu, kecuali akan memburukkannya”
“Barang siapa yang tidak terdapat kelembutan padanya, maka tidak ada kebaikan padanya”
4)وقال النبي صلى الله عليه وعلى آله وسلم وهو يبعث الناس: (يَسُرُّوا وَلاَ تُعَسِّرُوْا، وَبَشِّرُوْا وَلاَ تُنَفِّرُوْا، فَإِنَّمَا بُعِثْتُمْ مُيَسِّرِيْنَ وَلَمْ تُبْعَثُوْا مَعَسِّرِيْنَ) (رواه مسلم)
“Hendaklah kalian bersikap memudahkan dan jangan menyulitkan. Hendaklah kalian menyampaikan kabar gembira dan jangan membuat mereka lari, karena sesungguhnya kalian diutus untuk memudahkan dan bukan untuk menyulitkan.”
Cirrhosis is a slowly progressing disease in which healthy liver tissue is replaced with scar tissue, eventually preventing the liver from functioning properly. The scar tissue blocks the flow of blood through the liver and slows the processing of nutrients, hormones, drugs, and naturally produced toxins. It also slows the production of proteins and other substances made by the liver.
According to the National Institutes of Health, cirrhosis is the 12th leading cause of death by disease.
How Can I Prevent Cirrhosis of the Liver?
There are several ways to reduce your risk of developing cirrhosis of the liver:
Don't abuse alcohol. If you do drink alcohol, limit how much you drink and how often. Remember, it's not only the heavy drinker who gets cirrhosis. If you drink more than 2 drinks a day, you are increasing your risk. A drink is a 5-oz glass of wine, a 12-oz can of beer, or a 1 1/2-oz portion of hard liquor.
Avoid high-risk sexual behavior such as unprotected sexual contact with multiple partners.
Be careful around synthetic chemicals, such as cleaning products and pesticides. If you come into contact with chemicals often, wear protective clothing and a facemask.
Get vaccinated against hepatitis B.
Eat a well-balanced, low-fat diet high in fruits and vegetables and take vitamins.
Maintain a healthy weight, because excess body fat can cause fatty liver, which may lead to liver disease.
Deru ombak mengulangpantai
datang dan pergi memecah kesunyian petang yang merangkak senja, indah deruannya
menghiasi suasana matahari kian terbenam. Sebatang pen dan sehelai kertas aku
keluarkan dari poket seluar, lalu ku sandarkan diri di bawah sepohon pokokyang rendang menikmati panaroma alam yang
mengasyikan. Saat mata pena mula mengukirkan kalam
bicara, peristiwa yang berlaku dua tahun lalu yang cuba aku luputkan dalam
ingatan, kembali menerjah ruang fikiran.
“
Azam!,” sahut rakan karibku dari jauh dan datang
kepadaku dalam keadaan termengah-mengah.
“
Kenapa gelabah sangat ni Amir. Cuba bertenang dulu. Ada apa ni?”,
soalku penasaran.
“Aku
harap kau kuat dan sabar ye Zam. Encik Ahmad suruh aku bagitahu engkau, dia
dapat panggilan dari rumah kau yang mengatakan mak kau dah tak ada Zam”,
ucap Amir dalam nada kesedihan.
“
Kau jangan nak buat lawak mir”, balasku singkat.
“ Bertenang Zam. Mak kau dah meninggal. Abang
kau yang telefon Encik Ahmad tadi”, ujar Amir
meneruskan kata-katanya.
Terkedu aku mendengar perkataan meninggal
itu. Badanku lemah longlai, terjelupuk aku jatuh ke lantai. Namun, tiada sebarang air mata yang mengalir, keras benar
hatiku agaknya.
Walau bagaimanapun, tanpa melengahkan masa, aku
gegas berlari mendapatkan beg dalam bilikku lalu menuju ke perhentian bas yang
berhampiran.
………….
“
Bawa bersabar ya nak, pak cik tahu kamu kuat”.
Seorang demi seorang yang lalu di hadapanku mengucapkan ungkapan itu selepas
majlis pegebumian ibuku selamat dijalankan.
Tidak mampuku tahan, keperitan hati saat
ini, lalu aku mengambil keputusan untuk pergi ke sungai berhampiran, mencari
ketenangan. Linangan air mata mula membasahi pipiku. Tergambar kembali kenangan
diriku bersama ibu.
Masihku
ingat, ketika cuti semester yang lalu, ibuku jatuh sakit. Badannya lemah tidak
mampu berbuat apa-apa. Makan, mandi, minum dan segala yang ingin dilakukannya
memerlukan pertolongan orang lain. Sebagai
seorang anak, sudah menjadi tanggunjawab untuk aku menjaga dan merawatnya
memandangkan aku cuti ketika itu, namun apa yang aku lakukan sebaliknya.
Aku
hanya menjaganya sambil lewa. Permintaannya ada yang tidak ku penuhi.
Kadang-kadang aku memarahinya kerana terlalu banyak permintaan, rungutan dan
rengetan dirinya seperti anak kecil membuatkan diriku itu tak mampu bersabar.
Tiba-tiba,satu suara menyapa diriku dari
arah belakang. Setelahku berpaling, rupa-rupanya abang aku sedang memerhatikan
diriku setelah sekian lama, akhirnya mengeluarkan kata.
“
Tak ada apa yang nak kau sedihkan Zam, yang pergi tak akan kembali. Sebelum mak
menghembuskan nafas terakhirnya, mak pesan dekat aku supaya bagitahu engkauyang dia sentiasa memaafkan setiap perkataan
dan perbuatan anaknya walaupun tidak dipinta. Mak juga cakap yang dia sentiasa
mendoakan kebahagiaan hidup dan kejayaan anak -anaknya walaupun tidak pernah
disuruh. Jangan risau Zam. Laluilah kehidupan kau seperti biasa”.
Saat mendengar ucapan abangku itu, pipiku
terasa semakin hangat, hatiku sentap, lidahku kelu tanpa sebarang kata. Fikiranku kembali pada dunia yang nyata saat
diterjah oleh rakan sekolejku daripada belakang. “ Kau
angau dekat siapa ni Zam. Orang lain semua sedang seronok ber’barbeque’ dekat
sana, kau sorang-sorang dekat sini. Eh, sekejap,kenapa dengan mata kau. Masuk
habuk ke? Merah semacam aku tengok, kau menangis ke?”, soal Imran tidak
keruan melihat diriku.
“
Haish, mana ada. Pasir pantai ni masuk dalam mata aku”,
jawabku cuba menyembunyikan perasaanku yang sebenar.“
Kau jangan bohong Zam. Ceritalah dekat aku. Kau mana pandai menipu, Azam
sekarang bukan Azam yang aku kenal dulu. Azam sekarang penuh keazaman”,
ujar Imran sambil mengusik diriku. “Aku
ingin menanyakan engkau beberapa soalan ni. Kau kena bersedia jawab soalan aku
dengan penuh keikhlasan”, ucapku cuba untuk
mengalih persoalan Imran sebentar
tadi.
Belum sempat Imran menyatakan sebarang
persetujuan, aku terus menyoal dirinya.“Pertama sekali aku nak tanya, bila kali terakhir kau mintak maaf dengan
mak kau? Sepanjang kau telefon mak engkau dekat rumah masa kau di sini, pernah
tak kau mintak mak kau supaya doakan kejayaan kau?Bila pula kali terakhir kau
ucapkan yang kau sayang dekat mak kau? Dan yang terakhir, kalau suatu hari nanti mak
kau sakit dan dah tak larat untuk melakukan sesuatu yang memerlukan
anak-anaknya untuk menemaninya, adakah kau akan menawarkan diri untuk
menjaganya?
“
Wah,banyak betul soalan kau Zam. Okay, untuk soalan kau yang pertama, kalau tak
silap aku, sebelum datang sini selepas cuti semester hari tu, tak pun waktu hari
raya lepas. Soalan yang kedua kau tu pun, sama je kot. Kebiasaannya sebelum
datang balik sambung belajar dekat sini, masa itulah aku buat semua ni. Tapi
untuk soalan ketiga engkau, jarang kot. Seganlah aku nak cakap sayang dekat mak
aku. Aku anak lelaki, kalau perempuan, lainlah. Mungkin kali terakhir masa zaman
sekolah dulu. Soalan keempat, kalau diizinkan, aku akan tawarkan diri, tapi
bergantung pada situasi. Tak pastilah. Sebelum tu, lupa aku nak tanya, kau dah
kenapa tanya aku soalan camni ?,” ujar Imran
kehairanan.
“Tak
ada apa-apa. Aku Cuma nak cakap yang kau beruntung sebab kau masih berpeluang
nak buat semua tu sekarang,” ujarku terus bangkit dari
tempat dudukku memandangkan air mata yang bergenang sudah tak mampu ku tahan. Sebelum beredar meninggalkan Imran bersendirian,
sehelai kertas ku hulurkan kepadanya. Imran menyambutnya dalam keadaan
terpinga-pinga. Kelu lidahnya untuk bersuara melihat kelakuanku ketika itu.
Luluh
hatiku sayu,
Menatap
wajahmu saat kau dibuai lena.
Kelihatan
raut tuamu membekas jiwaku,
Meredakan
rindu, mendamaikan keresahan di jiwa.
Ibu,
Begitu
mendalam naluri keibuan dalam dirimu.
Lembut
hayunan buaianmu,
Belaian kasih sayangmuyang tak pernah pudar,
Amat
ku rindu.
Saat
ini,
Tiada
teman buat diriku mengadu bicara,
Hanya
ku biarkan coretan mata pena,
Meluahkan
rasa, menghurai maksud di jiwa.
Mengapa
sukar untukku menutur bicara,
Meluahka
rasa, menuturkan sayang buat dirimu.
Keegoan
diri menyembunyikan kalimah seribu rahsia,
Membiarkan
hari-hari berlalu tanpa erti.
Andai
dapat ku putarkan masa,
Tidak
akan ku biarkan,
Hanya
renungan mata yang bersuara,
Hanya
tingkahku yang membuktikan kasihku buatmu.
Jika
dapatkan ku undurkan detik waktu,
Tidak
akan ku biarkan kehilanganmu,
Menggantikan
lafaz yang terbukudi hatiku.
Andai
dapat ku merentasi masa lalu,
Akan
ku lafaz kata kasih yang tersimpan sebelum matamu rapat terpejam,
Nyawamu
di hujung helaan.
Namun,
Semuanya
hanya khayalan,
Mana
mungkin masa itu kan kembali,
Ungkapan
penghargaan buat pengorbanmu terkubur kaku,
Hanya
penyesalan yang bertamu,
Dalam
setiap perjalanan nafas hidupku.
Saat selesai sudah membaca isi kertas itu,
Imran mula memahami situasi yang sedang berlaku sebentar tadi. Perasaan hiba
menguasai diri, lalu dicapai telefon bimbitnya. Nombor telefon ibunya tertera
di skrin telefon, lalu ditekannya tanpa melengahkan masa. Tidak sabar mendengar
suara ibunya, mengukirkan satu ungkapan tidak ternilai harganya,” Aku menyayangimu ibu”.
Menyentuh tentang jasa ibu bapa terhadap
anaknya terlalu banyak. Sudah pasti, para ibu dan bapa akan menitiskan air mata
jikalau ditanya tentang pengorbanan untuk membesarkan anak apatah lagi bagi
golongan yang hidup dalam kemiskinan dan serba kekurangan dengan seratus
peratus menggunakan kudrat sendiri untuk membela dan membesarkan anak-anaknya.
Imam
Bukhari telah meriwayatkan sebuah kisah daripada Said bin Abi Burdah tentang
seorang lelaki Yaman yang bertawaf sambil mendukung ibunya dengan penuh cermat.
Sebaik selesai tawaf, beliau bertanya kepada Ibnu Umar :
“Apakah
dengan khidmat dan pengorbananku ini telah dapat membalas jasa bakti ibuku?”
Jawab
Ibnu Umar : “Tidak, apa yang telah kamu lakukan tadi tidak akan dapat menebus
jasa ibumu sekalipun sekadar hembusan nafas ketika kesakitan melahirkan kamu.”
Justeru, berbuat baik serta melayan kedua
ibu bapa dengan nilai budi bahasa yang sopan adalah amalan yang terpenting
untuk disemat di hati. Buat insan yang telah kehilangan ibu atau
bapa , andai kata belum sempat dirimu berbuat baik atau menyumbangkan sesuatu kepada
mereka saat mereka masih hidup di dunia ini, jangan risau dan rasa bersalah
kerana engkau masih berkesempatan untuk menyalurkan sesuatu buat mereka di alam
sana dengan segala kebaikan yang kau lakukan di atas dunia ini sepanjang
kehidupanmu.
Sebagai seorang anak kewajipan mendoakan
ibu bapanyaperlu diamalkan setiap hari.
Apatah lagi sekiranyakedua-duanya telah
meninggal dunia. Doa anak yang soleh akan terus-menerus sampai kepada ibu
bapanya yang berada di alam kubur.
Firman Allah Taala yang bermaksud:
“Dan
hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih
sayangmu dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata) : ‘Wahai Tuhan kami!
Cucuri rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang
memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
[Surah
al-Isra' ayat : 24]
Pengorbanan ibu dan bapa yang tidak
terkira nilainya dan amat tidak wajar dipandang remeh atau ringan oleh
anak-anak. Apabila keduanya menghampiri daerah usia yang lanjut, bermusyarawarahlah
sesama adik-beradik untuk saling berbakti selagi usia ibu bapa kita belum
terhenti.
Niatlah di hati untuk menyedekahkan segala
pahala kebaikan yang kita lakukan di atas muka bumi ini kepada kedua ibu bapa
kita. Sentiasalah menyedekahkan al-Fatihah buat mereka, tidak kira saat mereka
masih meneruskan kehidupan dunia ini ataupun sudah kembali kepada Sang
Pencipta, kelak ibu bapamu kan sentiasa bahagia tidak kira dia alam mana mereka
berada. Jangan jadikan sikap atau kelakuan orang
tuamu yang kurang baik sebagai alasan buat dirimu untuk tidak menghormati
mereka.
Walau bagaimana kejahilan yang bersarang dalam diri , mereka tetap ibu
dan ayah yang telah mebesarkan dan menjaga kita sehingga mampu kita berdiri di
atas kaki sendiri. Jadikanlah diri kita, yang sudah mampu
berfikir sendiri untuk melakukan pencarian dalam ilmu keagamaan dan melakukan
penghijrahan mencari cintaNya yang kekal abadi untuk menjadi sinar cahaya serta
pencetus buat diri ibu bapa bahkan adik beradik kita, untuk bersama-sama mencari
jalan yang diredai dan diberkati Allah. Marilah kita bersama-sama membentuk
satu institusi keluarga yang soleh. ^_^
Post a Comment