RSSR 2014 | Youth: Reflection of the Ummah

0 comments

10-11 Oktober 2014- Alhamdulillah, pihak Azam Russia telah berjaya menganjurkan satu program selama 3 hari 2 malam di Kem Ampang Pecah,Kuala Kubu Baru degan jayanya. Program RSSR 2014 merupakan singkatan kepada Russian Student Summer Retreat  adalah merupakan satu program tahunan yang diadakan pada cuti musim panas untuk pelajar-pelajar terutamanya pelajar-pelajar dari Russia. Bertemakan Youth: Reflection of the Ummah”, program RSSR pada tahun ini berkonsepkan sama seperti RSSR 2013 iaitu semi-mukhayyam atau semi perkhemahan yang melibatkan aktiviti indoor dan outdoor tapi yang membezakan RSSR 2013 dan RSSR 2014 adalah kali ini pihak Azam Russia membawakan lebih banyak aktiviti outdoor.

Program kali ini telah disertai seramai lebih kurang 193 orang pelajar. Antara slot yang menarik adalah Forum Malaysia Hari ini yang melibatkan Prof Dr Harlina Haliza Siraj,saudara Ilham Muntari dan Dr Farhan yang membincangkan tajuk Peranan Mahasiswa dan juga slot yang disampaikan oleh Prof Nazri yang membawakan tajuk Peranan Pelajar.


Selain itu, antara aktiviti outdoor yang disediakan untuk peserta ialah slot Explorace Race,12 feet wall, dan rafting.Aktiviti night walk yang dirancang tidk dapat dijalankan kerana cuaca yang tidak mengizinkan digantikan dengan aktiviti spider web. 

Akhir sekali, harapan dari pihak penganjur agar program RSSR 14 ini mampu memberi semangat kepada kita untuk menjadi insan yang bebakti kepada agama bangsa dan negara 






Post a Comment