• Motivasi Dan DIY

    Creativity Beyond Measure

  • Tazkirah

    Sharing is Caring

  • Local Wrap

    Around Us

  • Friday Wrap

    Around The World

  • Baitul Muslim

    Kuliah Online Baitul Muslim

  • Kulinari

    Sugar, Spice and Everything Nice

Jahiliyyah Yang Engkau Gigit!

1 comments

Jahiliyyah itu dalam erat gigitanmu. Tak rela melepaskan!

Ya, jahiliyyah itu manis rasanya. Enak. Entah dari mana datang sedapnya. Tapi ia tetap enak. Sungguh enak.

Masakan engkau mahu melepaskannya? Sudah pasti yang enak itulah gula dalam liku hidupmu. Yang menaburkan seribu kemanisan. Kerana itulah yang engkau rasai, nikmati, hayati. Dan itulah yang membina pedoman hidupmu, itulah yang memacu pengabdian hatimu.

Wahai hati,

Engkau mengigit jahiliyyah, dalam naluri insaniyah. Demi jahiliyyah, engkau ketepikan Robbaniyah.

Dalam engkau meniti hari-hari baru, engkau mengira kematangan dirimu. Engkau menilai harga hatimu, rupanya peti kosong tidak berisi. Dari mana rasa manismu itu? Entah.

"Apakah hukum jahiliyyah yang mereka kehendaki? (Hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang meyakini (agamanya)? (5:50)




Jahiliyyah itu benar. Ia benar dalam catitan seerah. Ia dibicarakan bukan calang-calang kitab, malah mukjizat keagungan Rasul Allah.



Sedar tidak sedar, bukan mudah menanggalkan karat jahiliyyah itu. Andai ia berkarat dalam hati, maka penantiannya hanyalah sekeping hati yang mati!

Ada benarnya, mengapa tidak kita duduk senang lenang mewarisi sucinya agama Allah, habis disapu segala jahiliyyah dalam penat lelah usaha Rasulullah saw dan pendukung-pendukungnya?

Marhalah kini adalah marhalah Mekah. Itulah marhalah pertama da'wah Islam itu bermula. Dikala asingnya da'wah itu sendiri ditengah-tengah jahiliyyah, tekanan golongan kufur dengan seluruh kekuatannya ke atas mereka, dan sedikitnya bilangan mukmin yang mendapat cahaya haq.

Dan dihari ini, tiada bezanya. Kembalinya kita pada marhalah yang sama. Rodanya berputar semula!

Mungkin sudah ketetapan, manusia itu mudah dinodakan. Seindah mana sebuah pelayaran, air laut yang terpercik, tetap manis dirasakan.

Andai engkau seorang da'ie, jagalah hati jangan ia berkarat lagi. Da'ie yang membawa hati perlu menjadikan dirinya perisai pertama dan utama, malah dialah pelari pecut yang meluru meninggalkan sisa-sisa kabur dan palsu itu.

Maka tidaklah terpilih Muhammad itu menjadi Rasul Allah, melainkan atas nalurinya sendiri untuk mencari pedoman hati yang benar dan hakiki. Dan akhirnya dia pilihan Allah, setelah tertanam benci pada jahiliyyah itu sendiri.

Sinar wahyu tidak boleh dicampuri jahiliyyah! Kerana wahyu itulah peluru yang membunuhnya!

Maka engkau du'at yang membawa segenap peluru wahyu itu, jelaskan pada dirimu dimana sasarannya. Janganlah ia menembusi dirimu sendiri!

Kematangan dalam toriqud da'wah ini, bukanlah dinilai dek usia yang berjalan. Jalan ini jalan terpanjang yang dilalui, sampai ke tua belum pasti itu pengakhirannya. Bagi aku dan mungkin dirimu, kita masih muda melangkah. Terlalu banyak yang perlu kita pelajari, terlalu hebat ujian Allah yang belum kita harungi.

Namun aku yakin, dan engkau turut begitu, bahwa janji Allah tidak pernah dimungkari.


"Sentiasa akan ada satu golongan dari umatku yang menegakkan kebenaran. Mereka tidak akan tergugat oleh sesiapa pun yang menentang mereka, sehingga datanglah hari Kiamat dan mereka tetap di dalam keadaan mereka"(Sahih Muslim) 


Tegakkanlah daulah Islam di dalam hatimu, supaya ia tegak di atas bumi kamu
(Imam Hassan Al-Hudhaibhi rahimahullah)





Read more

Donat Marble Inggeris

0 comments
Assalamualaikum wrt.

Jom mencuba!
Bahan A:

500 gm tepung roti (berprotein tinggi)
75 gm gula kastor
1 sudu kecil garam
3/4 sudu besar yis kering
1 sudu kecil pelembut roti
1 sudu besar susu tepung

Bahan B:

100 gm ais
1 biji telur
2 sudu besar susu pekat manis

Bahan C :

40 gm mentega
40 gm shortening

Bahan D

3 biji kentang - direbus dan dilecek
1 sudu besar minyak jagung

Hiasan :

50 gm gula kastor
100 gm coklat masakan
50 gm coklat putih


Cara Menyediakan :

1. Masukkan telur ke dalam ais, kacau seketika kemudian masukkan susu, kacau lagi hingga rata. Ketepikan.

2. Dalam mangkuk adunan, masukkan kesemua bahan A dan bahan C. Putar 3 minit dengan kelajuan perlahan hingga rata. (Gaul ramas jika menggunakan tangan)

3. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit ke dalam tepung. Pukul lagi selama 10 minit dengan kelajuan sederhana. (Uli rata jika menggunakan tangan)

4. Masukkan bahan D dan pukul lagi selama 10 minit. (Uli sehingga lembut)

5. Doh mestilah elastik, lembut dan berkilat. Jika keras, tambahkan sedikit air sejuk.

6. Masukkan doh ke dalam plastik, rehatkannya selama 30 minit pada suhu bilik dan biar doh naik sekali ganda.

7. Keluarkan doh daripada plastik, uli memanjang dan pukul doh di atas permukaan meja. Potong doh setiap satu seberat 40 gm dan bulat-bulatkan. Rehatkan di atas dulang beralas tepung selama 30 minit, dan tutup dengan plastik agar kekal lembap.

8. Apabila doh naik, buat lubang di tengahnya, rehatkan lagi 30 minit. Goreng dan tuskan minyak serta ketepikan.

9. Sementara itu, cairkan coklat masakan dan gula kastor secara double boiler, celupkan sebahagian permukaan donat dalam coklat cair.

10. Cairkan juga coklat putih dan masukkan dalam beg piping dan paipkan di permukaan donat yang bercelup coklat. Keringkan coklat sebelum dihidangkan.

Sekamat mencuba! 


Read more

Riwayat Seekor Ikan

0 comments
Duhai ikan, darjatmu lagi tinggi berbanding manusia yg masih tidak bersyukur...

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan penggantian malam dan siang terdapat tanda2 (kebesaran Allah) bagi orang yg berakal" (3:75)

Iktibar pada ikan
Terlalu byk iktibar yg boleh diambil pada si mempelai ini. Ada hikmah yg perlu diselongkarkan hasil ciptaan ilahi ini. Setiap sudut kehidupan si mempelai ini perlu diteliti dan dihayati. Bukan sekadar meneliti hikmah kejadian si mempelai ini sahaja, bahkan seluruh alam, segal penciptaanNya ada hikmah yg tersembunyi. Hanya yg mampu memahami di gelar "al-albab"-golongan yg berakal.

Riwayat hidup si ikan
Dikawasan laut yg terbentang luas, si ikan berenang2 ke sana ke mari. Mengjalani kehidupan sebagai makhluk Allah yg taat, dan sentiase bertasbih memujiNya. Firman Allah, "Apa yg ada di langit dan apa yg ada di bumi bertasbih kepada Allah, dan Dialah yg MAha perkasa, Maha bijaksana" (61:1). Sudah dijanjikan syuga bagi si mempelai ini. Alangkah bahagianya. Tidak hairan dulu waktu zaman Rosulullah, ada diantara sahabat ingin skali menjadi tanah dan batu krn makhluk2 ini telah dijamin syuga oleh Allah. TTp kite perlu percaya bahawa penciptaan manusia tidak sia2. "Maka apakah kamu mengira bahawa kami menciptakan kamu main2 (tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan kembali kepada kami" (23:115). Diatas tujuan ini lah, manusia telah dimuliakan oleh Allah berbanding makhluk penciptaanNya yg lain. Namun seandainya, kite gagal menyempurnakan hikmah penciptaan kita, maka kita dari hina dari makhluk Allah yg lain.

Si ikan terus dan terus berenang meredah kemasinan laut. Ttp, tidak sedikit pun kemasinan laut itu memberikan kesan kepada si ikan. Si ikan terus menyelinap masuk ke celah2 batu, rumput-rumpai sambil bertasbih kepada Allah. Tatkala menikmati keindahan lautan, si ikan tidak pernah lalai utk mengingati si pencipta dasar laut itu. Tatkala ini, kemasinan laut masih lagi tidak mampu memberi kesan kepada kesedapan dagingnya jikalau waktu ini si ikan menjadi hidangan kepada manusia.

Suatu hari, si nelayan mulai melakukan kerja2nya utk mencari sekangkang rezeki. Titik peluh nelayan berhasil, kesyukuran dipajatkan kpd ilahi. Si ikan menjadi mangsa. Sudah tiba ajalnya, suara syurga menanggil. Dibawa pulang oleh si nelayan ke rumah. Bangkai2 si ikan dilumurkan garam lalu direndam dalam air. Berlakukan proses osmosis. Kemasinan air mula memberi kesan kepada si ikan. Dan akhirnya, jadilah ikan masih yg di salai utk menjadi tatapan si manusia..

Kisah disebalik kisah
Si Ikan, boleh diibaratkan seperti hati. Jika hati ini hidup, maka hati ini tidak akan mudah ter'effect' dengan persekitaran. Seteruk mana pun persekitaran kite, tidak akan pernah memberi kesan paha kesucian hati. Begitulah si ikan, kemasinan air laut tidak pernah memberi kesan pada kesedapan daging si ikan.

Begitulah juga sekiranya hati ini mati. Mudah sekali terpengarh dengan persekitaran. Tidak kuat bertahan. Tidak mampu mengekalkan kesucian. Begitu juga dgn si ikan yg mati. Mudah sekali tewas dengan persekitaran.Lantas terpengaruh dengan kemasinan air yg merosakkan, mencacatkan serta menghilangkan keaslian dagingnya.

~moga2 hati kite sentiasa hidup~

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."

(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Read more

Friday Wrap (Oct 26 - Nov 18)

0 comments


Assalamualaikum wbt!


Friday Wrap.... Now with pics ^_^




26 Oktober - Wanita Yaman membakar tudung dalam usaha simbolik di Sanaa, untuk membantah tindakan kejam ke atas penunjuk perasaan wanita. Sekurang-kurangnya 19 orang awam Yaman, tentera kerajaan dan pembangkang telah terbunuh. Bukan sahaja lelaki yang mampu memainkan peranan yang penting dalam gerakan revolusi tetapi pihak wanita juga mampu menunjukkan yang mereka juga harus mengambil bahagian dalam revolusi ini.

Okt 30  -Seorang perempuan tua menuju tempat mengundi di kampung Kyzyl Birlik, kira-kira 12 kilometer dari ibu negara Kyrgyzstan - Bishkek. Keadaan kini tidak menentu di  Kyrgyztan ekoran persengketaan antara etnik Kyrgyz dengan Uzbek sehingga berlaku pertumpahan darah dan penggulingan presiden. Ketegangan cuba diatasi dengan pilihan raya untuk memilih pemimpin baru. 


Nov 3 - Demonstrasi anti-kapitalis di bandar Cannes, Perancis pada 1 November, 2 hari sebelum sidang kemuncak G-20 yg berlangsung pada 3&4 November. Sistem kapitalis yang didukung barat ditolak sendiri oleh penduduknya. Lantas, belum tibakah masa untuk di-'review' ke-relevan-an sistem ini? 



Nov 4 - Jemaah tiba di Masjidil Haram Mekah utk solat pada 31 Oktober. Menurut kerajaan tempatan, seramai 1.5 juta orang Islam melawat Arab Saudi untuk tujuan menunaikan haji, lantas menjadi perhimpunan ter-B-E-S-A-R dunia!





18 Nov  - Beratus-ratus orang rakyat Mesir terpesona menonton rakaman Revolusi Mesir yang disumbangkan oleh pembikin filem amatur dan professional. Di samping itu, pada siangnya, berpuluh-puluh ribu rakyat Mesir mengadakan perhimpunan di Tahrir Square bagi membantah pemerintahan rejim tentera Mesir - SCAF (the Supreme Council of Armed Force) lebih-lebih lagi setelah SCAF mencadangkan perubahan perlembagaan yang kontroversi.




NONE
Nov 18 Exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Hasan Ali menyatakan bahawa umat Islam di negara ini boleh dimurtadkan dengan menggunakan ‘Solar Powered Handheld Talking Bible’ yang dimuatkan dengan cerita-cerita Kristian. 



Read more

Tinggalkanku Bersendirian

0 comments

7.00 am - bangun, mandi, siap2kan diri untuk pergi ke kelas, solat subuh
7.30 am - tunggu bas(kadang2 sampai setengah menunggu), naik bas untuk ke kelas( + jalan jem)
8.15 am - sampai ke kelas dalam keadaan keletihan oleh kerana jem
8.30 am - lecturer sampai, kelas pun bermula
10.30 am - lecturer bagi break(kebiasaannya semua student akan megambil kesempatan untuk tidur oleh sebab keletihan)
10.45 am - kelas diteruskan
12.00 pm - kelas tamat(waktu paling dilemma sekali, nk pergi lecture atau tidak?)
1.00 pm - lecture bermula(di kawasan yang lain, kena naik bas lagi....aduuuhhh letihnya)
3.00 pm -lecture tamat, pulang ke rumah
3.45 pm - sampai di rumah(dalam keadaan yang letih disebabkan trafik)
4.00 pm - mengantuk,mulalah berjinak2 dengan bantal.....akhirnya tertidur
5.00 pm - bangun, tibalah waktu untuk bersosial!( pergi menziarahi kawan, bermain game, beli barang, settlekan kerja2 persatuan, masak n sebagainya)
8.00 pm - solat jemaah
9.00 pm - study untuk kelas esok
12.00 am - akhirnya tertido akibat keletihan...

Beginilah rutin harian pelajar2 di russia(especially student2 NiNo),busy dan agak packed kalau x diurus dengan betul.
Selain itu, kebanyakan dari kita juga cepat merasa letih akibat daripada lokasi2 kelas yang berlainan bagi setiap subjek. Jadi, terpaksa lar memaksa diri untuk menaiki bas ke tempat2 tersebut yang kadang2 boleh memakan masa 1 jam untuk ke sana(kalau x jem) + suasana cuaca yang ekstrim.
Jadi tidak hairanlah, ramai di antara kita yang merungut keletihan dan tidak mempunyai masa untuk study,buat kerja2 persatuan, masak dan sebagainya. Sampaikan terdapat individu yang terpaksa mengorbankan salah satu dari rutin harian mereka demi menyiapkan rutin mereka yang lain. Contohnya, mengorbankan waktu study mereka untuk menyiapkan kerja2 persatuan atau sebaliknya...
Dan akibat daripada kesibukan kita terhadap hal-hal ini,kita kadang kala terlupa tentang tanggungjawab kita sebagai hambaNya....
Kita mungkin berasa seronok dapat menjadi seorang pelajar yang cemerlang di dalam kelas, kerana 3/4 daripada masa harian kita habiskan untuk menelaah buku2....
Kita juga mungkin berasa bangga dan dihormati kerana kita ini adalah 'somebody' di dalam sesebuah persatuan dan mempunyai kepentingan dalam aspek2 kerja yang tertentu...
Dan kita juga mungkin sentiasa merasakan bahawa 'this life is so enjoyable!' kerana kita mempunyai kawan yang ramai dan selalu menghabiskan masa bersama2 mereka,melepak, bergurau senda dan sebagainya...
Tetapi....wahai rakan2 sekalian...
Apakah kita tidak ingat siapakah yang mengurniakan kepada kita akal yang cerdas untuk memahami segala topik2 yang dipelajari?
Apakah kita ini lalai dan leka dengan posisi kita di dalam sesebuah persatuan sampaikan kita lupa Siapakah sebenarnya yang telah melayakkan kita untuk menjawat posisi itu?
Dan sanggupkah kita melupakanNya semata2 untuk menghabiskan waktu kita bersama dengan rakan2 kita sedangkan Dialah yang lebih utama daripada mereka?
Kadang kala.....
Dalam kesibukan kita menguruskan segala aspek kehidupan kita....kita harus merenung kembali, apakah di dalam rutin harian kita terdapat satu sesi khas ataupun masa yang kita sanggup 'reserve'kan semata2 untuk bersendirian dengannya....
Semata2 untuk memanjatkan rasa syukur kepada segala nikmatNya....
N untuk meluahkan tentang apa yang terpendam di dalam hati kita kepadaNya...
Oleh itu, wahai rakan2ku waktu yang paling afdhal untuk kita bersendirian denganNya adalah pada waktu sepertiga malam yang akhir ataupun waktu qiam. Ini adalah waktu yang sangat special kerana suasananya yang tenang membolehkan kita bermunajat kepadanya  dengan sepenuh hati...
Pada waktu inilah kita berusaha untuk meraih cinta daripadaNya dan melepaskan segala kekalutan dan keserabutan yang terpendam di dalam hati selama ini....

Nampak remeh, nampak lekeh....
Tetapi ingatlah, apakah ilmu yang kita ada itu akan kekal selamanya?
Apakah jawatan yang kita pegang itu akan kekal selamanya?
Apakah rakan2 kita itu akan menemani kita sampai ke akhir hayat?
Oleh itu, luangkanlah sedikit dari masa anda sekalian untuk bermunajat kepadanya....kerana hanya Dialah yang kekal abadi....
Bukanlah bermaksud Dia memerlukan kita tetapi kitalah sebenarnya yang memerlukan Dia...
Wahai dunia...
Tinggalkanlah aku untuk bersendirian denganNya....
Supaya aku dapat meraih cintaNya....
"Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya,mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan penuh harap"(32:16)

:-) 


Read more

Takbir raya : hand out

0 comments



Read more

Promo : Iftar Jami'e seRusia

0 comments
Over the largest part of the largest continent, we bring to all of you the event that can gather you all to celebrate the last day of the most favored days by Allah. 
So, don’t leave the chance to join us at IFTAR JAMIE ON NOVEMBER 5TH.
VENUE: MOSCOW, NIZHNY, VOLGOGRAD, KURSK, ST.PETERSBURG.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, “Puasa satu hari Arafah (tanggal 9 Dzulhijjah), aku berharap kepada Allah, Dia akan menghapuskan (dosa) satu tahun sebelumnya dan satu tahun setelahnya. Puasa hari 'Asyura' (tanggal 10 Muharram), aku berharap kepada Allah, Dia akan menghapuskan (dosa) satu tahun sebelumnya.” (HR. Muslim)


Read more