• Motivasi Dan DIY

    Creativity Beyond Measure

  • Tazkirah

    Sharing is Caring

  • Local Wrap

    Around Us

  • Friday Wrap

    Around The World

  • Baitul Muslim

    Kuliah Online Baitul Muslim

  • Kulinari

    Sugar, Spice and Everything Nice

karipap sardin

0 comments
Assalam..
Waktu sejuk-sejuk ni jom kita makan yang panas-panas!!
 
Karipap Sardin

Hidangan untuk 6 orang
Bahan-bahan untuk inti karipap:
Sardin 2 tin
Sos tomato
Serbuk cili-2 sudu teh
Lada hitam
Daun bawang atau daun saderi-dipotong kecil
Bawang besar 1 biji-dipotong kecil
Cili merah 2 biji-dipotong halus
Garam dan Gula secukup rasa
Sos tiram 2 sudu besar


Bahan-bahan untuk kulit karipap:
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar margerin yang dicairkan(panas)
Air garam


Cara-cara:
Inti karipap:
1)Panaskan minyak dan masukkan sardin
2)Masukkan semua bahan-bahan di atas.


Kulit karipap:
1)Masukkan 2 cawan tepung
2)Masukkan 2 sudu besar margerin yang telah dicairkan
3)Masukkan juga bersama air garam secukup rasa
4)Gaul dan tambah air sehingga tepung menjadi doh
5)'Roll' doh sehingga jadi panjang dan potong sama saiz untuk mendapatkan saiz karipap yang sama.



Selamat mencuba =)
 


Read more

Bitaufiq wannajah!

0 comments


Stressed out about the exams coming up soon?
Frantically collecting notes? Or ripping them?
Feeling like a mess and wants to give up?

“Lantaklah!”
“Redha, redha..”
“Ape nak jadi, jadi...ye dak?”

Hey, hey, hey!
Relax and take a deep breath..1, 2, 3..
“ So do not weaken and do not grieve, and you will be superior if you are [true] believers.” (3:139)
Is giving up the attitude of true believers?

TICK TOCK, TICK TOCK
Sometimes, we feel like there are a lot of things to be done, yet in so little time. And that’s true. And we must learn how to manage our time well. And do remember, that sometimes, it is not about the amount of time we have spent for a certain thing but the quality of time.

Exam is just around the corner, yes, and seconds are ticking away. You may have a hundred more questions and pages to read but does that give you the right to give up on it completely?

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sekiranya di tangan kamu ada benih kurma dan kamu tahu bahawa esok akan berlaku kiamat, maka hendaklah kamu menanam dan jangan biarkan hari kiamat berlaku tanpa menanam benih kurma tersebut"
[Hadis Riwayat Imam Ahmad]

Dates don’t grow in a day. It takes a date palm 4-8 years before it start to bear fruit. And Rasulullah S.A.W. asked us to plant before kiamat?

You see, it is not the result that matters most. But your efforts. The 100 pages you are trying to cramp inside your head may not feel useful to you, but, hey, the Almighty Lord is watching you, He is seeing, evaluating your efforts. Do you really feel that all that effort will be a waste?

WHICH WOULD YOU RATHER BE
Do you know the story of the Battle of Tabouk?

A force of 30 000 Muslims marched towards Tabouk, with the intention of engaging with the Roman Empire, although many came up with excuses not to participate. Despite the blazing sun burning above their head and lack of water supply, the long journey through the dessert and the battle coming up ahead, they led on.

In the end, no real battle occurred as the Roman army cowardly backed out with the knowledge of the strength of the Muslim army at Tabouk.

Allah tested their will, right until the very end, testing their efforts.
So tell me, would you rather be like those that led on despite the hardship or those that fell along the way?

PRAY
“My brain can’t take this anymore!!”
“Ala! Baca pun bukannya masuk!”

Hey, maybe if simply reading doesn’t work out for you, you can try an alternative way, say, discussing with friends?

And how can you be so sure that what you’re reading now will be of no use during exams?

Pray, pray and always pray to Him.
Blank? Feel as though there’s nothing in your head?
Keep calm and pray. Allah can give ilham. Rely on Him solely, because you have done everything in your efforts, in your part to prepare for this.

But, you see, if you hadn’t even tried or made a single effort to read, how can you expect the All-Knowing to help you?
How can you put that 100% trust to Him, to be tawakal to Allah?

TAWAKAL
How can you hope no thiefs will come and steal your belongings while leaving the door open wide and not even bothering to lock it?
How can you pray day and night Allah will help you during exams and even more, trials in life  while lying on your bed doing nothing?

There is a story, during Rasulullah’s time, a sahabat left his camel untied. When asked why he did not tie his camel, he said, “I have tawakal to Allah”. Rasulullah answered, “Tie it up and after that, you can have tawakal”

TEST OF LIFE
Boost your spirit up and work. Because currently, YOU are a MUJAHIDEEN (This controversial word is literally a noun referring to person who does jahada - جهد = exert / effort) at this arena. And after you have completed that work, don’t stop and continue to work for another, as in the surah Ash-Sharh “So when you have finished [your duties], then stand up [for worship].”

And if the results you would get then isn’t to your expectations, do not grieve. You have made effort and Allah has given what’s best. Everything is a trial, a test. Your excellence, a test. Your low marks, a test. You may fail at exams in life but don’t fail at the exam OF life. Don’t give up and do nothing.

YOU are a MUJAHIDEEN of your OWN LIFE.


Read more

FRIDAY WRAP SPECIAL 2011

1 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Selawat dan salam ke atas Muhammad SAW.

Assalamualaikum.
Alhamdulillah.Segala puji bagi Allah pada tarikh 3 Jan lepas telah berlangsung sudah perasmian Portal Azam Russia ini.Semoga ianya dapat memberi manfaat kepada kita.InsyaAllah.
Ok.Back to business.
 Kali ini Azam Russia akan membawa anda 10 peristiwa dan kejadian sepanjang 2011 yang mendapat liputan luas media seluruh dunia.

2011-TAHUN PERUBAHAN 

Kebangkitan rakyat di sekitar wilayah Arab.

Pemberontakan yang berlaku di dua benua, menjatuhkan tiga rejim, dan melibatkan berjuta orang.
Ianya bermula di Sidi Bouzid, sebuah perkampungan kecil yang terletak 200 km dari ibu negara Tunisia dan jauh dari pandangan mata dunia.Tekanan ekonomi dan penindasan pihak berkuasa merupakan masalah utama di sana.
Mohamed Bouazizi.Tertekan dengan penghinaan dari seorang polis wanita yang merampas barang perniagaan beliau serta gagal untuk mendapatkan keadilan, beliau telah membakar dirinya sendiri.
Tindakannya menyebabkan berlakunya protes besar-besaran yang menjatuhkan rejim Ben Ali dan berlakunya 'domino effect' di negara-negara seperti Mesir, Libya, Syria, Yaman, dan Bahrain. 


Jepun-3 Bencana yang mengubah segalanya.

Gempa bumi berskala 9.1 dan tsunami besar melanda kawasan pantai timur laut Jepun.20000 orang terbunuh dan kawasan perkampungan sekitar tempat itu musnah.Kerja pemindahan penduduk selepas kejadian itu mengambil masa berbulan-bulan dan pelbagai masalah lain menimpa dan menyukarkan.
Kerosakan dan kebocoran loji nuklear Daiichi di Fukushima pula mengejutkan Jepun.Kerosakan loji di Fukushima disifatkan boleh membuat kemusnahan yang lebih besar dari apa yang berlaku di Chernobyl 25 tahun dahulu.


Osama Bin Laden

Adakah benar Osama wujud?Atau hanya satu watak rekaan Amerika untuk membantu 'kempen menentang keganasan' mereka?hmm.
Bagaimanapun kematian Osama merupakan salah satu peristiwa yang mendapat liputan luas media seluruh dunia.


'Occupy Wall Street'

Demonstrasi besar-besaran yang berlaku di New York ini adalah sebagai tindakan terhadap ketidaksama rataan ekonomi dan mengutuk syarikat-syarikat besar yang mempunyai pengaruh terhadap demokrasi dan polisi negara.Beratus orang ditahan di pelbagai bandar di AS tetapi tidak menghalang semakin ramai orang untuk menyertai protes ini.
Dengan slogan 'Kami adalah 99 peratus', protes ini  telah merebak ke 1000 bandar di 100 negara yang kebanyakannya meminta kenaikan gaji, pekerjaan yang lebih baik dan menggesak kerajaan menghentikan amalan rasuah.Antara bandar lain yang terlibat adalah Tokyo, Melbourne, dan beberapa bandar di Sepanyol, Itali, Greece, dan Portugal.

Mesir-Revolusi dan perubahan

Bermula di Tunisia, tetapi apabila rejim di Mesir mula mendapat bahang revolusi di Tunisia, seluruh dunia memandang ke negara yang paling banyak dilawati di wilayah Arab.Mesir merupakan antara sekutu kuat AS    
dan mendapat dana sebanyak 1.3 billion usd setahun.Mesir juga membuat perjanjian damai dengan Israel.
Protes jalanan pada 25 Jan telah memecahkan tembok ketakutan yang menyelubungi rakyat Mesir selama ini.
Berjuta orang berjalan sambil memprotes di sekitar negara dan telah mencipta satu revolusi baru di Mesir.
Pada 11 Feb, Mubarak meletak jawatan yang menandakan kemenangan kuasa rakyat mengatasi rejim yang berkuasa selama tiga dekad itu.

Rusuhan di London.

Rusuhan yang berlaku pada musim panas di London dan bandar-bandar lain telah membuka perdebatan antara ahli politik tentang perpecahan yang berlaku di Britain.Ada yang menyalahkan keganasan polis terhadap pemuda yang menyebabkan rusuhan ini berlaku.Bermula dengan kematian Mark Duggan yang disebabkan oleh polis.Rusuhan ini telah merebak dengan cepat dan menyebabkan kerugian sekurang-kurangnya 326 juta usd.

Pengunduran tentera Amerika di Iraq.

Pengunduran tentera Amerika pada  pertengahan Disember telah dirancang sekian lama.Di bawah pentadbiran Bush dan perdana menteri Iraq, Nouri al-Maliki, satu perjanjian yang menyatakan bahawa semua tentera Amerika perlu berundur dari Iraq selewatnya 31 Disember 2011.
Walaupun Obama cuba untuk memanjangkan tempoh pendudukan tentera Amerika di Iraq, usaha itu gagal kerana perdana menteri Iraq tidak dapat menjamin keselamatan tentera Amerika di sana.

Krisis ekonomi Eropah.

Visi negara kebajikan bercampur dengan sistem kapitalis yang semakin mencengkam menyebabkan kemelesetan ekonomi banyak negara-negara Eropah.Adegan membakar tayar, gas pemedih mata dan pekerja yang mogok menjadi perkara biasa sekitar benua itu.Banyak negara terpaksa memotong perbelanjaan negara demi menyelamatkan ekonomi.Brendan Howlin, menteri perbelanjaan awam Ireland berkata "Kemarahan orang rakyat adalah sesuatu yang tepat kerana rakyat tidak bertanggungjawab meletakkan negara dalam keadaan tersebut.

Libya-Pemberontakan menjatuhkan Gaddafi

Setelah 9 bulan pertempuran antara NATO, pemberontak, dan tentera kerajaan, Muammar Gaddafi telah berjaya dibunuh oleh kumpulan pemberontak dan menyaksikan pengakhiran kepada pemerintahan selama 42 tahun.Tidak seperti di Tunisia dan Mesir, konflik di Libya adalah lebih kepada peperangan konvensional.

Keganasan berterusan di Syria.

Semangat kebangkitan yang yang bermula di Tunisia dan Mesir dilihat tidak mampu memberi perubahan di Syria, kata seorang penganalisis politik di Syria.Peralatan ketenteraan yang amat ditakuti, dasar luar yang menyebelahi barat, dan populariti presiden Bashar al-Assad adalah antara alasan mengapa kebangkitan di Syria tidak mampu mencapai kejayaan.
5000 orang telah terbunuh sejak bermulanya kebangkitan ini, dan pertubuhan hak asasi manusia menyatakan bahawa, tentera telah diarahkan untuk menembak mati rakyat yang menyertai protes.


Sekian saja dari meja Azam Russia menyampaikan 10 'top rated' peristiwa sepanjang 2011.Jika anda mempunya pendapat lain mengenai peristiwa yang dianggap besar dan layak menduduki tangga top 10 ini, silalah kemukakan di ruangan komen.Sama-sama kita berkongsi info dan idea.


Assalamualaikum.


Read more

Mukmin yang kuat

0 comments
AYUH MENJADI MUKMIN YANG KUAT!!



                Pada 19 Disember 2011 yang lalu, acara sukaneka bagi pelajar-pelajar luar Negara telah diadakan. Acara ini disertai oleh pelajar-pelajar dari pelbagai university di sekitar Nizhniy  Novgorod. Antaranya termasuklah Nizhniy Novgorod State Medical Academy, Linguistic University of Nizhniy Novgorod, Nizhniy Novgorod State Pedagogical University, Lobachevsky State University of Nizhniy Novgorod dan lain-lain lagi.
Antara sukan yang dipertandingkan ialah renang, darts, menembak, mini golf, dan pingpong. Acara bermula pada pukul 10.30 pagi dan didahului dengan ucapan kata-kata aluan daripada pengerusi majlis. Beliau mengucapkan terima kasih atas sambutan yang sangat menggalakkan.


          Semua acara bermula serentak pada lebih kurang pukul 11.00 pagi. Pelajar perempuan banyak menyertai acara mini golf dan darts. Pelajar lelaki pula kebanyakannya tertarik dengan acara menembak.
Acara tamat pada pukul 2.00 petang. Alhamdulillah, kontinjen Nizhniy Novgorod State Medical Academy telah berjaya membawa pulang pingat emas dalam acara ping pong (lelaki dan perempuan) dan mini golf (lelaki dan perempuan).

                Ikhwah akhowat rahimakumullah.. Ingat lagi muwasofat tarbiyyah kita? Lebih-lebih lagi tentang qawiyyul jismi, kekuatan jasmani. Islam sangat menggalakkan kita mempunyai tubuh badan yang kuat yang memampukan kita menjalankan tanggungjawab kita di bumi ini. Solat, berpuasa, menunaikan haji - kesemuanya memerlukan tubuh badan yang kuat. Apatah lagi jika kita disuruh berjihad di medan peperangan. Sebab itulah kekuatan jasmani sangat dititik beratkan dalam Islam.
Wallahua’lam..


Rasullullah SAW bersabda, yang bermaksud, “Mukmin yang kuat lebih aku cintai daripada mukmin yang lemah.” (HR Muslim)



Read more

Manusia berperangai lipas

0 comments

Manusia berperangai lipas.

Saya dan suami telah berpindah ke sebuah rumah baru di sekitar bandaraya Volgograd. Di tengah hiruk pikuk kemajuan manusia dan kesibukan bandar, Allah memberi kami sebuah rumah sewa yang selesa. Namun pada awal kehidupan indah kami di rumah ini kami kerap diganggu oleh sejenis makhluk yang merayap-rayap di tengah-tengah kesunyian malam, yang mencari kawasan yang lembap dan gelap.

Tentu sekali makhluk tersebuat adalah lipas.

Setiap pagi apabila saya masuk ke dalam dapur, saya pasti mendapati beberapa ekor lipas sedang ber’istirehat’ di dalam sinki lalu saya terus membunuhnya dengan membuka air paip. Lipas-lipas tersebut mati kelemasan.

Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah Shallallahu Alahi wa Sallam bersabda, “Seorang nabi singgah di bawah pohon, dia digigit oleh seekor semut. Dia memerintahkan agar barang bawaannya dijauhkan dari bawah pohon itu. Lalu dia memerintahkan agar rumah semut itu dibakar. Maka Allah mewahyukan kepadanya, ‘Mengapa tidak hanya satu ekor semut saja?”

Dalam riwayat Muslim dari Abu Hurairah, “Bahwasanya seekor semut menggigit salah seorang Nabi, maka dia memerintahkan agar desa semut dibakar. Allah pun mewahyukan kepadanya, ‘Hanya kerana kamu digigit oleh seekor semut lalu kamu membinasakan sebuah umat yang bertasbih."

Saya berharap membunuh lipas tidak termasuk dalam larangan sepertimana dinyatakan dalam hadith ini memandangkan lipas adalah serangga perosak yang kotor dan boleh membawa penyakit. dan saya tidak membakarnya.

Sebenarnya apa yang menarik perhatian saya adalah setiap pagi perkara ini berulang. Saya hairan apakah tiada lipas yang sudah tua memberi peringatan kepada generasi lipas yang muda supaya tidak duduk di dalam singki menjelang pagi. Ataupun tiadakah antara lipas-lipas yang pernah terlepas dari lemas memberi amaran kepada lipas-lipas lain supaya menjauhkan diri dari sinki yang boleh menyebabkan spesis mereka terhapus. Atau tidak pernahkah lipas-lipas ini melihat rakan-rakan mereka mati lemas didalam sinki dapur dan merasa gerun dengan kematian ayng sebegitu. Bodohnya lipas.

Lipas seperti tidak pernah belajar dari kesilapan dan kedunguan generasi terdahulu yang telah terhapus dalam singki. Merekalah kaum yang tidak mengambil pelajaran.

LEBIH MENGHAIRANKAN.

Merenung fenomena kebodohan lipas ini, saya seharusnya tidak perlu begitu hairan kerana lipas adalah makhluk ciptaanNya yang tidak dibekalkan akal. Sememangnya mereka melakukan kesilapan yang sama saban hari, generasi demi generasi. Itulah lipas, tiada akal.

Namun meneliti kehidupan manusia yang dikurniakan akal yang bijak dan hati untuk menilai neraca, serta kemajuan-kemajuan teknologi maka manusia berperangai sama seperti lipas lebih patut dihairankan.

Manusia dengan kesempurnaan pancaindera dan kematangan zaman gagal mengambil pengajaran dari sejarah kaum terdahulu. Bukankah al-quran mencatatkan cerita-cerita kaum yang dihapuskan dan dihina oleh Allah kerana kesombongan dan kerosakan yang mereka lakukan. Namun manusia tetap berperangai seperti lipas.

Saban zaman, manusia mengulangi kesilapan yang tidak asing dari lebaran sejarah dunia.manusia seperti mengulangi sejarah dan seperti tidak pernah mengetahui konsikuensi kemungkaran mereka.
mungkinkah manusia pada hari ini buta sejarah atau tiada yang memperingatkan mereka atau mereka sememangnya dungu?
Kesan tinggalan Pompeii

Bukankah kaum Nabi Luth dihancurkan dengan hujan batu dari tanah kerana maksiat homosexual? Tidakkah kita melihat kepada kesan-kesan di bandar Pompeii? Mengapa masih ada umat hari ini masih dangkal bangkit mempertahankan golongan LGBT di Malaysia ?

Penemuan archeologist mengkaji tapak Bandar Sodom, Pompeii yang pernah diazab Allah dengan hujan batu dari tanah.

Bukankah Amerika mengalami masalah lambakan anak luar nikah? Lambakan kisah-kisah pengkhianatan ikatan perkahwinan dan kehancuran rumah tangga kerana hilangnya kejujuran dan masalah sosial yang pelik dan menjijikkan sebagai contoh; anak perempuan melahirkan anak bapanya sendiri.

Kita semua tidak asing dengan masalah-masalah yang barat hadapi.

Masalah nasab yang bercelaru dan kenaikan peratusan pesakit jiwa dan stress yang semakin meruncing dalam masyarakat. Mereka diasak lagi dengan masalah penyakit STD (sexual transmitted disease) yang semakin tidak terkawal. Sejauh mana kehebatan dan kemajuan kesihatan mereka namun jumlah penyakit tetap bertambah.

Kita semua tidak asing lagi dengan masalah-masalah yang barat hadapi.

Malah kita mengutuk dan mempersalahkan mereka apabila masyarakat kita mengalami masalah yang sama. Kita menuding jari ke arah barat kerana mereka memasukkan budaya-budaya kuning dalam masyarakat kita. Ya, barat mememang bersalah kerana melakukan kerosakan tetapi kita juga bukanlah mangsa semata kerana siapa yang mengimport budaya tersebut ke timur? Siapa yang turut berbangga apabila menggayakan baju-baju dan fesyen-fesyan mereka dan siapa yang begitu bangga apabila pandai berbahasa dan ingin berbudaya dan hidup seperti barat? Jawapannya adalah.....

Kita juga.

Bukankah manusia atheis telah menampakkan krisis keruntuhan akhlak yang kritikal? Masalah demography yang tidak seimbang kerana tidak percaya kuasa Tuhan yang memberi rezeki, masalah pengkhianatan dan rasuah yang ketara sehingga melarat ke peringkat akademik. Dan pelbagai masalah-masalah lain, tetapi tetap juga kita menuruti langkah mereka.

Menari bersama mereka dan membesarkan-besarkan hari kebesaran yang mereka sambut. Merasakan aman dan merasa bangga apabila berada bersama mereka.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda pada 1433 tahun yang lepas tentang fenomena manusia yang akan berperangai seperti lipas ini.

Keadaan ini adalah suatu yang dapat diramal oleh Ar-rasul yang bijaksana.

Daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a berkata, “Rasulullah S.A.W bersabda, “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.”

Para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang Engkau maksudkan?” Nabi S.A.W menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka?”


Berpusu-pusu ke lubang biawak....

MASUK KE LUBANG BIAWAK

Mengapa kita melakukan kesilapan-kesilapan kaum yang pernah diazab Allah, ataukah kita kurang membaca dan jahil terhadap kaum-kaum terdahulu , tentang azab yang pernah menimpa mereka?

Mengapa kita tidak pernah mengambil pengajaran?

Kerana itu wahyu pertama kepada rasul ialah IQRA’ ,ianya satu suruhan untuk membaca,
Kerana dengan membaca kita mengetahui asal usul, sejarah sesuatu umat, melihat masa hadapan dengan sebuah gambaran natijah.

Dengan membaca barulah kita mampu meniti hari dengan tujuan yang jelas, matlamat besar yang agung dan usaha yang disusun dan tersusun.

Dengan membaca kita seperti melihat pengakhiran atas segala perbuatan yang kita bakal lakukan lantas menyebabkan kita melaksanakan sesuatu dengan penuh hemat dan motivasi.

Namun bacaan apakah yang saya maksudkan? Apakah bacaan yang mampu mengubah dan menyebabkan kita meninggalkan kedangkalan seekor lipas?

"Maka perkataan apakah selepas Al-quran ini yang kamu akan percaya?"  (77:50)

allahua'lam,




Read more

Panduan Bergambar untuk Peserta Konvesyen

2 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Adakah anda sudah bersedia untuk ke Konvesyen Pelajar Muslim Malaysia? Berikut adalah guidelines untuk membantu anda bersiap untuk ke konvesyen kita kali ini :

1) Betulkan niat.


(picture credit)

2) Things-to-bring :


Yuran pendaftaran 150 rubles (picture credit) 
al-Qur'an (picture credit)










Buku nota & pen (picture credit)
Sejadah (picture credit)
                                                   
3) How to get there?

Hotel Universitetskaya : 8/29, Michurinsky Prospect, 117192 Moscow (picture credit)

Teknik #1

1) Turun di Metro Universitetskaya (red line)
2) Naik bas/trolleybus nombor 34, 103, 130, 187, 260
3) Turun bas di bus stop bernama Ploshad Indera Gandhi - Площадь Индиры Ганди
4) Hotel Universitetskaya berada di seberang jalan
5) Bergerak menuju ke Dewan Utama (pintu masuk berhampiran/bertentangan dengan kedai buku "Bukva")


View Larger Map

Teknik #2

1) Turun di Metro Kievskaya (interchange blue line & brown ring)
2) Naik trolleybus 17, 34
3) Turun bas di bus stop bernama Ploshad Indera Gandhi - Площадь Индиры Ганди
4) Hotel Universitetskaya berada di seberang jalan
5) Bergerak menuju ke Dewan Utama (pintu masuk berhampiran/bertentangan dengan kedai buku "Bukva")


View Larger Map

4) Tentatif


4.15 - 5.30 pm : 
Proses pendaftaran peserta di Dewan Utama.
Selesai urusan pendaftaran, pelajar kejuruteraan akan ke dewan Tingkat 11 (di bangunan yang berbeza) sementara pelajar perubatan kekal di Dewan Utama dan bersedia untuk solat maghrib (mengambil wudhu' dsb).

5.10 - 5.20 pm :
Solat maghrib berjemaah akan dimulakan seawal mungkin sebaik sahaja masuk waktu solat di Dewan Utama (pelajar perubatan) dan dewan Tingkat 11 (pelajar kejuruteraan).

5.20 - 5.30 pm :
Para peserta mengambil tempat di dewan masing-masing.

5.30 - 6.45 pm :
Slot career talk "Pioneering Pathways Towards Medical Professionalism" : di Dewan Utama
Slot career talk "Pioneering Pathways Towards Engineering Professionalism" : di dewan Tingkat 11

7.00 - 7.30 pm :
Makan malam di Dewan Utama.

7.30 - 7.45 pm :
Ketibaan VIP

7.45 - 8.00 pm :
Pembukaan rasmi Konvensyen.

8.00 - 9.30 pm :
Slot forum "Mencari Makna dalam Kerjaya" : di Dewan Utama

9.30 - 10.00 pm :
Pelancaran AZAM Russia

10.00 - 10.30 pm :
Penyampaian cenderahati & penutup.

10.30 pm :
Bersurai.                


5) Nasihat sepanjang program

1. Berpakaianlah secara sopan & kemas
Every faith has an innate charachter. The charachter of Islam is modesty. (picture credit)

2. Pastikan telefon bimbit berada dalam 'silent mode'
Silent your phone. (picture credit)

3. Jagalah adab-adab di dalam majlis ilmu iaitu - tidak bising melampau & menghormati orang lain.
If you expect respect, be the first to show it. (picture credit)


4. Pastikan dewan, tempat penginapan, tandas & tempat berwudhu' sentiasa dalam keadaan bersih & kemas.
Keep clean. (picture credit)

5. Jika anda mendaftar lambat atau/dan terpaksa pulang awal, sila maklumkan pihak urusetia terlebih dahulu.
(picture credit)

Mudah-mudahan ia menjadi sebuah majlis yang diberkati Allah. Kerjasama anda amat dihargai. Jumpa di sana!



Read more

Ukhuwwah Itu Cinta

0 comments

Bila menyebut tentang cinta, tidak lain ramai yang membayangkan tentang percintaan dua jantina – lelaki dan perempuan. Ada juga yang akan merenung sebentar memutar fikiran, dengan tujuan agar dapat memberikan jawapan selain daripada fikiran orang ramai tentang apa itu cinta. Mungkin juga yang terkeluar dari mulut fikiran mereka – cinta itu sayang mak ayah, cinta itu sayang dan ikut sunnah Rasulullah, dan tidak lain juga, ada yang berkata cinta itu cinta teragung kepada Allah!

Ya, semua jawapan itu betul. Tapi saya amat tertarik untuk berkongsi penulisan ini yang berkisar tentang hakikat sebuah cinta atas nama titian ukhuwwah. Bila menyebut tentang ukhuwwah, pasti pula yang terbayang adalah sahabat dan rakan-rakan di sekeliling bukan? Ukhuwwah itu sangat besar pengertiannya, tapi saya fokuskan ukhuwwah pada nama cinta itu kepada pengertian yang lebih mudah difahami – cinta pada sahabat.

Mungkin kita selalu dengar ayat-ayat perbualan seperti ini:

“luv u so much!”

“syg awk! Miss u so much!”

“Jumpe lg nnti eyk!? Miss u!”

“luv u 2..muuahh!”

Beberapa ayat perbualan di atas ini sering kali kita jumpai, sama ada di web-web sosial seperti Friendster dan Facebook, malah juga jika ‘terbaca’ mesej pada handset kawan kita yang lain, atau tidak terkecuali kita sendiri yang lebih arif dengan ayat-ayat ini! Bukanlah menyindir, tetapi mungkin ayat-ayat ini perlu lebih dilengkapkan lagi, boleh jadi seperti ini:

“luv u so much!” kata Munirah kepada Syuhada..

“syg awk! Miss u so much!” kata Nurul kepada Latifah, sambil memeluk erat rakannya itu.

“Jumpe lg nnti eyk!? Miss u!” jerit Izzah kepada Nor sambil melambai, penuh keakraban.

“luv u 2..muuahh!” kata Siti sambil memimikkan ciuman kepada Azizah, sahabat lamanya…

Itulah yang dimaksudkan. Kita menilai erti lafaz sebuah cinta dalam skop yang begitu besar. Dan inilah lafaz cinta pada ukhuwwah iaitu mencintai sahabat kita yang lain, menyayangi mereka sebagai kekasih hati yang akrab dan memahami. Saya kagum dengan kehidupan kaum Hawa itu sendiri, terutama golongan wanita muslimah yang hidup dalam serba-serbi indahnya ukhuwwah yang terpancar. Mereka bersalam dan berpelukan, memegang erat tali persaudaraan dengan utuh dan penuh kemesraan. Maka tidak mustahil juga bagi mereka berkongsi hati, mencoret nurani dengan kisah hidup mereka yang boleh saling dikongsi. Hati mereka yang terikat atas nama ukhuwwah Islamiyyah itu saling mengerti, tidak terlintas sesaat jua pandangan mata yang saling melihat dan mendalami. Itu yang ada dalam ciri muslimah sejati, yang memiliki teman yang sentiasa mendahului daripada mereka mencari cinta yang tidak punya erti, iaitu cinta seakan monyet yang bergayut dari dahan ke dahan, entah ke mana hala tuju yang dicari. Andai tiada ciri perkakasan ini, jangan salahkan hakikat cinta itu sendiri, tapi renungkanlah sejauh mana kita menilai sahabat yang kita miliki.

Sahabat bagaikan sebutir mutiara. Yang menggilapkannya adalah ukhuwwah. Bukan calang-calang ukhuwwah, tapi ukhuwwah yang maksimum utuhnya, pegangan yang tidak gentar putusnya, dan terlekatnya hati mereka dek kerana Iman yang manisnya seperti sabda Baginda Muhammad s.a.w: 

ثلاث من كن فيه وجد بهن حلاوة الايمان:أن يكون الله ورسوله أحب إليه مما سواهما وأن يحب المرء لا يحبه الا لله وأن يكره أن يعود فى الكفر بعد أن أنقذه الله منه كما يكره أن يقذف فى النار".
متفق عليه
Daripada Anas r.a:

“Tiga perkara di mana sesiapa mempunyainya, maka dengannya (tiga perkara tersebut) dia akan merasai kemanisan iman. Seseorang itu menjadikan ALLAH dan RasulNya sebagai yang paling dicintainya, seseorang yang tidak mencintai seseorang melainkan keranaNya dan seseorang yang membenci untuk kembali kekufuran sepertimana dia tidak suka untuk dicampakkan ke dalam neraka."

Muttafaqun ‘alaih.

Mengapa saya menyentuh soal manisnya ukhuwwah hanya pada wanita? Mungkinkah eratnya ukhuwwah ini tidak wujud dalam golongan Adam? Bagi saya tidak. Ukhuwwah itu adalah nikmat pemberian Allah untuk sekalian hambaNya. Cuma bagi saya, golongan Adam tidak mungkin mahu melafazkan kata-kata perbualan seperti di atas! Agak janggal bukan?! 

Untuk gologan lelaki, jiwa mereka ada sedikit bezanya. Mereka tidak akan terus menilai dan mencari-cari teman untuk dijadikan sahabat yang sejati dan peneman yang setia di sisi, tapi bagi mereka yang lebih utama itu adalah tuntutan mencari wanita sebagai kekasih hati. Malah amat rugi sekali, andai kita lupa dan tidak langsung mengambil iktibar tentang eratnya ukhuwwah yang terbina dalam diri para Sahabat bersama Rasulullah s.a.w. 

Lelaki itu ada egonya dalam diri. Mungkin mencari sahabat itu bagaikan tiada ‘class’ dan lebih dianggap dan ditohmah dengan fikiran yang bukan-bukan oleh orang lain. Dan apabila masa terus meningkat, jiwa yang gusar dan menggelodak akhirnya akur dengan tuntutan nafsu, mengejar dan mengangkat cinta sebelum akad, maka terciptalah perjalanan mendekati zina yang setiap langkahannya pasti tercatit amalan durhaka.

Sahabat itu andai dia di sisi, bukan pula untuk sekadar bergelak tawa, tapi dialah yang memahami dan setiap renungannya mampu mentakrif apa dihati ini. Sahabat itu bila dia disakiti, dia akan ‘pergi’, dan perginya itu bukan meninggalkan diri ini, tapi mencari erti rindu dikala jauh menyepi…dan dia akan kembali dan menyapa, kerana dialah sahabat yang sejati. Sahabat itu tidak pernah luntur doanya untuk ukhuwwah yang terbina, biar kadang-kala kita tidak memahami akan dia mendoakan kita, kerana cukuplah persahabatan dan cinta ini terbentuk atas pengetahuan Allah semata-mata. 





Dalam perjalanan hidup yang jauh ini, Allah mengurniakan kita nikmat ukhuwwah yang besar teramatnya, atau mudah difahami sebagai ramai kawan disekeliling kita. Namun, ukhuwwah itu tidak akan bermakna, andai kita tidak sedikit pun mengambil peluang membina cinta bersama atas namaNya – iaitu cinta pada sahabat dan berjuang menuju cintaNya pula.


Sahabat, mungkin dia tidak pernah mengerti bahawa kita mencintainya, kita menyayanginya lebih dari kita menyayangi diri sendiri. Tetapi ingatlah, Allah lebih memahami setiap sudut hati ini, dan Dia lebih mengetahui bahawa kita sebenarnya pemilik ukhuwwah sejati. Carilah sahabat yang bukan sekadar menemani, tetapi jua meniti jalan hidup ini menuju cinta Allah yang hakiki. Dan dengan yang sedemikian itu, abadilah cinta kurnianNya pada perjalanan sebuah ukhuwwah sejati.


Read more