• Motivasi Dan DIY

    Creativity Beyond Measure

  • Tazkirah

    Sharing is Caring

  • Local Wrap

    Around Us

  • Friday Wrap

    Around The World

  • Baitul Muslim

    Kuliah Online Baitul Muslim

  • Kulinari

    Sugar, Spice and Everything Nice

FRIDAY WRAP ( DIS 18-DIS 23 )

2 comments
FRIDAY WRAP ( DIS 18-DIS 23 )

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Selawat dan salam ke atas Muhammad SAW.

Assalamualaikum.

Menghampiri hujung minggu dan semakin dekat dengan tahun baru.Azam Russia membawakan kepada anda beberapa berita dunia sekitar 18-23 Disember.



Dimulakan dengan berita di Sochi,Russia.Pasukan penyelamat bayi terbiar mendapat kejayaan pertama menggunakan peti deposit bayi apabila seorang bayi telah 'didepositkan' ke dalam peti itu.Satu alternatif yang menarik yang mungkin boleh dikaji dan dilaksanakan penggunaannya di Malaysia.



18 Dis,Ahad- Ketidaktentuan di Mesir semakin berlarutan dan buruk.Terbaru, seorang wanita dan beberapa orang lelaki dibelasah oleh tentera republik itu dengan teruk dan tanpa belas kasihan.Tentera Mesir,salah satu angkatan tentera terkuat dunia arab telah mengambil pendekatan sangat drastik semenjak memperoleh kuasa pada awal tahun ini.Pertempuran yang memasuki hari ke-5 mencatatkan 14 kematian dan lebih 900 cedera.
Rakaman yang menunjukkan pertempuran antara tentera dan orang awam.








19 Dis,Isnin- Korea Utara telah mengejutkan dunia dengan pengumuman bahawa presiden republik itu, Kim Jong-il telah meninggal dunia akibat serangan jantung.Kematian Kim Jong-il yang berperwatakan seorang bapa dan sering juga dianggap seperti tuhan oleh rakyatnya, menyebabkan berlakunya kekacauan politik di rantau itu.
Rakaman video menunjukkan rakyat Korea Utara berkabung atas kematian pemimpin tersayang mereka...yang mungkin agak melampau.









22 Dis,Khamis- Liga Arab secara rasminya telah tiba di Syria untuk memantau situasi negara itu.Sukarelawan sekitar negara melaporkan, tentera Bashar al-Assad telah melancarkan serangan dahsyat ke atas rakyatnya yang berdemonstrasi.Pasukan pemantau hak asasi manusia Syria melaporkan, 111 orang dibunuh pada hari Selasa lepas menjadikan lebih 5000 orang terkorban sejak bermulanya protes.
Satu video menarik yang mungkin juga kita akan mengatakan Bashar patut diturunkan
p/s: sila abaikan tajuk video ini.







23 Dis,Jumaat- Gelombang serangan bom menggegarkan seluruh bandar Baghdad semalam dengan menyebabkan sekurang-kurangnya 63 orang terbunuh manakala hampir 200 lagi cedera.Ia merupakan keganasan terburuk pernah melanda Iraq sejak beberapa bulan lalu.

Sekian saja laporan Azam Rusia minggu ini.Di kesempatan ini Azam Rusia ingin mengucapkan selamat menghadapi minggu zachot dan peperiksaan kepada muslimin muslimat sekalian.InsyaAllah berjalan lancar semuanya.

Assalamualaikum.







Read more

eDcoustic

0 comments
Assalammualaikum,


Bukankah hati kita telah lama menyatu
Dalam tali kisah persahabatan ilahi
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya
Hapus air mata meski kita kan terpisah
Selamat jalan teman
Tetaplah berjuang
Semoga kita bertemu kembali
Kenang masa indah kita
Sebiru hari ini

have any of you heard of these lyric? be it on the radio, during usrah or during daurah? Sebiru Hari Ini.
this is one of the song from a popular Indonesian's nasyid group called Edcoustic 

who are Edcoustic actually?


Nasyid edCoustic pioneered since 1998, when Deden and Egi dabbling in the world of teenagers in the Youth Mosque preaching at Baitul Haq, Bandung. In 2002, they both got a chance mix tape Bandung Nasheed Nasyid Exhibiton 2002 with team named nasheed Muhammad Ibrahim Yusuf. This becomes the starting point of their professional journey nasheed. Even the date of establishment nasyid team is based on their appearance at the festival Bandung Nasheed Exhibition 2002, which is May 25, 2002.

Lapse two years later, in 2004, they had the opportunity of recording Yess Productions to spawn their debut album. Actually, the song material has been designed since its release a compilation album in 2002. Due to various considerations, Production Yess parties requested that the name Muhammad Isa Ibrahim Yusuf was replaced, and then in May 2004 they changed the group name into edCoustic nasyid.




EdCoustic debut album was released in the month of Ramadan 1425 H, or October 2004,with mainly subtle acoustic pop. This album is rich with teen missionary message payload, the packaging is easy listening and the lyrics are simple.

Creativity nasyid created in this album received extraordinary acclaim from among lovers of nasyid.In some radios like MQFM nasyid Indonesia Bandung, Solo MQFM, STAN Jakarta Campus Radio, FM and Lita Antassalam FM, as well as other radio stations in Indonesia. Nasyid-nasyid edCoustic alternately ruled the Top Request. Experience appears even more crowded schedule edCoustic promo, especially in the area of ​​West Java and Jakarta.

VISION for EdCoustic’s nasyid :

"Being a professional nasyid team, guiding Islamic entertainment, making it one of the pillars of the establishment of Islamic civilization."


MISSION of EdCoustic’s nasyid:

"Giving birth to progressive creative, innovative, with the content of propaganda messages are easy to understand, through a professional appearance with full of strength ruhiyah."

Conclusion
if you have talent, how should you channel it? for the benefit of akhirah or duniya?
lets take them for example. with good voices, deep meaningful lyrics and super cool guitar player, they created very exquisite dakwah through song.
we can too. it is only the matter how well do we use our talent. for the sake of Allah or for the sake of popularity? the choices is ours.

so before i sign out, i want to share with all of you one of EdCoustic's song. Pemuda Palestina.









Read more

Belajar untuk ikhlas atau Ikhlas untuk belajar?

0 comments


Assalamualaikum w.b.t

Nikmat Ikhlas Dalam Pembelajaran
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Ya Allah, ikhlaskanlah aku dalam penulisan ini dan seterusnya, InsyaAllah.

Seringkali isu ikhlas diperkatakan di sekeliling kita. Isu ikhlas tidak pernah lapuk ditelan zaman kerana IKHLAS ITU INDAH. Indahnya ikhlas tidak dapat digambarkan dengan seberapa banyak perkataan di muka bumi ini seperti manisnya iman. Segalanya dilakukan hanya untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t semata-mata, bukan untuk dipandang mulia di mata masyarakat yang sering menjadi pengadil di atas muka bumi ini. Bahkan hanya untuk dipandang mulia di hadapan Pencipta sekalian alam semesta pada hari akhirat kelak.

Ikhlas. Apakah istimewa ikhlas itu sehingga orang-orang yang memiliki ciri-ciri itu mendapat keredhaan Allah di akhirat kelak? Perkataan ikhlas sering kali digunakan ketika kita memberi sesuatu kepada seorang yang kita sayang dengan sepenuh hati. Tanpa kita sedari, maksud ikhlas jauh lebih mendalam, iaitu sikap seorang hamba dalam menjalin hubungan dengan Allah. Apabila seorang hamba itu menjalankan tuntutan agama dan menjauhi tegahan agama semata-mata mengharapkan keredhaan Allah dan takut pada kemurkaan-Nya, maka itulah yang dinamakan ikhlas.

Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w, ‘Wahai Rasulullah, bagaimana pendapat Anda tentang seseorang yang keluar (dari rumahnya) untuk berjihad di jalan Allah, dia ingin mencari pahala dan kebanggaan sebagai seorang yang berani, apa yang ia perolehi?’.
Nabi menjawab,  ‘Tidak ada apa-apa’. 
Walaupun ditanya beberapa kali, jawapan Rasulullah tetap juga sama. Kemudian Nabi bersabda…
'Sesungguhnya Allah tidak menerima segala amal, kecuali amal yang dikerjakan dengan ikhlas dan untuk mencari keredhaan Allah'. (HR An-Nasa'i)

Ya Allah, tingginya nilai ikhlas itu untuk ku capai. Mari kita muhasabah diri kita semula. Adakah amalan yang kita lakukan pada tiap-tiap hari sebelum ini merupakan amalan yang ikhlas hanya untuk Allah? Atau kerana amalan itu telah menjadi rutin harian kita sejak berumur 7 tahun? Atau keran kita sendiri ingin dipandang mulia di mata masyarakat sekeliling? Atau mungkin kerana kita melakukannya kerana mengikut trend usrah atau sekadar mencukupi mutabah ‘amal yang diberikan oleh naqib atau naqibah kita?
Na’uzubillah. Moga kita dapat muhasabah diri kita semula dan dijauhi dari sebarang niat yang bukan lillahi ta’ala. InsyaAllah.

Lantas, oleh sebab keikhlasan boleh berubah-ubah mengikut niat, maka kita perlu menetapkan niat tatkala kita memulai sesuatu amalan. Sebelum keluar ke universiti, tetapkan niat kita belajar. Kita tidak sanggup melihat kafirun dan jahiliyyah lagi yang memegang tampuk pemerintahan negara. Kita mahu menegakkan agama islam. Kita tidak mahu digelar orang beragama yang tidak berilmu.
Walaupun usaha kita tampak kecil, dan belum tentu kita dapat mengubah tampuk pemerintahan yang nun jauh lagi ingin dicapai, ingatlah saudara-saudaraku. Allah memandang usaha yang kita lakukan, kerana kesudahannya telah kian lama tertulis di luh mahfuz. Usaha kita dengan niat lillahhi ta’ala InsyaAllah akan mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah s.w.t.


Untuk dijadikan contoh mengenai ikhlas ini marilah kita meninjau satu riwayat cerita di dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Muslim dari Abi Hurairah bererti:

"Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda bahawasanya manusia yang pertama dipanggil untuk diadili di hari kiamat ialah orang yang mati syahid. Dia datang kepada Allah TuhanNya sambil dia sendiri telah mengetahui nekmat apa yang akan diterimanya. Allah bertanya kepadanya apakah amal kamu? "Jawabnya aku berperang untukmu hingga aku mati syahid". Allah berkata kepadanya "engkau bohong, engkau berperang agar manusia mengatakan engkau seorang gagah, berani dan engkau sudah dikatakan begitu sebagaimana yang engkau kehendaki. Kemudian orang itu dihela masuk ke neraka”.

Adapun yang menuntut ilmu dan telah mengajar pula serta menjadi pembaca Al-Quran, orang ini dibawa ke pengadilan Tuhan di hari kiamat sedang dia sendiri telah mengetahui nikmat yang akan diterimanya. Dihadapan Tuhan ditanya apa amalmu jawabnya "aku banyak membaca Al Quran" Berfirman Allah kepadanya “Engkau bohong! Engkau menuntut ilmu itu agar dikatakan orang engkau seorang yang alim, engkau membaca Al-Quran itu supaya dikatakan orang seorang Qari dan yang demikian itu telah engkau dikatakan orang”. Kemudian orang itu pun dihela masuk ke dalam neraka.

Adapun seorang lelaki yang telah mendapat kelapangan rezeki sebahagian hartanya dibahagikan kepada orang lain kemudian orang itu pun dibawa menghadap Allah untuk dibicarakan dan dia sendiri telah mengetahui nikmat yang akan diterimanya. Di hadapan Allah dia ditanya apa kerjamu dia menjawab "aku telah membelanjakan hartaku kepada jalan yang engaku redai dan itu telah aku kerjakan kerana engkau". Allah telah berfirman kepadanya “Engkau berbohong engkau berbuat demikian itu adalah supaya dikatakan orang engkau seorang pemurah sedangkan yang demikian itu telah dikatakan orang kemudian orang itu pun dihela masuk ke dalam api neraka”.

Demikianlah riwayat hadis tiga jenis orang beramal tidak ikhlas. Amalan mereka ditolak tidak diterima oleh Allah dan akibatnya mereka dicampakkan ke dalam api neraka.
Namun ikhlas itu jika dapat dirasakan dalam hati, akan mengubah….

segala perkara yang susah menjadi mudah,
yang pahit menjadi manis,
yang gusam menjadi ceria,
yang bakhil menjadi dermawan,
yang amarah menjadi ramah,
dan musibah menjadi muhibah.

Indahnya ikhlas itu ya Allah. Dan ikhlas itu terletak dalam hati manusia. Tidak dapat dilihat oleh orang lain. Hanya Allah dapat menilai sifat ikhlas dalam diri seseorang itu. Ikhlas itu ibarat semut hitam yang berdiri di atas batu hitam pada malam hari. Sangatlah sukar untuk dilihat dan diperlihatkan. Mungkin orang yang menangis di khalayak ramai itu lebih iikhlas daripada orang yang beribadah dalam diri seorang diri dan riak dengan amalnya pada Allah. Sentiasa muhasabah dirimu pada diri-Nya.
Ingatlah…
‏ وما أمروا إلا ليعبدوا الله مخلصين له الدين حنفاء ويقيموا الصلاة، ويؤتوا الزكاة، وذلك دين القيمة
"Dan tidaklah mereka itu diperintahkan melainkan supaya sama menyembah Allah, dengan tulus ikhlas menjalankan agama untuk-Nya semata-mata, berdiri lurus dan menegakkan solat serta menunaikan zakat dan yang sedemikian itulah agama yang benar." 
(al-Bayyinah: 5)


Read more

Berbaktilah Kepada Ibu Bapa

0 comments




Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…

Hm… Apakah yang telah anda lakukan sepanjang hari ini? Rutin biasa bagi seorang pelajar: Bangun pagi, pergi kelas, balik rumah, makan, ulangkaji, tidur. Pusingan yang sama dilakukan buat hari-hari berikutnya. Dan kalau pulang bercuti pula, biasanya kita goyang kaki sahaja. Kalau tidak membaca novel, tidur. Kalau tidak tidur, makan. Kalau tidak makan, tonton televisyen. Selalu juga kita keluar berjumpa dengan rakan-rakan di ibu kota.

 Namun, kadang kala akan kedengaran permintaan daripada ibu kita yang berada di dapur:

 “Ali, tolong ibu ya. Belikan cili kering dan tepung gandum dekat kedai Hijrah depan sana.”

 “Abu, dah nak buka puasa ni. Adik nak air tebu, mak pulak belum siap masak ni. Tolong belikan dekat bazaar Ramadhan ye.”

 “Aminah, mama balik lambat harini. Tolong masak untuk makan malam nanti ye.”

Usah berdalih, ana yakin pasti ada masanya akan terdetik perasaan malas dan tidak puas hati di dalam benak masing-masing. Bukannya kerana tidak sayang, namun keinginan dan nafsu yang ada menuju ke arah yang berlainan, yakni untuk bersenang lenang. Yalah, bukan mudah untuk dapat baring-baring dan relaks macam ni kan? Dah penat hampir 10 bulan kita bertarung dengan pelajaran dan peperiksaan, takkan nak berehat sekejap pun tak boleh?


lima minit je lagi~~ eh, sepuluh minit la~~


 Astaghfirullah, buanglah fikiran itu jauh-jauh. Lenyapkan dari minda dan hati kita. Sebaliknya, mari kita renungkan firman Allah:

 “Dan Kami perintahkan manusia (agar berbuat baik) kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepadaku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada akulah tempat kembalimu”.  (Surah Luqman, 31:14)

 Subhanallah, terbayangkah anda bagaimana peritnya kesakitan dan ujian yang dialami oleh para ibu ketika mengandung dan melahirkan diri kita? Ada sahabat pernah bercerita, kesakitan seorang wanita yang melahirkan anak boleh dikatakan bersamaan dengan patahnya 20 tulang di dalam badan kita! Baru terseliuh sedikit dah menangis meraung, apatah lagi apabila tulang yang patah? Bukan satu, tapi dua puluh!

 Jadi tidak hairanlah andai Rasulullah saw sendiri menyuruh kita untuk mengutamakan ibu berbanding bapa di dalam hadithnya:

 “Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, seorang lelaki menemui Rasulullah s.a.w dan bertanya: ‘ Ya Rasulullah! Siapakah orang yang paling harus aku hormati?’ Nabi s.a.w bersabda:  ‘Ibumu.’ Lelaki itu berkata lagi: ‘ Siapakah setelah ibuku?’ Nabi s.a.w bersabda: ‘ Ibumu.’ Lelaki itu bertanya lagi: ‘Siapa lagi setelah ibuku?’ Nabi s.a.w bersabda: ‘Ibumu.’ Lelaki itu bertanya lagi: ‘ Lalu siapa lagi sesudahnya?’ Nabi s.a.w menjawab: ‘Ayahmu.’ ”( HR Bukhari no:5514)

 Menurut Ibn Batthal, hal ini (disebut Ibu sebanyak tiga kali mendahului seorang ayah) kerana kesusahan ibu merangkumi tiga keadaan yang susah iaitulah ketika mengandung kemudian melahirkan kemudian menyusukan, berbanding dengan ayah yang berkongsi kesusahan dengan ibu di dalam mendidik dan menyediakan nafkah yang cukup buat anak-anak.




“Ok, aku faham, tapi macam mana nak berbakti pada mereka ya?”

 InsyaAllah, caranya mudah sahaja. Maniskanlah muka di hadapan mereka, berkatalah dengan kata-kata yang lembut dan menyedapkan hati, dan sentiasalah mendoakan kesejahteraan mereka di dunia dan di akhirat. Amalan kita bukan setakat itu sahaja, sekiranya mereka sudah tiada, maka menjadi tanggungjawab kita untuk melangsaikan hutang-hutang dan nazar-nazar mereka, di samping sentiasa beristighfar, dan mendoakan kesejahteraan mereka di akhirat sana.

 "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku ketika waktu kecil."(Al- Isra’ 17:24)
 Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda: “ Apabila matinya seorang manusia maka terputuslah (pahala) amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan atau anak Soleh yang mendoakannya”. ( HR Muslim no:3084)

 Marilah kita muhasabah diri, sejauh manakah kita telah melaksanakan tanggungjawab kita sebagai seorang anak. Apatah lagi sebagai anak yang berada di perantauan, jauh daripada pandangan mata, pasti menimbulkan keresahan dan kebimbangan di hati para ibu bapa. Anda sendiri akan dapat lihat, setiap kali kita menghubungi mereka, ada beberapa soalan lazim yang sentiasa kita dengar:

 “Ali sihat? Makan ubat ye, biar cepat kebah demam anak ibu ni.”

 “Macam mana dengan pelajaran Abu? Belajar sungguh-sungguh ye, mak sentiasa doakan kejayaan Abu.”

 “Aminah dah makan? Hari ni mama masak ayam masak merah, kesukaan Aminah. Bila Aminah balik nanti mama masakkan ye.”

 Setiap kali mendengar ayat-ayat ini, tidak kira berapa kerap sekalipun, hati ini tidak pernah gagal untuk menangis. Hanya Allah yang tahu betapa rindunya hati untuk pulang dan mendakap mereka berdua seerat yang boleh. Namun, kita juga punya tanggungjawab di sini, tanggungjawab untuk menuntut ilmu dan mendidik diri agar menjadi seorang insan yang berguna di dunia dan di akhirat.

 Jadi, jangan diabaikan ibu bapa kita yang kini jauh di mata, namun biarlah mereka dekat di hati sentiasa. Hubungilah mereka selalu, tanyalah khabar mereka kerana ingatlah, sedang kita sibuk mendewasakan diri, mereka juga makin bertambah usia. Sayangilah mereka, berbaktilah, jadilah anak yang soleh dan solehah, insyaAllah.

 Wallahualam.


Read more

FRIDAY WRAP ( DIS 10-DIS 15 )

0 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Assalamualaikum.
Azam Russia membawakan kepada anda sorotan mingguan berita-berita dunia sekitar 10Disember-15 Disember.



.An Afghan girl cries while surrounded by the dead and injured after explosions during a religious ceremony in the center of Kabul. At least 30 people were killed in an explosion at a shrine where Shiite Muslims were marking Ashura




Pope Benedict XVI arrives in his Popemobile at the Spanish Steps for the celebration of the Immaculate Conception, on Dec. 8 in Rome, Italy. The papal tradition marks the beginning of the Christmas season as the Pope visits the monument and crowns the statue of Mary with a garland of flowers.





In July, the Turkish army's top four generals resigned in what critics say was a misbegotten attempt to trigger a national crisis. The generals, led by Chief of Staff Isik Kosaner, seemed to be hoping that their dramatic departure would topple the country's moderate Islamist government and restore the military's primacy in Turkish politics.



The "Arab Spring" may be pushing the Middle East toward transparency and more representative government, but the Palestinian Authority is bucking the trend. Prime Minister Salaam Fayyad, perhaps the only Palestinian leader who earnestly sought to usher in an era of good governance, is now under siege from political rivals. But instead of providing him the support he needs to weather the storm, Washington has chosen to stand on the sidelines.



In September, an amiable Dutchman stepped up to the podium at a scientific meeting convened on the island of Malta and announced that he had created a form of influenza that could well be the deadliest contagious disease humanity has ever faced. The bombshell announcement, by virologist Ron Fouchier of Erasmus Medical Center, sparked weeks of vigorous debate among the world's experts on bioterrorism, influenza, virology, and national security over whether the research should have been performed or announced and whether it should ever be published.


Billionaire Mikhail Prokhorov's announcement this week that he plans to take on Prime Minister Vladimir Putin for the Russian presidency next year certainly came as a surprise.




This Week Special: 'To The Barricades, The Year of Revolutions'
From Tahrir Square to Wall Street to Kremlin, 2011 was a year when politics was conducted in the street.

Tunisia

Egypt

Libya


Bahrain


Morocco

Algeria


Jordan

Kuwait

Israel

Palestine

Great Britain

United States of America

Iceland
Russia


Well,that's all guys for this week

Assalamualaikum^^




























Read more

Zikrullah

0 comments

Sebelum saya mulakan,cuba pembaca-pembaca sekalian fikirkan,apakah definisi zikrullah itu sendiri?

Ada yang mengatakan, zikrullah itu memuji-muji kebesaran Allah.  Ada  juga mengatakan,zikrullah itu adalah mengingat akan Allah. Bagi saya apa yang kalian semua fikirkan itu adalah betul. Tapi saya ingin mengajak kalian pembaca-pembaca  sekalian melihat definisi zikrullah lebih dalam lagi. Yakni, sentiasa mengingati Allah tatkala berdiri,duduk mahupun baring. yakni,mengingati Dia setiap waktu. Tatkala sibuk tatkala lapang tatkala senang mahupun susah.

Dalam hal ini,selalu saya mendengar oleh sahabat-sahabat saya keluhan;

Sukarnya mengingati Allah. Nak kene bertahmid (Alhamdulillah), nak kena bertasbih (subhanallah), nak kena bertakbir (allahuakhbar), nak kena bertahlil (Lailahaillallah) dan apa2 sahaja lah yang selalu terlintas dalam hati kita ini.

Namun kita lupa,itu bukan mengingati nya,tapi itu cara mengingatinya. atau lebih tepat salah satu cara.

Sebelum itu, saya ingin bertanya kepada anda sekalian dan juga diri saya sendiri.

 Kenalkah kita akan Pencipta yang perlu kita ingati ini? 

Cintakah kita akan Dia?

 Dan sejauh mana kita memandang Dia sebagai sesuatu yang amat penting 
dalam diri kita ini?

Diriwayatkan bahawa akhir zaman di mana mendekati Kiamat kelak atau dalam Englishnya Judgement Day, sudah padam kalimah Allah di dalam dada umat islam. Mahukah kita berada dalam golongan ini? Fikir-fikirkan lah.

Dalam konteks mengingati Allah atau zikrullah, suka saya memberi analogi sepasang kekasih atau lebih manis dikatakan sepasang suami isteri. Sebelum berkahwin, mestilah ingin mengenali nama pasangan itu, bak kata bidalan melayu, tak kenal maka tak cinta. 

Seterusnya berkahwin la mereka. dalam logik perkahwinan, pasti nama itu dipanggil. Tidak kira apa sahaja gelaran abang atau 'abahnya' atau 'bapaknya', bagi seorang isteri kepada suaminya mahupun apa sahaja gelaran suami memanggil isterinya, ingin diserikan lagi ungkapan kasih kepada pasangan tersebut yang diucapkan bagi memelihara rumah tangga yang terbina.

Begitu lah jua dalam hubungan kita dengan Allah s.w.t. Haruslah kita selalu menyebut nama Nya yakni Allah mahupun lagi 99 lagi namaNya. Sepanjang waktu!!! 

Sepertimana hubungan di atas, kadang-kadang bilamana hanya menyebut nama sudah rasa tenang. Begitulah jua mengingati. Lebih manis. 

Ada orang suka kita sentiasa mengingati mereka. Tapi, sejauh mana kita mengingati Allah yang tidak pernah lupa akan kita? 

Ada kala kita sentiasa mengungkapkan puji-pujian kepada makhluk. Tak kira lah kekasih, isteri mahupun bos kita sekalipun. Tapi bila membicarakan hal yang wajib diingati sekerap mana kita memuji Allah? 

Sesungguhnya Allah lebih berhak daripada makhlukNya sekelian Alam meskipun tidak terkesan olehNya sesuatu yang makhluk2Nya lakukan. Mungkin ada yang mengatakan ataupun menyalahkan golongan sufi sebab mengadakan zikir Allah sahaja. Tapi dari pembacaan dan pengamatan saya, tidak salah seandainya dengan cara itu kita dapat mengingati Allah dengan lebih mendalam. Bila sudah kenal maka boleh kita memuji. 

Seterusnya dengan secara spontan kita akan sentiasa berada dalam zikrullah kepadaNya. Bagi yang sentiasa terkesan dengan dunia ciptaan Allah. Ingin saya menyindir sedikit, tidak malukah kita kepada makhluk-makhluk Allah seperti burung, kucing, dan binatang-binatang lain, mahupun pokok, bukit bukau, sentiasa dalam keadaan mengingatiNya (sepertimana yang diceritakan di dalam Al Quran). Sedangkan kita sentiasa lupa akanNya!

Mungkin kita kata,"alah..rilek la dulu.enjoy dulu.nanti da nak mati kita ibadat la puas-puas". Dan kemudian kita mengiyakan apabila berkata ajal itu hak Allah dalam kita tidak sedar dengan hakNya bila-bila masa sahaja boleh dicabut dari jasad kita yang lemah ini. 

Sedangkan pada waktu itu apa yang kita ingat adalah harta kita, sudah kahwin atau belum kita, anak-anak kita hidup susah atau tidak bila mana kita tiada. Tidakkah kita rugi pada waktu itu?

Sesungguhnya, Allah menyukai golongan yang bertemu sesama mereka atas dasar kasih sesama mereka kerana Allah. 

Untuk mengenalNya dan mencintaiNya, haruslah kita mencintai mereka yang disekeliling kita. Masakan kita faham apa itu cinta kalau kita tidak mengalaminya. Sepertimana seorang anak kecil tidak faham akan kasih seorang ibu sehinggalah dia menjadi ibu. Sebelum kita mengharapkan kasih seseorang,kita harus mengasihi. 

Begitulah jua halnya kasih kepada Allah. Begitulah jua dengan sepertimana seorang ibu ingin anaknya mengingati dia setiap masa seperti mana dia mengingati anaknya dan merisaui anaknya setiap masa. Begitulah jua akan halnya ingat kita kepada Allah. Akhir sekali, sepertimana ibu kita mempercayai kita dan tidak suka akan kita membuat keburukan terhadap mereka. Begitu lah jua apa yang harus kita lakukan kepada Allah.

Allah telah memberi kita panduan. Tapi sejauh mana kita menggunakannya? 

Kadang kala kita pertikaikan perkara yang telah dikatakan tidak olehNya kepada kita. Masakan kita tahu sedangkan kita sendiri tidak cuba memahami akan panduan itu bahkan lebih memalukan, kita mengaku islam tapi kita tidak pernah merujuk pada panduan itu! 

Kemudian kita berputus asa, kita tinggalkan segalanya, mengikut nafsu kita. Mahukah kita jadi seperti kaum-kaun  yang terdahulu? Dimusnahkan atas dasar nafsu dan ketidakprihatinan terhadap kalamullah. Renung-renungkanlah. 

Tetapkan zikir dalam hati dan bersabarlah. Sesungguhnya, mereka yang rugi di dunia itu akan dijanjikan keuntungan di akhirat kelak. Tunduk dan patuhlah kepada Allah. Wallahu alam.





Read more